Browse Category: Info semasa

Walaupun Tiada Bukti Saintifik Dan Klinikal, Posisi Seks Dipercayai Mempengaruhi Peluang Kehamilan. Ini Kaedah Melalui 5 Posisi Seks Agar Cepat Hamil.

Walaupun tiada bukti saintifik dan klinikal, posisi seks dipercayai mempengaruhi peluang kehamilan. Inilah beberapa posisi tersebut beserta gambar.

Sesetengah wanita mudah untuk hamil, namun sebahagiannya pula perlu berusaha keras untuk hamil. Salah satu cara yang boleh membantu mempercepatkan kehamilan adalah mencuba pelbagai posisi seks.

Sebenarnya kehamilan boleh terjadi dengan apapun posisi hubungan intim, asalkan sperma bergerak menuju ke arah sel telur dan berlakunya persenyawaan.

Oleh itu, beberapa posisi seks ini mungkin dapat memudahkan sperma bergerak menghampiri sel telur lantas membesarkan peluang berlakunya persenyawaan. Berikut adalah 5 posisi seks agar cepat hamil:

1. Posisi Misionari & gerakan ‘kucing’

Posisi seks agar cepat hamil : Misionari

Posisi ini sering disebut sebagai Man on Top, iaitu wanita baring terlentang, dan lelaki berada di atasnya. Dengan posisi ini, sperma yang dikeluarkan tidak mudah untuk terkeluar dari vagina wanita.

Di kombinasikan dengan gerakan CAT (kucing). Sebenarnya CAT ialah singkatan untuk (Coital Alignment Technique) dan berdasarkan penelitian dari Edward Eichel, gerakan ini dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan.

Gerakan CAT:

Lelaki berada di atas wanita dan bergerak kedepan dan kebelakang sambil mencondongkan badan ke arah bahu wanita. Semasa bersama, wanita mengangkat pinggul agar selari dengan pinggul lelaki. Wanita boleh juga menggelek (seperti memutar) untuk mensimulasi orgasme.

2. Posisi Gunting, penetrasi dari sisi

 

Posisi seks dari sisi

Ketika berada di posisi ini, pasangan akan berasa lebih relaks dan ianya sesuai untuk suami yang lebih berisi. Ketika penetrasi dari sisi, zakar dapat masuk lebih dalam ke vagina, sehingga ketika ejakulasi, sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel telur. Posisi ini dapat dilakukan melalui 2 cara; iaitu lelaki di belakang wanita atau saling menghadap.

Apabila saling menghadap, wanita boleh mengangkat salah satu kaki lurus ke atas serenjang dengan katil. Lalu lelaki merapati bahagian hadapan badan wanita, dengan salah satu kaki di antara kaki wanita. Rapatkan pinggul lelaki dan wanita, tetapi jauhkan dada masing-masing. Posisi seks ini dikenali sebagai posisi gunting (scissors).

3. Penetrasi dari belakang, doggy style

 

Posisi seks dari belakang

Posisi ini boleh dilakukan dengan perut wanita di katil, atau menghadap katil seperti sedang merangkak. Sama seperti posisi seks dari sisi, penetrasi dari belakang juga membantu zakar masuk lebih dalam, sehingga sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel telur.

Semasa dalam posisi merangkak, wanita melengkungkan badan sehingga kedudukan perut rendah tetapi bahagian pinggul tinggi. Tampung berat badan menggunakan tangan dan lutut. Posisi ini dikenali sebagai posisi anjing atau doggy style.

4. Wanita di atas, posisi Cowgirl

 

Posisi seks cowgirl

Apabila wanita berada di atas lelaki, posisi seks ini memberikan kuasa penuh pada wanita. Jadi wanita dapat mengatur irama dan perjalanan hubungan seks ini. Wanita akan lebih relaks dan menikmati permainan, serta dapat memandu agar penetrasi zakar di kedalaman yang sesuai dengan kehendaknya.

Cara yang lain, wanita boleh memusing posisi badan ke mana pun yang diingini sehingga 360 darjah. Lengkungkan badan hingga pinggul condong ke belakang dan dada condong ke hadapan.

5. Posisi berdiri

 

Posisi berdiri

Pada posisi berdiri, lelaki dan wanita dapat mengendali untuk mencapai posisi paling selesa. Ketika lelaki mencapai ejakulasi, kekal berada di posisi ini untuk beberapa saat agar sperma tidak terkeluar dari liang vagina. Berdiri di bawah pancuran air hangat boleh menambah rasa sensasi bersama.

Ini Penjelasan Mengenai Kemana Kelkatu Pergi Selepas Tinggalkan Sayapnya Bertaburan Atas Lantai? Semoga Bermanfaat.

Jika sesuatu kawasan dipenuhi dengan kelkatu pada waktu malam, keesokan harinya pasti kawasan tersebut dipenuhi dengan sayap serangga itu – tanpa badan.

Tapi kemana hilangnya badan makhluk itu? Sebelum menjawab lanjut tentang persoalan ini, kita terokai terlebih dahulu dari mana datangnya serangga bersayap ini.

Kelkatu = Anai-anai

 

Ini mungkin satu hakikat yang sukar ditelan, tapi ya, kelkatu merupakan anai-anai. Menyelusuri lanjut mengenai haiwan unik ini, mari kita masuk dahulu tentang kitaran hidup anai-anai.

Anai-anai merupakan haiwan yang unik kerana mereka ini disifatkan sebagai haiwan yang bagus dari segi sosialnya. Ini kerana mereka mempunyai kasta dan setiap jenis kasta mempunyai tujuan masing-masing. Dalam setiap koloni anai-anai akan ada pekerja, askar, dan pembiak berserta dengan raja dan ratu.

Kehidupan anai-anai bermula dari telur yang akan bertukar menjadi larva. Larva ini kemudian akan bertukar menjadi sama ada pekerja atau askar atau menjadi pembiak. Penjelasan lanjut mengenai perkembangan larva anai-anai agak panjang dan kompleks, jadi kita ringkaskan sampai di situ saja.

Askar dan pekerja

Anai-anai pekerja secara ringkasnya membuat kerja-kerja seharian dalam dunia anai-anai; termasuklah menjaga ratu, membaiki sarang, memberi anai-anai kasta lain makan, menjaga telur dan mencari makanan. Biasanya, tugas-tugas ini dibahagikan mengikut umur dan juga saiz anai-anai pekerja. Anai-anai inilah yang selalu anda lihat memakan kayu.

Pekerja

Anai-anai berkasta askar pula mempunyai satu tujuan sahaja – iaitu untuk melindungi koloninya. Mereka ini ‘pakar’ dalam pertahanan. Cara untuk mengenalpasti anai-anai askar adalah dengan melihat objek tajam hitam di bahagian kepalanya.

 

Askar

Bagaimanapun, kedua-dua jenis anai-anai ini mempunyai satu persamaan iaitu mereka buta. Mereka berkomunikasi menggunakan signal kimia dan juga getaran yang dihasilkan melalui hentakan kepala.

Pembiak
Selepas peringkat larva, anai-anai kasta pembiak akan bertukar menjadi nymph dan seterusnya akan melalui proses molting sebelum menjadi matang – a.k.a kelkatu. Kelkatu amat jarang dihasilkan. Malah, masa untuk satu-satu koloni mula menghasilkan kelkatu mungkin lebih dari empat tahun – berbeza mengikut spesis dan koloni.

 

Apabila tiba masa yang sesuai, semua anai-anai bersayap dan bermata ini akan keluar secara berkelompok dari sarang mereka untuk mencapai objektif mereka iaitu memulakan koloni baru.

Pada hari mencari pasangan itu, kawasan-kawasan berlampu akan dipenuhi oleh serangga ini. Apabila kelkatu jantan sudah berjaya menemui kelkatu betina idaman, mereka akan jatuh ke tanah dan sayap mereka akan tertanggal. Selepas itu, mereka akan mengorek kawasan tanah atau kayu terdekat yang sesuai bagi memulakan sarang/koloni baru.

 

Busut atau sarang anai-anai.

Kelkatu jantan itu akan menjadi raja anai-anai, manakala kelkatu betina pula akan menjadi ratu kepada koloni baru itu – itupun sekiranya mereka berjaya menghadapi dugaan-dugaan berumah tangga dalam dunia anai-anai. Biarpun kelkatu dihasilkan banyak, namun hanya sedikit dari mereka berjaya meneruskan kehidupan kerana keberadaan pemangsa dan cabaran-cabaran yang dihadapi ketika membentuk koloni.

 

Yang besar tu ratu. Kepala kecil, tapi badan besar bagi membolehkannya menghasilkan banyak telur.

 

Yang besar hitm sikit tu raja (kelkatu jantan tadi).

Berbalik kepada raja dan ratu anai-anai tadi, ada juga kemungkinan terdapat dua ratu dalam satu koloni. Tapi rajanya tetap satu – hmmmm poligami. Video dibawah memaparkan dua ekor ratu di dalam satu busut.

Itulah kitaran anai-anai atau kelkatu. Jadi jika anda ternampak kelkatu berterbangan di udara, ketahuilah ia sebenarnya anai-anai.

Kongsikan…Pertama Kali Dalam SEJARAH Malaysia ! Inilah HUKUMAN Paling DAHSYAT Buat Bapa Durjana Yg Rogol Anaknya 600 Kali Tu !

SHAH ALAM: Zalim dan Kejam ! Itulah gelaran selayaknya buat seorang bapa yang bakal didakwa di Mahkahmah kerana kesalah-kesalah yang sangat kejam iaitu serangan seksual terhadap anak kandungnya sendiri hingga membabitkan sekurang-kurangnya 600 dakwaan rogol dan liwat anak perempuanya tersebut.

 

Pertama Kali Dalam SEJARAH Malaysia ! Inilah HUKUMAN Paling DAHSYAT Buat Bapa Yg Rogol Anaknya 600 Kali Tu !
Lelaki bernafsu binatang ini yang berusia 37 tahun telah melakukan perbuatan zalim ini sejak dua tahu lahun yang lepas lepas mangsa yang kini berumur 15 tahun tinggal bersamanya kerana suspek telah bercerai dengan isterinya.

Suspek yang ditahan pihak boleh kini berada dalam tahanan reman.

 

Segala kegiatannya terbongkar dan suspek ditahan boleh selepas anak perempuannya itu berkongsi nasib malang yang berlaku pada dirinya kepada ibu kandungnya sejurus mangsa mengetahui suspek mempunyai hajat untuk mengambik lagi dua orang adiknya yang kini berumur sembilan tahun dan sebelas tahun untuk tinggal bersama dengannya.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad menyatakan bahawa suspek bakal berhadapan 632 pertuduhan membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta Akta Kanak-kanak 2016.

 

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak esok membabitkan 599 kesalahan meliwat serta satu dakwaan merogol.

 

“Dia juga berdepan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016,” katanya di sini.

 

Suspek boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan bagi tuduhan meliwat, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C

 

lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapinya,

 

Suspek juga boleh dihukum penjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan bagi kesalahan rogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B

 

AKHIRNYA TERBONGKAR!! Inilah Sebab Mengapa YAHUDI Menggali Dibawah Masjid Al-Aqsa Yang Tidak Pernah Anda Ketahui. Baca Dan Sebarkan Untuk Info Bersama…

Ambillah masa membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang dan anda benar-benar tahu apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.

Ini serius! Apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa!

Pertama. Lihatlah pengalian dibawah Masjid Al-Aqsa…cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

 

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa dan di tempat ini untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja. Ini perlu perhatian dunia Islam. Umat Islam yang berjuta-juta ramainya seperti buih dilautan berbanding yahudi laknatullah ini melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa suatu hari nanti iaitu Qiblat pertama bagi umat Islam sebelum Masjidil Haram.

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini! Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Gambar dari Kuil Zionis. Ini adalah struktur pertama kali dikembangkan oleh Zionis di depan Masjid Al-Aqsa

Imaginasi dari pelukis kesan Kuil Solomon

Gambar keretakan tiang besar, lantai dan dinding Masjidil Al-Aqsa akibat dari kerja-kerja penggalian di bawah Masjidil Al-Aqsa.

 

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung “DOME OF THE ROCK. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak menyedari yang mana satu Masjidil Al-Aqsa. Penulis pun baru tahu selepas dikelirukan oleh media barat.

Ini merupakan cara ZIONIST, sehingga Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak perasan dan tahu kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjid yang sebenarnya.

Keretakan di laman dan di dalam masjidil Al-Aqsa. Masjid “DOME OF THE ROCK” yang dilatar belakang.

Kenapa harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang di kehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S dan rahsia yang tertanam di bawah Masjidil A-Aqsa

  • Balik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”.
  • Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
  • Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja.
  • Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme. Baginda memerintahkan segala pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab atau laman bahawa okultisme atau yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Ajaran ini dimana amalan iaitu berkaitan dengan jin dan setan.
  • Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia harus tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang selari dengan manusia, tetapi tidak harus berkomunikasi dengan satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak ada perkara seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
  • Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak ada siapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
  • Dimana baginda menanamkan iaitu di bawah tapak kuil asas tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesasteria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga asas kuil Sulaiman siang dan malam.
  • Kesatria melakukan ini pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman (AS) wafat, The Knights menemukan apa yang mereka menjaga. Mereka menyedari pentingnya maklumat ini, amalan sihir mereka berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan dan benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis (setan). Kerana sifat ritual mereka, mereka dengan cepat menjadi yang paling kuat dan orang-orang terkaya di negeri itu. Wawancara terbaru dengan ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan dan keuntungan material di dunia ini, asalkan mereka melakukan apa saja yang ingin mereka iaitu menyebarkan rasuah, kefasikan dan kehancuran di bumi di wawancara juga mengatakan bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ia adalah Allah yang nyata. Dan itu ia hanya salah faham.
  • Selanjutnya selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar memberi nama “Free Mason”. Dengan kekuatan yang ditemui, baru mereka cepat menyebar pengetahuan ini di seluruh dunia, dalam bentuk perkumpulan rahsia.

Semua dengan satu tujuan iaitu melayani “Allah” Setan, dan untuk mempersiapkan kedatangan Dajjal bermata satu, yang mewakili setan di bumi. simbol mereka adalah piramid atasnya oleh “semua melihat” SATU mata! Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai satu mata melihat semua yang mereka sebut Mata Ra, dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

WARNS US AGAINST THE BEING WITH THE “ONE” EYE.

  • Kalau tak percaya? Lihatlah bahagian belakang bil Dolar AS – semua melihat satu mata di sana! simbol dimerata-rata. Amerika adalah negara pertama di dunia Masonik. Ada banyak kajian yang menyokong tuntutan ini, bukti mengejutkan, wawancara, adalah “RAHSIA” pengetahuan alam semesta ini yang masyarakatnya yang memiliki tuntutan. Sebenarnya mengamal ilmu hitam iaitu ritual sihir. Ini adalah “rahsia” mereka selalu berbicara tentang menguasai masa depan anda, mencipta kekayaan dengan meminta alam semesta untuk memberikannya kepada anda rohani, tidak berugama dll. Ini adalah bertentangan dengan Islam di mana iman kita dan kepercayaan kepada Allah SWT untuk tawakal kepadaNya. Itu sebabnya sebahagian orang Islam yang murtad kerana melihat Syaitan dan Iblis merupai Nabi Isa mendatangi mereka dan menolong mereka semasa dalam kecemasan. Dan mereka mempercayai Nabi Isa AS, tetapi sebenarnya kerja-kerja setan!

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan dewa mereka iaitu “Dajjal”.

Apa yang Islam dan Nabi Muhammad SAW memperingati kita tentang kedatangan dajjal

 

  1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah di mana Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
  2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman RasuluLlah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
  3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
  4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan.” Dajjal raja mereka, dan sesuai dengan keyakinan okultisme, mereka harus membangkitkan kuil asal baginya untuk mengambil takhtanya.

Jadi di mana kuil asal dari Zionisme?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ertinya Nabi Sulaiman AS tahu bagaimana kuasa jahat sihir ini, maka ia membina kuil pada candi zionist tersebut. Menyembah satu Allah SWT yang benar cukup kuat untuk mengelakkan setiap kejahatan yang terjadi di sana.

Ini adalah kerana mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa. Satu-satunya tempat ia boleh masuk dan memerintah, adalah kuil disesuaikan dengan alam yang jahat.

  • Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan bersama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan menipu. . Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri mereka pro-Israel. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin akan diserang berkali-kali. Mereka perlu dan niat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. Dan inilah mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim semua sebagai pengganas. Mereka ingin mengubah dunia melawan kita dalam kebencian, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang Arab! Muslim!. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, dan menggambarkan akhir zaman, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa….Allah hu akbar!

MEREKA memuliakan Tuhan MEREKA yang bermata satu! Astaghfirullah!.

Innalillahiwaiinnailaihirojiun…. Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun maut selepas kereta dirempuh bas.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun, maut manakala empat lagi mangsa cedera parah berikutan kemalangan yang berlaku berdekatan kawasan Rehat dan Rekreasi Seremban petang Isnin, 24 April 2017.

Kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan itu terjadi akibat sebuah bas yang terbabas dan merempuh kereta Honda milik keluarga mangsa.

 

 Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Wafiq Fitri Walilah, dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian setelah tercampak keluar dari kereta semasa kereta mereka dirempuh.

Manakala, ibu, ayah, dan dua adik mangsa cedera parah segera dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan.

 

Mayat mangsa juga telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar bagi tujuan bedah siasat. Kemalangan jam 6.10 petang ini telah menyebabkan kesesakkan lalu lintas sepanjang 10 kilometer.

Takziah buat keluarga mangsa.

Semua ibu bapa tidak mahu kejadian buruk terjadi kepada anak mereka. Namun, bak kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Jadi, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga.

Jadi perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi tips keselamatan jalan raya yang boleh diaplikasikan oleh anda sekeluarga sebelum memulakan perjalanan sama ada jauh mahupun dekat.

  1. Rancang perjalanan anda

Rancang perjalanan supaya anda dapat mengelakkan waktu kemuncak (waktu perayaan atau cuti panjang terutamanya). Ini kerana waktu kemuncak selalunya akan menyebabkan anda tersekat di dalam kesesakkan lalu lintas dan memanjangkan masa perjalanan anda. Badan akan menjadi lebih cepat letih dan kualiti pemanduan juga boleh merosot.

  1. Rehat jika perlu

Sepanjang lebuh raya terdapat banyak kawasan rehat dan rekreasi bagi membolehkan anda dan penumpang lain berehat dan merenggangkan otot.

Jangan paksa jika badan anda mulai penat semasa memandu. Ia bukan sahaja membahayakan anda dan keluarga malah orang lain di sekeliling anda.

  1. Elakkan pemandu yang tidak berhemah

Semasa kita mengambil lesen memandu, kita sering kali diingatkan oleh guru memandu untuk sentiasa memeriksa cermin pandang belakang.

Sekiranya anda mulai perasan pemandu lain yang memandu dengan tidak berhemah (terlalu rapat, terlalu laju, bertukar lorong tanpa memberi isyarat) cuba elakkan kenderaan tersebut kerana mereka boleh membahayakan orang di sekeliling mereka.

  1. Menggunakan alat keselamatan diri

Buat kita yang dewasa, gunakan tali pinggang keselematan sepanjang berada di dalam kenderaan. Dan buat anak-anak, gunakan tempat duduk kereta kanak-kanak.

Tahukah anda, di UK, duduk keselamatan kanak-kanak mesti digunakan sehingga mereka berusia 12 tahun atau tinggi melebihi 150 cm.

Pada pendapat saya, ini adalah sesuatu yang bagus dan wajar kita ikuti demi keselamatan anak-anak di jalan raya. Ini kerana, tali pinggang keselamatan tidak sesuai dengan bentuk badan kanak-kanak yang kecil. Ia boleh jadi membahayakan buat mereka.

  1. Kekalkan jarak yang selamat

Jika anda tersekat di dalam kesesakan lalu lintas, kekalkan jarak yang selamat di antara kereta anda dan kereta hadapan. Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika terjadinya kemalangan oleh kenderaan lain, anda sempat untuk menekan brek dan mengelak dari terlibat.

Banyak lagi tips keselematan yang boleh anda aplikasikan demi keselematan anda dan keluarga. Ini hanyalah sebahagian daripanya. Jadikan langkah keselamatan sebagai tabiat.

Kenali Personaliti Dari Gaya Tumbukan! Baca Dan Sebarkan…

Orang-orang di Jepun telah menghasilkan pelbagai cara untuk membaca keperibadian seseorang. Sama ada melalui bentuk kuku, jenis darah atau melalui jari tangan kedua terpanjang yang anda miliki.

Ujian ini dikenali sebagai Kobushi Shindan (secara literalnya “Analisa Analisis”), yang merupakan cara untuk memahami keperibadian seseorang dengan cara mereka membuat penumbuk.

Perkara yang menarik untuk diperhatikan adalah bahawa “kobushi” juga boleh diterjemahkan sebagai “pahlawan feudal” atau dalam beberapa kes “samurai”. Selain itu, asal-usul ujian keperibadian ini juga sebenarnya tidak begitu jelas.

Jadi, yang manakah gaya penumbuk anda? Bagaimana pula penumbuk anda boleh menerangkan tentang hati anda? Ayuh, lihat bersama!

1. Seseorang yang meletakkan ibu jari pada jari telunjuk mereka

Apa yang dikatakan tentang keperibadian anda:

Anda adalah seorang pemimpin yang kuat, adil dan suka membantu orang. Anda suka memberi dorongan kepada mereka yang memerlukan sokongan. Anda obses dengan kekuatan, keselamatan, kestabilan dan juga gigih berusaha dalam melakukan sesuatu.

Tetapi dalam hati anda …

Anda mungkin kelihatan seperti orang yang kuat di luar, tetapi boleh menjadi naif. Anda ingin dihargai dan rasa diperlukan oleh orang lain.

Mengenai cinta …

Anda mahu mengabdikan diri anda buat orang yang anda cintai serta mahu melindunginya. Anda seorang yang sangat baik dan bertimbang rasa serta mementingkan orang lain lebih daripada diri sendiri tetapi anda tidak pandai untuk mengekspresikan diri anda melalui kata-kata.

2. Seseorang yang meletakkan ibu jarinya berada di tengah-tengah penumbuk mereka

Apa yang dikatakan tentang keperibadian anda:

Anda seorang yang baik hati, ramah dan disukai oleh orang lain. Anda seorang yang kreatif dan dapat mempamerkan bakat yang anda miliki sepenuhnya.

Tetapi dalam hati anda …

Anda takut untuk mencuba perkara-perkara baru dan kadang-kadang melihat bakat anda sebagai beban kerana anda takut akan kegagalan. Anda mudah berkawan dengan sesiapa sahaja yang anda temui, tetapi di dalam hati anda, anda mencari orang yang akan sentiasa menyokong anda dan membantu dalam melalui kegagalan.

Mengenai cinta …

Oleh kerana anda takut kegagalan, anda mempunyai masa yang sukar untuk memulakan hubungan baru. Walau bagaimanapun, anda cenderung untuk tidak menunjuk-nunjuk.

3. Seseorang yang meletakkan ibu jari di belakang jari mereka

Apa yang dikatakan tentang keperibadian anda:

Anda seorang yang sensitif dan introvert yang sering tidak mendedahkan wajah anda yang sebenar. Anda sering tertarik kepada pekerjaan yang lebih kreatif. Anda mungkin tidak mempunyai ramai kawan, tetapi mempunyai hubungan yang mendalam dengan rakan-rakan yang anda miliki. Keperibadian anda sangat disukai oleh rakan-rakan anda.

Tetapi dalam hati anda …

Oleh kerana anda meletakkan banyak kepentingan pada ketenangan dan kestabilan, anda membenci konflik. Walaupun anda gila, anda akan menyembunyikannya di dalam hati anda. Di luar anda kelihatannya patuh dan tunduk patuh, tetapi di dalam diri anda sangat emosional.

Mengenai cinta …

Anda menginginkan hubungan yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh terpisah. Anda juga tenang dan lembut dan jarang bergaduh dengan pasangan anda membuatkan boleh mengekalkan hubungan jarak jauh.

Jadi, gaya tumbukan manakah yang mewakili anda? Adakah ciri-ciri yang dinyatakan sesuai dengan keperibadian anda? Bagaimana pula dengan soal hati anda? Harapnya anda bersetuju dengan ‘keputusan’ ujian ini!

 

NAK TAHU CARA MENGELAKKAN BIL ELEKTRIK MELAMBUNG TINGGI TETAPI AIR COND ANDA TETAP SEJUK SEPERTI BIASA. KONGSIKAN !!!

Tetapkan mod penghawa dingin kepada mod Kering/Dry. Untuk pengetahun, kompressor alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga eletrik yang tinggi apabila anda tetapkan suhu bilik di bawah 24°C. Di dalam mod Kering/Dry ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka kompressor alat penghawa dingin tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini.

Harap maklum bahawa penggunaan eletrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan mod Sejuk/Cool dengan suhu 16°C. Jadi, pada waktu malam, disyarankan supaya anda menetapkan sahaja alat penghawa dingin anda pada mod Kering/Dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Tidak perlu dirisaukan akan berasa panas dengan suhu 25°C kerana udara dingin akan terkumpul di dalam bilik anda dan suhu semakin menurun sehingga subuh pada waktu malam. Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan badan dengan suhu persekitaran. Sebab itu, orang yang duduk di Iceland itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C. Ini kerana badan mereka sudah terbiasa dengan suhu persekitaran.

Itu sajalah perkongsian saya, semoga bermanfaat. Cubalah dulu, kalau tak sejuk juga, maksudnya anda perlu membeli aircond baru inverter. Confirm jimat.

Sumber : Sehingit

 

Jom Kenali Personaliti Dari Bentuk Jari

Mungkin Korang Tak Tahu Bentuk Jari Dapat Menggambarkan Ciri-ciri Kepribadian Seseorang, Jom Bandingkan .

Gambar menunjukkan tiga jenis panjang jari , bertanda A, B dan C. Semak jari anda dan ketahui makna di sebaliknya.

  1. Jari Kumpulan A

Mereka yang memiliki jari manis yang lebih panjang daripada jari telunjuk menunjukkan mereka seorang yang cantik dan kacak. Mereka juga mempunyai daya tarikan yang sangat menarik. Di samping itu, mereka lebih agresif dan tegas dan ia tidak ada masalah bagi mereka untuk mengambil risiko.

Profesion mereka biasanya ialahaskar, jurutera, pemain catur dan mereka juga berjaya dalam menyelesaikan silang kata. Ahli-ahli sains dalam kajian mereka mendapat bahawa mereka yang memiliki jari manis lebih panjang akan hidup lebih senang berbanding dengan mereka yang memiliki jari manis lebih pendek.

  1. Jari Kumpulan B

Mereka yang memiliki jari manis lebih pendek daripada jari telunjuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bersikap sombong. Mereka lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu di masa lapang mereka.

Mereka bukan jenis orang yang akan mengambil langkah pertama dalam perhubungan, tetapi mereka sentiasa menerima dan menghargai perhatian yang mereka terima.

  1. Jari Kumpulan C

Mereka yang mempunyai jari manis dan jari telunjuk sama panjang adalah mereka yang sukakan kedamaian, dan berasa tidak selesa apabila mereka mendapati diri mereka berada di dalam zon konflik.

Mereka ini seorang yang sangat teratut dan sentiasa cuba bergaul dengan semua orang. Mereka ini disifatkan seorang yang setia dalam perhubungan yang penuh dengan kelembutan dan penyayang terhadap pasangan mereka.

Hurm.. Jari anda tergolong dalam kumpulan mana ya?

Tapi jangan pula anda percaya bulat-bulat dengan apa yang diberitahu nanti. Sama seperti zodiak. Ia tidaklah tepat sepenuhnya.

 

Sumber: SEHINGGIT

 

Seorang Lelaki dilahirkan dengan kaki kiri terbalik dan terangkat ke atas Kini Mendapat Bantuan Kerajaan


Anuja (Nigeria): Seorang lelaki yang dilahirkan dengan kaki kiri terbalik dan terangkat ke atas kini mendapat bantuan kerajaan selepas gambarnya tular di media sosial.

Gambar lelaki yang tidak dinamakan itu dirakam seorang wanita, Petra Akinti Onyegbule di sebuah kampung berhampiran Ugbamaka, Olomaboro di negeri Kogi.

Petra kemudiannya memuat naik gambar itu di media sosial dan merayu orang ramai untuk membantu lelaki berkenaan.

“Hati saya tersentuh ketika bertemu lelaki ini. Bolehkah dunia perubatan lakukan sesuatu untuk keadaan seperti ini?” soal Petra.
Gambar yang dirakam Petra dikongsi oleh ribuan pengguna media sosial sehingga lelaki itu mendapat perhatian kerajaan negeri Kogi.

Pembantu khas kesihatan Kogi, Ahmed Attah J memberitahu, lelaki itu mendapat bantuan kerajaan negeri dengan semua kos ditanggung.
“Lelaki ini akan dibawa ke sebuah hospital di Lokoja untuk bertemu seorang doktor pakar tulang.

“Doktor pakar berpendapat kecacatan lelaki ini mungkin boleh diperbaiki.

“Saya yakin selepas ini lelaki ini bakal menjalani kehidupan yang lebih baik,” jelasnya

Lima penjenayah bersenjata lari diri disebabkan oleh seekor anjing

SEORANG daripada lima penjenayah dipercayai melakukan samun di hadapan rumah di Bukit Bayu Tinggi, Ahad lalu ditahan di Klang, hari ini.

Tangkapan dilakukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di rumah di Taman Sentosa, Klang pada 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian itu mangsa yang meletakkan kenderaan di luar pagar rumahnya didatangi lima lelaki menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan bersenjatakan parang dan bertopeng.

Beliau berkata, mangsa sempat melarikan diri dengan memasuki rumah dan terus membuka pintu pagar rumah supaya anjing peliharaan yang berada di dalam rumah mengejar suspek.

“Semua suspek kemudiannya melarikan diri dan mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kerugian akibat kejadian itu.

“Hasil siasatan polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek berusia 30 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapatinya positif dadah jenis Methamphetamine dan semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai 27 rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan,” katanya, hari ini.

Suspek direman enam hari sehingga 7 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan samun.