Browse Category: Info semasa

Bantu Sebarkan…Hati-hati 5 Penyakit Ini Boleh Dialami Jika Terlalu Lama Main Gadjet

Di era teknologi seperti sekarang ini, gadget sudah seperti sebahagian dari diri. Ketinggalan smartphone sama saja seperti ketinggalan separuh nyawa, hampir sebahagian besar waktu kita habiskan untuk mengecek berbagai notifikasi sosial media maupun chat di gadget.

Namun, kita harus berhati-hati karena penggunaan gadget yang berlebihan ternyata bisa menyebabkan berbagai penyakit bagi tubuh, misalnya saja 7 penyakit berikut ini.

Eye Strain

Masalah pertama menyerang pada mata yang kita gunakan untuk melihat layar gadget yang mengandung radiasi. Gejala penyakit ini adalah rasa pedih, kering dan mata berair karena otot mata terlalu lelah melihat cahaya dan pergerakan layar smartphone. Istirahatkan mata selam 20 menit jika Anda mengalami hal ini.

Text Neck

Saat mengirim pesan menggunakan smartphone, seringkali kepala kita menunduk dan bagian pundak hingga leher melengkung. Hal ini menyebabkan beban lebih berat pada leher sehingga leher terasa pegal.

Phantom Vibe

Saat Anda kecanduan smartphone, Anda selalu merasa ingin mendapat notifikasi atau chat dai smartphone. Akibatnya, seringkali terasa smartphone bergetar seperti ada notifikasi, tapi pada saat dicek tidak ada apa-apa. Itu tandanya Anda sudah kecanduan smarthphone.

Text Claw 

Sama seperti text neck, penyakit ini juga terjadi karena terlalu lama berkirim pesan lewat smartphone. Text claw merupakan nyeri di bagian pergelangan tangan akibat peradangan otot tangan yang terlalu sering mengetik.

Cybersickness

Penyakit ini jgua dikenal dengan nama Digital Motion Sickness, yaitu perasaan mual dan pusing saat melihat layar laptop. Hal ini terjadi karena mata terlalu sering melihat video gerakan cepat.

Sumber : www,dailymoslem.com

 

Ramai Yang Tidak Tahu Kisah Sedih Disebalik Kartun SHIN CHAN. Baca Dan Kongsikan…

Anime Shin Chan sememangnya sangat terkenal dengan lawak jenaka yang tak henti-henti. Siri anime yang berasal dari Jepun ini akan sentiasa membuatkan anda rasa terhibur dengan setiap adegan yang ditayangkan sama ada dalam internet atau di televisyen. Kalau di Malaysia, Shin Chan ditayangkan di NTV7 pada jam 7.00 petang setiap hari Sabtu.

Manga atau anime karya Yoshito Usui ini sangat dikenali dengan kisah lucu dan sesuai untuk ditonton tanpa mengira umur dan jantina. Kanak-kanak mahupun dewasa mesti akan terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Shin Chan dan watak-watak lain dalam anime ini.

Kali ini, penulis ingin memberitahu terdapatnya berita mengenai kisah sedih disebalik keriangan yang ada pada diri budak yang berumur 5 tahun ini. Shin Chan memang terkenal dengan sikapnya yang periang. Tahukah anda kisah sedih yang berlaku di sebalik siri anime Crayon Shin Chan ini?

Kisah didengari dari negara Jepun tentang masyarakat bandar yang memiliki banyak cerita yang sangat menyentuh hati.

Salah satu kisah yang terkenal di Jepun ialah tentang seorang ibu yang kehilangan dua anaknya yang meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu itu ialah Misae. Misae mempunyai dua orang anak, seorang bernama Shin Chan dan adiknya bernama Himawari.

Suatu hari, Shin Chan melihat adiknya yang berada di jalan raya kemudian datangnya kenderaan yang hampir melanggar adiknya itu.  Melihat kejadian yang berlaku di mana adiknya berada dalam bahaya, Shin Chan berusaha untuk selamatkan adiknya. Tanpa diduga Shin Chan turut terkorban dalam kemalangan itu.

Misae sangat terkejut dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu. Selepas itu, Misae mula membayangi satu kisah bahagia yang menggambarkan keceriaan kedua-dua anaknya bersama-sama dengan bermain krayon milik Shin Chan dan melukis pada bukunya setiap hari.

Kisah hidup Misae ini dijadikan inspirasi untuk anime Crayon Shin Chan ini.  Shin Chan dan Himawari muncul dalam manga Crayon Shin Chan adalah bersumberkan cerita kedua-dua anak Misae yang meninggal dunia. Dengan manga yang diterbitkan, Misae berharap agar hidupnya kembali indah dan perasaan gembiranya yang ingin dikecapi bersama-sama dengan anak-anak.

Di khabarkan bahawa penulis, Yoshito Usui sempat menulis kisah ini di halaman pertama episod pertama Crayon Shin Chan. Selain itu, masyarakat Jepun menganggap ini merupakan kisah benar untuk dijadikan pedoman.

Di Malaysia, Crayon Shin Chan lebih ramai yang menontonnya atau dibaca oleh kanak-kanak. Tapi di Jepun, anime ini merupakan kegemaran orang dewasa yang sangat suka untuk dijadikan hiburan mengisi masa lapang!

Seekor Buaya, 4m panjang dicatatkan di Sungai Klang Dan Menyebabkan Kesesakan Lalu Lintas

SHAH ALAM: Kehadiran buaya di Sungai Klang, berhampiran plaza tol Puchong Batu 13, menyebabkan lalu lintas terhenti pada pagi ini.

 

Pegawai pengurusan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pengawasan reptilia yang dianggarkan kira-kira 4m panjang, telah menarik perhatian beratus-ratus pengguna jalan raya, yang menghentikan kenderaan mereka untuk menontonnya berenang di sungai kira-kira pukul 9 pagi.

 

“Berikutan itu, seorang anggota masyarakat menghubungi kami pada pukul 9.10 pagi. Kami menghantar lima anggota bomba dari stesen Subang untuk menjawab panggilan.

“Ketika mereka tiba di tempat kejadian, anggota bomba melihat kolam renang buaya di tengah-tengah sungai. Jabatan kemudian menghubungi Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya, “katanya.

 

Alimaddia berkata anggota bomba yang ditempatkan di tempat kejadian memantau keadaan itu untuk memastikan tidak ada kejadian tidak diingini.

 Sumber: NSTP, September 23, 2017 @ 5:00pm

Kongsikan!!! Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Tak Perlu Tunggu Pencen

“DUIT DALAM KWSP TU BOLEH KE KITA KELUARKAN MASA MASIH MUDA NI?”

“BOLEH BRO….”

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Ada 2 jenis pengeluaran:

  • Pengeluaran Penuh Akaun 2
  • Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

  • Kesemua Simpanan
  • Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

 

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

  • Kesemua Simpanan
  • Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

 

Cara-caranya:

Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAUPenyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability).

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta)
  • Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:

  • Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
  • bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia

 

Cara-caranya:

  • Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja
  • Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta)
  • Bawa Surat Tawaran Belajar
  • Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
  • Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
  • Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
  • Bawa Borang Temuduga
  • Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
  • Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
  • Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
  • Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#9. Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Cara-caranya:

Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)

#10. Pengeluaran Membina/Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
  • Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual/pemilik tanah
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAUPenyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

*Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.

#13. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama/wasi/pentadbir pusaka/waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya:

  • Bawa Sijil Kematian Ahli
  • Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli/membina rumah.

 

#15. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan/atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
  • Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
  • Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
  • Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  • Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar/Discaj Wad (Final Bill) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#16. Pengeluaran Haji

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

Nota: Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.

 

Budget 2017 Memanfaatkan Remaja

Untung la remaja2 sekarang sebab kerajaan akan bagi RM1,000 seorang.

Dalam pembentangan #Bajet2017, PM mengumumkan akan memberi insentif RM 1,000 seorang bagi remaja2 yang berumur 20 hingga 30 tahun.

Tujuan ini bagi menggalakkan golongan remaja menyimpan untuk masa depan.

Syarat untuk mendapat RM1000 ni ialah remaja mesti meyimpan rm1k ke dalam Private Retirement Scheme (PRS). Simpan duit sendiri 1k, kerajaan akan topup bagi 1k lagi. Total jadi 2k. Dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sehingga umur 55 tahun. Sekiranya anda mampu menyimpan sebyk RM200 sblm selama 30thn, tabungan anda akan mencecah RM1.4juta.

PRS ni macam kwsp, simpanan persaraan. Ibarat acc ke2 EPF. Duit 2k tu akan beranak pinak sebab dapat dividen dan masa pencen baru boleh keluarkan.

http://www.nst.com.my/news/2016/10/182235/2017-budget-incentive-increase-prs-contributors

Inilah masanya remaja nak dptkan reward duit bajet kerajaan, tapi untuk rakyat yang belum berumur 31 sahaja ya.

Contoh, umur 30 tahun 8 bulan masih layak untuk dapat 1k free tu. Sebab belum masuk 31. Umur ikut tarikh lahir,  bukan ikut tahun.

Cara nak apply ialah kena melalui consultant yang ada lesen PRS.

Kalau ada saudara mara, adik, sepupu, atau anak yang berumur 20 – 31 tahun sila maklumkan peluang ni ye. Rugi kalau terlepas, bajet yang diperuntukan ialah RM 165 juta sahaja, siapa cepat dia dapat.

Sila share status ni supaya ramai dapat manfaat. TQ

Baca Dan Sebarkan Untuk Info Bersama!!! 14 Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Tak Banyak Duit. Sila cuba dan tengok hasilnya !!!

Gambar Sekadar Hiasan

Tip-tip yang saya kongsikan ini boleh dipakai supaya anda dapat melihat akaun bank anda membesar dari semasa ke semasa. Lebih banyak duit anda akan tersimpan.

Siapa tak nak ada duit lebih kan? Menyimpan duit adalah kewajipan kita dalam dunia moden ni.

Kalau ada duit lebih rase tenang je hati kita. Susah kalau kita tak menyimpan.

Kita akan betul-betul rasa pentingnya duit ni betul-betul bila waktu susah nanti. Ataupun beli rumah. Atau kereta.

Ada beberapa soalan yang timbul apabila anda ingin menyimpan duit anda. Berapa banyak duit yang anda boleh jimat?

Di mana anda mahu meletakkan duit duit anda, dan bagaimana anda boleh pastikan duit anda tak pergi mana-mana?

Kalau anda nak tahu macam mana anda boleh simpan lagi banyak duit dan mahu meningkatkan pulangan pelaburan anda, cuba klik butang di bawah.

Sekarang, kita teruskan. Di bawah ini ialah tip-tip yang akan membantu anda menjawab soalan-soalan tersebut.

  1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu.

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.

Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.

Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur

  1. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.

Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?

Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.

Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.

Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tu.

  1. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.

Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”

Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.

Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.

Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda akan merasa kecewa.

Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan.

Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

Dan itu membawa saya ke point seterusnya…

  1. Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.

Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.

Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.

  1. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.

Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.

Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.

KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja.

Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda.

  1. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.

Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.

Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.

Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.

Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.

Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.

Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.

  1. Kurangkan Perbelanjaan Anda.

Dah rekodkan perbelanjaan anda?

Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu.

Anda mungkin akan terkejut apabila anda melihat kembali rekod perbelanjaan anda: RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak anda).

Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan.

Dan yang anda boleh kurangkan.

Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar.

Apa yang penting?

Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.

Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.

Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu berapa banyak anda dapat jimat.

11 soalan di bawah boleh digunakan untuk anda bertanyakan kepada diri anda mana yang anda boleh potong kos hidup anda.

  1. Bolehkah anda bergerak ke sebuah apartmen atau rumah yang sewanya lebih murah?
  2. Bolehkah anda membiayai semula (refinance)?
  3. Bolehkah anda menjimatkan wang pada minyak, atau tidak menggunakan kereta langsung? Jika keluarga anda mempunyai banyak kereta, bolehkah anda menggunakan hanya satu?
  4. Bolehkah anda mendapatkan kadar caj yang lebih baik untuk insurans anda? Telefon bank-bank dan syarikat insurans yang ada dan pastikan anda mendapat harga terbaik.
  5. Bolehkah anda berhenti menggunakan telefon landline (talian darat) dan menggunakan telefon bimbit anda atau menyimpan wang dengan menghubungi melalui internet secara percuma dengan perkhidmatan seperti Skype?
  6. Bolehkah anda hidup tanpa Astro?
  7. Bolehkah anda mengurangkan bil-bil utiliti (telefon, elekktrik dan air) anda?
  8. Bolehkah anda mengurangkan makan di luar?
  9. Bolehkah anda membeli bahan makanan secara banyak-banyak untuk mengelakkan anda kerap keluar?
  10. Bagaimana dengan menggunakan kupon?
  11. Boleh anda masak di rumah? Anda mungkin dapat menjimatkan wang yang banyak apabila membeli banyak-banyak sekali gus.

Beli hanya semasa diskaun TETAPI jangan jadikan alasan untuk membeli sepanjang masa ada diskaun. Kadang-kadang itu adalah trik pasaraya dengan letah harga tinggi dan cakap ada diskaun sebanyak tu.

Berhati-hati dengan taktik pasaraya.

Jika anda boleh jimat berbelanja sampai 50% pun dah bagus dah.

  1. Nilai Semula Matlamat Simpanan Anda.

Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai.

Berapa banyak bezanya?

Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda?

Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan.

Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.

Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan anda.

Jika anda rancang dalam 2 tahun anda beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk anda beli

  1. Buat Bajet Anda Sendiri

Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda.

Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan.

Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.

Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan membelanjakan RM30 sebulan pada wayang / coklat / kopi / dan lain-lain.”

  1. Berhenti Menggunakan Kad Kredit.

Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.

Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.

Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.

Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.

Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda.

Anda rasa nak guna je, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu.

Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.

Kad kredit tidak semestinya jahat.

Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.

Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.

Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda membelanjakan wang.

Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.

  1. Letak Duit Dalam Balang

Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang masing-masing.

Untuk kereta, untuk minyak, untuk makan minum… Letak dalam balangnya sendiri.

Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu.

Pergh, anda mesti nampak betapa cepatnya duit tu habis.

Dan disebabkan itu, anda akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit.

  1. Lihat Jika Anda Boleh Mencari Akaun Bank Dengan Kadar Dividen Yang Lebih Tinggi

Senang je nak faham kan poin ni?

Cari bank yang boleh bagi dividen yang lebih tinggi.

Cuba buat dalam bentuk carta ke. Itu cara termudah untuk tahu mana bank yang boleh tawarkan dividen yang tinggi.

Cuba lihat pelaburan berisiko rendah tetapi mempunyai dividen yang tinggi. Tabung Haji juga menawarkan peratus yang tinggi. Satu lagi ialah Bank Rakyat.

Cuba anda tengok semua pilihan yang ada.

  1. Bayar Diri Sendiri Dahulu.

Simpanan harus menjadi keutamaan anda.

jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda takkan simpan.

Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun tabung anda.

Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah dengan mendepositkan 10% setiap cek dalam akaun simpanan.

Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun anda ke akaun anda yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya).

  1. Jangan Mudah Kecewa atau Berputus Asa.

Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Dan untuk menjadi jutawan adalah mustahil. Tapi bayangkan… sedikit demi sedikit anda menyimpan.

Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Anda akan dapat nampak duit yang dsimpan… yang sedikit itu… mula bertambah.

Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda.

Sebenarnya Banyak Cara Nak Menyimpan Kan?

Setiap kali anda pergi untuk membeli sesuatu, cuba fikir sebab yang menyebabkan anda menyimpan. Dan betapa dekatnya anda dengan objektif simpanan anda sebenarnya.

Cuba anda kongsi benda yang anda cuba buat. Anda akan dapat lihat sama ada rakan anda sokong ataupun lawan tapi cuba motivasikan mereka untuk mengikut anda kerana ini akan membentuk satu kitaran mulia (virtuous cycle).

Ingat Tentang Harta Anda!

Anda kena pandai jaga harta benda anda. Kalau anda ada berus gigi elektrik dan motor untuk biar berusnya berpusing itu rosak anda tak perlu beli baru. Guna terus. Tengok waranti barang yang anda beli.

Kalau ada ada hobi, anda perlu fikir lebih banyak.

Anda kena tentukan satu peraturan di mana anda perlu tentukan berapa banyak duit yang akan anda habiskan untuk hobi tersebut. Ini sangat penting terutama sekali kalau anda ada hobi yang mahal.

Jika anda dapat durian runtuh, anda boleh mengenepikan duit yang anda dapat tu mengikut jadual anda.

Kalau anda tetapkan diri anda kena simpan 10% daripada semua duit yang anda dapat… simpan duit sebanyak tu.

Apabila anda membuat pembelian dengan wang kertas, akan ada baki. Simpan baki anda dalam balang atau dalam mug (saya gunakan mug plastik untuk simpan duit syiling saya).

Satu mug kalau penuh boleh dapat lebih daripada RM50. Ada masa tu saja kumpul-kumpul dapat nak dekat RM100. Hanya daripada satu mug. Jangan guna duit tu pula nanti lepas dah tebus kepada wang kertas ya!

Sebenarnya kita boleh menyimpan duit tanpa mengambil kira pendapatan kita. Mula sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, RM50 secara automatik dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji anda.

Setahun dah dapat RM600. Ini hanyalah satu kiraan yang sangat konservatif. Saya rasa anda boleh simpan lagi banyak.

Bila anda mula sedikit demi sedikit tabiat menabung ni, anda akan perasan yang anda sebenarnya tidak perlu pakai duit yang banyak.

Tentang Kad Kredit Anda Tu

Kalau anda rasa anda tak boleh potong kad kredit anda. Sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan penggunaan kad-kad anda. Jangan letakkan dalam dompet. Letakkan kad-kad itu d tempat yang lain.

Lagi susah nak capai lagi bagus. Anda hanya dibenarkan guna bila anda betul-betul perlu sahaja. Cara ini agak lawak tapi kalau anda susah nak capai, susah lah anda nak guna.

Kalau anda setiap bulan dapat gaji yang lebih kurang sama, senang untuk anda kawal bajet anda.

jika gaji anda setiap bulan berubah, susah sikit. Tapi jangan menyerah! Senaraikan perbelanjaan anda ikut kategori dan mana yang anda boleh kurangkan perbelanjaan. Jangan letakkan sasaran tinggi. Anda kena tahu had anda.

Bila anda dah boleh dapat konsisten gaji, baru anda sasarkan tahap yang lebih tinggi.

Anda perlu berikrar kepada diri anda yang anda akan simpan duit. Ulangi pada diri anda sendiri mengenai sebab anda menyimpan dan cuci minda anda sendiri mengenai hutang. Hutang bukan satu pilihan.

Jangan Lupa Berseronok

Cuba cari keseronokan tanpa perlu membazirkan duit. Mungkin anda boleh belajar menari (boleh menari dengan isteri/suami anda), atau anda bersenam, bermain teka-teki dan sebagainya.

Cuba cari sesuatu yang tidak memerlukan anda mengeluarkan duit.

Kadang-kadang anda boleh luangkan masa dengan berbincang mengenai falsafah, mungkin juga mendalami ilmu agama dan ilmu kewangan (seperti yang anda buat sekarang ini) tanpa perlu menghabiskan duit.

Sebenarnya banyak benda yang anda boleh buat tanpa perlu menghabiskan duit. Anda hanya perlu imaginasi dan lihat apa yang ada di luar sana.

Pelbagai talian persahabatan boleh terjalin bila anda terlibat dalam permainan-permainan yang ada di luar sana. Jumpa orang, dan main. Tak pakai duit dan memupuk semangat kekitaan anda.

Ada Alasan Untuk “Ponteng” Berjimat?

Setiap kali anda mencari alasan untuk ponteng berjimat, saman diri anda. Caj diri anda 50 sen untuk setiap alasan ke dalam tabung anda. Anda akan dapat tengok berapa banyak alasan sebenarnya yang anda beri pada diri anda untuk tidak berjimat.

Jika betul anda memerlukan sesuatu, cuba anda tanya diri anda, adakah anda betul-betul memerlukannya atau hanya keinginan anda semata-mata? Sebahagian besar daripada benda yang anda ingat anda perlukan, adalah sesuatu yang anda tidak perlukan.

Peringatan Untuk Mereka Yang Ingin Menyimpan Duit

Jika anda mempunyai kawan yang boros, anda mungkin perlu membuat satu senarai alasan untuk menjelaskan mengapa anda tidak boleh keluar dengan mereka sepanjang masa.

Jangan keluar window shopping dengan membawa duit. Anda lambat laun akan terdorong untuk membelanjakan wang anda. Hanya membeli-belah dengan senarai barang yang telah ditetapkan.

Selepas seminggu yang panjang bekerja, anda mungkin terdorong untuk berbelanja dengan memberitahu diri anda sendiri, “Saya berhak dapatkan ni”.

Ingat: perkara yang anda beli bukannya hadiah pada diri sendiri. Tapi adalah satu pertukaran antara wang anda dengan satu produk.

Anda boleh katakan pada diri anda: “Sudah tentu saya layak untuk beli, tetapi sebenarnya saya mampu atau tidak? Jika saya tidak mampu, saya memang layak, dan saya masih layak untuk memenuhi matlamat simpanan saya!”

Melainkan jika anda berada di dalam  yang benar-benar terdesak (seperti anak anda kelaparan ataupun ada orang mengacu pistol ke kepala anda), jangan sentuh langsung duit tu.

Jangan fikirkan perkara yang remeh-temeh seperti keluar makan dengan rakan anda ataupun buat perkara yang membazir.

Benda-benda ni boleh tunggu kemudian hari kerana apabila anda ponteng membuat tabungan, anda akan mendapat masalah pada kemudian hari.

Jangan risau kalau tak dapat ikut 100%. Anda boleh cuba lagi nanti.

  1. Tip Terakhir

Bila anda dapat duit raya, jangan lupa simpan duit raya tu! Terutama sekali bila anda masih kecil.

Masa tu anda boleh dapat banyak dan bila anda dah besar, susah nak dapat duit raya banyak. Admin tak dapat langsung dah.

Silakan SHARE, semoga bermanfaat…

Membeli Santan Segera Memang Memudahkan Kerja Ibu-Ibu Didapur… Ini Cara Menyimpan Santan Agar Tahan Lebih Lama. Moga Bermanfaat…

Membeli santan yang siap diperah memang memudahkan kerja ibu-ibu di dapur. Masalahnya, santan ini tidak tahan lama. Jika lambat masak, pasti rasanya sudah lain. Jika digunakan boleh menyebabkan makanan tersebut cepat basi.

Ada antara ibu-ibu yang menyimpan santan di tempat beku dan dicairkan apabila mahu digunakan. Kaedah ini kurang berkesan kerana santan tersebut sudah tidak segar selain dan berbau sedikit.

Majalah keluarga berkongsi petua dari Radhiah Izzati bagaimana mahu memastikan santan tahan lebih lama dan segar. Petua ini diperoleh daripada seorang peniaga nasi lemak. Ibu-ibu bolehlah mencuba petua untuk memudahkan dan menyimpan santan di dalam peti supaya tetap segar.

Caranya:

  1. Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan.
  2. Balut santan tu. Letak dalam tempat beku.

Yang akan beku nanti kertas tersebut manakala santan tetap mantain segar dan tahan lama. Walaupun santan tersebut beku tapi tetap segar selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah biasa, santan di bawah, air di atas kan? kalau yang ni semuanya santan pekat.

 

Selamat mencuba

 

Wajib Baca Terutama Orang Kelantan!!! Kecantikkan Puteri Sa’adong Bawa Petaka

Puteri Sa’adong merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang dan Raja Loyor yang berasal dari Pattani. Mereka telah membuka sebuah petempatan di negeri Kelantan kerana tertarik dengan kecantikkan dan keindahan yang ada di tempat tersebut. Cik Siti Wan Kembang telah menamakan tempat tersebut sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga.


Istilah ‘serendah’ diambil sempena tanah di kawasan tersebut yang agak rata. Dari situlah wujudnya nama Kampung Serendah Sekebun Bunga yang masih lagi kekal di Ketereh, Kelantan sehingga sekarang. Cik Siti Wan Kembang menceritakan perihal tempat tersebut kepada anaknya, Puteri Sa’adong. 


Puteri Sa’adong tertarik dan ingin melihat sendiri kecantikkan yang ada di Tanah Serendah Sekebun Bunga tersebut. Permintaan Puteri Sa’adong dipenuhi oleh Cik Siti Wan Kembang lalu membawanya ke situ. Cik Siti Wan Kembang terpaksa kembali ke Pattani setelah barang dagangannya habis dan meninggalkan Puteri Sa’adong di Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Setelah agak lama menetap di kampung tersebut, Puteri Sa’adong merasakan tempat tersebut tidak sempurna tanpa adanya taman bunga, tempat bersiram dan tempat bersuka ria sepertimana layaknya seorang puteri raja. Disebabkan itu, telah dibina sebuah taman bunga untuk baginda menghiburkan hati.

Manakala, tempat bersiram yang terawal pula dibina berhampiran tebing sungai dan di atas tebing sungai itu merupakan tempat Puteri Sa’adong meletakkan gajahnya. Puteri Sa’adong tinggal dalam keadaan aman dan sentosa bersama panglima-panglimanya sehingga keberadaan Puteri Sa’adong diketahui oleh Raja Abdullah yang menduduki singgahsana di Istana Mahligai yang kini dikenali sebagai Kampung Melor. Kecantikkan rupa paras Puteri Sa’adong menyebabkan Raja Abdullah ingin menjadikannya permaisuri baginda.

Adat istiadat peminangan ke atas Puteri Sa’adong telah dilakukan dan diterima oleh baginda puteri. Setelah dua tahun berkahwin, Raja Abdullah telah membawa Puteri Sa’adong ke Istana Mahligai sebagai seorang raja dan permaisuri. Kecantikkan Puteri Sa’adong ini akhirnya sampai ke pengetahuan Raja Siam dan menyebabkan Raja Siam ingin mengahwini Puteri Sa’adong walaupun Puteri Sa’adong merupakan isteri kepada raja Abdullah.

Raja Siam mengancam untuk menganggu kesejahteraan kerajaan mereka sekiranya enggan melepaskan Puteri Sa’adong. Dengan kerelaan hati, Puteri sa’adong mengambil keputusan utuk mengikut Raja Siam asalkan kesejahteraan kerajaan mereka tidak diancam. Perjanjian antara mereka dibuat yang mana Raja Siam tidak boleh menyentuh Puteri Sa’adong dan Raja Abdullah tidak boleh berkahwin lain.

Namun begitu, setelah tiba di Siam, Raja Siam cuba untuk menyentuh Puteri Sa’adong. Dengan tidak sewenangnya, badan Raja Siam telah ditumbuhi kudis dan nanah ketika tersentuh Puteri Sa’adong. Raja Siam sangat menderita kerana yang dialaminya tidak kepalang malah tiada seorang pun yang mampu menyembuhkan baginda.

Puteri Sa’adong telah menawarkan diri untuk merawat penyakit Raja Siam dan sebagai balasannya Raja Siam perlu menghantar Puteri Sa’adong kembali kepada Raja Abdullah. Syarat itu dipersetujui oleh Raja Siam. Puteri Sa’adong terus menyediakan segala jenis air termasuklah air dari tapak kakinya.

Campuran air tersebut dimandikan ke seluruh badan Raja Siam dan dengan itu juga Raja Siam sembuh daripada sakit yang dideritainya. Setelah pulih seperti sediakala, Raja Siam menetapi janjinya untuk menghantar Puteri Sa’adong kembali kepada pangkuan Raja Abdullah.

Setibanya Puteri Sa’adong di Istana mahligai, baginda puteri terkejut kerana Raja Abdullah telah mungkir janji dan telah berkahwin dengan wanita lain. Puteri Sa’adong sangat murka dengan perbuatan Raja abdullah.

Tanpa berfikir panjang Puteri Sa’adong telah membunuh Raja Abdullah. Ada yang mengatakan Puteri Sa’adong menikam Raja Abdullah tepat pada dada kirinya dengan menggunakan pemacak sanggul dan ada juga mengatakan baginda ditikam dengan keris kecil yang dipacakkan pada pakaian Puteri Sa’adong.

Puteri Sa’adong kemudiannya dikatakan telah meninggalkan tempat tersebut dan meninggalkan segala peralatan memasak seperti pinggan mangkuk yang banyak di sebuah gua. Ianya bertujuan untuk membantu rakyatnya dalam mengadakan majlis keramaian dan perkahwinan tetapi dengan syarat barang-barang tersebut perlu dipulang ke tempat asal dalam keadaan baik.

Dari generasi ke generasi, Puteri Sa’adong akan datang melawat gua tersebut untuk melihat pinggan mangkuknya. Namun begitu, rakyatnya tidak menjaga pinggan mangkuk tersebut dengan baik. Hal ini telah menyebabkan Puteri Sa’adong kecewa dan telah memerintahkan hulubalangnya untuk membuang semua pinggan mangkuk itu ke sebuah lubuk.

Lubuk itu kemudiannya telah membentuk tiga batu besar di mana susunan pinggan mangkuk tersebut dibuang. Lubuk itu kemudiannya dipanggil “Lubuk Batu Karang”. Mengikut cerita penduduk, mereka mendakwa bahawa Puteri sa’adong merupakan golongan bunian kerana baginda tidak pernah menampakkan kecantikkan kecuali kepada Raja Abdullah dan mereka yang berdarah raja sahaja.

Puteri sa’adong dikatakan golongan buniaan kerana telah menyisihkan dirinya daripada kalangan manusia setelah menyedari kesilapannya membunuh raja Abdullah. Tempat terakhir yang disinggahi Puteri sa’adong sehinnga kini adalah di Gunung Ayam, Dabong, Kuala Krai.

Dikatakan sesiapa yang pernah terserempak dengan Puteri sa’adong akan hilang akal dan lupa akan segala-galanya. Namun, tiada siapa yang dapat mensahihkan perkara ini sama ada Puteri Sa’adong betu-betul bunian ataupun manusia dan betulkah mereka akan hilang akal jika bertemu dengan Puteri Sa’adong.

Doktor Cerita Pengalaman Dirinya Bersalin, Sakit & Seksanya Contraction Pain Berbanding Episiotomi. Baca Dan sebarkan…

Setelah 9 bulan mengandung saat yang paling mendebarkan bagi seorang wanita pastinya waktu melahirkan anak.Apatah lagi jika ia pengalaman bersalin kali pertama.

 

Macam-macam perasaan wujud dalam hati, apabila memikirkan situasi yang perlu ditempuhi sebelum selamat melahirkan seorang bayi.

 

Melalui perkongsian oleh Dr Anisah Ali, beliau berkongsi tentang pengalaman dirinya ketika bersalin dan perkara yang patut ibu-ibu dan para suami/ahli keluarga lakukan sebagai persediaan ketika menghadapi saat getir ini.

 

Waktu saya pregnant dulu.

 

Benda yang paling saya takut adalah Episiotomy.

 

Sebab dari sekolah duk dengar cerita pasal kene gunting apa semua. Then kena jahit.

 

Huii seram oi!

 

9bulan pregnant, itu yang paling saya gerun.

 

Sampaikan tiba hari nak bersalin, rupanya.. episiotomy tu tak rasa apa pun! Yang teruk saya rasa adalah contraction pain.

 

Mak saya sampai sekarang gelakkan saya sebab saya punya response to contraction pain tu sangat dramatic. (Blame the indian blood in me, pain threshold rendah ya ampun).

 

Lepas bersalin saya rasa macam nak marah sebab takde siapa tekankan pada saya tentang sakitnya dan seksanya contraction pain tu.

 

Sebabkan pengalaman pertama tu mengajar saya. (Have to say i learnt the hard way).

 

Sampai waktu nak melahirkan anak kedua. Saya dah lebih bersedia untuk hadapi contraction pain tu.

 

Saya dah tahu apa perlu buat untuk kawal diri dan kawal sakit.

 

Dan sekarang, saya bertugas di department OnG. Hampir semua patients saya, saya maklumkan siap-siap tentang sakit contraction tu. Supaya diaorang tak terkejut macam saya dulu.

 

Saya inform siap-siap apa yang mereka perlu anticipate dan apa yang mereka boleh buat untuk bantu kurangkan sikit rasa sakit tu.

 

Persediaan Sewaktu Proses Bersalin;

 

So, pregnant mommies out there,

 

1) Bersiaplah untuk proses bersalin tu. Siapkan fizikal dan siapkan mental. Contraction pain SANGAT SAKIT!

 

2) Waktu sakit, jangan panik. Cari tangan orang yang paling hampir. Pegang tangan dia dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan sambil tutup mulut. Insya Allah.Boleh tu.

 

3)Suami/Ahli keluarga perlu jadi sangat membantu time isteri nak bersalin.Urut belakang dia, urut kaki dia.

 

4)Coach breathing Technique pada dia. Sebab time sakit tu kita panik kadang sampai tak boleh fikir macamana nak tarik nafas. Suami kena tolong coach.

 

5)Pegang tangan dia. Bagi isteri genggam tangan tu. Dia perlu tahu yang dia tak sorang-sorang dalam battle tu. 🙂

 

6)Bagi dia assurance yang sakit tu sekejap je lagi. Remind dia “Baby dah nak turun dah. Sikit je lagi, Sayang.”

 

Dia perlukan semangat macam tu. Dia perlu tahu yang sakit tu dah nak berakhir.

 

InsyaAllah, jasa jasa orang waktu kita nak bersalin tu takkan dilupakan.

 

Hatta orang tu tolong setakat urut jari kelingking pun dia akan ingat. Sebab time sakit tu kita memang rasa helpless dan in need of support sangat.

 

Semoga bermanfaat apa yang dikongsikan ni.

 

Sampai sini dulu coretan Nisa Ali.

 

Next boleh cerita pasal cara nak elak luka besar pulak. Ehehe. InsyaAllah.

 

Info Ekstra!

 

Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj.

 

Sumber: Anisah Ali

 

Baca Dan Kongsikan!!! Sila Baca…Bila-bila Masa Jantung Boleh ‘Shut Down’, Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Hidap PPCM

Pernah mengalami simptom yang sama dengan kes viral seorang guru dalam pantang yang meninggal dunia minggu lalu, wanita bernama Aida Azura Azemi ini tampil menjelaskan pengalamannya mengalami penyakit serupa, yang dikenali sebagai Peripartum Cardiomyopathy (PPCM).

 

Tarikh 6 Julai 2017 pasti masih basah di ingatan rakyat Malaysia. Kes kematian seorang guru di Kulai, Johor, Siti Rohana Redzuan sewaktu masih berpantang cukup menyayat hati.

 

Jenazah guru itu ditemui tidak bernyawa di sisi anak kecilnya yang berusia 19 bulan dan 1 bulan oleh suaminya yang baru pulang bekerja.

 

Bukan kerana pendarahan pasca Caesarean. Bukan juga sebab terpaksa menguruskan anak-anak seorang diri semasa berpantang. Keputusan post mortem mendapati punca kematiannya akibat masalah jantung dan paru-paru berair. Perkongsian wanita ini yang turut melalui keadaan yang hampir sama menjelaskan tentang risiko PPCM terhadap wanita seperti arwah Siti Rohana.

 

Daripada Facebook: Aida Azura Azemi

==============================

 

WARNING: Panjang dan topik boring.. tapi bacalah kejap kalau anda sedang mengandung.

Segala-galanya bermula dengan rasa letih luar biasa. Dalam keadaan sarat membawa kandungan, boleh dikatakan waktu itu hampir setiap hari aku perlu memandu dan habiskan masa di meja kerja siapkan beberapa proposal. Akur bahawa tempoh mengandung boleh jadikan seorang perempuan lebih mudah letih, tapi kali ini letihnya memang luar biasa. Bukan sekali, aku memandu sambil mengalirkan air mata namun dipaksakan jua kudrat kerana sangka itu cuma perasaan malas yang tak boleh terlalu dilayan.

 

Seterusnya tangan tiba-tiba rasa kebas. Bagi mereka yang banyak menaip, sindrom Carpal Tunnel bukan sesuatu yang pelik. Ianya normal berlaku terutama masa mengandung kesan daripada saluran darah yang kian mengembang. Ini pun satu bentuk siksaan yang cuma Tuhan saja tahu. Demi siapkan kerja aku menaip sambil pergelangan tangan diikat untuk hilangkan rasa kebas yang mengganggu pergerakan jari. Kebasnya pun luar biasa, hingga mengganggu tidur dek sakit berdenyut-denyut.

 

Seksanya mengandung kali ini memang Tuhan saja yang tahu. Apabila tidur terganggu maka fikiran pun sama. Tapi mengenang semua sakit yang dirasa demi mendapat anugerah paling hebat, aku kuatkan semangat. Di trimester akhir kandungan, kaki kian membengkak. Mengandung sebelum ini pun bengkak juga tapi kali ini melampau pulak rasanya.

 

Tidur terus terganggu, selain kebas melampau pada pergelangan tangan rasa sakit pada bahu dan tengkuk sering mengganggu. Apa yang mampu dibuat cuma letakkan balm panas dan urut atau keruk gunakan duit syiling. Urat di tangan turut timbul dengan sangat jelas hingga mak pun ada tegur tentang ini.

 

Tak lama kemudian tidur semakin payah hinggakan pada satu tahap terpaksa tidur sambil duduk kerana bila berbaring ianya ganggu pernafasan hingga terjaga ketika tidur belum pun cukup lama. Hampir setiap malam aku menangis kerana sakit pada bahu dan tangan, kadang-kadang sampai tertidur di meja kerana terlalu letih.

 

Kesannya (aku fikir) darah naik mendadak. Daripada tak pernah ada darah tinggi bacaan jadi melampau sampai cecah 160 (atas). Beberapa kali ke bahagian kecemasan hospital namun darah kemudiannya turun semula ke normal dalam masa sehari.

 

Pernafasan terus bermasalah. Aku selalu tercungap-cungap hinggakan pernah ketika lakukan satu presentation untuk client, terpaksa berhenti seketika dan minta maaf kerana semput. Balik dari presentation hari itu aku berhenti sekejap tepi jalan dan menangis semahunya sebab dapat rasakan ada sesuatu tak kena pada diri.

 

Satu hari, aku rasa pernafasan kian pendek hingga dada jadi sempit. Waktu itu batuk dah hampir seminggu. Cadangnya ke klinik mahu check batuk sahaja tapi disebabkan nafas kian mencungap destinasi ditukar terus ke hospital.

 

Oleh sebab sesak nafas, ujian echo dijalankan dan inilah saatnya punca sebenar simptom kaki bengkak, sakit bahu, batuk dan sesak nafas diketahui. Selama ini apabila darah naik terlalu tinggi aku dijangka mengidap pre-eclampsia namun ujian jantung mengesahkan sebaliknya.

Penjelasan bahasa mudahnya begini – apabila mengandung darah jadi pekat lebih daripada biasa. Injap jantung terpaksa bekerja lebih keras.

 

Sampai satu tahap apabila ianya tak mampu lagi maka beberapa signal ditunjukkan pada badan supaya kita mengerti. Apabila kita tak faham dan paksakan juga lama kelamaan otot jantung menjadi lemah dan tidak dapat mengepam darah secara efisyen sekaligus menurunkan fungsi organ lain seperti paru-paru dan hati. Sebab itulah darah naik turun macam yo-yo dan paru-paru digenangi air hingga muncul batuk dan sesak nafas.

 

Apa yang menyedihkan, sakit diberi nama Peripartum Cardiomyopathy (PPCM) ini tidak seglamer kondisi bahaya lain seperti eklampsia, diabetes gestasional, placenta previa dan sebagainya kerana kaki bengkak, mudah mengah dan nafas semput biasa berlaku ketika mengandung. Sedangkan apabila jantung sudah bengkak maka risiko kematian akan semakin tinggi jika si ibu melalui proses kelahiran tanpa pantauan atau tidak diberi ubatan sepatutnya. Cara kelahiran yang digalakkan buat pesakit PPCM ialah kelahiran yang ‘kurang stres’ secara normal, di mana sebelum itu bakal ibu akan dipantau secara rapi tahap kesihatannya.

 

Apabila dikesan memiliki PPCM maka si ibu perlu berada di observation room dalam tempoh lama dan itu yang aku lalui. Obsrvation room rasanya lagi ‘seksa’ dari berada di wad kerana satu badan dipenuhi wayar untuk pantau bacaan darah, kadar oksigen, degupan jantung.. belum masuk pemeriksaan nadi baby dan sebagainya. Cemuih gile kot.

 

Ini turut beri petunjuk betapa bahaya kondisi ibu apabila disahkan mengidap PPCM. Bila-bila masa sahaja jantung boleh shut down dan menurut doktor, masa ini nyawa ibu jadi keutamaan dan nyawa baby no 2. Mengenang statement ini aku mohon untuk bersalin awal kerana sebaik sahaja baby lahir, maka cuma nyawa ibu sahaja yang terancam disebabkan PPCM.

 

Terlalu panjang dan teknikal untuk diceritakan semua tapi aku paksakan diri menaip kerana manalah tahu, mungkin ada seorang wanita mengandung di luar sana terbaca ini dan dapat berasakan dirinya ada simpton PPCM, maka segeralah dapatkan rawatan sepatutnya. Rawatan tersebut bukan sahaja ketika melahirkan malah PPCM boleh beri risiko kematian sehingga 5 bulan selepas ibu melahirkan.

 

Ya, aku menulis ini juga kerana terbaca kisah sedih seorang ibu yang meninggal dunia secara tiba-tiba sambil diapit anak yang masih bayi di kiri kanan. Post mortem menunjukkan punca kematian ialah paru-paru berair dan jantung bengkak, selaras dengan tanda-tanda pengidap PPCM.

 

Harus diketahui pengidap PPCM perlu mengambil beberapa ubatan selepas melahirkan anak kerana risiko hilang nyawa masih ada. Antara ubat yang perlu diambil ialah Diuretic bagi mengurangkan penumpukan cecair pada paru-paru.

 

PPCM dikira masih ‘rare’ namun kesnya semakin meningkat saban tahun. Jantung agak berbeza daripada organ lain dalam tubuh manusia, ianya semacam enjin. Apabila rosak ianya memakan masa agak lama untuk sembuh sepenuhnya. Kesan PPCM aktiviti lasak perlu dilupakan selama-lamanya begitu juga jika ada keinginan mahu menambah anak lagi manakala jumlah air yang diminum setiap hari perlu disukat.

 

Apa-apa pun hidup ini kan penuh ujian dan sakit cuma salah satu daripadanya. Lagi pula bersama ujian ini lahirlah Khadijah ~ anugerah terindah yang menghilangkan semua sakit dan gundah. Alhamdulillah.

Sama-samalah kita ambil iktibar terhadap pengalaman ibu-ibu ini. Terkadang berilah perhatian ekstra terhadap diri sendiri masa sakit sebab kita taktau sejauh mana ia memudaratkan nyawa. Apa pun, Alfatihah buat arwah Siti Rohana, moga rohnya dicucuri rahmat.