Rupanya Ini Penjelasan Mengapa Boxer Atau Seluar Pendek Lebih Selesa Dipakai Oleh Kaum Lelaki

Boxer atau seluar pendek yang sering dipakai oleh peninju dikatakan lebih selesa dipakai berbanding seluar dalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Pemilihannya lebih menjadi keutamaan kerana boxer lebih longgar, selesa dan ‘bergaya’ sama ada ketika bersantai di rumah mahupun ketika tidur dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Betul ke begitu?

4 Sebab Lelaki Memilih Boxer

  1. Selesa

Boxer lebih longgar berbanding seluar dalam memberi pergerakan yang bebas buat si pemakai. Apabila dipakai bersama seluar longgar atau seluar pendek, pemilihan boxermembantu aliran udara. Untuk lelaki aktif bersukan pula, seseorang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk alat kelaminnya. Jika anda memilih boxer yang berfabrik ringan dan nipis, ia membuatkan anda seolah-olah tidak memakai apa-apa tetapi masih kekal tertutup.

  1. Lebih Fashionable

Di negara barat, boxer boleh dijadikan penambah gaya ketika berfesyen. Hari ini, boxerbanyak dijual dengan cetakan menarik dan lebih macho. Corak yang fashionable ini membuatkan lelaki suai padan boxer dengan baju-t, seluar atau topi. Mereka akan sengaja menampakkan bahagian atas boxer dengan melondehkan sedikit seluar bawah pinggang. Maklumlah, terdapat boxer pelbagai corak bermula dari karakter kartun sehinggalah motosikal yang boleh mewakili hobi masing-masing.

  1. Kelancaran Sperma

Mengekalkan suhu sejuk pada testis membantu melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih baik selain membantu meningkatkan aliran udara. Ada sesetengah boxerdireka khas untuk lelaki yang mahu mengingkatkan potensi dengan adanya poket di hadapan untuk memudahkan letak pek ais bagi suhu lebih rendah.

  1. Seluar tidur

Mana mungkin anda selesa tidur dengan seluar dalam yang ketat dan menjejaskan pergerakan anda. Boxer dikatakan lebih selesa untuk masuk bilik tidur selain membolehkan anda tidur dengan ‘buas’ tanpa mengganggu alat kelamin. Jangan terkejut apabila ada lelaki menjadikan boxer sebagai ‘seragam’ tidur setiap hari.

Info Tambahan

  • Pemakaian seluar dalam ketat merupakan antara punca kemandulan lelaki dan juga mempengaruhi bilangan sperma.
  • Doktor turut menyarankan tidak memakai seluar dalam ketat terutama ketika bersukan lebih-lebih lagi duduk dalam tempoh yang lama.
  • Menurut pakar perubatan lelaki hospital New York, Grunebaum juga menyarankan pakai boxersetiap masa.
  • Apabila anda di rumah, Grunebaum turut meminta lelaki menanggalkan seluar dalam ketat kerana ia bukan saja mengurangkan suhu testis tetapi membuatkan anda kelihatan tidak seksi di mata pasangan.

Boxer atau seluar dalam, kedua-duanya sama berfungsi sebagai lapisan menutup alat sulit. Tetapi, jika diteliti dari segi keselesaan, gaya dan kesihatan, boxer lebih mendahului. Jadi, kini yang mana satu  lebih menjadi pilihan dan keutamaan anda. Boxer atau seluar dalam ketat?

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *