Ujian Pap Smear Sangat Penting Bagi Wanita Yang Sudah Berkahwin Untuk Mengelakkan Masalah Penyakit Dalaman Yang Merbahaya

“Alahai, doktor suruh aku buat ujian pap smear minggu depan. Baru lepas habis pantang ni, dah nak kena buat ujian pap smear selepas bersalin ke? “Dengar-dengar macam takut pula, segan pun ada. Sakit tak ye?” Tiga sebab mengapa wanita perlu buat pap smear

1. Dapat mengenalpasti perubahan sel serviks yang mungkin menjadi kanser/saringan awal ; Pemeriksaan pap smear/calitan pap adalah sejenis prosedur yang perlu dilakukan dalam tempoh berkala bagi mengesan perubahan pada sel pangkal rahim di peringkat awal sebelum ia dapat berubah menjadi sel kanser. Pap smear adalah untuk saringan sahaja. Jika dah ada kanser pangkal rahim, tiada manfaat untuk menjalani ujian pap smear. Keputusan pap smear yang tidak normal bukan bermakna anda menghidap kanser serviks. Sebaliknya ia mungkin juga menunjukkan ada jangkitan lain dan perlukan pemeriksaan lanjut atau anda hanya ada perubahan sel serviks pada tahap awal yang mungkin berubah menjadi kanser jika tidak dirawat.

Kata kuncinya – Pemeriksaan berkala. Kalau buat sekali saja, normal dan tiada ulangan pap smear selepas itu, tidak menepati objektif membuat ujian pap smear.

2. Prosedur mudah, cepat dan tidak menyakitkan ; Tak sampai lima minit pun kalau saya yang buat pap smear itu. Yang penting jangan nervous dan jangan keraskan badan. Susah speculum itu nak masuk dan pap smear dilakukan. Tarik nafas dan hembus. Bertenang and you will be fine!

3. Murah, boleh dilakukan di mana-mana klinik atau hospital ; Kebanyakan klinik kesihatan ibu dan anak atau klinik kerajaan ada menawarkan pemeriksaan pap smear ini dengan percuma untuk warganegara Malaysia di seluruh negara. Anda dikenakan bayaran jika memilih untuk membuat pap smear di klinik atau hospital swasta. Harganya tidaklah beribu-ribu ringgit, bergantung kepada tempat yang anda pilih.

Bukan semua wanita kena buat pap smear ini. Cuma untuk mereka yang sudah berkahwin dan pernah melakukan hubungan kelamin sahaja.

Sumber: Dr. Muhammad Eizat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *