Browse Category: Tip

Kaum Wanita Sila Ambil Perhatian Tentang Air Halia Panas Kerana Banyak Kelebihannya

Kadangkala petua yang diberikan oleh orang tua ini ada baiknya juga. Dengan menggunakan barangan dapur di rumah yang lebih menjimatkan terutama bahan untuk masakan ternyata menjimatkan dan mempunyai khasiat yang tersendiri.

Sebagai contoh, halia yang mana sering menjadi bahan utama di dalam masakan. Banyak kelebihan rupanya dengan halia ini. Antaranya dengan mengamalkan minuman air halia panas terutamanya untuk wanit. Nak tahu apa kelebihannya baca kat bawah ini:

  1. Melancarkan pencernaan: Untuk mereka yang sering mengalami masalah perut kembung, cirit birit atau sering kram perut terutamanya ketika sedang datang bulan. Boleh amalkan minum air halia panas sebab ianya dapat meredakan dan merehatkan usus.
  2. Menurunkan berat badan:Bagi yang ingin menurunkan berat badan ketahuilah bahawa halia ini mampu meningkatkan metabolisme tubuh badan anda. Dengan minum air halia juga dapat mengurangkan nafsu makan terutama untuk anda yang sedang berdiet. Dimana ianya juga membuatkan perut tahan kenyang lebih lam. Wah best ni!
  3. Imun tubuh badan menjadi kuat:Untuk makluman, kandungan dalam halia dapat membersihkan limpa, mengeluarkan racun, dan juga membunuh bakteria yang sering menjadi punca penyakit.
  4. Membantu menghilangkan loya ketika hamil:Bagi yang sedang hamil ketika ini boleh juga mengamalkan untuk minum air halia panas terutama menghilangkan sakit loya dan juga muntah. Bila minum, otot-otot akan menajdi relaks dan menghilangkan rasa mual.

Apa pun jika ada diantara anda yang alah kepada halia, janganlah mengamalkannya dan rujuklah kepada yang lebih pakar.

Gout Sejenis Penyakit Lebihan Asid Urik. Gunakan 3 Bahan Semulajadi Ini Untuk Hilangkan Gaut Dalam Masa 30 Hari

Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada lebihan asid urik di dalam badan. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, tetapi ia boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

Bagi gout yang kronik, asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ‘tophi’. Namun secara umumnya, gout adalah suatu penyakit yang boleh disembuhkan tetapi kita haruslah juga mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Kali ini, kami amat bertuah kerana Cik Mil Neena berkongsikan sebuah petua gout. Menurut beliau, ia telah diamalkan oleh suaminya yang menderita penyakit gout selama 15 tahun. Setelah sebulan, ia menampakkan hasil yang amat memberangsangkan. Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini.

PETUA ATASI GAUT DENGAN 3 BAHAN SEMULAJADI, MUDAH!

Hari ini saya nak share satu petua gout. Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak ‘jalan’. Akhirnya terpaksalah makan ubat farmasi, iaitu Allupurinol untuk turunkan paras asid urik dan Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh dipisahkan dengan dua jenis ubat ini, bukan?

Alhamdulillah, dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout. Bahan-bahannya pula mudah disediakan. Yang pasti, jus yang dihasilkan memang sedap dan insha Allah boleh diminum sebab baunya wangi. Rasanya tak melekat dalam mulut apabila diminum dan tak pahit. Isteri pun boleh curi-curi minum!

BAHAN-BAHAN:

Berikut adalah bahan-bahannya.

1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit

CARA-CARA:

  1. Kisar

Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam Lazada RM179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Saya dapat dua gelas jus.

Bagi yang nak guna mesin pengisar / blender, boleh juga. Tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.

  1. Minum 2 Kali Sehari

Minum 2 kali sehari ya. Satu gelas selepas bangun tidur (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tidur (malam).

Tips Tambahan

Tips kalau malas nak kena basuh bekas-bekas jus, boleh buat jus untuk dua hari siap-siap. Maknanya gandakan bahan di atas kemudian masukkan ke dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang bila nak minum nanti.

Insha Allah semoga berkesan untuk anda juga.

NAMPAK PERUBAHAN DALAM 1 BULAN!

Kalau serasi macam suami saya, mudah-mudahan kesannya nampak dalam masa 1 bulan ini. Walaupun makan udang dekat 1kg, suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lagi dan rasa sakit dah kurang terutama di tempat bengkak.

Kemungkinan kristal asid urik di kawasan tulang kaki dah menurun. Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido. Jus gout ini memang ‘cuci’ habis dalaman dia.

Pada masa yang sama, perlulah jaga pemakanan dan mengawal diet seperti yang ditetapkan oleh doktor. Kalau gout masih tak berkurang dan bertambah teruk, janganlah pula hanya bergantung kepada petua. Pastikan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

 

Tidak Ramai Yang Ketahui Akan Khasiat Rebung. Bawah Ini Dikongsikan 6 Khasiat Rebung Yang Boleh Menjauhkan Anda Dari Pelbagai Penyakit. No. 4 Tu Mesti Ramai Suka!

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya diambil dan dipotong untuk dimasak sebagai ulam-ulaman dimakan bersama lauk, contohnya gulai rebung dan sayur lodeh. Dalam bahasa Inggeris ianya dikenal dengan sebutan bamboo shoot ini, merupakan pucuk buluh yang masih muda.

Sering dijadikan sayur dalam masakan, baru diketahui oleh segelintir orang saja. Kelazatannya dapat membuat selera makan bertambah. Apalagi, jika ianya dimakan dan dicicah tersebut dengan sambal pedas. Wow, pasti terangkat dan meleleh air liur time bulan puasa cenggini.. Hehehe.. Namun, disamping kelazatannya, rebung memiliki banyak khasiat yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita.

Rebung sering dibuat masak lemak namun tak ramai orang mengemarinya. Tahukah anda rebung juga mempunyai khasiat bagi kesihatan tubuh badan kita?

Mari kita lihat 6 khasiat rebung kepada kesihatan manusia.

  1. Menyembuhkan Bisul Dan Luka

Mempunyai sifat anti inflamasi dan analgesik yang dapat membantu mempercepat proses penyembuhan bisul dan luka.

  1. Menurunkan Tekanan Darah

Rebung mengandungi kalium yang tinggi jadi ia antara makanan yang dapat membantu menurunkan tekanan darah.

  1. Memudahkan Proses Kelahiran

Ianya termasuk tanaman jenis uterotonika yang dapat membantu meningkatkan kontrasi rahim sekaligus dapat memudahkan proses kelahiran.

  1. Menurunkan Berat Badan

Dapat membantu anda menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan kalorinya yang rendah. Rebung mengandungi serat yang tinggi sehingga dapat membuatkan perut cepat berasa kenyang.

  1. Menurunkan Kolesterol

Menjadi makanan yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol darah dan menyihatkan jantung.

  1. Meningkatkan Sistem Imun Badan

Mengandungi vitamin A, vitamin E, vitamin B6, asam folat, thiamine, riboflavin, dan niasin. Rebung juga mempunyai mineral penting seperti zat besi, mangan, tembaga, kalium, fosfor, natrium, seng, magnesium, dan kalsium.

Semua nutrisi tersebut sangat penting untuk meningkatkan sistem imun badan dan kekebalan tubuh.

 

Kongsikan!!! Tidak Tahan Tahi Cicak Banyak Di Rumah? Ini 8 Petua Paling Senang Elakkan Cicak Masuk Rumah

Nampak kecil dan tidak berbahaya, tapi kehadiran cicak dalam rumah boleh mengganggu anak-anak kecil dan haiwan peliharaan.

Ini kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi penghuni tetap dalam rumah, menjadikan perabot sebagai sarang seterusnya membiak dalam rumah.

Jadi bagaimana nak elakkan cicak dari masuk dalam rumah?

1.Serbuk kopi

Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Anda kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.

2.Bawang putih

Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.

3.Bawang besar

Anda juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun anda juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.

4.Cili kering

Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.

5.Bela Kucing

Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!

6.Kulit Telur Ayam

Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

7.Lada Hitam

Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air kemudian masukkan dalam botol spray. Sembur dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah. Cicak tidak tahan dengan rasa pedas.

8.Air dan Cili Api

Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.

 

Lakukan 7 Tip Ini Supaya Suami Rindukan Isteri & Cepat Pulang Ke Rumah

Ramai isteri di luar sana yang buat salah tanpa mereka sedari. Bila suami sampai di muka pintu, terus mengadu masalah anak atau meluah tentang ketidakpuasan hati. Suami yang kepenatan menempuh jam, terus rasa down. Mood pun jadi tak best.

Apa tidaknya, kepulangan mereka disambut dengan seribu satu masalah. Sebab itulah ada suami yang tidak terus pulang ke rumah selepas kerja. Suami akan lepak dulu di kedai mamak, alasan mereka release tension. Ada juga yang kata inilah masa ‘bertenang’ sebelum mengadap isteri.

Jadi jangan salahkan suami kalau dia tak betah duduk di rumah. Sebenarnya ada salah kita juga. Jangan suami tempat lepas geram, dia juga manusia biasa. Walaupun suami lelaki tapi jika hari-hari hadap situasi ini, dia pun tak tertanggung.

Sebelum suami bosan pulang ke rumah, lebih baik kita cepat berubah dan bertindak. Biar suami rindu-rindukan isteri dan mahu cepat pulang ke rumah.

7 Tip Supaya Suami Rindukan Isteri & Cepat Pulang Ke Rumah

  1. Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Sejuk hati suami apabila melihat isterinya memberi layanan yang baik.
  2. Pastikan kita rapi dan wangi. Jangan pula selekeh macam hantu Kak Limah, bau yang harum dan paras isteri yang rapi menjadi terapi buat suami. Biar dia sentiasa nampak kita hot.
  3. Ambil barang pada tangan suami. Jika suami beli barang, sambut barang tu. Itu sebagai tanda kita menghargai suami.
  4. Buatkan air kegemaran suami. Suami baru pulang biasanya penat dan haus, jadi tanya suami mahu minum apa. Ada suami yang suka air sejuk dan ada juga minuman panas.
  5. Berbual perkara yang santai dengan suami. Biar dia tahu kita peka dan mengambil berat tentangnya. Misalnya tanya bagaimana hari yang dilalui suami hari itu.
  6. Biar suami makan dan rehat dulu. Sementara suami bersihkan badan, anda hidangkan menu yang digemari suami. Masakan simple sudah memadai, suami pasti sangat gembira.
  7. Bila suami dah tenang baru ‘masuk jarum’ sama ada nak minta beli barang atau nak mengadu masalah anak-anak atau masalah lain.Selepas perut suami dah kenyang, saat dia berehat barulah utarakan isu yang mahu dibincangkan. Saat ini suami lebih rasional dan bersedia.

AMALKAN 6 JENIS MAKANAN INI UNTUK MENGEMPISKAN PERUT ANDA

Makanan Berkhasiat.Mahu memiliki tubuh sihat dengan perut yang rata serta otot menawan?

Kalau mahu, anda perlu berusaha sedikit untuk mendapatkan tubuh segar seperti ini.

Biarpun semua orang boleh melakukannya, tetapi diperlukan senaman yang berpanjangan serta menjaga pola makan yang baik. Makanan berkhasiat perlu diambil bagi mendapatkan tubuh segar dan berotot sepertimana yang anda impikan.

Bagi meningkatkan masa otot menjadi lebih padat, makanan berkhasiat tinggi amat diperlukan. Jadi, anda perlu memilih makanan yang banyak mengandungi protein.

Di samping itu, jangan lupa sertakan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna bagi keperluaan serat tubuh.

Antara makanan berkhasiat yang perlu anda ambil untuk mendapatkan perut rata serta boleh membesarkan otot anda selain daripada bersenam:

  1. Daging Ayam

Sepotong daging ayam setara dengan 93% protein daripada jumlah kalori yang disarnkaan dalam sehari. Selain mengandungi protein daging ayam juga ada turut mempunyai seleniu dan Omega-6.

  1. Ikan

Ikan merupakan protein yang mampu meningkatkan gerak kerja jantung. Pilihlah makanan berkhasiat seperti ikan salmon dan ikan tuna kerana ia memiliki kandungan asid lemak Omega-3.

  1. Putih Telur

Putih teluar termasuk makanan berkhasiat yang mudah didapati. Menurut hasil kajian, kandungan protein daripada putih telur dikatakan mencapai 99%.

  1. Daging Merah Tanpa Lemak

Sepotong daging merah mengandungi vitamin B12, protein dan fostor.

  1. Brokoli

Brokoli mengandungi ‘fitonutrien’ uantuk mencegah timbulknya penyakit kronik. Bahkan sayuran ini juga dikatakan merupakan 10 makanan kesihatan yang terbaik.

  1. Kacang Soya

Beberapa kandungan protein dalam kacang soya mengandungi asid amino yang diperlukan oleh otot tubuh iaitu ‘glutamin’ dan ‘arginin’.

Tips Ekstra!

Senaman untuk membesarkan otot agak berbeza dengan jenis senaman bagi mereka yang sedang berdiet.

Push Up
Lakukan push up dengan betul iaitu lebarkan lebih sedikit posisi kedua belah tangan anda. Tujuannya agar posisi otot dada lebih ditarik. Push up juga akan membentuk punggung dan otot perut. Lakukan 15 kali setiap set, dan ulangi kembali setelah anda beristirahat seketika.

Dumbbell Fly
Tujuan senaman ini adalah untuk membesarkan otot dada. Senaman ini terbukti efektif juga untuk otot tangan sehingga kelihatan lebih jelas.Senaman ini dilakukan dalam posisi tidur menggunakan barbell sebagai alat sokongan. Naik dan turunkan tangan secara berulangkali. Variasikan dengan gerakan melebarkan tangan.

Berenang
Merupakan aktiviti sihat yang paling disarankan dalam apa juga keadaan.Ketika anda berenang, semua otot dan tulang meregang dengan perlahan. Selain menimbulkan ketenangan fikiran, renang gaya kupu-kuku dan kuak dada sangat cepat membentuk tubuh bahagian atas.

 

AMALKAN PETUA DAN DOA INI UNTUK KEKALKAN DARA BAGI WANITA.ISTERI WAJIB BACA JIKA SAYANG SUAMI.

Doa dan Amalan Agar Wanita Kekal Dara. Salam Pembaca Khasnya Kaum Wanita,

Apabila sudah lama berkahwin, faraj anda semakin kendur, longgar dan ngilu. Nafsu seks semakin menurun dan suami menjauhkan diri untuk melakukan seks dengan anda. Suami sudah merasa bosan untuk melakukan seks.

Mulalah suami buat hal dan cari “Pucuk Muda” yang ranggup dan lebih ketat farajnya. Jadi rapatkan kembali faraj anda seperti anda dara dengan mengamalkan doa ini. Disamping itu juga, makan jamu, kacip fatimah ataupun buat jamu buatan sendiri.

Petua dan Amalan Supaya Isteri-Isteri Sentiasa DARA.

Ustazah Dr. Fatimah Zahra yang menurunkan petua ini untuk kaum ibu supaya menjaga diri agar sentiasa jadi macam‘abqaro’menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah.

(‘Abqaro‘ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan diri luar dan dalam.

Cara-caranya:

Lepas solat Isyak, ambil air segelas, baca Al-Fatihah satu kali (1x), Ayatul Qursi satu kali (1x) dan Surah Al-Waqiah, ayat 35-38 sebanyak tujuh kali (7x). Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Doa dan Amalan Agar Wanita Kekal Dara

Inna ansha/nahunna inshaa(35) FajaAAalnahunna abkara (36) AAuruban atraba (37)
Li-as-habi alyameen (38)

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.

(35)Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh) (36)Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya (37)Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan(38)”.

 

Cara Untuk Halang Gigi Dari Rosak Dan Berbau? Amalkan 4 Cara Ini Dengan Betul

Anda ada masalah mulut berbau disebabkan gigi rosak? Gosok gigi berulang kali pun masih lagi belum hilang? Mungkin selama ini cara anda menggosok gigi itu tidak betul. Kami ada info penting buat korang yang menghadapi masalah ini, jangan risau, ikut sahaja cara mudah ini dan amalkan setiap hari okay.

Gigi harus digosok selama 2 minit

Kajian dari British Dental Health Foundation mengatakan kebanyakan manusia memberus gigi tidak lebih dari 1 minit dan paling lama hanya 45 saat sahaja. Tips ingin gigi yang sihat sepatutnya korang kena gosok selama 2 minit.

Guna ubat gigi yang ada fluorida

Kesan fluorida adalah untuk mencegah gigi dari menjadi buruk. Jadi sebelum beli, lihat dahulu pada kotak ubat gigi jika ia mengandungi fluoride atau tidak.

Jangan terus gogok gigi selepas makan, tunggu dahulu 1 jam

Tahukah anda Enamel akan jadi lembut sejurus selepas kita makan terutamanya jika makanan itu bergula. Jadi jika terus menggosok selepas makan, enamel pada gigi akan rosak dan menjejaskan kesihatan gigi. Waktu yang bagus untuk gosok gigi adalah 1 jam selepas makan.

Gosok gigi dengan lembut, jangan kasar

Jangan gosok kasar-kasar, ia boleh mendatangkan kerosakan pada tisu di gusi.

Amalkan Minum Air Jamu Ini Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid

Air jamu ini sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan. Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu hormon seorang wanita.

Apa kata anda amalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih. Cara untuk membuatnya juga mudah.

Bahan bahnya ialah..

2sm halia

2sm kunyit

2 batang serai

2 helai daun pandan

3 cawan air

Gula batu atau madu *mengikut citarasa

Cara buatnya..

  1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
  2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
  3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.

Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)

Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih

Air jamu ni baik untuk…

  1. Membersihkan rahim selepas haid
  2. Mengeluarkan angin dalam badan
  3. Memecahkan lemak di perut
  4. Mengurangkan masalah bau badan

Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit. Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.

 

Baca Dan Kongsi!!! Petua Mudah Tapi Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah

Kajian menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan cacing dalam terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru. Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Sangat bahaya!

Untuk menghalau lipas tanpa racun bukannya mudah. Tetapi Jangan risau, kami ada petua berguna untuk korang halau lipas dengan berkesan. Cuba dan lihat hasilnya okay!

1) Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.

2) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati. Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

4) Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.

5) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Perlu Tahu!

Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.

Apakah yang dilakukan oleh lipas pada makanan kita sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?

Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya berserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman lagi.

Di Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza tapi tidak ketara.Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.