Awas Kaum Wanita!!! Inilah 4 Petanda Strok Yang Boleh Berlaku Dikalangan Anda

Meskipun sebahagian besar penyakit strok atau serangan angin ahmar terjadi pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas tapi risiko untuk golongan yang lebih muda iaitu di bawah 45 tahun mengalaminya tetap ada malah wanita lebih berisiko berbanding golongan lelaki.

Oleh itu golongan wanita disaran untuk lebih berhati-hati dengan empat petanda strok ini.

  1. Berasa lemah atau kebas pada sebelah badan

Ia merupakan gejala strok paling biasa teruatama pada bahagian lengan dan kaki. Boleh juga terjadi separuh dari wajah kelihatan menurun atau jatuh.

  1. Gangguan pertuturan

Sukar untuk berkata atau langsung tidak boleh berkata-kata secara tiba-tiba. Pesakit mungkin juga mengalami kesukaran memahami percakapan.

  1. Sakit kepala yang serius

Pening kepala secara tiba-tiba, sukar seimbangkan tubuh atau mengalami masalah untuk berjalan dengan betul. Atau pun tiba mengalami sakit kepala serius tanpa mengetahui sebabnya.

  1. Hilang penglihatan

Bukan buta terus tapi berlaku gangguan penglihatan, biasanya sebelah mata saja. Bagaimana pun pesakit boleh juga mengalami masalah pada kedua belah mata contohnya kedua belah mata tidak boleh melihat ke kiri.

  1. Mengalami salah satu atau semua gejala ini

Adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan jika mengalami tanda-tanda di atas terutama secara tiba-tiba. Rawatan awal amat penting dalam menangani penyakit strok.

 

Leave a Reply