Browse Category: Tazkirah

JAUHILAH 10 DOSA INI YANG BOLEH MENGHAMBAT REZEKI ANDA. BERHATI-HATILAH !!!

Jika anda merasa rezeki anda seret, cubalah pengenalan diri anda sama ada anda melakukan salah satu atau beberapa dosa besar yang bakal kami kutip satu persatu dari ustaz Yusuf Mansur.

Apa sajakah dosa-dosa besar itu hingga boleh menjadi penghalang turunnya rezeki daripada Allah? Sila indetifikasi diri anda adakah anda pernah lakukan dosa besar yang pernah di huraikan oleh ustadz Yusuf.

Mansur berikut ini:

  1. Syirik (Menyekutukan Allah)
    Syirik yaitu dosa besar penghambat rejeki, syirik yakni dosa yg tidak diampuni. Bila ada orang yang meninggal dunia dalam keadaan masih syirik jadi ia bakal ada pada neraka selama-lamanya.
  2. Meninggalkan Solat
    Solat iaitu harus, meninggalkan solat yakni dosa besar. Baiknya anda selalu melindungi solat anda, seboleh mungkin ditunaikan. Baiknya masa panggilan Allah (azan) bergema cepatlah penuhi panggilannya, jangan ditunda. Tidak boleh juga kan rezekinya ditunda oleh Allah.
  3. Durhaka Pada Orang Tua
    Syurga ditelapak kaki ibu, durhaka pada ke-2 ibu bapa sama juga menjauhkan diri dari syurga. Sekalian menjauhkan dari rezeki yang halal.
  4. Zina
    Bagaimanapun jangan pernah melakukan z1n4. Hukuman orang yang berz1n4 begitu berat serta termasuk dari dosa besar.
  5. Rezeki Haram
    Perolehlah rezeki dengan cara yang halal, dengan usaha yang halal. Rezeki yang diperolehi secara haram boleh memutuskan rezeki halal kerana rezeki haram yakni termasuk dosa besar penghambat rezeki halal.
  6. Minum Arak
    Minuman keras atau arak iaitu minuman yang memabukkan. Ada banyak hal yang mudarat pada Minuman ini. Jauhilah Arak kerana
    Allah.
  7. Memutuskan Silaturahim
    Memutus silaturahim iaitu perkara yang menghalang rezeki, sebaliknya menyambung silaturahim yakni hal yang mendatangkan rezeki.
  8. Menuduh dan Bersaksi Palsu
    Hati hati dengan perkataan anda, mulutmu harimaumu. Kadang-kadang mulut sukar untuk dikawal, tetapi cuba berkata yang baik atau diam.
  9. Kikis dan Riba
    Kikis adalah dosa penghalang rezeki, jauhilah kikir. Sebaliknya dermawan, suka menolong iaitu sikap yang mendatangkan rezeki.
  10. Fitnah
    Fitnah atau gosip, membicarakan keburukan orang iaitu dosa besar! Awas, fitnah boleh juga dalam acara tv.

 

 

INILAH SEBAB MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MEMBUNUH SEMUT? BACA DAN KONGSIKAN MUNGKIN RAMAI YANG TAK TAHU.

Bolehkah kita membunuh semut dengan racun sedangkan semut merupakan salah satu dari binatang yang dilarang oleh Rasulullah SAW dari membunuhnya.

Masalahnya, semut terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sinki dan disoket lampu.

Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.

Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan, bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas r.a. dia berkata, “Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Shurad.”

Hadis ini menunjukkan hukumnya haram membunuh empat jenis binatang tersebut atau memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula satu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya.

Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitan dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya dengan penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia mempunyai sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah. Setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat kembali sarangnya.

kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah ditempah oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. “Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman A.Ş .. Ini rumahku .. Aku mahukan kebersihan ..

Anda adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya .. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku supaya kamu selamat “..

Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect / sheildtox / bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman A.Ş .. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.

Usaha yang kita lakukan adalah untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan Rasulullah SAW yang kita tidak mampu memahaminya secara pasti.

Wallahu a’lam.

 

 

Buka Pintu Rezeki Dengan Mengamalkan 6 Perkara Ini. Baca Dan sebarkan Untuk Manfaat Bersama.

Rezeki ataupun nikmat dikurniakan oleh Allah kepada manusia sesuai dengan sifat Al-RahmanNya. Sebab itu jika kita lihat orang bukan Islam pun mempunyai harta yang melimpah ruah. Itulah sifat Al-Rahman Allah.

Dia akan berikan kepada sesiapa saja baik muslim ataupun tidak yang berusaha mencari rezeki.Namun untuk kita ummat Islam, kita dilimpahi dengan sifat Al-Rahim Allah. Pemberian Allah kepada orang muslim berbeza dengan yang bukan muslim.

Rezeki yang muslim dapat akan menjadi berkat. Dan rezeki yang Allah kurniakan itu akan disyukuri dan digunakan sebaik-baiknya ke arah keredhaan Allah. Untuk kita sebagai ummat Islam, ada amalan-amalan yang amat Allah sukai untuk kita amalkan untuk menjadi penyebab murah rezeki.

Diantaranya tips untuk dimudahkan rezeki tersebut ialah:

  1. Meluangkan masa untuk beribadah
    Ini terbukti apabila Allah sendiri berfirman di dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksug:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

  1. Memperbanyakkan istighfar
    Istighfar ialah perbuatan berbentuk penyesalan, pengakuan dosa dan rintihan hamba kepada Allah. Justeru Allah amat suka dan kasihan kepada orang yang selalu bertaubat dan akan menghapuskan duka, menyelesaikan masalah dan memberi rezeki kepada hamba yang suka beristighfar seperti janjiNya di dalam sebuah hadith:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

  1. Sentiasa mengingati Allah
    Dengan meningati Allah hati akan menjadi tenang. Kategori rezeki ini hanya diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

  1. Berbakti (berbuat baik) dan mendoakan ibu bapa
    Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda lagi:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab murah rezeki. Ini bersandarkan kepada sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

  1. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
    Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

  1. Tunaikan hajat orang lain
    Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

Subhanallah!!! Imam Masjid Dedah Kejadian PELIK Jenazah Jutawan Popular Shah Alam Bertukar Jadi Babi !!!

Perhatikan suatu ketika dahulu umat Islam mudah sangat percaya dengan kisah2 mistik dari ‘penceramah agama’ tanpa dipersoalkan atau disoal siasat terlebih dahulu.

Gempar. Mayat seorang ahli perniagaan dari Shah ALam, dekat sini telah berubah rupa menjadi bangkai seekor khinzir selepas beberapa jam menghembuskan nafas terakhir.

Imam muda Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri ), di sini, Ustaz Kamal Ashaari, 28, yang mengesahkan kejadian aneh itu berkata ia disaksikannya sendiri tahun lalu.

“Pada hari itu kira­kira jam 3:00 pagi, saya menerima panggilan talipon daripada seorang lelaki meminta bantuan untuk mengendalikan mayat seorang ahli perniagaan di Shah Alam.

Oleh kerana jarak yang agak jauh ( hampir 30 kilometer), saya bertanya kepada lelaki tersebut, tidak adakah orang lain yang lebih dekat yg boleh menguruskannya?” Lelaki itu , kata Kamal bagaimana pun memintanya datang ke kediaman ahli perniagaan itu yg terletak di kawasan perumahan elit dgn segera. “Oleh kerana dia hampir mendesak, saya pun bergegas ke rumah lelaki itu seorang diri dengan menaiki van masjid. Saya sampai di sana kira­kira setengah jam kemudian,” katanya.

Menurut Kamal yg ditemui di rumahnya di Seksyen 10, di sini, minggu lalu, dia disambut oleh seorang lelaki tua yang pada mulanya disangka ayah simati.

“Lelaki itu menjelaskan kpd saya dia hanya tukang kebun. Apabila saya masuk ke dalam rumah, ada pula seorang wanita tua tukang masak. Hanya mereka berdua yg ada di dalam rumah itu pada masa itu,” katanya.

Melihat keadaan demikian kata Kamal, dia bertanya kpd pasangan tersebut ke mana menghilangnya anggota keluarga simati. “Saya diberitahu anak­anak simati telah pun pulang ke rumah masing-masing menjelang waktu maghrib sebelumnya. Mereka memberi alasan tidak boleh menunggu di situ kerana hendak bekerja keesokan harinya, ujar imam muda itu.

“Saya pun tidak mahu soal panjang lagi tapi andaian saya, keluarga ini bolehlah dianggap sebuah keluarga yang porak­peranda jika begitu sikap anak­anak si mati pada hari kematian ayah mereka,” tambahnya. Dia yang berpengalaman lebih tiga tahun dalam bidang pengurusan jenazah sejak menuntut di University Al­Azhar, Mesir, beberapa tahun lalu meminta izin untuk melihat mayat berkenaan.

“Saya dibawa ke ruang tengah banglo mewah itu. Di sana saya dibawa melihat mayat seorang lelaki berusia lengkungan 50­an yg tubuhnya agak sasa terbujur kaku tanpa sehelai kain pun menutup tubuhnya. Saya meminta kain kepada lelaki tukang kebun dan kain itulah yg saya gunakan untuk menutup mayat. Saya sendiri merasa hairan kenapa mereka membiarkan tubuh si mati terbuka sedangkan dia seorang yg kaya raya. “Takkan kain nak tutup mayat pun tidak ada,” katanya.

Selang beberapa minit kemudian, kata Kamal dia pun mula membaca kitab suci Al­Quran di sisi mayat tersebut sementara menunggu masuk waktu Subuh. “Saya terpaksa tunggu waktu Subuh dengan harapan hendak mendapatkan bantuan daripada jemaah sebuah masjid yang berhampiran.” “Ini kerana dengan tubuh mayat yang agak berisi, saya tak yakin mampu menguruskannya seorang diri,” ujarnya.

Bagaimana pun kata imam itu pada masa dia sedang bersiap­-siap hendak keluar ke masjid, suatu kejadian aneh yang cukup mengejutkan telah berlaku.

“Saya ternampak seolah-­olah ada benda sedang bergerak di bawah kain yg menutupi mayat itu. Namun untuk terus membukanya, saya tidak berani, ujarnya.

Selang kira­kira empat minit kemudian iaitu apabila pergerakan di bawah kain itu berhenti, dia pun memberanikan dirinya membuka kain tersebut.

“Alangkah terkejutnya saya apabila yang saya lihat di bawah kain itu bukan lagi mayat lelaki tersebut tetapi bangkai seekor khinzir(babi) hutan yang saya percaya telah bertukar rupa dengan takdir Allah,” katanya.

Melihat kejadian pelik itu, kata Kamal dia menjadi gementar dan lututnya terasa begitu lemah. “Saya lantas memanggil lelaki tukang kebun dan memberitahunya kejadian tersebut. Saya juga bertanya kepadanya perihal sikap dan tindak tanduk majikannya itu yang mungkin boleh dijadikan andaian sebagai punca kejadian itu,” katanya.

Menurut Kamal, lelaki itu kemudian menceritakan kepadanya bahawa tokoh korporat itu semasa hayatnya bukan saja tidak pernah ke masjid atau pun bercampur gaul dengan jemaah ‘rumah Allah’ itu malahan bersikap anti kepada sebarang kegiatan yang bercorak agama.

“Ini semua kuasa Allah tapi saya andaikan itu mungkin salah satu sebab yang menjadi punca mayatnya bertukar rupa menjadi khinzir,” katanya lagi.

Menyambung ceritanya, imam muda itu berkata oleh kerana keseluruhan tubuh badan lelaki itu telah bertukar menjadi khinzir, maka dia pun mambatalkan hasratnya untuk menyempurnakan mayat itu sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap manusia.

“Nak mandi dan kafankan macam mana lagi kalau seratus peratus tubuh mayat itu berupa khinzir, yang termasuk dalam najis mughalazah (najis berat). Nak pegang pun tak boleh…,” tegasnya. Kalau setakat separuh manusia, separuh haiwan boleh saya usahakan lagi menyempurnakan setakat mana yang patut,” tambahnya.

Oleh yang demikian, kata Kamal dia bersama­-sama tukang kebun itu kemudian menyeret bangkai khinzir itu yang berlapikkan tikar ke belakang rumah. “Di sana, kami gali lubang dan tanam bangkai itu sebagaimana yang biasa dilakukan orang terhadap bangkai binatang,” ujarnya. ( Petikan: Mingguan Warta Perdana )

Perhatikan suatu ketika dahulu umat Islam mudah sangat percaya dengan kisah2 mistik dari ‘penceramah agama’ tanpa dipersoalkan atau disoal siasat terlebih dahulu. Agama islam bukan agama mistik. tapi benda2 mistik la yg melayu suka dengar.

Spt kisah dongeng (urban legend) jutawan damansara bertukar menjadi babi hutan lalu ditanam dibelakang rumahnya oleh seorang ustaz tu… bila ditanya balik ada tak ustaz lapor polis sebelum tanam? ada surat mati ke tidak, ada tak anak2 lapor polis utk dptkan surat mati utk proses tuntutan pusaka & faraid? ada laporan orang hilang tak? sedangkan yg mati tu JUTAWAN. bila ditanya ustaz tu buat derk jer .. nampak sgt di malaysia ni bertebaran ramai jenis ‘ustaz jadian’ jaja cerita utk penyedap isi ceramah.

 

Anda Selalu Rasa Nak Marah? Ini 3 Cara Untuk Mengelakkan Daripada Ianya Terus Berlarutan. Kongsikan Untuk Manfaat Bersama..

Marah merupakan salah satu ekspresi dari keadaan tertentu. Marah juga akan menarik kita menuju sesuatu keadaan, samada baik atau buruk. Dampak yang akan diberikan oleh marah bergantung dengan bagaimana sikap kita menangani rasa marah tersebut.

Apabila seseorang mampu mengendalikan kemarahannya atau bahkan memaafkan maka Allah akan memberikan pahala berlipat ganda bagi kita.

3 ubat penawar ketika marah ini dapat kita gunakan agar terhindar dari godaan dan bisikan setan. Kerana jika seseorang marah tanpa dikawal maka dia telah dikuasai oleh setan. Padahal marah menimbulkan dampak negatif, baik untuk kesehatan fisik, psikologi atau bahkan dapat mempengaruhi spiritual kita.

Namun, bukan perkara mudah untuk kita dapat mengawal marah. Bahkan, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa orang yang paling kuat adalah orang yang mampu menahan amarahnya. Rasulullah mengatakan berulang kali agar seseorang tidak marah.

Marah dikatakan sebagai sebuah penyakit sehingga memerlukan penawar. Berikut ini adalah ubat hati menurut Islam, yaitu:

  1. Ta’awudz

Mengucapkan ta’awudz berarti kita meminta perlindungan pada Allah dari setan yang terkutuk. Sebuah kisah menceritakan ketika Rasulullah sedang duduk dengan para sahabatnya, mereka melihat dua orang laki-laki yang mengumpat. Salah seorang marah dengan perkataannya dan menampakkan wajah merahnya. Kemudian, Rasulullah bersabda bahwa beliau akan mengajarkan satu kalimat dimana jika kita membacanya maka apa yang kita alami akan pergi.

Apabila kita mengucapkan ‘Audzubillahi minasy syaithan yang berarti aku berlindung pada Allah dari setan, pastinya apa yang menjadi penyebab kemarahan kita akan pergi dengan sendirinya.

Oleh Kerana itu, ucapkanlah ta’awudz ketika kita sedang marah agar dilindungi dari setan yang menguasai kita. Selain itu, mengingat Allah akan membuat setan sulit menggoda kita, orang yang beriman.

  1. Bersabar

Ubat penawar yang mutlak adalah kesabaran. Kita dapat melawan rasa marah dengan hati yang sabar. Allah telah berfirman agar kita menolak amarah dengan cara yang lebih baik. Maksudnya adalah memberi maat saat menerima perlakuan buruk dan bersabar ketika marah merupakan cara yang paling baik.

Apabila kita dapat melakukan kedua cara itu maka Allah akan melindungi kita dan menundukkan lawan-lawan layaknya sahabat akrab. Cara mengatasi marah menurut Islam dengan bersabar harus kita latih terus menerus agar menjadi kebiasaan yang baik.

  1. Mengubah posisi

Dalam riwayat Abu Dzar menjelaskan sabda Rasulullah mengenai cara menangani amarah. Apabila kita merasa marah ketika berdiri, maka kita bisa duduk untuk menenangkan diri. Tapi, jika amarah itu tak kunjung reda, maka diperintahkan bagi kita untuk berbaring dan InsyaAllah amarah itu akan pergi dari diri kita.

Hal ini juga diterapkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya sehingga beliau dapat bersabar. Maksud dari mengubah posisi ini adalah untuk menghindar dari godaan setan Kerana amarah yang berlebih dipengaruhi oleh setan.

Berdasarkan ubat marah menurut Islam diatas, kita dapat mempelajarinya agar menjadi pribadi yang lebih baik lagi. Tanpa kita sadari saat kita marah maka saat itulah setan sedang menguasai kita.

Oleh Kerana itu, senantiasa mintalah perlindungan dari Allah SWT agar kita tidak terjerumus pada amarah dalam waktu yang lama. Berbagai cara dapat kita lakukan. Mungkin menahan amarah bukanlah perkara yang mudah tapi kita bisa melakukannya jika kita terbiasa. Latihlah diri kita untuk bersabar saat marah dan selalu memaafkan orang yang memberikan perlakuan buruk pada kita.

Kadangkala Kita Rasa Terganggu Apabila Didatangi Oleh Kucing. Tetapi Tahukah Anda…Ternyata Inilah 3 Sebab Mengapa Kucing Datang Pada Kita…

Pernah tidak sahabat terganggu dengan adanya kucing liar yang datang mendekati kita? Seringkali kucing-kucing liar masuk ke dalam rumah dan mendekati kita, terutama saat kita sedang membawa makanan. Mereka mengeong seperti mengatakan bahwa mereka ingin meminta makanan dari kita.

Mungkin bagi para pecinta kucing, mereka tidak akan keberatan untuk memberikan sedikit dari makanan yang dimiliki untuk kucing tersebut tapi, bagi orang yang tidak menyukai kucing, mungkin mereka akan menendang kucing tersebut atau melemparinya dengan sandal.

Ketahuilah, bahawa kucing tersebut datang kepada kita bukan tanpa maksud dan sebab. Berikut 3 sebab kucing datang kepada kita, dan saat mengetahuinya sobat akan merasa sangat merugi jika tak memberi makan pada kucing tersebut.

3 SEBAB KUCING DATANG PADA KITA

Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua
Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan. Allah maha mampu memberi lebih dari itu.

Ketiga
Allah sedang beritahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah berikan kepada kita. Rezeki itu luas bukan hanya pada uang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada hewan karena hewan tak pandai mengucapkan terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Demikianlah 3 sebab mengapa kucing datang mendatangi kita, bukan tanpa maksud dan sebab. Mereka datang atas kehendak Allah. Dan betapa ruginya jika kita menolak memberi makan kucing tersebut, itu sama artinya dengan kita menolak rezeki pemberian dari Allah yang diberikan kepada kita.

 

Perhatian Kaum Wanita!!! Jangan Terus Curiga Suamimu Dekat Dengan Wanita Lain Tapi Bacakanlah Doa Ini Agar Suamimu Dijauhkan Dari Wanita Penggoda

 

Sejak Nabi Adam menempati bumi ini, iblis sudah mulai menghasut manusia. Pembunuhan pertama yang terjadi di bumi yaitu antara anak Nabi Adam Habil dan Qabil. Iblis bersumpah akan menggoda manusia sampai hari kiamat nanti agar mereka mempunyai teman di neraka.

Jangan katakan iblis tidak bisa menggoda kita. Sedikit meleset dan terpengaruh habislah terjerumus akibat godaannya. Senantiasa kita tetap beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dan berdoa dari godaan syaitan. Orang beriman pasti mengetahui azab Allah jika melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

Bahtera rumah tangga juga penuh dengan godaan syaitan, baik untuk suami dan juga istri. Pada artikel kali ini saya membahas apa yang dilakukan istri supaya suami jauh dari perbuatan zina dan perbuatan maksiat lainnya.

Sangat sedih memang bagi seorang istri yang muslimah memiliki suami dengan perangai buruk. Seperti mabuk-mabukan, main judi dan lain-lain. Suami yang bertingkah seperti itu merupakan cobaan bagi istrinya. Bukan perkara mudah untuk mengubah perilaku tersebut, terlebih sudah mendarah daging didalam dirinya (suami).

Menghadapi suami dengan perangai buruk, bagi sang istri senantia harus selalu sabar dan tawakkal kepada Allah, jika tidak, bukan tidak mungkin rumah tangga menjadi berantakan. Sebagian perempuan mungkin akan mengajukan gugatan cerai karena tidak sanggup dengan tingkah suaminya.

Sebagian para istrinya memilih bertahan dengan alasan ia sanggup mengubah perilaku suaminya dengan memanjat doa kepada Allah SWT, terlebih perangai buruknya tersebut tidak sampai berkelakukan kasar terhadap dirinya (istri). Disinilah peran penting seorang istri yang selalu mendoakan, menasehati, meminta suami secara perlahan untuk berubah.

Pun demikian tidak semua suami kelihatan perangai buruknya, ada juga yang berkelakuan tidak sesuai ajaran Islam dibelakang istri.

Sebagai istri Anda harus menggunakan kesempatan waktu bersama suami. Tujuannya agar Anda mengenal lebih dalam lagi pribadi suami. Dan harus mengedepankan rasa kepercayaan dan saling terbuka antara suami dan istri.

Untuk istri.. Ingatlah jangan pernah berputus asa, karena sebaik-baik perhiasan dunia hanyalah wanita salehah. Sungguh besar pahala dan balasan dari Allah, jika Anda sukses mengajak, mengarahkan suami ke arah jalan yang lebih baik. Tentunya dengan demikian ia akan menjadi seorang suami yang saleh dan menjadi imam yang baik sesuai syariat Islam.

Untuk para istri.. Janganlah bosan dengan terus menerus berdoa kepada Allah SWT, agar suami menjadi lebih baik lagi. Insya Allah dengan izinNya semua orang bisa berubah dan kembali taat dan mendekatkan diri kepada Allah.

Untuk istri.. Bacalah doa dibawah ini setiap hari, setiap saat, terutama sehabis Shalat lima waktu atau shalat sunat.

Untuk istri.. Jangan lupa sebutkan nama suamimu (atau menyebut suamiku) setiap berdoa kepada Allah SWT. Insya Allah dengan istiqamah dan terus memohon kepada Allah, doa Anda dikabulkan. Amin.begitulah seperti yang dikutip dari renunganislam.com.

Terimakasih, semoga bermanfaat untuk semua sahabat renungan Islam dimanapun para sahabat berada. Jazakumullah.

 

Tahukah Anda Akan Rahsia Angka 40 Dalam Umur Manusia. Baca Dan Sebarkan Untuk Info Bersama..

Ramai tidak sedar dalam Al-Quran ada menyentuh tentang usia 40. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini.

 

Allah swt. berfirman yang maksudnya, “”Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah yang maksudnya, “Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?” (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) “Kematangan”.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.

Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas: “Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

  1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh).
    2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun).
    3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun).
    4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati).

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh.

Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama.

Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW; “Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya.

Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja.

Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahawa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?

  1. Meneguhkan tujuan hidup
    2. Meningkatkan daya spiritual
    3. Menjadikan uban sebagai peringatan
    4. Memperbanyak bersyukur
    5. Menjaga makan dan tidur
    6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa, Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya.

Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sialah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W, “Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

 

 

Awas Kaum Wanita!!! Hati-Hati Dalam Memilih Suami Kerana Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami…

Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. “SALAH MEMILIH SUAMI”. Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya “padan muka aku”.

 

Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga..”Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-semata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Nampak remeh hal ni tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT.

Ranjau rumah tangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?

 

Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.

Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.

“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah..” inshaAllah.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang mendatang, kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang, kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru hara pula yang menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah…

Adakalanya jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti di sebaliknya.

Hakikatnya kita memang tidak pernah tahu apa yg sedang MENANTI kita. Namun YAKINLAH, indah atau tidak, pasti ada kebaikan kedua-duanya. ALLAH hanya memberikan yang terbaik kepada hambanya

 

Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari – Petua Penjagaan Diri & Kediaman Dari Makhluk Halus

Mengapa Perlu Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari? – Assalamualaikum, rupanya sidai baju di ampaian pada waktu malam tidak elok sebab jin akan buat macam-macam kat baju kita tu. Patutlah mak selalu basuh balik baju yang kalau lupa angkat waktu malam. Jadi, sama-sama kita elakkan memakai baju yang tersidai lebih pada waktu Maghrib.

SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM2 MEH BACA NI

(Drp Ustaz Syahidan KUIS)


Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

 

  • Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².
  • Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah.
  • Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.
  • Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.
  • Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan ‘kenderaan’ jin adalah angin.
  • Angkat baju di ampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.
  • Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
  • Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).