MASALAH ZINA WUJUD APABILA TIADA BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA

Inilah Punca Zina Berlaku Apabila Lelaki Wanita Bersentuhan | Bagi pasangan lelaki dan perempuan yang sedang pacaran atau terlibat, inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan masing-masing di luar sana … Lihat TANDA MERAH dalam gambar di bawah … Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi di kawasan tersebut … Jadi berpegangan tangan, jantung seorang perempuan akan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata-mata.

Dari Maqil bin Yasar radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda : Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya. (HR. Thabrani dalam Mujam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih) … Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda : Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya. (HR. Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 3259). Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda : Setiap anak Adam telah ditakdirkan bahagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak boleh tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar.

Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian. (HR. Muslim no. 6925) .. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman ….: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat … Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda : Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap kaum lelaki daripada fitnah para wanita. [HR Al-Bukhari no 5096] Setelah kita mengetahui tentang pengharaman dan bahaya bersentuhan dengan lawan jenis yang bukan mahram berdasarkan hadis di atas .

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *