Browse Category: Keluarga

Isteri Wajib Baca : Inilah 7 Tanda Suami Sudah Terpikat Dengan Wanita Lain

Tidak selamanya perjalanan hidup rumah tangga selalu berjalan dengan lancar. Rintangan dan tentangan yang kerap hadir itu memang hal biasa. Namun jika suami terpikat dengan wanita lain, boleh membuatkan isteri tak tidur malam, resah dan sebagainya.

Untuk tidak su’udzhon, memang tidak semudah yang dikatakan, kerana pada dasarnya hal ini berkenaan dengan hati dan olah rasa. Menuduh begitu saja suami ada tertarik dengan wanita lain, padahal hal ini hanya salah paham akan membuat rumah tangga semakin runyam. Untuk itu, kenalilah beberapa hal kearah tanda-tanda suami terpikat dengan wanita lain.

  1. Suami terlihat mudah marah atau tersinggung saat berada di dalam rumah. Padahal dulunya ia adalah tipe suami penyabar dan penyayang. Kesalahan isteri atau anak-anak sedikit saja, biasanya cepat diredakan, tapi ternyata hal ini tidak.
  2. Suami terlihat lebih suka menyendiri saat dirumah, tidak suka kumpul-kumpul di tengah keluarga. Padahal sebelumnya ia termasuk suami yang ramah dan bersahabat dan suka berbagi cerita.
  3. Lebih suka menyibukan diri sendiri yang di luar kebiasaan, atau lebih suka dengan handphone-nya atau laptopnya, padahal tidak tugas lembur kantor.
  4. Suami terlihat enggan diajak diskusi mengenai harmonisasi rumah tangga, ia banyak mengalihkan pada topik yang lain.
  5. Tiba-tiba suami suka membanding-bandingkan isteri dengan wanita lainnya, padahal sebelumnya sama sekali tidak.
  6. Mempunyai kebiasaan baru yang sebelumnya tidak pernah dilakukan. Misalnya tiba-tiba menyukai olah raga bersepeda pagi, suka pergi ke kafe atau pergi ke mall sendirian dan lain-lain tanpa mau mengajak keluarga.
  7. Suami terlihat mempunyai kebiasaan melamun sendiri, atau tersenyum-senyum sendiri seolah mengingat suatu momen tertentu, dan saat ditanya ia agak kelagapan.

Jika ke tujuh tanda ini sudah terlihat, kemungkinan ada indikasi mengarah suami terpikat ke arah wanita lain. Namun disarankan untuk tidak terburu-buru menjatuhkan tuduhan jika suami sudah terpikat wanita lain.

Untuk itu komunikasi yang lebih lancar ialah dengan cara bertanya dengan lemah lembut dan lebih memperbaiki diri akan lebih utama daripada menuduh hal-hal yang belum pasti. Insyaallah hal ini boleh diperbaiki, hingga hubungan Anda dengan suami akan harmonis kembali.

 

Kongsikan!!! Benarkah Kalau Lelaki Pakai Cincin Dapat Pahala Setiap Hari?

Walaupun bersusah payah dan berhabis duit membelinya sebagai salah satu hantaran kahwin tapi selepas beberapa tahun berkahwin biasanya cincin ini entah ke mana.

Jarang cincin ini melekat di jari mereka sedangkan bagi isteri ia sangatlah istimewa. Bukan sekadar pemberian di hari perkahwinan tapi lebih dari itu. Ramai lelaki tak tahu tapi suami bernama Bijen Mohd ini dapat mengungkap hikmah di sebaliknya.

Tak lama lagi, insyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Saya lihat di jari, masih tersemat cincin perkahwinan kami. Romantik bukan? (Err…)

Bagi orang perempuan, pakai cincin kahwin itu biasa. Tapi orang lelaki, cukuplah pakai sebulan atau setahun dua saja. Bukan apa, tugas harian orang lelaki membuatkannya tak berapa relevan untuk dipakai sentiasa.

Tak percaya cubalah check tangan mereka, berapa kerat saja yang masih ada cincin kahwin di jari? Boleh kira dengan jari.

Saya sebenarnya pun sama, rasa geli.

Kisah cincin Nabi

Hinggalah pada satu hari, ketika daurah kitab Syamail Muhammadiah, tuan guru mensyarahkan bab cincin Nabi.

Beliau beritahu cukup seseorang itu memakai cincin pinjam walau seketika, dia sudah pun mendapat pahala.

Maksudnya di sini, Ali jumpa Abu. Ali cakap pada Abu nak pinjam cincin dia.

Abu melurut keluar cincin dari jarinya dan memberikan kepada Ali. Ali menyambut cincin tersebut lalu menyarungkan ke jari manisnya.

Selepas beberapa saat, Ali pun menanggalkan dan memulangkannya kepada Abu dengan ucapan terima kasih.

Itupun sudah dikira mendapat pahala Sunnah. Wahh! Mudah sangat nak dapat pahala.

Pahala gembirakan hati isteri

Lepas dengar saja perkara itu, saya terus bersemangat nak beramal. Bila balik rumah, saya pun carilah apa cincin yang ada sehinggalah terjumpa cincin kahwin dulu kala.

Saya tabahkan hati memakainya. Niat nak amal Sunnah semata-mata.

Nak dijadikan cerita, isteri bila tengok kita pakai cincin kahwin yang dia bagi dulu, hatinya pun mula berbunga-bunga. Amboi!

Rupanya orang perempuan ni bahagia bila kita memakainya. Mungkin dia rasa kita akan sentiasa ingat padanya. Ataupun sebagai petanda kepada makwe-makwe di luar sana bahawa lelaki tersebut sudahpun berpunya.

Kurang-kurang kalau lelaki dia nak pergi karaoke waktu dia tengah berpantang, tengok cincin teringatlah juga. Eh!

Tapi seriuslah. Bila pakai cincin kahwin ni rasa macam cinta tu segar-bugar saja. Rasa macam baru kahwin pun ada. Sudahlah amal Sunnah dapat pahala berganda, gembirakan isteri pun ada pahalanya.

Orang perempuan, setujukah anda?

Bijen M.

Pengantin Baru Anak Dah Dua

P/s: Ini heart beat cinta kanda bila teringatkan dinda.

Ibu Yang Hamil Memerlukan Tidur Yang Cukup. Tahukah Anda Apakah Posisi Tidur Yang Terbaik Ketika Hamil?

Ibu hamil memerlukan tidur yang banyak dan berkualiti. Namun, rasa tidak selesa kerap menjadi masalah. Berikut adalah posisi tidur terbaik ketika hamil yang kami sarankan.

Semasa hamil, terutamanya pada trimester terakhir, ibu-ibu mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mencari posisi tidur yang selesa.

Selalunya pada waktu ini, posisi tidur yang kita gemarkan tidak lagi membuatkan kita tidur lena.

Ada beberapa sebab mengapa ketidakselesaan ini berlaku, tapi ada beberapa posisi tidur terbaik ketika hamil yang boleh ibu semua cuba untuk mendapatkan masa rehat yang berkualiti!

Posisi tidur terbaik ketika hamil

Ketika hamil, tubuh kita mengalami pelbagai perubahan, yang selalunya boleh mengganggu tidur nyenyak yang kita selalu nikmati.

Antara sebab ketidakselesaan tersebut adalah disebabkan oleh peningkatan ukuran perut, sakit punggung, perut memulas, sesak nafas, dan insomnia.

Untuk mengatasinya, posisi tidur terbaik ketika hamil adalah dengan berbaring dalam posisi mengiring.

 

Posisi tidur terbaik ketika hamil adalah posisi mengiring ke kiri. Kredit gambar: APA

Bahkan, ia adalah lebih baik jika anda tidur dalam posisi mengiring menghadap ke sebelah kiri.

Tidur mengiring di sisi kiri dapat meningkatkan aliran darah dan nutrisi ke plasenta malah juga bayi ibu.

Selain itu, posisi ini juga dapat menghindari hati kita dari ditekan oleh perut yang semakin membesar.

Beberapa tips posisi tidur terbaik ketika hamil adalah:

  • Untuk tekanan yang baik pada perut dan punggung ketika berbaring pada posisi mengiring,letakkan bantal di bawah perut dan/atau di antara lutut.
  • Posisi bantal juga dapat mengelak tubuh kita dari bertukar posisi ke arah meniarap atau terlentang.
  • Jika ibu mengalami heartburnatau memulas pada waktu malam, cuba tempatkan bantal di bawah dada, dalam posisi terlentang.
  • Jika mengalami sesak nafas, berbaringlah secara mengiringdengan disokong oleh bantal

Jangan panik jika ibu berpusing dari posisi mengiring ke posisi meniarap ketika tidur.

Adalah lebih baik untuk anda membiarkan tubuh anda bergerak mencari posisi yang selesa ketika tidur berbanding terpaksa berjaga setiap kali berganti posisi.

Ini kerana, ibu yang sedang hamil memerlukan tidur yang sebanyak mungkin.

Selain itu, tubuh anda juga akan dengan sendirinya memberi signal jika ada yang salah dengan posisi tidur anda.

Semoga informasi ini berguna, ibu semua!

 

Bayi Anda Akan Benci Kepada Anda Jika Anda Melakukan Perkara Ini…Baca Dan Sebarkan Buat Kaum Ibu Diluar Sana…

Ada beberapa perkara yang bayi tidak suka anda lakukan kepada mereka. Mulalah dia resah gelisah, memusingkan badan, atau paling teruk, merengek! Jom tengok apakah perkara tersebut!

Ibu-ibu di luar sana, jangan percaya bahawa bayi anda sukakan anda sepanjang masa.

Selalunya perkara yang tidak disukainya akan berlaku ketika anda sedang memanjakannya, memberikannya makan, atau ketika bermain dengannya.

 

Berikut adalah tujuh perkara yang membuatkan bayi anda tidak menyukai anda:

1. Apabila Anda Lap Mulut Bayi Anda Selepas Sesi Makan

Pastinya, ia bukan idea yang bagus untuk membiarkan mulut bayi anda comot.

Tetapi apabila anda mengelap mulut bayi anda, pasti si kecil itu akan membantah dan memusingkan kepalanya ke tepi atau menggunakan tangannya untuk menghalang anda.

Haa..waktu ini, memang dia tidak sukakan anda.

Tetapi ibu ayah, jangan risau, teruskan mengelap mulutnya – bayi anda harus kelihatan bersih!

2. Apabila Anda Cuba Meletakkan Bayi Anda Untuk Mandi Atau Urut

Bayi selalunya mengambil masa beberapa saat untuk membiasakan dirinya dengan sesi mengurut atau sesi mandi.

Oleh itu, apabila anda cuba meletakkannya di dalam tab mandi, si kecil anda akan bangkit semula, seolah-olah itu adalah refleksi sukarela.

Anda perlu memujuk dan menenangkannya untuk kekal berbaring atau tenang.

Haa..pada waktu ini, Ya Tuhan, dia akan menjerit macam baru lepas kena dera!

3. Apabila Anda Tidak Berkongsi Makanan Dengan Bayi Anda

Bayi anda mempunyai naluri semulajadi untuk makan apa yang anda makan.

Tetapi selalunya, apa yang kita masukkan dalam mulut kita itu, tidak sesuai untuk sistem pencernaan anak kecil anda.

Malah, ada besar kemungkinan yang alergi akan terjadi.

Bagaimana kalau anda sedang makan kacang? Pasti si kecil itu terkumat-kamit mulutnya, ingin makan sekali. Tetapi, tidak! Dia belum boleh memakannya lagi.

Anda juga tidak mahu risiko alahan kacang atau dia mengalami sakit perut.

Sudah tentu, pada ketika ini, bayi anda akan membenci anda kerana tidak berkongsi makanan, tetapi percayalah, ia berbaloi!

Kesihatan anak itu lagi penting.

4. Apabila Anda Cuba Membuat Bayi Anda Berdiri

Ini adalah salah satu kesalahan yang paling sering dilakukan ibu bapa.

Bayi anda tidak dapat mengekalkan kakinya supaya sentiasa lurus.

Ini kerana ligamen dan otot masih tidak cukup kuat untuk membolehkannya berdiri tegak.

Oleh itu, memaksa bayi anda untuk berdiri adalah sesuatu yang tidak selesa untuk dirinya. Waktu ini pasti masam muka si manja anda itu!

5. Apabila Anda Mengambil Sesuatu Dari Mulut Bayi Anda

Bayi anda suka mengambil barang dari lantai dan memasukkannya ke dalam mulutnya dengan serta-merta, kan?

Ia adalah caranya untuk meneroka sesuatu yang baru. Walaupun, barang-barang itu boleh menyebabkan mereka tercekik!

Dan apabila anda terus menarik keluar barang itu dari mulutnya, ketahuilah mereka tidak suka apabila anda berbuat begitu!

6. Mengira Gigi Baru

Selain itu, bayi juga tidak suka apabila anda mengira giginya.

Si kecil anda berasa sakit dan tidak selesa ketika dia sedang tumbuh gigi.

Tetapi dia mendapati ia lebih merunsingkan apabila seseorang membuka mulut mereka (secara paksa!) untuk melihat berapa banyak gigi yang telah tumbuh atau akan tumbuh.

Memang dia “benci” betul kalau ada orang usik mulutnya ketika sedang tumbuh gigi.

7. Apabila Anda Cuba Menidurkan Bayi Anda

Sekiranya bayi anda telah tidur sebelumnya, dia mungkin enggan tidur lagi pada waktu malam.

Anda mendodoikannya supaya dia mudah lena dan mula menjadi marah kerana bayi anda enggan tidur.

Apabila anda sudah penat dan mula memarahi bayi anda, ketahuilah, dia mungkin tidak suka apabila anda berkelakuan demikian.

Memang si kecil itu akan resah gelisah di katil atau dalam buaian sewaktu dia langsung tak teringin mahu tidur, dia mahu terus berjaga dan bermain!

Berlemah-lembut sahaja

Jadi, begitulah…7 perkara yang bayi tidak berasa suka diperlakukan dan akan membenci jika anda melakukannya kepada mereka.

Jadi ibu ayah, anda hanya perlu bersikap lemah lembut sahaja apabila menguruskan bayi anda dengan perkara-perkara di atas.

Selepas itu, jangan risau, anda akan baik-baik saja!

 

Utamakan Adik-Beradik Anda Dahulu Dalam Apa Hal Jua…Yang Ada Adik Beradik Mohon Baca Ni.Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!

Apabila adik beradik semakin meningkat dewasa, masing-masing akan mengejar impian masing-masing. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang.

Namun, janganlah sampai kita mengabaikan hubungan adik beradik meskipun sudah berbeza haluan. Kenangkan kembali zaman kanak-kanak kita membesar bersama-sama di bawah bumbung rumah yang sama.

Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik..

Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit..dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita..sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata nabi saw..

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya..

Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dnegan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”

Terus teringat seorang ustaz kata “salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..” YaAllah.. Takutnya..

Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertaun taun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf ngan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..

Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. “

Ya Allah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. YaAlllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik.. YaAllah ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami..Amiiin

8 Tips Penting Untuk Ibu Yang Menyusu Dalam Membantu Menghadapi Cabaran Dan Tekanan

8 tips penting untuk membantu dan memberi manfaat kepada ibu menyusu

Seorang ibu akan menghadapi cabaran dan tekanan sebagai ibu menyusu. Di sini saya lampirkan 8 tips penting yang saya harap akan membantu dan memberi manfaat kepada kita semua.

1. Tidak menyusukan anak, tidak bermakna anda gagal atau seorang ibu yang tidak baik.

Sama juga dengan ibu yang tidak dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi. Jangan stress sangat dan jangan menyalahkan diri sendiri.

Tidak salah jika susu formula tambahan perlu diberikan. Buatlah apa yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. Jangan dengar cakap mereka yang suka memburuk-burukan pilihan anda.

 

Kelilingi diri anda dengan orang yang positif yang boleh memberikan galakkan. Sikap positif, sokongan keluarga dan hormon gembira boleh menlancarkan penghasilan susu badan.

2. Pada mulanya, memang mencabar untuk menyusukan anak.

Saya masih ingat lagi minggu pertama saya sebagai seorang ibu menyusu. Puting saya telah luka sampai berdarah pada minggu pertama.

Setiap kali tiba masa untuk menyusukan anak, saya akan menangis menahan sakit. Pada masa itu saya belum tahu lagi manfaat krim puting.

Saya belum pandai memerah susu dengan tangan dan pam susu yang ada pada saya pam susu yang tidak sesuai. Saya terpaksa berhenti menyusu dari puting yang telah luka itu kerana terlalu sakit.

Pada masa itu, saya berasa sungguh kecewa, tetapi saya terus berusaha. Saya telah pergi ke KK dan mendapat tujuk ajar dari juruwat disana.

Masuk minggu ke-tiga, selepas belajar beberapa teknik-teknik untuk menyusu, ia telah menjadi lebih senang dan tenang. Bertabah dan cuba tahan untuk beberapa minggu, selepas itu, semuanya akan menjadi lebih senang.

3. Semak dengan doktor jika rasa sakit semasa menyusu.

Jika anda berasa sakit semasa menyusu, semak dengan doktor untuk melihat jika ia normal atau tanda sesuatu yang tidak kena.

Anak anda mungkin tali lidah pendek (tongue-tied) dan ini akan menyebabkan penyusuan bayi terjejas kerana mulut bayi tidak dapat melekap dengan baik pada puting susu ibu. Jangan bimbang, ini tidak membawa maut.

Anak anda akan perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan tali lidahnya sebelum dapat menyusu dengan baik.

4. Jika perlu, gunakan nipple shield.

Manfaat menggunakan nipple shield :

  • untuk monolong bayi melekap apabila ibu mempunyai puting rata.
  • untuk mengatasi masalah bayi melekap akibat payudaya ibu yang bengkak.
  • untuk membantu bayi yang lebih suka puting tiruan daripada puting ibu.
  • untuk membantu bayi pra-matang yang mempunyai mulut yang kecil dan kurang daya menghisap.
  • untuk melindungi puting yang sakit kerana luka.

5. Nursing pad atau breast pad yang boleh dicuci

Nursing pad atau breast pad kain, yang boleh dicuci, dan digunakan semula, adalah pilihan yang lebih baik dan jimat. Nursing pad yang diperbuat dari kain jauh lebih lembut dan selesa dari jenis pakai buang.

Kalau kreatif, rajin dan pandai menjahit, anda boleh cuba untuk membuat nursing pad sendiri.

6. Bra menyusu yang berkualti dan sesuai

Untuk kebebasan peribadi dan kemudahan membeli-belah, ibu sekarang lebih suka untuk membeli barang keperluan diri dan bayi secara online.

Secara am, ramai wanita tidak tahu ukuran yang tepat dan bra yang sesuai untuk payudara mereka. Payudara ibu akan mengembang dan berubah selepas beranak.

Oleh itu, bra menyusu yang selesa, yang boleh memberi sokongan secukupnya, adalah sangat penting. Tetapi ramai yang lebih suka membeli bra menyusu yang murah dan mungkin mempunyai potongan yang tidak sesuai untuk saiz payudara ibu.

Ia adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada kakitangan terlatih yang tahu bagaimana untuk mengukur payudara anda, bagi tujuan mencari bra menyusu yang sesuai.

Bra menyusu yang tidak sesuai boleh menyebabkan banyak masalah seperti sakit belakang. Payudara juga boleh rasa sakit disebabkan tidak mendapat sokongan yang secukupnya. Dalam kes teruk, bra menyusu yang terlalu ketat, juga boleh menyekat saluran susu.

7. Cubit hidung mereka, jika anak anda suka mengigit puting anda

Jika anak anda suka menggigit semasa menyusu, picit hidung mereka sekejap. Mereka akan berhenti mengigit dan membuka mulut supaya mereka boleh bernafas.

Ini tidak akan memudaratkan anak, tetapi cukup mengejutkan untuk mengajar mereka supaya tidak menggigit lagi. Ia mungkin akan mengambil  2-3 kali percubaan sebelum mereka berhenti mengigit.

8. Cara menyusu jika anda telah melahirkan anak secara pembedahan

Selepas melahirkan anak secara pembedahan, ia adalah sangat sakit untuk mengerakkan badan ke posisi duduk untuk menyusukan bayi.

Apabila menyandar ke hadapan untuk menyusukan anak, ini mungkin akan menyebabkan luka anda sakit. Cara menyusukan anak sambil baring adalah jauh lebih selesa.  Ibu yang selesa yang tidak tengah menahan kesakitan,  akan lebih bersikap terbuka untuk cuba menyusukan anak.

 

Bagi Keselamatan Si Kecil Anda…5 Peraturan Keselamatan Ini Sangat Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu

Adakah anak anda tahu apa yang perlu dia lakukan apabila berada dengan orang yang tidak dikenali atau berada dalam keadaan yang tidak selamat? Kami ada kongsikan tip keselamatan buat si kecil anda!

Dari saat bayi dilahirkan, naluri ibu bapa adalah untuk melindungi anak mereka. Tetapi mungkin akan tiba satu hari nanti di mana ibu bapa tidak dapat melindungi anak mereka.

Tahukah anak anda apa yang perlu dilakukannya apabila dalam keadaan yang tidak selesa atau berada dengan orang yang tidak selamat?

Di sini adalah 5 peraturan keselamatan penting yang perlu diajar oleh setiap ibu bapa, agar anak mereka tahu langkah-langkah yang betul untuk kekal selamat.

 

#1 Jenis orang yang tidak dikenali

Anak perlu faham bahawa tidak semua orang yang tidak dikenali adalah orang yang jahat.

Orang yang biasa ditemui di kedai runcit, kawan-kawan ibu bapa dari sekolah serta ramai lagi orang di dunia ini mungkin tidak akan melakukan apa-apa yang akan memudaratan anak kita.

Tetapi sebagai ibu bapa, ia masih menjadi tanggung jawab kita untuk mengajar cara-cara mengenali tanda-tanda amaran, jenis keadaan yang tidak selamat, dan orang-orang licik.

Contohnya, orang tidak dikenali yang suka menggoda kanak-kanak dengan memberi ganjaran agar senang untuk melarikan kanak-kanak tersebut.

 

Ataupun orang yang memberi janji-janji kosong atau menyentuh tubuh kanak-kanak dengan tidak senonoh.

 

Seorang dewasa tidak mungkin akan meminta pertolongan seorang budak kecil, jadi jangan tertipu. Semua ini boleh dianggap sebagai tanda-tanda amaran orang itu jahat.

#2 Jadi, dari siapa anak patut meminta bantuan?

 

Pengawal Sekuriti One Utama. Sumber gambar : Star Online

Jika anak dalam keadaan dimana mereka memerlukan bantuan segera, dari siapa mereka patut minta bantuan? Misalnya situasi di mana anak terpisah dari ibu bapanya.

Ajar anak anda untuk meminta bantuan daripada seorang guru, pegawai polis, pengawal keselamatan atau seorang ibu atau ayah dengan stroller atau beg lampin.

Jangan ikut orang yang tidak dikenali masuk kereta walaupun mereka mengatakan mereka akan membantu.

#3 Sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat

 

Sumber gambar : Psrice02

Semua kanak-kanak di Malaysia diajar tentang sentuhan selamat dan tidak selamat dalam sukatan pelajaran Darjah 1.

Mereka diajar untuk mengatakan “JANGAN/TIDAK” dan untuk memahami perasaan diri apabila disentuh – perasaan selamat, tidak selesa atau tidak selamat.

Ajar anak untuk menggunakan nama sebenar bahagian-bahagian aurat supaya mereka tidak keliru dengan nama-nama samaran.

Mereka juga patut rasa selesa untuk menyebut nama bahagian badan mereka dan untuk bertanya serta memberitahu ibu bapa, terutamanya jika seseorang telah menyentuh atau membangkitkan perasaan tidak selesa.

Ajar cara untuk percaya dengan naluri diri, terutamanya apabila tubuh mereka memberi amaran.

Ibu bapa perlu belajar untuk bersikap terbuka dan tanpa reaksi keterlaluan agar tidak menjejaskan komunikasi yang jujur dan terbuka.

Baca tentang sexual grooming, pemangsa kanak-kanak dan tanda-tanda amaran sexual grooming. Sebenarnya penderaan seksual kanak-kanak adalah gejala yang sangat berleluasa di Malaysia.

#4 Keselamatan jalanraya dan kereta

 

Seorang anak terperangkap dalam kereta. Sumber gambar: express.co.uk

Ini termasuk:

  • melihat ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula, sebelum menyeberangi jalan
  • berjalan di laluan jalan kaki dan tidak atas jalan raya
  • untuk sentiasa pegang tangan ibu bapa dan tidak berlari/berjalan sendiri di hadapan
  • menyedari kereta yang menghampiri anda, kereta yang nak keluar dari tempat letak kereta dan juga apabila mengesyaki ada orang yang mungkin menghampiri anda.

Apabila berjalan berseorangan, ajar anak untuk berhenti dan teliti sekelilingnya sebelum masuk jalan rumah. Pastikan tiada kereta atau orang mencurigakan yang menghampiri.

Dalam situasi di mana anak ditinggalkan dan terperangkap dalam kereta yang panas dengan tingkap yang tertutup, ajar anak cara untuk membuka buckle carseat mereka dan membunyikan hon kereta.

Jangan berhenti membunyikan hon kereta sehingga ada orang datang untuk memberi bantuan.

#5 Ajar nama dan nombor telefon ibu bapa

Jika anak terpisah dari ibu bapa dan ada orang yang sedang membantu mencari mereka, nama “ibu” atau “abah” tidak akan membantu.

Ajar anak nama penuh kedua-dua ibu bapa – ia lebih baik dan penting daripada menjaga air muka.

Lebih baik lagi kalau anak anda pandai hafal nombor handphone salah satu dari ibu bapanya. Kalau anak masih terlalu kecil, cuba hack gambar di bawah:

Hack yang menggunakan pen penanda dan hairspray. Sumber gambar: Real Moms

Kami berharap tip keselamatan yang kami kongsikan ini dapat membantu memastikan anak anda berada dalam keadaan selamat ketika berada di luar seorang diri!

Baca Dan Kongsikan!!! 5 Manfaat Mempunyai Anak Apabila Anda Lebih Tua

Jangan ambil hati apabila orang tanya mengapa anda telah mengambil masa yang lama untuk mempunyai anak. Lambat ada anak pun ada manfaatnya.

Semua wanita hamil yang lebih tua akan memberitahu anda bahawa mereka tahu risiko mengandung selepas umur 35 tahun..

Wanita mengandung berusia lebih dari 35 tahun boleh menghadapi komplikasi yang berbahaya, seperti kencing manis semasa hamil, preeclampsia dan tekanan darah tinggi.

Terdapat juga banyak risiko komplikasi yang boleh menjejaskan ibu yang lebih tua, seperti kelahiran pramatang dan peningkatan risiko Sindrom Down.

Sebuah kajian telah dilakukan di Denmark yang mengikuti kehidupan sekumpulan kanak-kanak selama tempoh 18 tahun.

Mereka mendapati kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang lebih tua mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gangguan mental, penyakit jantung, dan kecacatan kongenital.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kualiti atau daya gerak sperma akan semakin merosot untuk lelaki dari usia 35-55 tahun.

Kualiti sperma yang kurang baik juga boleh menyumbang kepada masalah kesihatan tertentu untuk anak mereka.

Jadi apakah manfaat ibu bapa tua?

1. Anak yang lebih pandai

Satu kajian baru oleh Translational Psychiatry menunjukkan bukti bahawa lelaki tua lebih cenderung untuk membapakan kanak-kanak yang bijak.

Para penyelidik dari UK dan AS telah memeriksa data sebanyak 15,000 set anak kembar yang dikumpulkan dari kajian untuk mengukur keputusan ujian I.Q., gred ujian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Math0-STEM), minat dan kemahiran social mereka pada usia 12.

Penyelidik telah menyusun maklumat itu, serta pendapat ibu bapa mereka, untuk menghasilkan “skor indeks kepandaian” bersama dengan usia ibu bapa mereka.

Mereka mendapati bahawa anak yang dilahirkan kepada ayah yang lebih tua lebih cenderung mempunyai IQ tinggi, dan keupayaan yang lebih kuat untuk menumpukan perhatian mereka.

Mereka juga tidak mudah terpengaruh oleh keinginan untuk menyesuaikan diri secara sosial.

Ini menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mencapai kejayaan yang membawa kepada status sosioekonomi yang lebih kukuh.

2. Anak-anak anda mungkin hidup lebih lama

Bagi kedua-dua jantina, ibu bapa yang lebih tua mungkin membawa risiko ketaknormalan kromosom dalam utero.

Kajian Harvard University 2012 menunjukkan hubungan antara umur bapa dan kromosom yang membawa jangka hidup yang panjang.

Sperma yang lebih tua mungkin akan menghasilkan anak dengan telomer yang lebih panjang, atau hujung kromosom yang melindungi DNA semasa ia disalin.

Ini dikaitkan dengan jangka hidup yang lebih panjang, dan ia bukan hanya untuk satu, tetapi dua generasi keturunan.

3. Ibu bapa yang lebih bersedia dari segi emosi

Menurut penyelidik di Live Science, University of California, San Francisco yang telah menjalankan kajian kecil untuk menetapkan usia “optimum” untuk menjadi ibu bapa.

Kebanyakan responden percaya bahawa ibu bapa tua mempunyai banyak kelebihan dari menjadi ibu bapa yang muda.

Mereka lebih bersedia secara emosi, mempunyai kerjaya dan kewangan yang lebih stabil, serta hubungan yang lebih kukuh dengan rakan-rakan mereka.

Ibu bapa dalam kajian itu berpendapat bahawa usia dalam lingkungan 30-an adalah usia yang paling sesuai untuk ada anak.

4. Kanak-kanak yang lebih sihat

Kajian besar yang dilakukan di 2012 dan diterbitkan dalam British Medical Journal (BMJ) mendapati bahawa kanak-kanak dengan ibu yang lebih tua adalah lebih sihat daripada kanak-kanak dengan ibu muda.

Secara keseluruhan kanak-kanak ini dengan ibu yang lebih tua mempunyai

  • kecederaan tidak sengaja yang lebih kurang,
  • masalah sosial dan emosi yang kurang dan
  • perkembangan bahasa yang lebih baik

5. Anda akan dapat mengakses kenangan keibubapaan anda

Anda mungkin rasa kurang percaya, tetapi hormon boleh mempengaruhi fungsi otak anda.

Menurut kajian ini, ibu yang lebih tua boleh bekerja dengan baik dan mempunyai keadaan mental yang stabil dalam hidup.

Kajian melibatkan lebih dari 800 wanita di antara usia 41 dan 92.

Wanita yang mempunyai bayi terakhir mereka selepas 35 mempunyai kognisi dan ingatan lisan yang lebih baik apabila semakin tua berbanding ibu bapa muda.

Mereka juga mendapati bahawa wanita yang menggunakan kontraseptif lebih dari 10 tahun, atau yang telah mengalami kitar haid sebelum umur 13 tahun, lebih cekap dalam menyelesaikan masalah dan fungsi eksekutif setelah tua.

Oleh itu, jangan ambil hati apabila orang tanya mengapa anda telah mengambil masa yang lama untuk mempunyai anak. Lambat pun ada manfaatnya ya!

Tahniah Buat Ibu-Ibu Yang Memberi Susu Badan Kepada Anak Mereka… Ini 10 Kata-Kata Khas Untuk Ibu Hebat Ini.

Buat ibu-ibu yang memberi susu badan di luar sana – kuatkan semangat anda! Anda adalah wanita yang hebat. Kata-kata hikmat ini dipilih untuk membakar semangat anda – supermom semua. Jom baca!

Anda pasti terhibur dengan kata-kata hikmah ini. Percayalah, kami memahami dan menghargai semua ibu-ibu di luar sana yang memberi susu badan.

10 Kata-Kata Hikmah Pembakar Semangat

#1 Anak yang baru lahir memerlukan 3 benda: Kehangatan dari pelukan soerang ibu, kekenyangan, dan rasa selamat. Memberi susu badan melengkapkan semuanya.

– Grantly Dick-Read

Keenakan merasai anak memegang lembut badan anda. Ia sungguh tak ternilai…

#2 Memberi susu badan mungkin bukan pilihan yang tepat, kerana ia pilihan yang terbaik untuk si manja.

-Amy Spangler

Pelbagai kajian telah membuktikan kebaikan memberi susu badan pada si kecil.

Walaupun ia bukan proses yang senang, tapi kalau ia bawa kebaikan pada anak anda, apalah sangat pengorbanan kita, kan?

#3 Memang menyusu badan sangat susah. Tapi, tiada siapa cakap betapa ibu boleh terikat secara emosi apabila menyusu anak.

-Jennifer Garner

Memberi susu badan merapatkan hubungan antara anda dan si manja. Ia satu bentuk curahan kasih sayang yang tak terhingga

#4 Saya istimewa sebab saya mampu menyusu si kecil. Semua ibu menyusu macam superhuman dengan kuasa hebat! Mana taknya… kita selalu mengantuk pun semua kerja siap?

-Gwen Stefani

No doubt. Sangat setuju dengan kata-kata ibu rupawan ini!

#5 Susu badan bagus sebab 3 benda: susu sentiasa dalam suhu yang bersesuaian, susu datang dari “bekas” yang menarik, dan kucing takkan boleh curi!

-Irene Chalmers

Amboi, nasib baik kucing tak cakar kita ibu-ibu beri susu badan ini ya!

#6 Kalau farmasi dan syarikat boleh bina satu produk yang berkhasiat, boleh mengubat penyakit, murah, dan boleh dikawal – mesti produk itu laku. Tapi susu badan sudah ganti produk itu sejak dulu lagi!

-Gabrielle Palmer

#7 Sifat keibuan anda akan terserlah bila beri susu badan. Rasa seronok nak nikmati masa dengan anak sentiasa.

-Honore de Balzac

#8 Orang kena faham… pilih antara susu badan dan susu formula bukan sama macam pilih Coke dan Pepsi! Ibu kena belajar banyak benda demi si manja tercinta.

-Chele Marmet

Jangan putus asa untuk mencuba. Anda boleh melakukanya!

#9 Memberi susu badan adalah perbuatan murni. Semua ibu boleh cuba memberi susu badan. Belajar perlahan-lahan. Ambil tahu ilmu yang diperlukan.

– La Leche League

Berlatih dan belajar perlahan-lahan. Anda pasti berjaya! Lagipun, ada banyak tips yang anda boleh baca dari laman web kami.

#10 Saya akan terus beri susu badan selagi saya mampu walaupun ia buat payudara saya kendur atau berat badan saya tak menentu. Demi anak tercinta!

-Helena Bonham Carter

Bukan Senang Nak Jadi Pasangan Yang Bijak Bab Ekonomi Rumah Tangga… Ini Tip Cukupkan Duit Belanja Keluarga Setiap Bulan. Moga Bermanfaat…

 

Bukan senang nak jadi pasangan yang bijak handle bab ekonomi rumah tangga, tetapi nak tak nak anda patut tahu cara cukupkan duit belanja dengan cara paling berkesan. Seronok tarik barang waktu membeli barang dapur, sekali tengok bil yang kena bayar, terus rasa menyesal. Ini kes ambil barang ikut kehendak!

Adakah anda pernah sedar, berapa banyak bajet keseluruhan yang dibelanjakan untuk membeli barangan dapur dan barangan runcit? Berbelanja membeli barangan keperluan ini memang tidak dapat dielakkan. Tetapi terdapat beberapa cara untuk menjadikannya anda mampu melakukannya.

Berikut adalah tip menjimatkan perbelanjaan membeli-belah barangan dapur dan barangan runcit untuk berjimat:

 

  1. Setiap kali keluar membeli barang, pastikan perut anda penuh. Ini dapat mengelakkan anda kurang membeli makanan ringan atau barang yang anda tidak perlukan. Cara ini juga dapat memastikan anda beli barangan dapur dan barangan runcit yang memang anda perlukan sahaja.
  2. Biasakan membuat senarai barang yang ingin dibeli. Kekal kepada senarai itu terutamanya jika anak-anak ada sama ‘membantu’ dalam membeli-belah.
  3. Rancang hidangan atau menu makanan untuk seminggu sebelum anda membeli-belah. Beli barang yang ada dalam hidangan atau menu. Mula merancang makanan untuk tiga atau empat hari jika anda rasakan seminggu itu terlalu lama.
  4. Beli barang sekali seminggu sahaja. Ini kerana anda cenderung berbelanja lebih jika anda setiap hari ke kedai atau beberapa kali ke kedai dalam masa seminggu
  5. Berbelanjalah di kedai yang biasa anda kunjungi apabila berasa letih, stres atau ketika mahu cepat. Anda sudah pasti akan menjumpai barangan yang diperlukan dengan cepat dan mudah.

Rancang terlebih dahulu barangan dapur

  1. Rancang hidangan atau menu makanan supaya anda ada makanan lebih yang boleh dijadikan bekalan untuk makan tengah hari keesokan harinya. Atau sejuk beku makanan lebih untuk dijadikan hidangan cepat pada hari-hari berikutnya.
  2. Buat bekal sendiri. Beli makanan ringan atau salad dalam kuantiti besar. Bungkus dan jadikan bekal yang boleh dijadikan sebagai makanan segera yang mudah dibawa ke mana sahaja.
  3. Bersih dan susun peti sejuk dan almari menyimpan makanan sebulan sekali. Guna barang yang anda beli dan masih ada dalam simpanan sebelum anda membeli barang baru. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang sama yang masih ada dalam simpanan.
  4. Jika anda menyimpan barang atau makanan, periksa tarikh luput makanan itu bagi mengelakkan anda mengguna atau menyimpan barang atau makanan yang tidak boleh digunakan lagi.
  5. Luangkan masa sekali seminggu untuk mencuci dan memotong sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan mempercepatkan penyediaan makanan. Cara ini juga boleh membantu anda menyediakan snek atau makanan ringan yang mudah dibawa ke sana-sini.

Beli barang secara bajet

  1. Jangan beli makanan ringan kerana ia lebih mahal dan kurang menyihatkan.
  2. Jadi kreatif dan cuba makanan baru. Anda mungkin bertemu dengan makanan murah yang anda suka.
  3. Membeli-belah dengan kalkulator dapat membantu anda mengetahui jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang. Jika anda membeli-belah dengan anak-anak, berikan mereka kerja untuk mengira berapa banyak yang dibeli. Cara ini juga dapat membantu anda merancang dalam berbelanja.
  4. Beli barangan yang tidak boleh dimakan seperti sabun basuh atau beg sampah di kedai yang menawarkan harga murah.
  5. Sentiasa periksa harga barang untuk mengetahui sama ada barang tersebut ada tawaran harga murah atau diskaun. Jika ada kupon, boleh gunakan. Anda juga boleh menggunakan apps membeli-belah yang terdapat dalam telefon pintar anda.