Browse Category: Tip

Awas! Masalah Saraf Boleh Terkena Secara Tiba-Tiba Malahan Ada Yang Meninggal Dunia. Inilah Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak. Nombor 7 Tu Paling Tak Sangka

Mungkin kita pernah dengar ada kawan-kawan yang tiba-tiba terkena masalah saraf dan tidak kurang juga yang meninggal dunia kerana darah beku pada otak. Yang mengejutkan mangsa yang kita kenali memang sihat tubuh badan dan tidak pernah mengadu sakit apa-apa.

Kerosakan otak boleh berlaku secara drastik disebabkan trauma semasa kemalangan sama ada perlanggaran pada bahagian otak yang kuat ataupun disebabkan oleh penyakit lain seperti tekanan darah tinggi.

Namun, sebenarnya aktiviti seharian kita juga boleh menyebabkan kerosakan otak jika dilakukan kerap dan dalam tempoh yang lama. Cuba perhatikan 10 tabiat ini adakah yang merupakan rutin dalam hidup kita?

  1. Tidak mengambil sarapan pagi
    Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

 

  1. Terlebih makan
    Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

 

  1. Merokok
    Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

 

  1. Penggunaan gula yang berlebihan
    Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

 

  1. Pencemaran udara
    Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

 

  1. Terlebih tidur
    Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

 

  1. Menutup muka ketika tidur
    Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

 

  1. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
    Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

 

  1. Kurang berimiginasi
    Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

 

  1. Jarang berfikir
    Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

 

Air Sangat Penting Untuk Manusia Tetapi 7 Waktu Ini Anda Perlu Elakkan Dari Minum Air

Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh atau keringat yang sempurna.

 

Air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan.

 

Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan.

 

Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit.

 

Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak.

 

Anda tidak digalakkan untuk minum pada waktu-waktu ini untuk memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik. 7 waktu tersebut adalah:

 

  1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

 

  1. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

 

  1. Selepas memakan buah-buahan.

 

  1. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

 

  1. Sewaktu tengah makan. Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

 

  1. Sebelum atau sesudah makan. Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

 

  1. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan. Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

 

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

 

Bantu Sebarkan!!! Makan Ubi Kayu Merupakan Salah Satu Petua Untuk Mendapat Anak Kembar

Melahirkan anak merupakan impian buat pasangan yang sudah berkahwin. Malah, ada yang mendambakan anak perempuan mahupun lelaki.

Namun, ada pula yang mengharapkan mempunyai anak kembar kerana anak kembar dianggap lucu dan menyenangkan. Tapi seperti yang kita ketahui, peluang untuk memiliki anak kembar tidaklah tinggi.

Hanya orang-orang tertentu dan beruntung sahaja yang mampu mendapatkan anak kembar.

Walaupun demikian, bukan bererti impian para pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak kembar terus musnah.

Ada pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk meningkatkan kemungkinan ini.

Salah satunya adalah dengan makan makanan berasaskan ubi kayu.

Makanan berasaskan ubi kayu dipercayai mampu meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar sehingga 50%.

Hal ini kerana ubi kayu mengeluarkan hormon GnRH. Hormon GnRH ini mampu menipu otak menganggap kurangnya estrogen dalam tubuh.

Otak akan mengeluarkan gonadotropin yang mampu meningkatkan ovulasi, memetik portal tribunstyle.com.

Bukan hanya ubi kayu, makanan seperti olahan susu untuk diet, makanan mengandungi folat, inti buah nanas dan kekacang juga dipercayai mampu meningkatkan kemungkinan hamil bayi kembar.

Hirisan Lemon Dalam Makanan Dan Minuman Boleh Menaikkan Rasa Sekaligus Menyegarkan Tetapi Awas Akan Bahaya Disebaliknya

Hirisan lemon dalam minuman dan makanan semestinya menaikan lagi rasa sekaligus menyegarkan. Lebih – lebih lagi tambahan tersebut mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Tapi tahukah hirisan lemon tersebut sebenarnya merbahaya?

Menurut sumber, dalam satu hirisan lemon terdapat banyak bakteria yang berpotensi menyebabkan penyakit merebak, malah ada yang mengatakan dan menganggap hirisan lemon sama kotor seperti tandas.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Enviromental Health pada 2007 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus hirisan lemon yang digunakan di 21 restoran yang berbeza mngandungi 25 mikroba yang berbeza.

Perkara ini berkemungkinan disebabkan lemon tersebut dipegang, dibelek, dipotong dan kemudian dimasukkan ke dalam gelas. Dan jelas sekali kuman merebak dengan mudah melalui aktiviti tersebut.

Oleh itu, elakkan memasukkan hirisan lemon ke dalam minuman anda. Ambil langkah berjaga – jaga dengan hanya mengambil jusnya sahaja bukan hirisan lemon.

Sila Baca Terutama Perokok…4 Makanan Yang Bersihkan Paru-Paru Dalam Masa 72 Jam

Masalah paru-paru amat sinonim bagi mereka yang bergelar perokok. Sesetengah orang mungkin turut mengalami masalah paru-paru sungguhpun mereka tidak pernah hisap rokok.

 

Ada individu yang pernah menghabiskan umurnya selama 40 tahun dengan merokok tetapi mereka langsung tidak mengalami sebarang masalah pada organ paling penting ini. Semua ini bergantung pada tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa tips yang diakui dapat mengurangkan atau membersihkan paru-paru dalam masa beberapa hari.

Sebelum anda memulakan proses detoksifikasi, anda perlulah ‘membuang’ kesemua jenis pengambilan kafein, ini penting demi kelancaran proses detoksifikasi dalam tubuh badan.

Hari Pertama:

  1. Minum secawan teh herba atau teh Cina sebelum tidur. Ini sangat bagus untuk sistem penghadaman di samping dapat membuang segala toksin dalam usus yang juga menyebabkan masalah sembelit. Toksin yang dinyahkan melalui pengambilan teh herba dapat membantu paru-paru berfungsi dalam keadaan baik.

 

  1. perahan lemon dalam air dengan kuantiti 300ml sebelum anda mengambil sarapan pagi. Jika tiada lemon, anda boleh menggantikan jus oren sebanyak 300ml sebelum sarapan. Jus sememangnya berfungsi sebagai agen semulajadi yang mengandungi antioksidan di mana ia membantu meningkatkan sistem pernafasan.

 

 

  1. Minum 300ml jus lobak merah diantara waktu sarapan dan makan tengah hari. Jus lobak merah berfungsi untuk mengalkali darah anda selama tiga hari pengambilan jus tersebut.

 

  1. Waktu makan tengah hari, anda perlu minum 400ml jus yang kaya dengan potassium (kalium). Contoh jus dengan kandungan potassium adalah adalah jus buah prune, jus oren, dan jus limau bali. Selain berfungsi sebagai agen ‘pembersihan’, pengambilan potassium juga dapat membantu meredakan tekanan darah.

 

 

Tips ketika mandi

Anda digalakkan mandi selama 20 minit dengan air panas setiap hari bagi membolehkan air tersebut dapat membuang lebihan toksin yang melekat pada kulit badan.

Selain tips di atas, ada lagi 4 makanan yang mudah diperoleh untuk membersihkan paru-paru dalam masa tiga hari.

  1. Halia

Halia mempunyai ciri-ciri antiseptik & antibakteria. Halia juga membantu tiub bronkial di paru-paru untuk menghapuskan bahan-bahan berbahaya dari paru-paru. Secara amnya, bagi perokok yang mengamalkan pengambilan halia, mereka akan merasakan sistem pernafasan lebih lega dan lancar. Cara terbaik pengambilan halia adalah dengan mengunyah setiap hirisan halia yang dipotong nipis. Jikalau tidak mampu mengunyah halia mentah-mentah, boleh amalkan tea halia. Masukkan hirisan halia muda ke dalam air teh kegemaran anda. Amalkan setiap hari

 

 

  1. Limau Bali

Kaya dengan antioksidan dan sesuai bagi penghidap kanser paru-paru. Antioksidan berfungsi mencegah sel-sel kanser dari terus merebak tanpa kawalan. Penyelidik berkata, limau bali kaya dengan vitamin C yang mana buah ini mempunyai keupayaan untuk menghalang tindakan enzim yang boleh mengaktifkan sel kanser paru-paru. Amalkan makan limau bali jika anda seorang perokok tegar.

 

  1. Selenium

Selenium merupakan mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam mengukuhkan membran paru-paru. Jika selenium banyak di dalam tubuh badan, maka sel-sel kanser akan berkurangan atau hilang. Mineral Selenium terdapat di dalam telur, brokoli, asparagus, bayam, oat serta ikan salmon. Selenium meningkatkan kadar imun dan membersihkan paru-paru dari serangan toksin.

 

  1. Bawang Putih

Satu kajian yang pernah dijalankan menunjukkan makan bawang putih sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru. Bawang putih diakui mengandungi antioksidan yang boleh mengurangkan radikal bebas dalam badan yang berfungsi untuk menghapuskan keradangan dalam badan.

Betul Ke Berat Badan Naik Bila Berhenti Merokok? Atau Sekadar Mitos. Baca Dan Sebarkan….

Sebelum ini macam-macam orang cakap bila nak berhenti merokok, ada yang kata, bila berhenti merokok, badan seseorang akan naik atau gemuk.

Ada yang kata akan demam teruk bila berhenti merokok, tapi betul ke semua ini? adakah ia sekadar mitos semata-mata.

Jom baca penerangan dari pihak Root of Science mengenai perkara ini, jom kita baca.

 

KERAGUAN DAN MITOS KETIKA HENDAK BERHENTI MEROKOK

 

Terdapat banyak keraguan dan mitos-mitos yang berlaku jika kita hendak berhenti merokok

 

1) Berat badan bertambah apabila berhenti merokok

Memang tidak dinafikan bahawa ramai daripada perokok yang berhenti merokok akan bertambah berat badan

Ia bukanlah kesalahan berhenti merokok itu sendiri. Ini merupakan salah satu tindak balas badan untuk memenuhi ‘Reward Pathway’ tersebut kerana sebelum ini ia telah dibanjiri dengan dopamine..

Maka perasaan puas dan gembira bila merokok perlu ditukarkan kepada cara yang lain. Dan selalunya bekas perokok akan menjadikan ‘tabiat makan banyak’ sebagai tabiat baru untuk menggantikan rokok dan perbuatan ini tidak diiringi dengan peningkatan aktiviti fizikal. Ini menyebabkan berat badan mereka bertambah

Ramai daripada bekas perokok menyalahkan perbuatan berhenti merokok sebagai penyebab naiknya berat badan mereka. Malah, ada yang mula merokok balik supaya berat badannya berkurangan.
Diingatkan lagi sekali. Ia bukan salah berhenti merokok. Ia adalah tindak balas badan untuk memenuhi kehendak ‘reward pathway’ tersebut yang sudah lama dibanjiri dengan dopamine.

Oleh itu, cara permakanan yang betul mestilah diamalkan.

Sedikit nasihat berkenaan permakanan.

Kurangkan gula ringkas terutamanya minuman berkarbonat, minuman 3 dalam satu, minuman yang mempunyai susu pekat manis. Sederhanakan pengambilan nasi, bihun, mee, tosai, rotai canai dan yang berasaskan tepung. Ini kerana semua ini akan diuraikan menjadi gula. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai gula kompleks seperti oat.

Perlu diingatkan bahawa gula yang berlebihan di dalam badan akan ditukarkan kepada lemak. Mengurangkan pengambilan gula juga sebenarnya dapat mengurangkan penghasilan lemak.

Banyakkan makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan membantu anda kenyang tanpa mengambil nasi ataupun jenis makanan lain yang berkarbohidrat.

Selain daripada itu, aktiviti fizikal juga diperlukan untuk membakar lemak hasil daripada apa yang kita makan.

2) Sakit Jantung setelah berhenti merokok

Saya pernah jumpa pesakit yang tidak mahu berhenti merokok disebabkan ada daripada kawannya terkena serangan sakit jantung sejurus selepas berhenti merokok.

Perlu diketahui bahawa merokok itu sendiri adalah salah satu faktor penyebab sakit jantung

Bukan setakat itu, statistik menunjukkan kadar pesakit jantung semakin meningkat bagi pesakit yang baru berumur 30 an. Maksudnya disini semakin ramai orang muda yang terkena sakit jantung.

Seperti yang kita tahu selalunya mereka yang mempunyai sakit jantung ini berumur 50 lebih dan mempunyai penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi. Jadi kenapa trend sakit jantung ini semakin meningkat di kalangan orang muda

Jawapannya adalah sebab mereka MEROKOK.

Satu kajian telah dibuat menjurus kepada orang muda yang merokok. Kajian itu mendapati orang muda yang merokok lebih daripada 20 batang sehari akan mempunyai risiko 8 kali ganda untuk mendapat serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak merokok.

Oleh itu, berhenti merokok bukanlah penyebab kepada serangan sakit jantung. Tetapi puncanya adalah rokok itu sendiri

3) Nak berhenti merokok terus ataupun kurangkan pergambilan sedikit demi sedikit

Ramai mengatakan terus berhenti merokok adalah cara yang tidak berkesan jika benar-benar hendak berhenti merokok kerana mereka akan mula merokok balik lepas beberapa hari. Mereka juga mengatakan bahawa mengurangkan bilangan rokok yang dihisap hari demi hari adalah lebih berkesan.

Tetapi kajian telah menemui sebaliknya. Mereka yang terus berhenti merokok mempunyai peratusan yang tinggi untuk berterusan tidak merokok jika dibandingkan dengan mereka yang cuba mengurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit dengan tujuan untuk berhenti merokok.

Satu kajian telah dibuat di England daripada tahun 2009 ke 2011 melibatkan 697 orang perserta. Ia dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama adalah yang terus berhenti merokok dan kumpulan kedua adalah yang cuba berhenti merokok dengan mengurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit. Di dalam kajian itu mendapati, terus berhenti merokok mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk berjaya berhenti merokok sepenuhnya

4) Saya batuk-batuk lepas berhenti merokok 

Selain daripada berat badan yang meningkat, orang yang cuba berhenti merokok juga akan mengadu batuk-batuk ketika dalam proses berhenti merokok.

Perlu diketahui bahawa asap rokok akan merosakkan saluran pernafasan dan membuatkan ia sentiasa kering. Ketika mana sesorang itu berhenti merokok, saluran pernafasannya akan cuba diperbaiki oleh badan dan kadang-kadang mengalami proses KERADANGAN(INLAMMATION).

Ini menyebabkan kahak terhasil daripada saluran pernafasan. Kahak ini akan menyebabkan tekak terasa gatal dan pesakit tersebut akan batuk untuk mengeluarkan kahak tersebut.

Selain daripada itu penghasilan kahak ini juga berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia rokok daripada paru-paru. . Oleh itu jangan risau, badan anda sedang membersihkan paru-paru dengan efisien.

5) Bagaimana hendak berhenti merokok?

Ada 2 pilihan. Sama ada anda cuba berhenti sendiri dan keduanya anda cuba dapatkan bantuan daripada doktor perubatan.

Kementerian Kesihatan Sendiri telah mengadakan program ‘Klinik Berhenti Merokok’ untuk seluruh warganegara Malaysia.

Masalah Kolestrol Boleh Berlaku Dikalangan Mereka Yang Kurus. Anda Boleh Turunkan Kadar kolestrol Dengan Ramuan Tradisional Ini.

Kurus, muda dan sihat bukan jaminan anda tidak akan menghadapi masalah kolestrol. Justeru kena hati-hati terutama dalam pengambilan makanan yang berpotensi boleh menyebabkan masalah kesihatan ini menyerang anda.

Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman Delihayat Kitchen yang telah terbukti keberkesanannya setelah beliau mengamalkan petua turunkan kolesterol.

Menurut Delihayat lagi dia mengamalkan jus penawar kolestrol tiga kali sebelum berjumpa doktor. Setelah itu, bacaan dan kadar kolestrol yang dimaklumkan doktor amat mengejutkan kerana bertambah baik, malah selsemanya juga berkurang dan jus ini juga sangat baik untuk resdung.

Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, sakit jantung, migrain, sakit sendi, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.

Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi:

Bahan-bahan:

– 500 gram bawang putih

– 500 gram halia

– 1 cawan perahan lemon

– 1 cawan apple cider

– 1 cawan madu

Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:

1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pulak dan tapis jusnya.

2. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.

3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.

Cara minum:

– 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)

– 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur

Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda.

Kanser Perut Jarang Dihidapi Oleh Orang Kelantan. Rahsianya Ialah Budu & Pegaga…

Dilaporkan, masyarakat Kelantan jarang dikesan menghidap kanser perut dipercayai kerana faktor pengambilan budu dan pegaga dalam makanan harian.

 

Pakar perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh berkata, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri ini.

 

Beliau berkata, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekali gus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.

 

“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.

 

“Selain daripada itu, penduduk Melayu di sini juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” katanya.

 

Bunga Lawang Adalah Sejenis Rempah. Selain Untuk Kesihatan Jantung, 5 Khasiat Ini Anda perlu Tahu Tentang Bunga Lawang

Bunga lawang adalah sejenis rempah yang akan ditambah kedalam sesetengah masakan. Kalau tergigit benda ni boleh sawan dibuatnya. Tapi jangan tak tahu, banyak kahasiatnya tau.

 

  1. Bunga lawang mempunyai kandungan anethol iaitu sejenis minyak. Minyak inilah yang mampu membuatkan kulit kita bertambah cantik.

 

  1. Minyak bunga lawang juga memiliki sifat estrogen yang mampu mengelakan wanita berasa kram ketika haid. Sapukan minyak bunga lawang ketempat yang sakit secara perlahan. Boleh juga diminum rebusan bunga lawang bersama asam jawa.

 

  1. Baik untuk gangguan pencernaan seperti kembung, susah kentut, banyakkan minum minyak bunga lawang bersama air hangat di pagi hari untuk melancarkan pencernaan.

 

  1. Menjaga Kesihatan Jantung

Menggunakan minyak ini boleh mengurangkan tekanan pada jantung dan menguatkan jantung kerana ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

 

  1. Ianya meredakan selesema dan batuk.

 

Cara Pemakanan Boleh Mempengaruhi Tidur Seseorang. Jika Anda Ingin Memandu, Elakkan 6 Makanan Yang Buat Anda Jadi Letih Dan Mengantuk

Cara pemakanan sebenarnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi tabiat tidur seseorang. Sesetengah makanan akan membuatkan anda menjadi lebih bertenaga.

Namun untuk pengetahuan anda, walaupun makanan adalah suatu keperluan yang boleh meningkatkan tenaga yang diperlukan tubuh, ternyata ada beberapa jenis makanan akan menjadikan anda letih.

Lihat 6 jenis makanan yang kami senaraikan.

 

  1. Buah Ceri

Ceri adalah sumber melatonin semula jadi, iaitu sejenis hormon untuk memulihkan kualiti tidur seseorang. Jadi, jika anda mahu makan ceri, pastikan anda memakannya sebelum tidur dan bukannya ketika makan tengah hari di pejabat. Okay?

 

Jika anda mempunyai masalah tidur (insomnia), ada baiknya juga anda amalkan memakan ceri secara kerap kerana ia dapat membantu untuk mengembalikan waktu tidur yang lena.

 

  1. Pasta

Ya! Karbohidrat memang berkhasiat sebagai pembekal tenaga kepada tubuh. Sebaik sahaja anda memakan sumber makanan karbohidrat, ia akan melonjakkan tekanan gula dalam darah.

 

Setelah beberapa ketika selepas ia hadam, kadar insulin dalam tubuh akan jatuh menyebabkan seseorang ngantuk atau letih.

 

  1. Roti Putih

Sama seperti pasta, roti putih juga merupakan sumber karbohidrat yang sering diambil ketika waktu sarapan. Oleh itu jaga-jaga kerana ia akan buatkan tubuh anda menjadi letih nanti.

 

Ini kerana roti putih adalah sejenis sumber karbohidrat yang diproses. Tidak pula dengan roti bijirin penuh. Mungkin anda boleh gantikan roti putih dengan roti “oatmeal” selepas ini.

 

  1. Sayur Salad (Lettuce)

Percaya atau tidak, salad boleh memberi kesan kepada otak anda sama seperti “opioids”. Ia mengandungi sejenis pelali digelar “lactucin”, yang sering digunakan ke atas tikus kajian untuk menenangkan serta mengurangkan kesakitan binatang tersebut.

 

  1. Pisang

Pisang kaya dengan kandungan potassium yang dapat bantu menggalakkan fungsi saraf serta kesihatan jantung. Namun begitu, ia juga tinggi dengan kandungan magnesium iaitu sejenis keperluan yang diperlukan oleh badan manusia – bantu melancarkan proses tidur.

 

Mark Hyman, Pengasas UltraWellness Center menggelar magnesium sebagai “relaxation mineral”. Jadi, kalau anda susah hendak tidur malam, cuba amal makan pisang.

 

  1. Coklat Gelap

Maaf para penggemar coklat gelap sekalian. Meskipun coklat gelap mengandungi kafien, dalam masa yang sama ia turut mempunyai sumber serotonin iaitu sejenis pemancar neuro yang boleh menenangkan seseorang.

 

Yang menariknya, hanya coklat susu tidak mengandungi sumber serotonin! Ia akan buat anda lebih bertenaga. Yay!