Bantu Sebarkan!! Empat Hikmah di Sebalik Keguguran dan Kematian Anak Dalam Islam

Musibah datang dan pergi mendatangi manusia sebagai ujian terhadap keimanan seseorang. Salah satu ujian terberat yang dihadapi adalah kehilangan orang yang sangat dicintai. Misalnya kehilangan anak yang seharusnya menjadi generasi penerus keluarga.

Banyak kes kematian anak yang membuat orang tua tertekan hingga gila. Mereka tidak boleh menerima kenyataan pahit harus kehilangan buah hati tercinta dalam usia yang masih muda. Kematian anak baik saat masih dalam kandungan atau pun setelah membesar menjadi remaja memang menyakitkan.

Namun, orang yang kehilangan dilarang meratapi kehilangan anak sehingga berlarutan. Kerana dibalik itu semua, ada hikmah tersembunyi yang seharusnya orang tua wajib tahu. Berikut empat hikmah di balik keguguran dan kematian anak dalam Islam

  1. Anak Tersebut Terus Masuk Ke Dalam Syurga Tanpa Hisab

Hikmah pertama yang akan diperoleh di balik keguguran dan kematian anak dalam Islam adalah anak tersebut akan langsung masuk ke syurga tanpa harus dihisab terlebih dahulu. Pasti orang tua akan senang mendengarkan hal ini, mereka akan bahagia kerana anak yang dikandungnya akan langsung masuk ke dalam syurga.

Memang musibah tersebut membuat hati terluka dan sedih yang luar biasa. Namun, orang tua akan bertemu dengan anaknya di akhirat kelak jika mereka juga masuk syurga.

“Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

  1. Anak-Anak Tersebut Akan Menghantarkan Orang tuanya Untuk Masuk Pula Ke Dalam Syurga

Anak-anak yang meninggal sebelum dilahirkan atau meninggal sebelum baligh dapat menghantarkan orang tuannya ke dalam surga. Tentu saja hal ini menjadi penyejuk meskipun hati tengah berduka. Kerana kelak akan berjumpa dan bersama-sama dengan buah hati yang dicintai di dalam syurga.

Menurut Hadis Qudsi

Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak:

“Masuklah kalian ke dalam syurga!”

Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.”

Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah

berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!”

Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman:

“Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian”. (Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)

Diriwayatkan dari Anas ra: ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga berkat kasih sayang-Nya kepada anak-anaknya tersebut, ”(HR Bukhori muslim).

  1. Allah Tidak Pernah Membebani Sesuatu Di Luar Kadar Kemampuan Hamba-Nya

Hikmah seterusnya di balik kehilangan buah hati adalah, Allah tidak pernah membebani sesuatu di luar kadar kesanggupan hamba-Nya. Pastinya perkataan tersebut sudah sangat biasa di telinga. Jadi mengapa sedih? Meski Allah memberikan cubaan yang berat, namun ingatlah Allah adalah zat yang Maha Adil dengan memberikan hikmah di balik setiap kejadian.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), `Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf.’”

  1. Allah Akan Memberi Ganti Yang Lebih Baik Lagi, Jika Orang tuanya Bersabar

Di balik cubaan kehilangan buah hati yang disayangi, ternyata Allah memberikan hikmah di baliknya. Allah akan memberi ganti yang lebih baik lagi jika orang tuanya tersebut bersabar. Teruslah berdoa kepada Allah SWT agar setiap doa yang terucap dapat dikabulkan. Kerana Allah selalu bersama orang-orang yang sabar.

Itulah hikmah di balik keguguran dan kematian anak dalam Islam. Meskipun tengah berada dalam kedukaan kerana kehilangan orang yang disayangi, cubalah untuk mengambil pelajaran dari cubaan tersebut. Mungkin saja Allah menyelitkan hikmah di balik semua itu dan dan meningkatkan darjat kita di hadapan-Nya.

 

Leave a Reply