Habuk Setiap Hari Perlu Dicuci. Kekadang Naik Rimas Bila Tengok Keesokan Harinya Habuk Masih Ada. Cuba Cara Ini Untuk Bersihkan Habuk Dengan Cepat & Puas Hati.

Apabila terlihat ada habuk di dalam rumah, memang sakit mata dibuatnya. Sedangkan baru sahaja semalam dicuci, namun hendak dibersihkan setiap hari tidak termampu pula rasanya. Masih banyak kerja-kerja lain yang harus dibuat selain menumpukan untuk membersihkan rumah daripada habuk semata-mata.

Jadi apa cara terbaik untuk selesaikan masalah ni?

Melalui perkongsian daripada seorang ibu bernama Puan Yatie, beliau telah pun membuat perbandingan dan bereksperimen berkenaan cara terbaik untuk menghilangkan habuk dengan menyediakan ramuan Multipurpose Dusty Spray ini. Jom kita cuba cara yang dilakukannya dan sebelum itu fahami juga ramuan untuk menghasilkannya.

Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.

Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas dan bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah dan urusan harian. Nak-nak ramai isteri yang bekerja dan  faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip-tip macam ni lah dapat membantu jimatkan masa dan tenaga.

Multipurpose Dust Spray

Bahan-bahan:

¼ cawan cuka

1¼ cawan air

3 sudu kecil minyak zaitun

1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)

Sedikit essential oil* (optional)

Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.

Nota:

Guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa

Saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza

Saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair

Cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman

Minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.

Pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut

Essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka

 Pastikan

Sebaik-baiknya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)

Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi dan boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.

Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok atau paling bawah untuk uji keserasian.

*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur

Kegunaan:

-Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas

Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk dan menjimatkan masa.

-Mengilatkan perabot kayu

Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.

-Menaikkan warna & melindungi sofa PVC

Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam

-Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu dan lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat

Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk dan  debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali jer, memang nampak perbezaan dengan sebelum ni.

-Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut

Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit-sikit tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama-lama mesti trek tersangkut-sangkut. Saya spraykan aje untuk lancarkan balik.

-Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding dan  sinki.

Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental mana-mana yang sempat je. Tak boleh lama-lama dalam bilik air sebab anak tengah melasak. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin dan  di celah-celah. Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin dan sinki.

Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah-celah jubin. Sebaik-baiknya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja-kerja bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la)  Spray sekurang-kurangnya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.

Semoga bermanfaat

Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja-kerja rumah & urusan harian anda juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *