Pawagam akan kembali di Saudi Arab selepas 40 tahun

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan untuk memansuhkan sekatan yang dikenakan ke atas panggung wayang sejak selama lebih tiga dekad lalu.

Kementerian dan Kebudayaan Maklumat menyatakan pihak berkuasa akan mula mengeluarkan lesen segera dengan pawagam pertama dijangka dibuka kepada orang ramai pada Mac tahun depan.

Pendekatan diambil itu adalah sebagai menyokong Misi 2030 iaitu program pembaharuan sosial dan ekonomi yang dijalankan Putera Mohammed Salman.

Arab Saudi membenarkan pawagam beroperasi di negara itu pada era 1970-an tetapi ulama konservatif kemudian menggesa pihak berkuasa untuk menutup premis berkenaan.

Januari lalu, Mufti Besar Syeikh Abdul Aziz al-Sheikh dilaporkan memberi amaran mengenai “keburukan” pawagam, dengan menyifatkannya sebagai merosakkan akhlak sekiranya dibenarkan dibuka.

Pawagam Sebagai Satu Permulaan Kebudayaan

Keluarga diraja Arab Saudi dan lembaga keagamaan sentiasa berpegang teguh kepada pegangan fahaman Sunni yang juga dikenali sebagai Wahhabisme, selain kod berpakaian yang ketat.

Menteri Kebudayaan Awwad Alawwad berkata, keputusan untuk mengeluarkan lesen pawagam selaras dengan program kerajaan yang ingin menggalakkan budaya dan dasar terbuka di kalangan rakyat Arab Saudi.

“Hal ini menandakan satu saat perubahan dalam pembangunan budaya ekonomi dalam negara.

“Perasmian panggung wayang akan bertindak sebagai pemangkin bagi pertumbuhan ekonomi dan kepelbagaian; dengan membangunkan sektor kebudayaan lebih luas kita akan mampu menjana peluang pekerjaan dan latihan, begitu juga memperkasakan pilihan hiburan negara ini,” katanya melalui satu kenyataan.

Kementerian terbabit berkata langkah itu akan membuka pasaran domestik lebih daripada 32 juta orang selain menjangka terdapat lebih 300 pawagam dengan 2,000 skrin menjelang 2030.

 

Wawasan 2030 – yang diumumkan oleh Putera Mahkota berusia 32 itu tahun tahun lalu – bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan isi rumah dalam aktiviti budaya dan hiburan yang bergantung kepada minyak dari 2.9 peratus hingga 6 peratus pada 2030.

“Ia adalah hari yang indah di ArabSaudi!” tulis pengarah Haifaa Al Mansour dalam akaun Twitter miliknya sempena pengumuman berkenaan.

Kerajaan Arab Saudi juga sudah mula membuat penajaan konsert untuk tahun ini.

Menjadi Negara Yang Sederhana Dan Terbuka

Artis hip hop seperti Nelly dan penyanyi Algeria Cheb Khaled dijadual membuat persembahan di Jeddah.

Bagaimanapun, acara itu hanya akan dibuka untuk kaum lelaki saja.

September lalu, Raja Salman mengumumkan wanita dibenarkan memandu di Arab Saudi buat julung kalinya bermula Jun tahun depan – satu lagi langkah yang dibantah para ulama.

Dan pada sidang ekonomi yang dihadiri pelabur asing beberapa bulan selepas itu, Putera Mohammed mengumumkan Arab Saudi bakal sekali lagi menjadi “negara Islam sederhana yang terbuka kepada semua agama, tradisi dan masyarakat.”

“Tujuh puluh peratus populasi Arab Saudi berada di bawah usia 30 dan mereka mahukan kehidupan yang agama sifatkan sebagai toleransi kepada tradisi kebaikan kita,” katanya.

Putera Mohammed juga menegaskan Arab Saudi “tidak seperti ini sebelum 1979”, ketika revolusi Islam di Iran dan militan menjajah Masjidil Haram di Mekah.

Selepas itu, hiburan awam diharamkan dan para ulama diberi kawalan lebih besar terhadap kehidupan awam.

Putera Mohammed juga bertindak keras terhadap pencangahan dan melancarkan serangan antirasuah yang menyaksikan beratus-ratus orang – antara mereka putera kanan dan ahli perniagaan terkemuka – ditahan dan ditawarkan pengampunan sebagai pertukaran untuk penyelesaian kewangan dalam negara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *