Browse Category: Islamic

Solat Adalah Sebahagian Dari Ritual Dalam Islam. Inilah Manfaat Pergerakan Solat Kepada Tubuh Badan Anda Untuk Kesihatan

Solat adalah sebahagian dari ritual atau peribadatan hamba dengan tuhannya dalam islam, Kewajipan bagi seorang muslim yakni menjalankan ibadah solat 5 waktu. Gerakan-gerakan solat ternyata sangat bermanfaat bagi kesehatan tubuh. Setiap gerakan memiliki keunggulan masing-masing yang, intinya adanya rangsangan sel dan peredaran darah dalam tubuh agar bekerja lebih optimal.

Berikut gerakan-gerakan solat yang baik bagi kesehatan :

  1. Takbiratul ihram

Gerakan ini dilakukan pada permulaan solat . Dengan berdiri tegap, mengangkat kedua tangan, lalu disedekapkan di depan dada. Gerakan ini akan mambuat pernapasan menjadi lancar dan teratur. Selain itu, otot kedua tangan serta bahu akan berkontraksi, sehingga lebih kuat dan kencang.

  1. Rukuk
    Gerakan ini dilakukan dengan membengkokkan badan ke arah depan, sehingga kedua tangan bertumpu pada tumit. Saat gerakan rukuk dilakukan, otot di sekitar punggung hingga pantat akan mengalami kontraksi. Sementara itu, aliran darah terutama pada bagian tubuh atas akan lebih terasa lancar.
  2. Sujud
    Gerakan ini dilakukan dengan cara meletakkan bagian kepala ke alas lantai, hingga dahi dan ujung hidung menyentuh alas lantai. Sementara itu, jari-jari kaki dibengkokkan dan kedua telapak tangan juga menyentuh alas lantai. Sehingga aliran darah ke kepala akan mengalir dengan optimal.
  3. Memaksimalkan fungsi otak

Seseorang yang bersujud dengan benar dan relatif lama dengan teratur tidak menutup kemungkinan bisa lebih cerdas dan kreatif. Gerakan sujud juga membuat otot dari leher hingga kaki akan bereaksi dan berkontraksi, sehingga akan lebih kuat dan kencang.

  1. Duduk

Gerakan duduk di mana pantat dan paha bertumpu pada bagian kaki bawah. Hal ini akan menyebabkan otot kaki menekan sehingga peredaran darah akan terpompa lebih maksimal. Jika dilakukan secara teratur, gerakan duduk dalam solat ini dapat mencegah penyakit linu atau nyeri pada bagian kaki.

  1. Salam

Gerakan ini dilakukan dengan sederhana, yaitu hanya memutar kepala ke kanan dan ke kiri hingga melihat ke belakang, sekali saja. Namun demikian, jika dilakukan dengan benar akan membuat otot di bagian leher akan lebih terlatih dan kencang dan peredaran darahnya juga akan lancar.

Begitu sempurna bukan manfaat solat bagi kehidupan kita. Selain mendapatkan pahala solat juga akan membuat tubuh kita jauh lebih sehat tanpa kita harus melakukan pekerjaan yang melelahkan. Justru solat akan mendatangkan kenikmatan yang luar biasa dalam hidup kita.

 

Masakan Ibu Paling Sedap Di Dunia..Inilah 11 Amalan Yang Boleh Dilakukan Sewaktu Memasak Untuk Lembutkan Hati Anak Dan Suami

Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap.

Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?

Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya.

Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.

Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.
Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan).

Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.

Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak.

Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.

  1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

8.Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

 

Subhanallah!!! Ini Sebab Mengapa Bahasa-Bahasa Lain TIDAK TERPILIH Untuk Digunakan Di Dalam AL-QURAN !!! Baca Dan Kongsikan Untuk Info Bersama.

APABILA kita membaca Al-Quran, kita akan mendapati banyak ayat yang menceritakan perihal penurunan kitab suci ini dalam Bahasa Arab.

Sudah tentu terfikir di benak kita, mengapakah Bahasa Arab? Mengapa tidak bahasa lain di dunia?

Sebelum menjawab soalan ini, kita lihat dahulu beberapa ayat yang menceritakan Al-Quran itu diturunkan dalam Bahasa Arab.

  1. Surah Yusuf, ayat 2
  2. Surah An-Nahl, ayat 103
  3. Surah As-Syuara’, ayat 192-195
  4. Surah Taha, ayat 113
  5. Surah Az-Zumar, ayat 27-28
  6. Surah Fussilat, ayat 1-3
  7. Surah As-Syura, ayat 7
  8. Surah Az-Zukhruf, ayat 1-3

Kesemua ayat di atas secara kesimpulannya menerangkan bahawa Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab.

Ulama tafsir menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar dan saya ringkaskan seperti berikut:

  1. Meskipun Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab, ia tidak menafikan penurunannya untuk seluruh umat manusia di dunia ini. Risalah Islam tidak terhad hanya untuk bangsa Arab walaupun Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab.
  2. Al-Quran memiliki kelebihan dan ciri-ciri yang tiada pada bahasa lain di dunia. Kehebatan Bahasa Arab terlalu banyak untuk dijelaskan antaranya dari segi susunan, huruf, balaghah dan sebagainya.
  3. Kelebihan yang ada pada Bahasa Arab itu telah mensabitkan Kemukjizatan Al-Quran (I’jaz Al-Quran). Sebagai mukjizat yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad, Allah telah mencabar bangsa Arab ketika itu untuk mencipta ayat membuat ayat yang boleh mengalahkan ayat suci Al-Quran tetapi mereka tidak mampu. Rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 23 yang bermaksud:

Dan kalau kamu ada menaruh syak mengenai apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu.”

  1. Bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan oleh bangsa Arab. Sudah tentulah mereka memahami bahasa Arab, tidak bahasa lain. Jika Al-Quran diturunkan dalam bahasa lain, bangsa Arab yang merupakan mad’u Nabi Muhammad ketika itu tidak akan memahaminya. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 4 bermaksud:

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.”

Ada pula yang bertanya, mengapakah Allah memilih bangsa Arab untuk diutuskan Nabi dan diturunkan risalah Islam? Mengapa tidak bangsa Melayu atau bangsa lain di dunia?

Persoalan ini tidak mempunyai jawapan yang betul-betul tepat kerana ia berkait dengan kehendak dan pemilihan oleh Allah. Allah berhak dan mampu untuk menurunkan risalah ini kepada mana-mana bangsa di dunia.

Akan tetapi, dalam membahaskan perkara ini, ulama menulis beberapa hikmah di sebalik pemilihan bangsa Arab. Antaranya ialah:

  1. Kita bertanya dahulu, pada ketika awal Islam diturunkan, bangsa manakah di dunia ini yang layak menerima risalah Islam dan memandu umat manusia ke jalan kebenaran?

Ketika itu, terdapat dua kuasa besar dunia iaitu Rum dan Parsi. Rum adalah penganut ajaran Kristian yang terseleweng. Parsi pula beragama Majusi yang menyembah api.

Bangsa lain pula seperti Yahudi menganut ajaran Nabi Musa yang juga telah terseleweng. Bangsa Yunani pula menyembah berhala.

Adakah bangsa-bangsa ini layak memimpin umat manusia berdasarkan ajaran Islam?

  1. Semenanjung Tanah Arab ketika itu agak kurang terkesan dengan pengaruh ajaran-ajaran sesat yang dipegang oleh bangsa lain.

Begitu juga dari segi geografi, Tanah Arab berada di tengah-tengah dan kehidupan Arab adalah lebih dekat dengan fitrah manusia.

Jahiliyahnya bangsa Arab ketika itu dimaksudkan dengan jahil mengenal Tuhan di samping akhlak yang teruk tetapi tidak dinafikan terdapat unsur-unsur yang baik pada bangsa Arab.

Berbalik kepada persoalan, mengapakah bangsa Arab?

Secara mudahnya kita menjawab ia adalah pilihan dan ilmu Allah berdasarkan ciri-ciri yang ada pada bangsa Arab yang tiada pada bangsa lain.

Mohd Firdaus Salleh Hudin
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)

Baca Dan Kongsikan!!! Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa Ramadhan Lalu, Cara Betul Untuk Buat Kiraan Jumlah Fidyah Yang Perlu Dibayar

Pasti masih ada antara kita umat Islam diluar sana yang masih belum menggantikan puasa lepas dan puasa lalu yang pernah ditinggalkan. Tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadhan adalah wajib, jika kita tinggalkannya, wajib untuk diganti pada hari bulan lain sebelum Ramadhan akan datang tiba. Jika kita gagal menggantikan puasa lalu yang ditinggalkan selepas Ramadhan baru tiba, kita wajib membayar Fidyah. Bagaimana handak kira jumlah Fidyah kita? jom kita baca.

Dalam tahun 2017 Masihi bersamaan 1438 – 1439 Hijriah.

Secupak beras = 675 gram (RM1.80).
Satu gantang bagdad = 2.7kg.

MENJELANG bulan puasa, satu perkara yang selalu menjadi kemusykilan kaum wanita adalah kiraan fidyah kerana tidak sempat menggantikan puasa. Bagi yang ragu-ragu tentang perkara ini berikut di kongsi penjelasan cara kiraan fidyah yang diambil dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tapi sebelum itu baca juga penjelasan mengenai fidyah untuk pengetahuan kita.

Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur membayar Fidyah

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri atau pejabat zakat negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab dikenakan fidyah

  1. Uzur menunaikan puasa wajib.

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

Contoh  :

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00

  1. Perempuan hamil.

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)

  1. Ibu yang menyusukan Anak.

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

Contoh :

Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

15 hari X RM1.80 = RM27.00

Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

  1. Orang yang telah meninggal dunia.

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM1.80 = RM23.40

  1. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’).

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Contoh :

En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)

Taksiran fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah.

Kadar bayaran fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

*Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

Nota: Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun

*Perlu diingat, walaupun sudah membayar fidyah, puasa tetap kena ganti, wajib..

MANUSIA MEMERLUKAN ZIKIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. INILAH ALASAN KENAPA DZIKIR DIANJURKAN MENGGUNAKAN RUAS JARI TANGAN,,,BACA DAN SEBARKAN BUAT PANDUAN UMAT ISLAM YANG LAIN.

Berzikir yakni hal yang diperlukan manusia. Sama dengan ikan memerlukan air. Manusia juga memerlukan dzikir. Dalam perjalanan pindah ke Madinah, Rasulullah memerintahkan pada seorang sahabiyah untuk berzikir dengan ruas jari.

Nabi memerintahkan kaum hawa agar sentiasa membiasakan amalan dengan membaca takbir, taqdis, dan tahlil. Semuanya agar dikira dengan ruas jari-jari tangannya. Kerana di Hari Kiamat nantinya, ruas-ruas jari tangan itu akan dimintai info dan dituntut untuk bicara.

Rasulullah juga waktu berzikir menggunakan ruas-ruas jari tangan untuk mengira. Mengenai penggunaan tasbih, beberapa ulama ada juga yang membolehkan dan ada yang menganggapnya sebagai bid’ah.

Oleh itu mulai sekarang ini, teraturlah menggunakan ruas-ruas jari tangan waktu berzikir. Nantinya waktu hari kiamat, tangan kita boleh berikanlah saksi bila semasa kita hidup, kita memakai tangan kita untuk berzikir, menyebut nama Allah SWT.

Sekianlah maklumat ini mudah – mudahan bermanfaat serta berguna …

 

TERDAPAT 114 SURAH DI DALAM AL-QURAN. TERNYATA, INILAH 2 SURAH YANG AKAN JADI PEMBELA PEMBACANYA DIHARI KIAMAT NANTI..!!

Ada seratus empat belas surah didalam Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah. Dalam semasing surah ada kelebihan yang tidak dipunyai surah lain. Kelebihan iaitu kelebihan tetapi bukan bermakna satu surah lebih rendah dari pada surah lain.

 

Dua surah yang membela pembacanya di hari kiamat akan berikan pelajaran untuk kita bila sekecil apa pun amalan baik kita didunia, Allah akan memberi balasan yang lebih besar. Walau, semua dalil yang ada didalam Al-Qur’an dan hadis mempunyai manfaat untuk manusia, namun kita boleh menggunakan dua surah ini sebagai pembela di akhirat kelak.

Surah Al-Ikhlas bersamaan dengan satu pertiga kandungan Al-Qur’an. Hal sejenis ini jadi basic beberapa ulama mempunyai pendapat bila membaca surah Al-Ikhlas sejumlah tiga kali sama bererti apabila kita membaca tiga puluh juz Al-Qur’an. Diluar itu, beberapa ulama lain mempunyai pendapat bila satu pertiga itu berkaitan dengan kandungan makna didalam surah ke 112 itu. Tersebut manfaat surah al Baqarah yang perlu digunakan sebaik-baiknya dalam kehidupan seharian sebagai amalan baik kita.

Rasulullah juga menjelasakan surah lain, iaitu surah Al-Baqarah. Surah ini yakni surah terpanjang yang mempunyai 286 ayat. Diluar itu, dalam surah ini boleh ada ayat terpanjang di dalam Al-Qur’an yaitu terdapat pada ayat 282 Surah ini mempunyai keutamaan iaitu boleh buat syaitan lari dari tempat tinggal yang orang di dalamnya membacakan surah Al-Baqarah. Tempat tinggal yang dihuni oleh setan jadi manusia yang menghuninya akan dengan mudah dihumbankan dalam perbuatan maksiat.

 

Imam Ahmad meriwayatkan sabda Rasul yang mengandungi bahawa
seluruhnya ayat didalam Al-Qur’an dapat berikan syafaatnya pada pembacanya di kehidupan akhirat nanti. Oleh kerananya, sempatkan diri sehari-hari untuk membaca surah didalam Al-Qur’an. Tetapi, semakin lebih baik bila kita juga mengerti arti dari ayat itu agar dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Bila surah Ali ‘Imran dipadukan dengan surah Al-Baqarah (disebut az-Zahrawain), jadi hadis dari Abu Umamah ini meneruskan tujuannya, iaitu cadangan untuk membaca az-Zahrawain kerana ke-2 surah itu akan tiba di hari akhir seperti tumpukan awan atau seperti dua kumpulan burung yang melebarkan sayapnya atau dua benda yang menaungi yang bakal membela untuk pembacanya.

Keunggulan surah al Baqarah tidak kurangkan manfaat daripada surah-surah lain sebagai panduan dalam melakukan hidup di jalan Allah. Semuanya dalil didalam Al-Qur’an dan hadis boleh jadikan asas hidup.

Imam Muslim juga meriwayatkan perintah untuk membaca surah Al-Baqarah kerana akan menghadirkan banyak barokah. Bila kita tidak mengamalkannya iaitu satu kerugian untuk kita. Bahkan juga tukang sihir akan tidak dapat mencapai pembacanya.

Imam Muslim dan Bukhari didalam sahihnya mengatakan apabila Rasulullah pernah membaca ke-2 surah ini didalam satu rakaat solat. Hal semacam ini menunjukkan bila ke-2 surah ini mempunyai kelebihan sendiri hingga Rasulullah memakainya sebagai surah pendek dalam solatnya.

Sebagai seseorang muslim, manfaat membaca surah al-ikhlas sehari-hari dapat kita kerjakan untuk meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri pada Allah. Janganlah membiarkan satu detik juga terlewati tanpa ada kita mengingat Allah.

 

Banyak amalan yang boleh kita lakukan agar selalu mengingat Allah disetiap langkah kita. Allah sudah sediakan beberapa pilihan amalan baik sehingga kita boleh lakukan beribadah sunnah mana yang boleh kita kerjakan sesuai sama kekuatan.

 

 

SEBAGAI UMAT ISLAM SEMESTINYA KITA MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA RASULULLAH SAW. INILAH 3 KEUTAMAAN BERZIARAH KE MAKAM RASULULLAH.

Sebagai umatnya, telah semestinya kita memberi penghormatan pada Rasulullah. Selain bershalawat serta mensuri tauladani akhlak beliau yang mulia, semua umat Islam juga disunnahkan untuk berziarah ke makam Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.

Hal ini sesuai dengan perjanjian para ulama mujtahidin. Mereka menyebutkan kalau berziarah ke makan Nabi adalah perkara yang dianjurkan dalam agama.

Barang siapa berziarah ke makam Rasulullah, jadi ia akan mendapatkan pahala yang agung dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Lalu apa saja keutamaan berziarah ke makam Rasulullah? Berikut adalah keutamaan nya,

  1. Mendapat Syafaat beliau Shallallahu alaihi wasallam

Salah satu keutamaan berziarah ke makam Rasulullah iaitu mendapat syafaat dari sang Kekasih Allah, insya Allah BIIDZNILLAH ta’ala.

Sebagaimana sabda Rasulullah: “Barang siapa yang berziarah ke makamku jadi patut baginya mendapat syafaatku”. (HR ad-Daruquthni, serta di anggap kuat oleh al al Hafidz Abdul Haq al Isybili serta al Hafidz Taqiyuddin as Subki dan al Hafidz as Suyuthi serta lain-lain)

Dalam kisah lain Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang datang kepadaku untuk menziarahiku, tidak ada keperluan lain kecuali hanya menziarahiku maka saya pasti akan menjadi pemberi syafaat baginya di hari kiamat. (Diriwayatkan oleh at Thabarani serta dishahihkan oleh al Hafidz Said ibn As Sakan).
2. Mendapatkan Ampunan Allah

Sesiapa yang bertaubat pada saat berziarah ke makam Rasulullah, jadi beliau akan memohon ampun atas diri jemaah itu pada Allah. Seperti yang dijelaskan dalam Q. S An Nisa: 64 yang artinya:

“Jikalau mereka ketika menganiaya dianya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan rasul juga memohon ampun untuk mereka, tentunya mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. “(Q. S an Nisa ‘: 64).

  1. Mendapat Keberkahan dalam kehidupan

Rasulullah, Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallan iaitu manusia yang paling mulia. Keberkatan serta rahmat terang akan meliputinya. Jadi semua perbuatan yang berkaitan dengan beliau iaitu sebuah keberkatan, termasuk dengan berziarah ke makam beliau.

Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya serta at Thabrani dalam al Mu’jam al Kabir dan al Ausath dari sahabat Abu Ayyub al-Ansari, di suatu hari Ia datang untuk berziarah ke makam Rasulullah. Kerana demikian rindu pada Rasul Ia juga meletakkan mukanya di atas kubur

Ketika itu muncul Marwan, ia berkata: “Apakah kamu tahu yang tengah anda lakukan? “, Lalu Abu Ayyub melihat padanya serta berkata:” Ya, saya datang pada Rasulullah dan saya tidak datang pada sebuah batu, Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alihi wasallam bersabda:

“Janganlah kalian menangisi agama ini bila dipegang oleh ahlinya, akan tetapi tangisilah agama ini apabila agama ini dipegang oleh orang-orang yang bukan ahlinya”

Baca Juga: Mesej Utama Dari Penjaga Makam Rasulullah, Tolong Sebarkan!

Sebagai umat beliau, telah semestinya kita berniat untuk berziarah ke makam manusia paling mulia di alam semesta ini. Sehingga kelak di hari kiamat semoga kita memperoleh syafaat serta dapat berkumpul dengan beliau, Aamiin.

 

BACA DAN SEBARKAN..!!! TERNYATA INILAH MAKNA MIMPI BERTEMU ORANG YANG BARU MENINGGAL DUNIA..SUBHANALLAH..

 

 

Seorang sering bermimpi ketika mereka sedang tertidur nyenyak, tetapi ada beberapa dari beberapa orang sudah punya mimpi bertemu dengan beberapa orang paling dekat mereka yang sudah meninggal dunia serta nyatanya ada arti mimpi bertemu orang yang sudah meninggal dunia dunia. Kenapa kita boleh punya mimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal? serta apa saja arti di balik mimpi itu?

Erti Mimpi Berjumpa Orang yang Telah Wafat, apakah itu?

Beberapa orang yang menganggap mimpi hanya bunga tidur semata hingga tak ada makna di dalamnya, tetapi ada beberapa orang yang yakin kalau tiap-tiap mimpi mempunyai makna serta bahkan juga sebagai tandanya ada perkara baik atau buruk. Satu diantara mimpi yang diakui mempunyai arti yaitu mimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal dunia. Berikut adalah maknanya:

  1. Sebagai tandanya kerinduan
    Arti mimpi berjumpa orang yang telah meninggal dunia iaitu sebagai tandanya kalau orang itu begitu merindukan sosok yang sudah meninggal itu seperti ibu bapa, saudara, serta rakan. Sesudah punya mimpi jadi tak perlu di ambil pusing serta baiknya selekasnya mendoakan orang yang sudah meninggal dalam mimpi itu supaya memperoleh ketenangan serta janganlah lupa sekali-kali berkunjung ke makam mereka.
  2. Tandanya ada mesej dari almarhum
    Ada sebahagian orang yang mempunyai pendapat kalau punya mimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal bermakna kalau almarhum mahu mengemukakan mesej padanya lantaran semasa hidupnya masihlah ada masalah yang belum dapat diselesaikan.
  3. Tandanya akan mendapat pertolongan
    Pendapat yang lain menyampaikan kalau punya mimpi berjumpa dengan orang sudah meninggal dunia iaitu tandanya bakal memperoleh pertolongan dari seorang yang akan membereskan permasalahan yang dihadapi orang itu.
    Tetapi, ketiga arti itu belum dapat dibuktikan kebenarannya serta cuma berkembang sebagai mitos yang diakui banyaknya orang.

Terkecuali mimpi berjumpa dengan orang yang sudah meninggal, bahkan juga ada juga mimpi bercakap dengan orang meninggal. Menurut Primbon Jawa, mimpi itu juga mempunyai arti yang tersembunyi di dalamnya yakni sebagai tandanya kalau semuanya yang diusahakan oleh orang itu akan percuma serta gagal.

Tetapi sebagai makhluk yang beriman, baiknya tidak akan yakin dengan tandanya itu lantaran makna yang terdapat dalam mimpi itu adalah tafsiran dari manusia saja serta belum dapat dibuktikan kebenarannya.

Mimpi itu boleh mendekati nilai kebenaran bila orang yang punya mimpi berkelakuan baik serta jujur ​​dalam kehidupannya serta sebelum tidur sentiasa bersihkan diri terlebih dulu serta mengambil air wuduk.

Setelah itu iaitu mimpi mengenai ahli keluarga yang sudah meninggal seperti datuk-nenek, ayah-ibu, serta adik-kakak. Menurut kajian spiritual yang sudah dikerjakan, nyatanya beberapa orang yang mengimpikan ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia kerana oleh hujah psikologi seperti kebimbangan pada kehidupan si mati di akhirat serta rasa bersalah yang diakibatkan oleh kurangnya saat kebersamaan dengan almarhum pada saat masihlah hidup. Terdapat banyak arti mengenai mimpi berjumpa dengan ahli keluarga yang telah meninggal dunia, salah satunya yaitu:

  1. Merindukan almarhum
    Ahli keluarga seperti datuk-nenek, ayah-ibu, serta adik-kakak adalah beberapa orang yang begitu dekat dengan kehidupan seorang, sehingga lumrah apabila orang yang sudah ditinggal mati oleh keluarganya masihlah begitu merindukan sosok itu. Rasa rindu yang besar boleh menyebabkan seorang untuk mengimpikan beberapa orang yang sudah meninggal dunia itu sebagai ubat kerinduan mereka.
  2. Almarhum mahukan kiriman do’a
    Arti yang lain iaitu almarhum kirim pesan pada ahli keluarganya yang masihlah hidup untuk menghantar mereka do’a supaya memperoleh ketenangan di akhirat. Hingga baiknya sesudah punya mimpi hal itu akan mendoakan almarhum yang sudah diingini.

Itulah sebahagian arti mimpi berjumpa orang yang sudah meninggal dunia yang sudah diakui oleh beberapa besar orang serta sudah berkembang di orang-orang luas.

Baca Dan Kongsikan!!! 13 Perkara Yang Wajib Dijaga Oleh Wanita Jika Tidak Mahu Terjun Ke Neraka

Perkara yang perlu dijaga oleh wanita Jika Tidak Mahu Terjun Neraka.

  1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
  2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

  1. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
  2. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
  3. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
  4. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
  5. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
  6. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
  7. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.

Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

  1. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
  2. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

  1. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.

Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

  1. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Saka Adalah Satu Perkara Yang Sensitif Untuk Dibicarakan. Gangguan “Saka” Ini Diwarisi Dari Turun- Temurun Sama Ada DiSedari Atau Tidak Disedari.. ..Ini Antara Pengakuan “Saka”; Aku Tinggal Di Rahimnya, Aku Makan Janinnya – 7 Tahun Berkahwin, 5 Kali Gugur Akibat Diganggu ‘Saka Keturunan’

Membicarakan tentang saka adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Gangguan ‘saka’ adalah jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan.

Seperti perkongsian pusat perubatan ini, seorang wanita tidak sedar dirinya diganggu saka sehinggalah bertemu ustaz ini..Seram!

 

 

Aku tinggal di rahim dan makan janinnya