Tips Mudah Elak Kucing Membuang Najis Merata-rata

Di kawasan perumahan yang saya tinggal, banyak kucing yang selalu datang untuk meminta makanan. Ayah kesian dengan kucing-kucing tersebut dan selalu menjamu mereka dengan friskies dari pelbagai brand. Ada juga kedengaran jiran yang kurang gemar dengan kucing-kucing yang selalu membuang najis di rumah mereka. Tak kurang juga dengan rumah kami juga dipenuhi dengan najis kucing di kawasan yang bertanah atau berpasir.

 

Oleh yang demikian, mak juga cuba melarang ayah untuk berhenti memberi makanan kepada kucing sebab takut jiran menyalahkan kami yang selalu menjamu kuicng-kucing terbiar. Tetapi, bila kesian, kami terpaksa memberi jugak.

 

Oklah point penting disini ialah saya nak berkongsi tips untuk elakkan kucing membuang najis atau kencing merata-rata di dalam atau diluar rumah yang saya perolehi dari sumber internet. Tips ini juga boleh menjadi panduan dan pengetahuan untuk saya dan anda semua. Semoga anda mendapat manfaat darinya.

 

1.Cuka

 

Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

 

2.Toilet Traning

 

Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.Saya takde pun mende tuh sbb saya suka kucing berak @ kencing ditempat2 tersorok diluar kawasan rumah.

 

3.Serai

 

Orang cakap bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

 

Leave a Reply