RAHSIA DAUN JAMBU BATU UNTUK KESIHATAN RAMBUT ANDA. KONGSIKAN UNTUK MANFAAT BERSAMA

Apakah daun jambu batu dapat mencegah rambut gugur? Rambut gugur lebih sering terjadi atau dialami oleh lelaki. Namun wanita juga boleh mengalami penipisan rambut dan akhirnya rambut gugur. Rambut yang gugur boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin. Penyelesaian untuk mengatasi rambut yang gugur biasanya bergantung dari apa yang menjadi punca rambut gugur.

Banyak orang yang putus asa dan melakukan segala-galanya untuk menyelesaikan masalah yang tidak menyenangkan ini dengan menggunakan pelbagai rawatan dan produk kosmetik mahal.Salah satu cara yang digunakan untuk mencegah penipisan dan keguguran rambut iaitu dengan menggunakan daun jambu batu. Jambu batu mungkin yang paling terkenal diantara berbagai macam tumbuh-tumbuhan dedaun herba lain.

Banyak pengeluar pada bidang farmasi yang menggunakan ekstrak daun ini untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Jambu batu atau yang mempunyai nama latin Psidium guajava merupakan buah asli dari tanah tropika seperti Malaysia dan Indonesia. Manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada tanaman buah yang satu ini tidak hanya terbatas pada buahnya saja, tetapi juga pada daun dan batang tanaman.

Para ilmuwan menyebutkan bahawa penggunaan daun jaambu secara teratur setiap hari akan membantu untuk melawan penipisan dan keguguran rambut. Daun jambu batu banyak mengandungi vitamin B yang merupakan vitamin yang paling signifikan untuk kesuburan rambut dan perlindungan kesihatan.

Cara menggunakan daun jambu batu untuk mencegah keguguran rambut:

Ambil satu tangan penuh daun jambu batu lalu letakkan dalam satu liter air bersih.
Rebus daun tersebut selama kurang lebih 20 minit.
Setelah itu diamkan pada suhu bilik selama 15 minit
Siap untuk digunakan.

Cara pemakaian:

Urut secara lembut kulit kepala anda dengan daun jambu tersebut, lalu biarkan selama beberapa jam selepas itu dibilas.
Untuk hasil terbaik letakkan beberapa daun jambu tersebut di rambut anda lalu bungkus dengan tuala dan biarkan semalaman.
Cucilah rambut anda di pagi hari.
Daun jambu batu ini akan mengukuhkan folikel dan akar rambut anda..

SELAMAT MENCUBA!!!!!!

Leave a Reply