“Jika (orang Islam) mengambil (mengislamkan) seorang perempuan Hindu, kami akan mengambil (menghindukan) 100 perempuan Muslim”Yogi Adityanath

“Jika (orang Islam) mengambil (mengislamkan) seorang perempuan Hindu, kami akan mengambil (menghindukan) 100 perempuan Muslim”

Putrajaya: Ajay Singh Bisht seorang sami Hindu yang juga dikenali sebagai Yogi Adityanath merangkap Menteri Besar Uttar Pradesh, dituduh sebagai dalang yang menyebarkan kebencian terhadap umat Islam.

Menteri Besar kepada negeri yang mempunyai lebih 200 juta penduduk itu sering dilihat membuat provokasi kepada penyokongnya untuk menentang dan menindas umat Islam di negara itu.

Yogi Adityanath juga telah diberi gelaran ‘Sami Militan’ kerana hasutan-hasutan yang dibuat ke atas penduduk bukan Hindu di India. Pada tahun 2014, Adityanath telah menghasut penyokongnya untuk menghindukan wanita-wanita Muslim sekiranya terdapat wanita Hindu yang diislamkan.

Pada tahun 2015 pula, Adityanath dalam satu ceramah berkata, jika diberi peluang, beliau akan meletakkan patung tuhan-tuhan Hindu dalam setiap masjid. “Jika (orang Islam) mengambil (mengislamkan) seorang perempuan Hindu, kami akan mengambil (menghindukan) 100 perempuan Muslim,” tegas Adityanath.

Sebelum itu pula, seorang penyokong Adityanath yang berkongsi pentas dengan beliau berikrar untuk mengubah setiap masjid yang ada untuk menjadi kuil serta mengubah laungan azan kepada laungan “Har Har Mahadev” dari masjid. Penyokong-penyokong Yogi Adityanath, juga mendesak tuntutan untuk menggali kubur-kubur wanita Islam dan merogol mayat mereka.

Adityanath yang juga merupakan seorang ahli parti nasionalis Hindu iaitu Bharatiya Janata Party (BJP) telah dikritik ramai kerana telah menyukarkan kehidupan penganut-penganut Islam di India.

Apabila disorot semula tragedi pada tahun 1992, lebih 2,000 nyawa yang tidak bersalah telah menjadi mangsa korban pelampau Hindu yang menyaksikan Masjid Babri di Ayodhya dirobohkan oleh sekumpulan pelampau Hindu yang juga terdiri daripada ahli-ahli parti nasionalis Hindu, BJP.

Tahun ini genap 25 tahun semenjak BJP, sebuah parti ekstremis Hindu, berjanji untuk membina Kuil Dewa Rama di tapak masjid yang telah dirobohkan itu.

Menurut akhbar Washington Post, Adityanath merupakan ‘senjata’ terakhir Narendra Modi untuk melaksanakan hegemoni Hindu di India.

Leave a Reply