SYARAT SAH, SUNAT DAN MAKRUH DALAM MELAKUKAN IBADAH KORBAN

Ketahui Syarat Sah, Perkara Sunat Dan Makruh Ketika Melaksanakan Ibadah Korban | Tahukah kita, sembelihan binatang yang dilaksanakan mengikut kaedah Islam bukanlah dibuat saja-saja. Bahkan, ia mengandungi hikmah yang cukup besar. Jika tersalah kaedah, kemungkinan besar kita akan termakan makanan dari sumber yang haram atau syubhah. Oleh itu, ilmu tentangnya perlu dihadam dan diambil tahu oleh segenap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengendalikan aktiviti sembelihan itu sendiri.

Berikut dikongsikan beberapa perkara yang berkait dengan perlaksanaan ibadah korban, yang merangkumi syarat-syarat sah sembelihan serta perkara sunat dan makruh tentang sembelihan;
1 – Syarat-Syarat Sah Sembelihan

– Niat kerana Allah (bukan disebabkan perkara lain seperti sembelihan untuk disembah dan lain-lain).
– Putus urat halkum dan urat marih.
– Binatang yang disembelih halal dimakan dan masih hidup.
– Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan.
– Penyembelih mestilah beragama Islam, berakal dan baligh.
– Alat yang digunakan ketika proses sembelihan hendaklah tajam.
– Binatang yang mati disembelih itu bukan disebabkan mati terkejut, terjatuh dan hal-hal lain.

2 – Perkara Sunat Ketika Sembelihan

– Membaca basmalah ‘bismillah’.
– Berselawat ke atas Nabi s.a.w.
– Mengadap ke arah kiblat.
– Binatang tersebut dibaringkan ke rusuk kiri semasa hendak disembelih.
– Binatang tersebut hendaklah disembelih pada pangkal lehernya.
– Kedua-dua urat (halkum dan marih) hendaklah diputuskan supaya binatang cepat mati.
– Memilih waktu siang untuk aktiviti sembelihan.
– Menggunakan alat yang paling tajam.

3 – Perkara Makruh Ketika Sembelihan

– Menggunakan alatan yang tumpul.
– Menampakkan alat sembelihan kepada binatang.
– Tidak menyebut nama Allah ketika hendak memulakan sembelihan.
– Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.
– Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.

Indahnya aturan dan ketetapan Allah swt ini dalam perlaksanaan ibadah korban. Ketetapan tersebut tidak lain bagi membezakan antara daging yang halal dan haram, juga bagi menghindarkan sebarang penyakit dari binatang tersebut. Kaedah yang penuh tertib dan berhati-hati itu juga dilakukan sebagai tanda penghormatan terhadap makhluk-Nya agar tidak terseksa, juga bagi memastikan binatang tersebut mati dengan cara yang cepat dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *