Browse Category: Keluarga

Bantu Sebarkan!!! 20 Kaedah Mendidik Anak Cara Islam. Guna Teknik Psikologi!

MENDIDIK ANAK CARA ISLAM
Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya bukan?

Bagaimana kalau anak itu adalah anak kita sendiri? Tentu sungguh meruntun jiwa. Kadang-kadang bukan kita tidak ajar anak kita, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak nakal itu dan berikan sedikit nasihat? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi.

Jadi apakah sepatutnya yang ibu-bapa lakukan? Mengambil serba sedikit dari sumber ini, mari kita lihat tips dan panduan mendidik anak, termasuk memukul anak mengikut cara Islam.

  1. ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS

Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Entri kami sebelum ini juga tentang cara mendisiplinkan anak juga membincangkan perkara yang sama.

Rapat dengan anak
Nasihat dahulu, baru pukul (jika perlu)

  1. ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK

Yang lebih penting, walaupun kita pernah mengalami perkara ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.

Ajar anak solat, bukan pada guru sekolah agama sahaja
Ajar anak solat, bukan pada guru sekolah agama sahaja

  1. AJAR ANAK SOLAT

Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Mengambil sedikit maklumat dari sini, ada sedikit huraian:

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )

Imam Nawawi mengatakan, orang yang tidak diberatkan mendirikan solat, tidaklah diperintahkan kita menyuruh mereka mengerjakannya,kecuali anak-anak kecil – lelaki dan perempuan. Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz, disuruh atasdasar sunnat mendirikan solat. Jika mereka telah berumur 10 tahun,wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat. Dan dipukul jika mereka enggan mendirikannya. Hadith ini mengingatkan kita kepada firman Allah :

“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.

Kata Ar-Rafi’ie : Diberatkan ibubapa memberikan pendidikan bersuci,solat dan undang-undang syariat kepada anak-anaknya ketika merekaberumur 7 tahun dan memukul mereka jika mereka enggan menuruti jika umur mereka telah mencapai 10 tahun. Belanja belajar diambil dari harta si anak jika dia berharta, dan dipikul pula oleh bapanya jika si anak tidak berharta.

Jika ia tidak berbapa, maka belanja itu dipikul oleh ibunya.Jika si anak tidak mempunyai wali, kewajiban tersebut dilaksanakan oleh yang berwajib di dalam negara. Contohnya qadhi atau seumpamanya.Anak-anak kecil memanglah tidak diberatkan dengan sesuatu perintahagama baik berdasarkan wajib atau sunnat.Hadith di atas sebenarnya ditujukan kepada para wali. Tujuannyau ntuk membiasakan anak-anak mendirikan solat sejak sebelum mukallafnya lagi.Apabila telah dibiasakan sejak kecil, tidaklah menjadi berat baginya untuk melakukannya sesudah ia besar.

Kalau ada masa, ajar anak membaca. Boleh baca tips untuk ajar dan tanamkan sifat suka membaca pada kanak-kanak.

  1. NAMA PANGGILAN YANG BAIK

Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.

Jangan lupa peluk anak-anak juga
Jangan lupa peluk anak-anak juga

  1. PELUK ANAK SETIAP HARI

Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Baca artikel sebelum ini tentang kenapa pelukan itu penting dalam hubungan kekeluargaan.

Sejuk hati ini, bila anak-anak ‘happy’
Sejuk hati ini, bila anak-anak ‘happy’

  1. PANDANGAN KASIH SAYANG

Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

Beri ganjaran jika anak berkelakuan baik
Beri ganjaran jika anak berkelakuan baik

  1. BERIKAN PUJIAN PADA ANAK

Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

Sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak
Sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak

  1. AKUI KESILAPAN ANAK

Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

Anak-anak ingin masa berkualiti
Anak-anak ingin masa berkualiti

  1. UTAMAKAN KELUARGA ATAU ‘FAMILY FIRST’

Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

Doa ibu sangat mustajab
Doa ibu sangat mustajab

  1. ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’

Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu-bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

Ketahui cara-cara dan tips bercakap dengan anak
Ajar anak cakap perkara yang baik-baik sahaja

  1. DENGAR BILA ANAK BERCAKAP

Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’. Orang kata, kena juga ada ilmu untuk bercakap dengan anak. Jangan asyik ibu-bapa sahaja yang betul.

Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Anak mahukan pelukan hangat dari ibu-bapa

  1. TENANGKAN ANAK

Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Suami arwah makcik tidak membenarkan keluarga bertemu anak – anak
Adik beradik memang selalu bergaduh

  1. TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI

Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Pertama sekali, ibu-bapa kena tenangkan diri dahulu!

Tentu anak teruja jika dapat kek hari jadi
Tentu anak teruja jika dapat kek hari jadi

  1. SAMBUT ‘BIRTHDAY’ BERSAMA-SAMA

Zaman dahulu, tiada sambutan hari jadi. Cukup sekadar dengan bubur merah. Zaman sekarang lain. Boleh cuba buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. Sejujurnya, tidak perlu ‘party’ atau kek yang besar. Bagi kanak-kanak, sepotong kek sahaja sudah memadai.

Memberi makan kepada bayi
Beritahu supaya makan kenyang-kenyang, bukan main-main

  1. ULANG ARAHAN BEBERAPA KALI

Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Ibu-bapa kena sabar dalam hal ini. Kadang-kadang anak tidak memahami arahan. Mereka perlu membiasakan diri dan mengikuti arahan itu berkali-kali.
16. Buat aktiviti bersama anak-anak.

Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.

  1. TINGGALKAN KERJA DI PEJABAT

Anak inginkan perhatian. Jika dibawa kerja pejabat ke rumah, tentu sekali masa akan diutamakan pada kerja. Mengadap ‘laptop’ sepanjang masa adalah satu pengabaian pada anak-anak dari segi emosi.

  1. HARGAILAH PERMAINAN KESAYANGAN ANAK ANDA

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

  1. USAH BIARKAN ANAK-ANAK ANDA TIDUR TANPA CIUMAN SELAMAT MALAM

Nampak macam kebaratan? Oh tidak! Cuma masyarakat kita kurang mengamalkan perbuatan ini. Ciuman adalah suatu yang subjektif. Mereka mungkin belum memahami apa erti ciuman. Namun, berikan ciuman sebagai tanda kasih sayang kita pada mereka. Sambil cium, sambil usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik.

  1. TERIMA ANAK SEADANYA

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.

KESIMPULAN

Didiklah anak sebaiknya mengikut lunas Islam. Mereka akan menjadi penghalang kita sebagai ibu bapa daripada api neraka. Mengambil huraian hadith dari JAKIM,

Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.

Huraian Hadith:

Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan Rasulnya.
Sama-sama kita berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Kalau ada masa, boleh belajar cara disiplinkan anak tanpa pukul anak.

Semoga bermanfaat!

 

BANTU SEBARKAN!!! 6 DOA INI JIKA DIBACA SEMASA MENGANDUNG SAMPAI MELAHIRKAN, INSYAALLAH ANAK DENGAR KATA, TAK MERAGAM KETIKA MEMBESAR

Waktu hamil ibu bukan saja perlu jaga makan. Emosi dan kerohanian juga perlu dipertingkatkan agar bayi yang dikandungkan boleh membesar dalam perut dengan tenang dan sihat emosinya. Pesanan yang dikongsikan oleh Puan Tohirah Sufi, Pengasas Rumah Anak Yatim & Miskin Dynasti ini boleh dijadikan panduan buat ibu yang sedang hamil.

Ada jiran datang nak hantar anak tuisyen di rumah saya. Dan dia tanya, waktu mengajar baby tak meragam ke. Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi Alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung.

6 Tip Yang Diamalkan Ketika Mengandung/Selepas Melahirkan/Sepanjang Membesarkan Anak

  1. Amal Bacaan Ruqyah

Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah (semasa mengandung lagi perlu baca, moga Allah lindungi kandungan)

  1. Zikir Nama Allah

Ya Badi’ Ya Jamil (Semoga Allah anugerahkan kecantikan dan keindahan anak).
Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjukNya dan kelembutan).
Ya Kholiq Ya Bari’ Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa)
Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikn anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji)
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak)

3.Selepas Dilahirkan

Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian, susukan, bacalah:

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma faqqiha fid din, wa’alimha fit takwil (untuk anak perempuan).
Maknanya: Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil. Aameen..

  1. Sambil Usap Rambut Dan Kepala, Bacalah

Sambil-sambil usap rambut dan kepala anak, baca juga surah Al Fatihah, surah Toha, Al Insyirah untuk anak lembut hatinya.

  1. Bacakan Doa Ketenangan

Bacakan juga surah Yassin untuk ketenangannya, surah al Nahl (anak yang berdisiplin), At Taubah, Yusof, Al Luqman. Moga jiwa anak terpelihara, cantik akhlak dan mendengar kata.

  1. Meriahkan Susu Ibu Dengan Surah Al Hujurat

InshaAllah, meriahkan susu ibu dengan amalan surah al Hujurat.

Sedikit perkongsian dari hamba Allah yang kerdil. Semoga dimanfaatkan bersama.

 

Kebiasaan Ujian Rumahtangga Bermula “Bila Isteri Tak Lagi Cantik, Mata Tak Lagi Bercahaya, Di Sinilah Keimanan, Kesetiaan & Nafsu Suami Teruji” – Fedtri Yahya

Kecantikan fizikal itu tidak kekal kerana ia akan dimamah dek usia.

Itu antara kerisauan yang timbul dalam kalangan wanita-wanita apabila usia mereka semakin meningkat dan dalam masa yang sama berkorban untuk menghasilkan zuriat buat suami dan keluarga.

Ya, memang benar kecantikan itu sesuatu yang indah untuk ditatap. Tapi apakan daya, itu sudah lumrah manusia – akan hilang kecantikan apabila usia semakin meningkat. Namun buat suami, ketika inilah ujian getir buat anda, kongsi personaliti TV, Fedtri Yahya.

Perkongsian dari Fedtri yang dikongsikan di Facebook itu menjadi viral di media sosial sehinggakan dikongsi lebih dari 15,000 kali.

Ikuti perkongsian dari Fedtri Yahya

Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut.

Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.

Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.

Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.
Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.

Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.

Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.

Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.

Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.

Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, “Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)

Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.
Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.

Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.
Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.

Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.
Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.

Sumber: Fedtri Yahya

HARGAI IBU MERTUA SEPERTI IBU SENDIRI… KERANA DIDIKAN DIALAH… KITA DAPAT SUAMI ATAU ISTERI YANG BAIK HARI INI…

Bismillah. Semalam ramai yang kecam post bertajuk oh! ibu mertuaku kan?. Aku faham sangat situasi confessor, almaklumlah, baru berkahwin kan. Tak apa, Aku nak kongsi macamana nak buat dengan ibu mertua. Fikiran perempuan sangat complicated, tapi kita boleh tune jadi lebih baik. Sila hadam ya masing-masing.

Aku nazha, 35 tahun dan baru kahwin 4 tahun. Maknanya aku berumahtangga umur 31. Terus terang aku katakan, masa baru-baru kahwin, aku menyampah sangat dengan mak mertua aku. Mak mertua aku ni kerja dia mengumpat je. Apa yang dia Nampak semua tak betul. Apa yang orang masak semua tak sedap. Dia aje yang masak sedap. Aku ni pulak kerja kt International firm.

Tau2 lah, satu dunia ada kat ofis aku. Meraikan pelbagai budaya, pelbagai bangsa. Officemate aku India membesar kt London, Afrika membesar kat Amerika, Malaysia membesar dekat New Zealand, Chinese membesar dekat Canada, American, Australian dan macam-macam lagilah.

Susah nak dengar diorang ni mengumpat dan memperkatakan perihal orang lain. Kami lebih berborak kepada isu-isu semasa dan academic wise. Jadinya, aku teroriented dengan sikap kawan-kawan aku ni. Malas nak ambil pusing pasal orang.

Dijadikan cerita, aku pun menamatkan zaman bujang. Aku masa mula-mula, dalam setahun lebih kurang, perasaan aku macam tak senang kalau jumpa mak mertua aku. Mengumpat je kerja dia. Menantu2 dia semua diumpatnya. Semak sangat kepala aku. MIL aku ni baik, tapi tahla, semua tak betul kat mata dia.

Aku sampai elak2 jumpa dia. Benci sangat sebab dia menjadikan aku bersubahat, share dosa dia. Kemudian, entah macamana, dari funky gila2, aku sikit2 berubah. Aku suka tune kepada IKIM Fm. Yelah, dah tua kan? Takkanlah nak masih macam dulu lagi. Banyak perkongsian menarik kat siaran radio tu. Antaranya dari Prof. Dr. Muhaya.

Masa slot dia, ramai sangat pemanggil2 wanita (isteri) yang mengadu pasal suami masing2. Again, apa yang Prof. Muhaya tekankan ialah, ‘Tengok balik diri sendiri dulu, perbetulkan diri sendiri dulu dan bersyukur mak mertua didik suami macamana’. Aku masa mula2 dengar macam belum boleh hadam sangat.

As aku meniti alam rumahtangga aku, suami aku sangat2 tolerable, understanding dan helpful. Sedetik aku berfikir, syukur sangat MIL aku dapat mendidik suami aku sebaik-baiknya.

So, bila aku reflect balik sikap suami aku, aku bersyukur dan teringatkan mak mertua aku.Ok apa yang aku buat untuk menjadi menantu yang baik:

1-Kalau mak mertua aku mengumpat orang semua tak betul, sebagai menantu korang boleh respon “oh ..iya mak?…” atau ‘Ooo..camtu ke mak?”. Respon jangan mengiyakan jangan menidakkan. Jadi senatural yang boleh.

Mungkin Mak mentua tu sunyi, dia nak bercerita. Korang kat sini bertindak sebagai pendengar dan jangan terbawak dalam kehidupan korang pasal cerita2 dia. Dengar situ, habis situ.

2-Kalau mak mertua korang claimed, dialah masak paling sedap, korang kena agree dan tambah “paling sedap dalam dunia”. Tundukkan ego, walaupun ko seorang chef sekalipun. Puji mak mertua bagi melambung sikit, InshaAllah bila hati dia berbunga, dia pun gembira.

3-Mak mertua aku pernah suap pudding manis kat baby aku. Aku tak marah, sebab dia orang tua. Aku cakap tak apa, aku suap. Depan dia, aku suap sikit2 je. Bila dia kedapur, aku yang ngap pudding tu.

Bila dia kedepan balik, aku cakap baby aku suka sangat pudding mak buat. Padahal aku yang ngap2. Kih2. Aku taknakla keruhkan mood dia, masak pudding untuk baby aku, tapi aku tak bagi. So, aku ambil jalan selamat supaya dia tak kecik hati.

4-Mak mentua aku pernah tegur aku depan orang ramai. Siap menjerit kau! Sedih sangat, sampai nak menitik air mata aku. Makan hati jugak 2,3 hari tapi lepastu aku OK. Aku fikir, semua tu untuk kebaikan aku. Dah tak payah ingat2 , so tak adalah kecil2 hati.

5-kalau mak mertua korang masak, tapi ko tak tau nak tolong apa, ko pergi je dapur. Buat2 tanya walaupun benda bodoh. Contoh ‘ Oh! Macamni ke potong sayur ni mak? Saya suka potong bulat2.

Ataupun “ Wah! Cantik pinggan mak”. “ Eh! Mak baru beli ke periuk ni?” atau ‘Oh! Masukkan santan kemudian ya mak?”.. ko ajak je mak mentua korang berborak. Macam MIL aku, kalau tunjuk muka kat dapur pun jadilah. Borak2 dengan dia walau tak tau nak buat apa. Tunjuk macam korang care, concern pasal apa yang terjadi kat dapur.

Setakat ni, ini je yang aku teringat. Kalau ada lebih, nanti aku tulis lagi. 3 tahun kahwin, baru ada anak. Alhamdulillah, aku berterima kasih sangat kat mak mertua aku sebab jaga aku masa pantang. Makanan pantang yang dia sediakan memang tahap 5 star. Bukan makanan pantang yang common dan boring2 tu.

Ternyata mak mertua aku memang the best chef. Dia jaga anak aku macam cucu dia, penuh kasih sayang. Kalian, tolong ingat ya, Mak Mertua ibarat mak kita sendiri. Tega ke korang ngumpat2 dia, sakit hati dengan dia lama2, benci dengan dia? Sudah2 lah. Pahala mentaati dia sama dengan mentaati mak sendiri ya? Jadi, apa lagi? Kita cubalah ubah diri jadi lebih baik. Sekarang aku lah best friend Mak mertua aku. Terima kasih Mak!

Ibu Bapa Wajib Ditaati Oleh Anak-Anak Mereka. Ini 10 Cara Dalam Membahagiakan Ibu Bapa Anda

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

 

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

 

Sumber : mr-tazkirah.blogspot

 

IBUBAPA WAJIB BACA DAN FAHAMI!!! INILAH 12 PUNCA MENGAPA ANAK MALAS BELAJAR.

“Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh dia belajar.

Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sudah-sudahnya saya yang tension…” Itu luah yang kerap kita dengar daripada ibu-ibu mengenai anak yang malas belajar dan malas membuat kerja rumah.

Kadang-kadang sampai pukul sebelas malam mak-mak masih tunggu untuk pastikan anak-anak habiskan kerja sekolah tapi ayah elok je berdengkur atau bersandar tengok tv.

Kenapa budak malas belajar? Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuat anak-anak malas buka buku. Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak ambil kesempatan.

Cara paling digalakkan dalam menumbuhkan semangat belajar anak yang malas adalah ibu dan ayah bergabung tenaga. Jangan sebelah pihak je. Lagipun bila ayah ada bersama memberi tumpuan pada pelajaran anak, pasti anak-anak rasa lebih `semangat’ sebab ayah biasanya tegas. Mak-mak pun tak lah kelam kabut seorang diri risaukan perkembangan sekolah anak-anak.

Mari kita tengok kenapa anak malas belajar dan apa cara untuk atasinya…

1. Mungkin beban kerja sekolah terlalu banyak sehingga anak tidak tahu mana satu perlu dibuat dahulu. Menghafal setiap mata pelajaran yang diberikan cikgu memang bukan kemahiran semua pelajar. Jadi tengok adakah itu masalah anak anda.

2. Ada pelajaran yang tidak disukainya atau dia tidak sukakan cara guru yang mengajar sehingga anak-anak tak peduli untuk siapkan kerja-kerja diberikan oleh guru tersebut. Kalau ini sebabnya, mak dan ayah kena beri perhatian serius, sebab anak-anak tak boleh terbiasa memilih apa yang dia suka sahaja baru nak belajar.

3. Kenal pasti adakah anak kita itu jenis yang memang tidak berminat dalam akademik tapi cenderung pada perkara atau ada kemahiran lain. Mesti kita kenal siapa anak kita kan?

4. Check adakah anak kita mengalami gangguan fizikal seperti masalah pendengaran atau penglihatan. Kalau ini punca kenapa dia sukar belajar, bawa cepat anak jumpa doktor sebelum dia ketinggalan banyak pelajaran yang boleh membuatkan dia makin malas belajar.

5. Mak ayah jangan bergaduh depan anak-anak kerana ia boleh jadi punca gangguan emosi pada anak hingga mereka berasa bosan duduk di rumah, apalagi duduk di meja belajar.

6. Jangan juga buat perbandingan dengan adik-beradik lain mengenai taraf pencapaian masing-masing. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan bantu baiki kelemahannya.

7. Anak yang tidak ada contoh mengenai apa yang dimaksudkan dengan rajin. Anak yang masih muda kadangkala perlukan contoh untuk diikutinya. Fikiran mereka belum matang. Kalau mereka selalu tengok seisi rumah bersidai depan tv kenapa mereka mesti bersusah payah mengadap buku dan belajar.

8. Yang penting jangan tersalah cakap dengan anak-anak… misalnya, “kamu kena rajin belajar, jangan jadi macam ayah kamu masih kecil suka ponteng dan malas belajar.” Kata-kata ini walaupun dengan tujuan mahu menasihati anak-anak agar jangan malas belajar, tetapi alam luar sedarnya sudah menangkap, `ayah aku walaupun selalu ponteng dan malas, tapi hari ini berjaya juga. Ada rumah, ada kereta, boleh beli apa aku mahu dan boleh pergi ke mana-mana’ Dalam fikiran mereka malas pun ok. Nanti besar jadi orang berjaya juga. Awas…bila beri contoh teladan.

9. Jika balik dari sekolah, makan kemudian terus bermain dalam tempoh waktu yang lama, akan membuat anak sudah letih untuk belajar. Jika setiap hari seperti itu, ia akan jadi tabiat. Cepat ubah tabiat itu, takut ia sukar dibetulkan lagi.

10. Ini antara perkara yang selalu mak ayah buat tetapi akhirnya salahkan anak-anak tidak suka belajar. Anak-anak selalu dibawa ke pusat beli-belah dan dibelikan barangan seperti baju, seluar, kasut dan mainan dengan jumlah harga puluhan atau ratusan ringgit tanpa ragu-ragu membayarnya. Tapi bila lalu di depan kedai buku, anak-anak tunjuk buku cerita berharga lima belas ringgit, mak ayah terus meninggikan suara, mahalnya dan tarik tangan anak keluar dari situ. Lama-lama anak rasa buku bukan perkara penting. Tak baca pun tak pa. Bila dia malas membaca, jangan salahkan anak sahaja. Mak ayah pun ada saham?

11. Jangan marah dan cepat melenting bila anak buat silap. Kemarahan akan menyebabkan mereka malas mencuba.

12. Menjadi ibu bapa jangan terlalu garang atau terlalu tegas. Anak-anak adalah permata hati kita. Mereka pun ada hati dan perasaan yang sensitif. Kalau terlalu garang mereka takut bertanya dan akhirnya menjadi malas untuk mengetahui sesuatu melalui kita, ibu ayah mereka.

Cara Bantu Anak Jadi Rajin Belajar Tanpa Disuruh

1. Reward – Bagi hadiah sebagai tanda galakan atas pencapaian terbaiknya.

2. Selalu bersamanya ketika dia mengadap buku. Kalau tidak mengajarnya pun, duduklah berdekatan dengannya sambil membaca seperti majalah, novel atau akhbar. Jangan main handphone.

3. Ibu bapa kena sabar apabila anak banyak bertanya perkara yang dia musykil atau tidak tahu. Rajin bercerita atau berbincang dengan anak-anak walaupun mereka masih muda. Selalu bercerita membuat mereka cepat matang. Beri penerangan pada pertanyaan, `kenapa dan mengapa’ yang selalu anak-anak tanya atau soal kepada kita. Jawapan pada setiap pertanyaan itu akan merangsang otaknya untuk lebih ke depan dan rasa ingin tahunya pada sesuatu perkara akhirnya mendorong minatnya terhadap membaca dan belajar. Cubalah kalau tak percaya.

4.    Beli buku mengikut apa yang disukainya. Kalau dia sukakan sesuatu kartun atau tokoh super hero, beli buku-buku atau peralatan sekolah seumpama itu untuk menambah minat membaca dan belajarnya.

5. Cipta suasana belajar yang tenang dan merangsang anak untuk seronok belajar. Kalau dia masih sekolah rendah, jadikan suasana belajar itu seperti dia sedang bermain. Mengasuh cara belajar yang betul sejak awal lebih memudahkan mak ayah membentuk minat anak di kemudian hari.

6. Jika ada fanatik dengan game, guna cara itu untuk mempengaruhi dan memanipulasinya untuk belajar. Katakan padanya, belajar dahulu, lepas tu boleh main game semula. Pastikan dia belajar dan membuat kerja rumah dengan betul, bukan asal siap kerana mahu cepat-cepat bermain. Bahagikan waktu dan minta anak ikut jadual yang ditetapkan. Mak ayah pun kena berdisiplin juga.

7. Pastikan berapa banyak masa yang diperlukan anak untuk menyiapkan sesuatu. Salah satu kunci untuk mengubah anak malas menjadi rajin adalah mengajarnya untuk menguruskan waktu. Mereka harus tahu membahagikan waktu untuk setiap perkara. Bantu mereka menguruskan perkara ini.

8. Elakkan anak-anak daripada gangguan ketika mahu belajar. Perhatikan dengan teliti apakah perkara yang paling mengganggu atau menghalangnya setiap kali diminta untuk belajar. Mengidentifikasi gangguan itu boleh membantu anak untuk mengawal gangguan tersebut.

9. Sekiranya anak-anak mendapat tugasan besar dari sekolah yang perlu disiapkan dan dia rasa terbeban untuk melakukannya, inilah masa untuk mak ayah beri sokongan. Dampingi mereka dan beri tunjuk ajar. Peluk mereka erat-erat. Pelukan kita akan meringankan mereka menghadapi bebanan tersebut. Malah mungkin mereka mendapat banyak idea untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

10. Jangan sekali-kali meremehkan kemampuan anak. Tunjukkan kita mempercayai kemampuan mereka. Sekiranya kita menunjukkan sikap meremehkan kemampuan mereka, semangat atau ghairah belajar mereka akan hilang, bah dalam hal-hal kecil seperti mencuci pinggan, membasuh kasut, menggosok baju atau menyapu sampah juga mereka tidak bersemangat lagi. Mungkin apa yang dilakukan mereka tidak bersih atau kemas tetapi keinginan membuat pekerjaan itu yang patut diberi tumpuan dan diberikan penghargaan, bukan pada hasil kerjanya. Mereka akan berhenti belajar sesuatu jika sering dikritik.

11. Kemalasan anak pasti akan memberi risiko kepadanya. Jangan kita pula gelabah dan tolong menyiapkan kerja sekolahnya untuk mengelakkan dia didenda gurunya. Biarkan dia menerima hukuman itu. Dia akan belajar daripada denda tersebut dan kita tidak perlu menambah denda itu atau memarahinya.

12. Di dalam ahli keluarga, pasti ada seseorang yang akan membuat anak mahu mendengar kata-kata. Minta bantuannya mengubah sikap pemalas anak menjadi produktif. Strategi ini akan lebih berjaya jika orang itu adalah ibu, ayah atau adik beradiknya sendiri.

Ingat, ibu ayah jagan mudah putus asa sebab semangat anak-anak akan datang anda dulu. In shaa Allah mood rajin dia akan muncul, semoga bermanfaat!

Lelaki Memang Suka Wanita Lemah Lembut. Ini Cara Menjadi Isteri Yang Senantiasa Menarik Bagi Suami

Laki-laki mana yang tidak suka dengan wanita berhati lembut, baik, dan sholehah. Pastinya mereka mengidam-idamkan wanita sholehah untuk dijadikan istri. Menjadi istri yang senantiasa menarik bagi suaminya haruslah diketahui dan dipelajari setiap istri karena hal ini merupakan kewajiban. Simaklah artikel di bawah ini untuk mengetahui cara menjadi istri yang selalu menarik bagi suaminya.

 

Berikut ini adalah beberapa cara yang bisa dilakukan oleh istri agar menarik bagi suami, yaitu:

  1. Menyambut kedatangan suami dengan senyuman

Tanggung jawab suami adalah mencari nafkah untuk memenuhi kebutuhan keluarga. Oleh karena itu, mereka bekerja banting tulang untuk mendapatkan uang. Hal inilah yang membuat mereka lelah ketika pulang dari pekerjaannya. Sesampainya di rumah, seorang istri harus menyambut kedatangan suami dengan senyuman yang tulus. Secantik apapun seseorang, tidak akan menyejukkan hati suami jika ia tidak tersenyum di hadapan suami. Ketulusan senyum membuat lelah suami berkurang karena ia merasa senang melihat istrinya itu. Cara menjadi istri idaman suami dapat dilakukan dengan hal ini.

  1. Merendahkan suara di hadapan suami

Suami adalah kepala keluarga yang harus dihormati oleh sang istri. Bahkan Allah memerintahkan kepada istri untuk merendahkan suaranya ketika di depan suami. Meskipun sedang dalam keadaan marah sekalipun, seorang istri juga harus membicarakannya dengan lembut agar permasalahan tidak semakin besar karena emosi suami yang terpancing. Selain itu, dengan berbicara lemah lembut kepada suami maka mencerminkan rasa hormat kita pada suami. Inilah istri idaman banyak laki-laki.

  1. Memperhatikan keindahan dan kebersihan tubuh

Pastinya kita selalu ingin melihat suami dengan tampilan rapi dan bersih. Begitu juga dengan suami yang menginginkan istrinya berpenampilan demikian. Tanggung jawab sebagai seorang istri adalah mengerjakan pekerjaan rumah, seperti memasak, mencuci, ngepel, dan masih banyak lagi. Meskipun demikian, seharusnya tanggung jawab itu tidak menghalangi kita untuk melakukan tanggung jawab lainnya, yakni membuat suami bahagia dengan berpenampilan cantik. Namun, kita juga tidak harus menghambur-hamburkan uang hanya untuk melakukan perawatan. Masih banyak perawatan yang bisa kita lakukan tanpa menghabiskan banyak uang. Hal ini dilakukan agar tubuh kita enak dipandang oleh suami sehingga suami betah di rumah.

  1. Terampil dalam mengelola keuangan dalam keluarga

Cara lainnya adalah istri harus bisa mengatur keuangan keluaraga dengan sebaik mungkin. Suami sudah bekerja keras untuk mendapatkan uang. Jadi, kita harus pandai-pandai menggunakan uang tersebut untuk memenuhi kebutuhan suami. kebutuhan harus lebih diutamakan daripada keinginan.

  1. Membuktikan kemampuan dalam mengurus rumah

Rumah merupakan tempat dimana kita tinggal. Setelah suami bekerja di luar maka ia akan menghabiskan waktunya di rumah. Oleh karena itu, rumah harus bersih dan indah agar suami betah untuk tinggal di rumah. Hal ini merupakan kewajiban istri untuk mengurusi pekerjaan rumah, seperti meyapu, mengepel, atau pekerjaan bersih-bersih lainnya. Selain itu, membuatkan suami makanan kesukaannya juga menjadi cara belajar menjadi istri yang sholehah. Dengan cara ini, suami akan sering-sering di rumah sehingga hubungan suami istri dapat terjalin dengan baik dan harmonis.

Sebagai seorang istri, kita harus tahu apa hak dan kewajiban kita terhadap suami. Hal ini bisa dipelajari dari Al-Qur’an ataupun contoh dari wanita sholehah zaman Rasulullah. Apabila kita menginginkan pernikahan yang bahagia, maka kita harus melakukan kewajiban itu dengan baik.

 

Perkataan ‘NO’ Boleh Membantu Perkembangan Sosial, Emosi Dan Moral Anak-Anak. Oleh Itu, Jangan Takut Untuk Berkata ‘No’ Kepada Anak.

Tidak semua NO itu adalah negatif dan membantutkan perkembangan kreativiti anak. Banyak NO yang membantu perkembangan sosial, emosi dan moral anak-anak.

1 – NO Kepada Bahaya

 

Ada NO yang mengajar anak tentang erti bahaya. Bahaya berlaku dalam sekelip mata. Kadang-kadang kemalangan berlaku tanpa sempat pun kita mengelipkan mata. Anak juga perlu diajar untuk berfikir tentang bahaya tindakannya kepada orang sekeliling juga.

2 – NO Boleh Mengajar Anak-Anak Empati

 

Ada NO yang mengajar anak tentang empati. Ia mengajar anak bahawa orang lain juga mempunyai perasaan, hak dan keperluan mereka. Orang lain itu termasuklah kita sebagai ibu bapa yang perlukan masa untuk diri sendiri juga. NO dalam konteks ini bermakna kita mesti menghormati hak dan keperluan orang lain.

3 – NO Bermaksud ‘cukup’

 

Ada NO yang mengingatkan anak tentang erti ‘cukup’. Terlalu bermewah-mewah dengan kuantiti yang tidak perlu akan memudaratkan anak kerana dia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa sahaja. Tidak faham erti cukup hanya menambahkan tekanan dalam jiwa seorang individu.

4 – NO Mengajar Tentang Hak Milik

 

Ada NO yang mengajar anak tentang hak milik. Anak perlu tahu bahawa dia tidak boleh mengambil sesuatu yang bukan haknya dengan sewenang-wenangnya. Dia perlu tahu bahawa dia juga perlu mempertahankan apa yang menjadi miliknya melainkan diberi dan diambil dengan keizinan.

5 – NO Menjadikan Anak-Anak Kreatif

 

Ada NO yang memberi peluang kepada anak menjadi lebih kreatif. Jika anak tidak selalu mendapat sesuatu permainan yang diingininya, anak boleh menjadi lebih kreatif dengan mencipta permainan sendiri dengan bahan-bahan yang ada.

6 – NO Mendidik Tentang Masa Dan Prioriti

 

Ada NO yang mendidik anak untuk menghargai masa dan menetapkan prioriti. Ada kalanya anak terlampau asyik dengan sesuatu sehingga mengambil ruang masa untuk rutin penting yang lain.

7 – NO Membantu Anak Berdikari

 

Ada NO yang mengajar anak erti berdikari. Walaupun sebagai ibubapa kita mempunyai wang ringgit, kepintaran dan tenaga untuk melakukan semuanya untuk anak-anak, anak juga perlukan ruang untuk menjalankan tanggungjawabnya tanpa pertolongan daripada kita sentiasa (atau pertolongan pembantu rumah).
Beri anak ruang otonomi untuk membina skil-skil penting dalam hidup.

8 – NO Boleh Melahirkan Individu Yang Hebat

 

Ada NO yang melahirkan seorang individu yang tegas, asertif dan berprinsip. Anak belajar daripada kita. Jika NO kita kepada anak adalah konsisten dan menunjukkan ketegasan, anak juga akan belajar untuk menjadi seorang yang tegas terutamanya terhadap pengaruh-pengaruh yang negatif atau orang yang mengambil kesempatan ke atasnya suatu hari nanti.

Walaupun NO itu bunyinya negatif dan kita seharusnya mengelakkan perkataan-perkataan yang negatif kepada anak-anak, NO boleh membawa kepada nilai-nilai yang positif.

Apa yang paling penting adalah corak komunikasi kita dengan anak-anak. Jika kita sentiasa meluangkan masa untuk bersembang, menerang dan mendengar, insya Allah anak faham bahawa NO kita adalah NO yang positif. Galakkan juga anak berfikir kaedah atau tindakan alternatif yang lebih baik.

 

Khusus Buat Seorang Ibu… Ini 7 Tips Menjadi Ibu Penyabar Dalam Mendidik Anak-Anak Kecil

Andai kita mendapat apa yang diinginkan mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik. Begitulah juga anak, walaupun pelbagai ragam sebagai ibu hendaklah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak.

Menghadapi karenah dan gelagat anak-anak yang sedang membesar merupakan situasi yang memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Anak-anak yang gemar bergaduh, berebutkan barangan mainan, menyelerakkan peralatan rumah memberikan ujian yang tinggi untuk ibu bapa mengendalikannya.

Terdapat beberapa tips bagi para ibu untuk berhadapan dengan anak-anak kecil yang pelbagai karenah ini;

1 – Banyakkan Berdoa

Doa merupakan jalan terpenting dalam menangani apa jua keadaan. Tambahan lagi doa dari seorang ibu mudah dimakbulakn oleh Allah s.w.t.

Berdoalah agar anak-anak kita dilembutkan dan senang dikendalikan, selain itu seorang ibu juga harus berdoa agar diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

2 – Sentiasa Bersabar

Kesabaran sangat penting bagi seseorang ibu untuk mengatasi karenah anak-anak yang sedang membesar. Melalui kesabaran inilah ibu masih mampu mengendalikan anak-anak melaui pujukan, nasihat.

Bahkan sabar juga sangat penting apabila seseorang ibu itu berada dalam keadaan beremosi yang memungkinkan dia memarahi anak-anaknya mahupun memukul mereka.

Rasulullah s.a.w telah memberi contoh yang baik melalui kelembutan, dakwah akan lebih mudah diterima. Jadi sabar itu sangat penting untuk menjadikan ibu bapa itu lembut dan terkawal emosinya.

3 – Banyakkan Mengingati Tuhan

Banyakkanlah mengingati Allah, dengan mengingati Allah menjadikan kita seorang yang lebih tenang dan membentuk kesabaran dalam diri. Ini sangat membantu dalam memenangi anak-anak. Sentiasa menyebut 99 nama Allah juga menambahkan keberkatan dalam didikan.

Alunan ayat-ayat al-Quran memang sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Seperti dengan membaca surah Yasin dapat melembutkan hati anak-anak. Selain itu, banyakkan istighfar dan mengingati Allah untuk menjauhkan gangguan syaitan.

4 – Memberi Pujian

Ibu bapa seharusnya memberikan pujian kepada setiap kejayaan atau tindakan baik yang dilakukan oleh anak-anak. Ini sedikit sebanyak memberi semangat dan galakan kepada mereka untuk meneruskan perbuatan baik itu.

“Wah… rajinnya anak mama, tolong kemaskan barang mainan. Macam nilah Allah sayang.”

Setiap anak sangat sukakan belaian dan kasih sayang, dengan memberi pujian akan membuatkan anak-anak tahu bahawa ibunya sangat mengasihinya.

Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan nakal dan aktif ini hanya sementara. Layanilah karenah mereka tanpa rotan, dan amarah. Pujian kadang-kadang lebih berkesan daripada menghukum.

5 – Ibu Yang Sihat

Setiap ibu mestilah dalam keadaan sihat, bertenaga dan terkawal emosinya. Oleh itu, seseorang ibu itu mestilah cukup tidur, cukup minum air, tidak manahan lapar serta terbawa-bawa akan permaslahan lain ketika mengasuh anak-anak.

Ini akan membuatkan sesorang ibu itu mudah tertekan dan melepaskan tekanan itu kepada anak-anaknya. Kadang-kadang inilah yang menjadi punca kepada kes penderaan.

6 – Fahami Keadaan Anak-anak

Memahami keadaan anak juga sangat penting. Anak-anak mestilah dalam keadaan sihat, tidak lapar, tidak sakit bagi mengelakkan anak-anak tidak selesa dan menganggu ibu mereka. Contohnya jika anak membuang air besar, sudah pasti mereka merengek lantaran tidak selesa.

Kadang anak-anak sering melakukan pelbagai karenah hanya kerana mereka ingin perhatian dan kasih sayang. Lalu, berilah tumpuan dan masa untuk mereka, seperti menemani mereka membuat kerja sekolah, membawa anak-anak beriadah bersama-sama dan sebagainya.

7 – Bersyukur Dan Sentiasa Gembira

Selalunya jika kita mendapat apa yang diinginkan dan gembira mendapatnya mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik.

Begitulah juga anak, walaupun banyak ragam dan karenah sebagai ibu haruslah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak dan ada ragam yang tersendiri. Bayangkan hidup tanpa anak-anak, pasti akan rasa kosong dan sunyi.

Sememangnya bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak, terutamanya sewaktu kanak-kanak yang benar-benar menguji emosi dan fizikal ibu dan bapanya.

Terutamanya para ibu haruslah menanam kesabaran yang tinggi dari mula-mula berkahwin agar lebih bersedia untuk menjadi ibu yang penyabar.

Sesungguhnya besar pahala ibu bapa yang mendidik anak-anak ini, apatah lagi jika anak yang dididik itu berjaya di dunia dan akhirat.

Perkahwinan Adalah Satu Perkara Yang Besar. Oleh Itu…3 Pertanyaan Penting Ini Harus Dijawab Sebelum Memutuskan Untuk Menikah

Keputusan untuk menikah memang merupakan sesuatu yang besar. Memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup dengan seseorang dan menerima kebaikan dan keburukannya dalam satu paket tentu memerlukan pikiran yang matang. Menikah pun bukan hanya menyatukan dua insan dalam ikatan yang diridhai Allah, melainkan menyatukan dua keluarga dengan sifat yang berbeda-beda. Oleh karena itu pertimbangan yang matang dan realistis menjadi sesuatu yang penting.

Untuk mengetahui seberapa besar kesiapan diri berlayar dalam bahtera rumah tangga, berikut ini ada beberapa pertanyaan yang seharusnya ditanyakan pada diri sendiri.

Mengapa kita ingin menikah ?

Saat melihat teman-teman sebaya sudah menikah, biasanya para single lillah juga merasa ingin menikah. Sayangnya, keinginan tersebut juga mungkin tidak luput dari tujuan-tujuan yang bukan seharusnya. Misalnya, bosan diberondong pertanyaan ‘kapan menikah?’ atau tidak tahan dengan kesendirian dan lain sebagainya.

Sebaiknya, luruskan niat menikah terlebih dahulu. Jangan menikah karena bosan atau hanya karena melihat teman. Menikahlah karena Allah. Menikahlah karena tidak ingin mendapat kemurkaan dari Allah sebab zina-zina hati yang secara tidak disadari bergelayut setiap hari. Menikahlah karena kesiapan diri, dengan begitu kita akan paham bahwa menikah bukan hanya soal bersenang-senang melainkan perjuangan.

Sudah sesiap apa kita ?

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu (baa’ah) menikah, maka menikahlah. Karena menikah lebih dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa; karena puasa dapat menekan syahwatnya (sebagai tameng).  (HR. Al-Bukhari)

Istilah baa’ah atau mampu dalam hadits diatas sebagai kemampuan untuk berjima’ oleh jumhur ulama. Meskipun begitu, tetap saja menikah tidak hanya didasari pada kemampuan tersebut saja. Kemampuan dan kesiapan dalam hal lain seperti agama, mental, finansial juga harus diperhatikan. Dengan kesiapan tersebut, maka keraguan yang selama ini menghantui akan senantiasa terkikis.

Untuk itu, ada beberapa hal yang bisa dilakukan demi memperkuat kesiapan diri menghadapi pernikahan yaitu banyak membaca buku tentang pernikahan, ikut seminar pra nikah atau bertanya mengenai pengalaman menikah pada orang tua atau orang lain yang sudah menikah.

Bagaimana dengan restu orang tua?

Seperti yang telah disebutkan diatas, bahwa menikah bukan hanya menyatukan dua hamba Allah dalam ikatan suci melainkan menggabungkan dua keluarga yang tentu saja memiliki pandangan dan sifat yang berbeda-beda. Oleh karena itu, mendapatkan pemahaman dan restu dari orang tua menjadi salah satu hal yang harus dipastikan sebelum menjalani pernikahan. Bagaimanapun restu dari orang tua merupakan restu dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Nah, setelah pertanyaan tersebut sudah bisa kita jawab hal yang seharusnya kita lakukan adalah tawakal. Menyerahkan semua rencana pada Allah Subhanahu wa Ta’ala serta terus berdo’a dan berikhtiar.