Browse Author: Sinaran Baru

Setiap Pasangan Yang Berkahwin Menginginkan Zuriat Sebagai Pewaris Mereka. Tetapi Bagi Mereka Yang Sukar Untuk Dapatkan Zuriat Boleh Ikhtiar Cara Moden. Perkongsian Dr. Thokha Muhammad Ini Dedah KEBAIKAN IVF

Rezeki Tuhan itu luas. Jika tiada rezeki anak hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Selama mana pun kita menunggu, berikhtiar dan setialah menanti zuriat daripada-Nya.
Peminat seni masih lagi teruja dengan berita kehamilan Dato’ Siti Nurhaliza. Selepas tiga kali menjalani proses IVF dan entah berapa banyak usaha yang pernah dilakukan, akhirnya Tuhan mengurniakan anugerah terindah pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-11.

Hakikatnya ramai pasangan yang berkongsi nasib serupa dengan penyanyi No. 1 negara itu. Reda dan pasrah atas ketentuan Ilahi, tapi pada masa yang sama tetap berusaha menanti kehadiran cahaya mata.
Antara ikhtiar tradisional yang selalu dibuat ialah berurut membetulkan peranakan dan memakan buah zuriat. Namun peluang masih lagi kabur jikalau terdapat masalah perubatan lain yang belum diselesaikan.

Apakah punca masalah kesuburan ini? Nona mendapatkan penjelasan Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Pakar Regency, Dr. Thokha Muhammad berkaitan hal ini.

Dianggarkan tidak kurang dari 15% daripada jumlah penduduk dunia yang tidak subur atau mandul. Keadaan yg sama juga berlaku di Malaysia. 30% kemandulan adalah berpunca daripada suami, 30% daripada isteri, 30% daripada kombinasi suami dan isteri dan 10% adalah dari punca yang tidak diketahui.

Mujurlah rawatan kesuburan pada hari ini tidak lagi serumit dahulu. Jika sebelum ini, rawatan kesuburan banyak tertumpu kepada mencari punca kenapa seseorang itu tidak mampu hamil. Banyak masa yang dihabiskan.
Walaupun akhirnya mungkin punca diketahui, tetapi penantian yang begitu lama menyebabkan kebanyakan pasangan berputus asa dan tidak meneruskan dengan rawatan.

PUNCA KEMANDULAN
Kualiti sperma yang rendah (oligospermia) atau tiada (azoospermia).
Endometriosis.
Fibroid.
Tiub fallopian tersumbat.
Sindrom ovari polisistik.
Secara asasnya, seorang wanita tidak hamil kerana ovum (benih wanita) dan sperma (benih lelaki) tidak dapat berjumpa.

Pada sesi pertama di klinik, beberapa perkara rutin akan dijalankan seperti mengetahui sejarah ringkas berkenaan kemandulan, ujian analisis sperma, pemeriksaan ultrasound pelvis untuk memastikan tiada unsur-unsur seperti sista ovari, fibroid atau hydrosalphine (tiub yang bengkak/tersumbat yang boleh menjejaskan kesuburan wanita) serta ujian darah untuk hormon-hormon tertentu.

SYARAT HAMIL

Suami mempunyai sperma dan hidup.
Wanita mempunyai ovari yang mampu menghasilkan telur/ovum.
Wanita mempunyai rahim yang mampu membesarkan janin.
Pasangan akan diterangkan bahawa terdapat tiga kaedah rawatan kesuburan dengan kos dan kadar kejayaan yang berbeza.
Ketiga-tiga kaedah bermula daripada permulaan yang sama iaitu rangsangan ovari untuk membesar dan mematangkan telur. Setelah ia tercapai, pasangan yang dirawat boleh memilih kaedah rawatan yang diingini.

(1) Kaedah Natural (Peluang 5-10%)

Keadaan untuk mencapai kehamilan dilakukan dengan cara merangsang ovari untuk menghasilkan beberapa telur/ovum yang kemudian dimatangkan dan ditetaskan. Pasangan akan dimaklumkan untuk bersama pada waktu subur supaya seks secara semula jadi agar peluang untuk hamil lebih tinggi.

(2) Kaedah Separa Natural atau Permanian Berhadas/Intrauterine Insemination (IUI) (Peluang 10-20%)

Ovari dirangsang untuk membesar dan mematangkan beberapa biji telur. Penetasan telur akan dirancang. Sperma suami diproses dan diolah, kemudian di deposit ke dalam rahim isteri dengan harapan sperma dapat berenang ke dalam tiub fallopian untuk bertemu dengan telur/ovum.
Persenyawaan berlaku di dalam tiub fallopian. Embrio yang terbentuk akan digerakkan ke dalam rahim untuk tujuan implantasi.

(3) Kaedah Artifisial atau Bayi Tabung Uji/In vitro Fertilisation (IVF) (Peluang 50-60%)

Sperma dan ovum disenyawakan di luar dan kemudian dimasukkan semula ke dalam rahim untuk dibesarkan. Keseluruhan proses natural sebelum proses implantasi akan dilangkau (bypass). Rawatan dimulakan pada hari ke-2 haid. Suntikan hormon setiap hari di lemak perut (seperti suntikan insulin) selama 10 hari.
Telur yang matang akan disedut menggunakan jarum melalui faraj dengan bantuan ultrasound. Kaedah ini dilakukan dengan bius sepenuhnya.

Telur yang matang akan disenyawakan dengan sperma di makmal dan diinkubasi pada suhu 37 darjah Celsius. 2 hari kemudian, 2-3 embrio yang terbentuk akan dimasukkan semula ke dalam rahim. Embrio yang selebihnya akan dibekukan untuk kegunaan akan datang.
PELUANG
Hakikatnya tanpa rawatan, terdapat 15 pasangan bagi setiap 100 pasangan yang tidak akan berpeluang mendapat zuriat. Ini adalah satu jumlah yang besar.

“Kita beruntung hidup pada zaman di mana rawatan kesuburan adalah serba canggih dan mampu memberi kejayaan yang tinggi. Pada suatu ketika dahulu, rawatan IVF tidak mungkin dapat dikecap oleh kebanyakan pasangan kerana kosnya yang terlalu tinggi,” ujar Dr. Thokha.
Pada masa kini, dengan kos di antara RM15,000 ke RM20,000, kebanyakan pasangan berpeluang mendapat zuriat yang dinanti-nantikan. Secara logiknya, jika kos bukan menjadi penghalang, IVF sepatutnya menjadi pilihan utama bagi setiap pasangan.

IVF yang dilakukan oleh pasangan muda akan memberikan kejayaan yang lebih tinggi kerana embrio yang terbentuk berkualiti tinggi berbanding dengan pasangan yang lebih lanjut usia.
Embrio muda yang dibekukan boleh digunakan berulang kali dengan kejayaan yang tinggi dan dengan kos yang lebih rendah pada masa yang akan datang.

Untuk mengulangi prosedur IVF menggunakan embrio yang telah dibekukan, kos menjadi lebih murah (sekitar RM5,000). Dengan kejayaan 50-60%, setiap pasangan yang menggunakan kaedah ini kebanyakannya akan berjaya hamil.
Diharap apabila kaedah IVF suatu ketika nanti sudah menjadi pilihan utama pasangan untuk mendapat zuriat, kemandulan akan dapat dirawat sepenuhnya dan hampir setiap pasangan akan berpeluang mendapat anak.

Rawatan Tradisional Dengan Senaman Harimau Untuk Menguatkan Tenaga Batin Untuk Lelaki

Senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah. Senaman ini dimuatkan dalam buku Permata Yang Hilang.

Padi Bukit. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di atas lutut. Tarik nafas sedalam yang mungkin. Tahan selama 6 saat. Hembus perlahan-lahan. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan. Ulang sehingga 3 kali. Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.

Nafas Pertapa. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki. Tarik kaki rapat ke arah badan. Tegakkan belakang. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu). Tahan sehingga 6 saat. Hembus nafas perlahan-lahan. Ulang sebanyak 3 kali. Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.

Rentak Urutan. Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan. Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar. Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.

 

Tarik Sepadan. Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan. Cuba pastikan lutut mencecah lantai. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal. Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.

Rentak Lentang. Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai. Tangan masih memegang ibu jari. Kembali ke posisi asal. Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.

 

 

 

Tepis Jengking. Duduk bersila. Tegakkan belakang. Depakan tangan itu separas bahu ke kanan. Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas. Tukar tangan kiri. Ulang sebanyak 3 kali. Setelah habis gerakan hembus nafas. Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.

Matahari Naik. Duduk bersila dan tegakkan belakang. Bermula dengan tangan di belakang pinggang. Tekan pinggang dengan bantuan tangan. Tarik nafas dan tahan. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala. Hembuskan nafas. Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.

Lenjang Gajah. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri. Tegakkan belakang. Tarik nafas perlahan-lahan. Letak tangan kanan atas lutut kiri. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi. Hembus nafas. Ulang 7 kali. Ulang dengan menukar kaki. Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Cakar Harimau. Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin. Jari kanan harus mencecah lantai. Hembus nafas. Ulang 7 kali. Ulang dengan menukar kaki. Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Tanpa Disedari Kaum Wanita Mungkin Melakukan 5 Kesalahan Ini Ketika Memakai Bra Dan Boleh Menyebabkan Aset Kendur Dan Melayut

Tanpa sedar, rupanya wanita pernah lakukan 5 kesalahan memakai bra seperti yang dinyatakan di bawah. Pemakaian baju dalam atau bra (coli) yang betul akan membantu melindungi dan menyokong payudara. Ketahui cara betul pakai bra. Pemilihan pakaian dalam yang tepat serta pemakaian betul akan membantu wanita memelihara aset berharga ini agar kekal mantap dan pejal.

Namun begitu, hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak memakai bra dengan cara yang betul. Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Untuk memelihara payudara yang juga harta kaum Hawa, kami kongsikan kesalahan wanita dan tip tepat pakai bra.

1. Memakai Cangkuk Bra Terakhir

Cara Tepat: Ramai wanita yang memakai cangkuk coli yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan coli pada tubuh. Sebenarnya pemakaian coli mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian coli baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Jika coli terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui coli yang sesuai.

2. Tali Coli Belakang Terangkat

Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali coli tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih coli. Tali coli yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tubuh.

3. Memendekkan Tali Bra

Cara Tepat: Ramai wanita yang mengetat atau memendekkan tali coli sehingga meninggalkan kesan pada bahagian bahu. Tali yang ketat mencengkam isi di bahagian ini dan membuatkan tubuh berasa sakit. Sepatutnya, tali coli yang sepadan tidak akan meninggalkan bekas pada tubuh. Jika anda mengetatkan tali bra kerana mahu mengemaskan payudara, itu tandanya mangkuk (cup) tidak sesuai dengan saiz payudara.

4. Terdapat Benjolan

Cara Tepat: Perhatikan dengan telus, jika terdapat benjolan terkeluar di bahagian bawah ketiak, sisi dada atau bahagian atas, itu tandanya mangkuk tersebut tidak dapat menampung saiz payudara anda. Sepatutnya coli yang tepat, tidak menyebabkan benjolan terkeluar daripada mangkuk. Anda disaran memilih mangkuk yang besar bersesuaian dengan saiz payudara anda. Pastikan tiada benjolan terkeluar walaupun ketika anda mengangkat tangan.

5. Mangkuk Tidak Melekap

Cara Tepat: Mangkuk yang sesuai mestilah melekap elok pada payudara dan tubuh anda. Jika mangkuk terangkat, ertinya coli itu tidak sesuai buat anda. Mangkuk coli yang tepat akan melindungi dan menampung payudara agar terletak elok tanpa meninggalkan rasa sakit pada bahagian ini.

Nauzubillah Min Zalik, Keadaan Inilah Menyebabkan Umat Islam MUFLIS Pada Hari Akhirat & Tercampak Sebagai AHLI NERAKA!

Seperti roda yang berpusing, manusia tidak akan pernah tahu tentang nasib yang bakal menimpa mereka. Mungkin hari ini kita berada di atas dan mungkin esok, di bawah. Sebagai khalifah yang hidup di muka bumi ini, ketahuilah setiap apa yang berlaku di bumi akan dipersoalkan pada hari akhirat.

Di sebalik ketaatan manusia terhadap suruhan dan larangan Allah SWT, jangan sesekali terlepas menjaga adab dan kesucian persaudaraan. Buatlah sebanyak mana pun amal ibadah, solat lima waktu, berpuasa penuh pada bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan umrah serta haji tetapi jika bertindak zalim sesama insan, ada akibat yang bakal menanti.

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.”

Lalu Nabi SAW bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Mengambil petikan ceramah dari Ustaz Wadi Annuar, setiap huraian yang diterangkan beliau benar-benar menginsafkan. Bagaimana seorang umat yang taat kepada Allah boleh tergolong sebagai ahli neraka?

“Akhirnya segala kebaikan dan pahala orang yang rajin beribadah tadi diberikan kepada orang yang dia pernah buat jahat sampai habis semua pahala. Tapi masih ada ramai lagi orang-orang yang dia pernah zalimi. Lalu Nabi berkata, diambilnya dosa orang dizalimi tadi dan diletakkan pula di atas penimbang dia (orang yang rajin beribadah). Daripada ahli syurga tiba-tiba pula jadi ahli neraka kerana banyak sangat ambil tahu hal orang.

Tiap hari kira sibuk buka aib orang, sembang tentang aib orang, ejek orang itu, fitnah, ambil harta orang dan pukul orang. Ini adalah dosa-dosa kita dengan orang dan semua itu Allah kira. Kalau ada orang buat jahat dekat kita dan kalau kita benar, bersabar. Setiap inci dan zarah kejahatan yang kita buat, Allah akan timbang. Malah, kebaikan sebesar zarah pun akan ditimbang oleh Allah,” pesan Ustaz Wadi penuh yakin.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah. Jangan sesekali kita lupa tentang hari pengadilan. Beringatlah, amalan sesama manusia juga boleh menentukan kehidupan kita di alam yang berkekalan itu kelak!

Bantu Sebarkan!!! Tiga Waktu Dilarang Mandi Menurut Ilmu Kesihatan

Telah disebarkan satu tulisan yang melarang mandi pada tiga waktu tertentu yang kononnya menyebabkan seseorang akan mendapat penyakit tertentu.

Antara waktu yang dikatakan, dilarang mandi itu ialah selepas asar, selepas maghrib dan selepas Isyak.
Ia mungkin berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada sesetengah orang, tetapi secara umumnya larangan tersebut tidak tepat dari sudut kesihatan.
Berikut adalah ulasan menurut saya selaku seorang pengamal perubatan moden berkaitan dengan larangan mandi ini.

1. 30 Minit Setelah Solat Asar.
Darah badan kita sentiasa panas dengan julat suhu 36.5 hingga 37.5 celcius, sesuai dengan spesies manusia sejenis mamalia yang berdarah panas. Jika kita mandi sekalipun, darah kita tidak akan berubah sama ada sejuk atau terlalu panas.
Keseimbangan akan tetap terjamin. Mandi pada ketika ini dibolehkan dan tiada kesan kesihatan. Penat dan lelah secara lumrahnya boleh berlaku setelah kita berkerja sepanjang hari, tiada kaitan pun dengan mandi.

2. Setelah Maghrib
Jantung manusia bekerja sepanjang waktu, tidak mengenal penat dan lelah. Bagi orang yang normal degupannya berdetak antara 60 – 110 kali seminit. Tiada istilah jantung lemah kecuali orang yang diserang penyakit jantung lemah.
Tiada kajian pun mengaitkan mandi selepas Maghrib atau mandi malam menyebabkan paru-paru berair. Mitos mandi malam penyebab paru-paru berair ini selalu disebarkan dalam masyarakat kita.
Zaman dahulu, orang tua-tua melarang mandi malam kerana kesusahan untuk ke perigi yang berada di luar rumah. Elektrik pun tiada dan gelap malam yang menyusahkan untuk bergerak. Sekarang zaman sudah berubah.

3. Selepas Isya’
Jika jantung kita terhenti, pengsan lah kita atau tanda kematian. Tidak sesekali jantung kita akan istirahat atau berhenti melakukan tugasnya mengepam darah ke seluruh tubuh.
Mandi selepas isya’ tidak mendatangkan mudarat kepada badan ataupun jantung berair. Malah mandi di awal pagi bukannya teknik untuk cas semula jantung. Allah jadikan jantung kita sesuatu yang unik, tidak perlu dicas atau diletakkan bateri kecuali penyakit tertentu seperti rithma jantung tidak menentu (cardiac arrytmia) yang memerlukan pacemaker(pembedahan).
Semoga dengan penjelasan ini boleh menghilangkan kerungsingan anda untuk terus membersihkan badan, seterusnya melakukan ibadah dengan sempurna.

BANTU SEBARKAN!!! KHASIAT TAUGE YANG RAMAI ABAIKAN..

TAUGE adalah sayur yang paling simple dan senang untuk dimakan bersama nasi. Sedap dimakan apabila disediakan di dalam masakan antaranya sup yang paling popular. Bila sebut pasal taugeh/tauge ni mesti ada yang tak suka dengan makanan ni, terutamanya golongan kanak-kanak haha, tapi tahukah anda terdapat 6 khasiat tauge yang baik yang ramai tak tahu.

Dibawah kami sediakan apa yang menarik tentang TAUGE.

  1. Cegah Kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

  1. Baik Untuk Wanita
    Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
  2. Lebih Subur
    Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
  3. Kurangkan Lemak
    Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
  4. Buang Kotoran
    Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
  5. Lebih Muda
    Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

 

‘SAYA TAK PERNAH JANJI NAK BAGI RESIPI IKAN JERUK NI SEBAB SAYA BERNIAGA. TETAPI..’ – INILAH RAHSIA SEBENAR KESEDAPAN TENGGIRI JERUK YANG DIJAMIN SEDAP!! KONGSIKAN!!!

Berikut antara perkongsian resepi ikhlas dari hati pengguna Facebook, Yuss Aisya yang juga seorang peniaga makanan online. Beliau dikenali kerana menjual menu unik, jeruk daging secara online. Namun, terdapat juga permintaan popular untuk menu jeruk ikan tenggiri yang pastinya menarik perhatian orang ramai terutamanya kaum hawa.

 Mari kita lihat perkongsian resepi dari beliau:

Ramai yang minta resipi dan saya tak reply. Namun saya fikir semula rezeki kita semua Allah yang tentukan. Saya tak akan kaya menjual ikan atau daging tetapi berkongsi rezeki buat saya rasa ‘kaya’. Dengan rendah hati saya kongsikan resepinya.

Langkah 1

 Bersihkan tenggiri segar dan perap dengan:

Jus limau Kasturi / nipis / lemon *

Garam secukupnya *

Halia hiris halus spt mancis *

Lengkuas hiris halus spt mancis

Sedikit ketumbar biji

Sedikit daun sage utk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)

Black pepper (kisar)

Semua bahan bertanda * hendaklah kuantiti yang secukupnya untuk awet ikan supaya tak busuk & tahan lama dengan izin Allah. Simpan peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng.

Langkah 2

Mengapa daun sage?

Daun sage ada aroma yang sangat kuat dan ada khasiat tersendiri — bersifat remedy, menenangkan dan berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk org berpantang. Rendam sage dalam sebarang minuman suam dan minum. Boleh dapatkan di pasaraya terpilih.

Langkah 3

Goreng dengan bawang dan cili. Simple. Boleh rasa masam, masin, wangi dan sedap!

Langkah 4

Siap untuk dimakan!

Resepi sangat mudah dan sesuai dijadikan pembuka selera. Hidangan sesuai dengan nasi putih panas dan kicap sahaja sudah mencukupi.

Penceraian Adalah Perkara Halal Yang Sangat Dijauhkan Oleh Semua Pasangan. Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Menghadapi Penceraian?

Penceraian adalah seperti kehancuran hidup bagi sesetengah orang.
Tiada yang dapat menggambarkan kesedihan dan kepedihan yang dihadapi oleh mereka yang menghadapi situasi ini.

Namun masyarakat selalu memandang ringan betapa huru-haranya sesuatu penceraian.
Pada luarannya, ia hanya mungkin nampak seperti dua pihak sudah tidak sehaluan lagi.. tetapi sebenarnya disebalik itu, kita semua tidak tahu pelbagai kesukaran dan tekanan yang dihadapi oleh pasangan yang sedang menghadapi perkara ini.

Punca penceraian mungkin dari pelbagai sebab.
Mungkin berpunca dari pasangan yang mendera dari segi fizikal, mental dan emosi. Mungkin juga ia berkaitan pasangan yang curang, atau terlibat dengan masalah lain seperti penagihan dadah.
Atau alasan yang paling mudah dan nyata, anda berdua sudah tiada jodoh dan tidak boleh bertoleransi lagi.

Walau apa pun alasannya disebalik penceraian anda, jangan pernah lupa bahawa Allah (SWT) tidak pernah meninggalkan anda.
Dialah yang akan memberikan kemudahan sesudah kesusahan.
Disebalik setiap ujian, pasti ada ibrah atau pengajaran yang Allah ingin tunjukkan kepada kita.
Disepanjang melalui fasa yang sukar ini, sangat penting untuk anda sentiasa sedar bahawa Allah menguji siapa yang Dia sayang, dan anda jangan sesekali putus harapan terhadap kasih sayang Allah.
Penceraian mungkin boleh menjadi satu kejadian yang paling menyakitkan, tetapi mungkin ini salah satu ujian yang terindah Allah hadirkan untuk anda dalam hidup ini.
1. Berpegang pada Solat dan Doa

Solat itu sendiri adalah langkah paling utama untuk menguatkan hati.
Saya tahu, menghadapi detik penceraian adalah saat yang sukar.
Kita bukan sahaja rasa dilumpuhkan oleh pelbagai tanggungjawab, terutamanya memikirkan masa depan anak-anak, tetapi juga tekanan dari emosi yang berkecamuk.

Apabila menghadapi kesukaran dan ujian yang mencabar seperti ini, perkara paling pertama sekali adalah kita perlu bersujud.
Kita perlukan masa untuk berhubung dengan Allah bersendirian dan melepaskan tekanan dengan bercakap dengan Allah dan memohon pertolongannya.

Allah berfirman:
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
– Al-Baqarah 2:153

  1. Menjaga Pertuturan

Menghadapi penceraian melibatkan anak-anak bukanlah perkara mudah untuk dihadapi dengan tenang dan sabar.
Oleh itu sangat penting untuk kita mengawal percakapan dan tidak membenarkan kemarahan mempengaruhi lidah kita. Bukan sahaja sebagai ibu dan bapa, malah sebagai seseorang hamba yang takutkan Allah.

Mungkin ada saatnya anda rasa terlalu marah, tetapi dalam situasi seperti ini, setiap kata-kata anda selalunya akan menjadi setajam pedang.
Ia mungkin melukakan hati orang lain tanpa sedar, malah ia sukar dilupakan apatah lagi dimaafkan.
Kadangkala anda mungkin marah, anda tidak mahu memaafkan. Anda sedang terluka, anda rasa dipermainkan.

Penceraian adalah sesuatu yang sukar. Terutamanya apabila peristiwa ini mencetuskan api permusuhan diantara dua pihak keluarga suami dan isteri.
Oleh amat penting untuk anda menjaga percakapan yang ucapkan supaya keadaan tidak bertambah buruk. Syaitan sentiasa mengintai peluang sebegini supaya emosi anda mengambil alih keadaan.
Jadi berhati-hatilah dan sentiasa perbanyakkan istigfar.

  1. Dapatkan Pertolongan

Dapatkan bantuan moral dari seseorang, rakan atau kaunselor untuk mententeramkan emosi anda.
Jika anda masih mempunyai keluarga, anda bertuah kerana masih anda orang yang akan menyokong anda. Jika anda adalah mangsa keganasan, lebih baik mendapatkan bantuan dari pihak profesional.
Mengasingkan diri mungkin baik untuk anda untuk sementara waktu, tapi lama-lama dalam bersendirian adalah sangat berbahaya terhadap iman kita dan inilah yang disukai syaitan.
Dekatkan diri anda dikalangan orang-orang yang sentiasa mengingatkan anda kepada Allah, dan menggalakkan anda menambahkan ilmu untuk menguatkan hubungan anda dengan Tuhan.

  1. Isi Masa dengan Perkara Berfaedah

Carilah perkara yang boleh mengisi masa lapang anda agar jiwa anda tidak selalu terbawa oleh emosi bila bersendirian.

Contohnya seperti cuba menghafal al-Quran.
Saya amat menyarankan anda agar mengisi masa dengan menghafal al-Quran kerana secara jujurnya ia akan membantu anda lebih daripada yang anda dapat bayangkan.
Ia bukan hanya meningkatkan keyakinan dan hubungan kita dengan Allah (SWT), tetapi ia akan menolak kita belajar memahami al-Quran dengan lebih baik.
SubhanaAllah, tiada kata yang akan dapat menggambarkan keindahan belajar memahami al-Quran dan perasaan tenang yang menyelubungi jiwa.

Bagaimana ayat-ayat kalam Allah melembutkan hati dalam sesaat dan membuatkan kita tenang, dan bagaimana sesetengah ayat memperbetulkan kembali perspektif kita mengenai ketaatan terhadapNya.
Selain dari menghafal al-Quran, anda juga boleh membuat perkara lain pada masa yang sama.
Berikan diri anda sesuatu untuk dicapai, dan luangkan sedikit masa dalam hidup anda untuk melakukannya.
Walaupun hanya dua jam dalam sehari, jika anda membawa fikiran anda jauh dari hal penceraian, insyaaAllah ia akan banyak membantu anda dari segi kekuatan jiwa dan mental.

  1. Sentiasa melihat sudut positif dalam setiap perkara

Dalam sepanjang tempoh penceraian, sangat mudah untuk kita melihat perkara-perkara negatif berbanding pelbagai rahmat Allah yang telah dikurniakan selama ini.
Ini adalah satu perkara yang bahaya kerana ia akan membuatkan kita semakin tertekan.
Oleh itu, bila mana kesukaran hidup menekan anda ke bawah, ingatlah firman Allah terhadap pengikut

Nabi Musa apabila mereka diancam untuk dibunuh:
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu”.
– Ibrahim 14:7
Kita selalu lupa bahawa setiap sekecil-kecil perkara dalam kehidupan ini adalah rahmat daripada Allah.
Oleh itu ambil sedikit masa untuk muhasabah dan membuat refleksi kembali terhadap perkara-perkara yang kita harus bersyukur.
Ini mungkin rasa syukur mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong, sahabat yang membantu, kesihatan yang baik, dan segalanya yang membuatkan hidup kita berjalan lancar.

InsyaaAllah, semuanya akan menjadi semakin baik..

Secara jujur, dapatkah anda mengucapkan alhamdulillah dan syukur secara ikhlas setelah Allah menguji anda dengan kesukaran sebegini?
Kebanyakan daripada kita sukar untuk menerima tiang terakhir dalam rukun iman, iaitu qadar (takdir).

Pasti hati kita selalu terdetik;
“mengapa perkara ini harus terjadi pada aku? apa kesilapan aku sehingga dihukum begini? Jika aku boleh kembali semula ke masa dulu, pasti aku akan lakukan perkara sebaliknya!”
Dalam situasi ini, kita harus meletakkan keyakinan kita terhadap Allah dengan sepenuhnya.
Kita harus yakin bahawa setiap apa yang telah ditakdirkan itu adalah yang paling terbaik, dan sesuai dengan kehidupan kita.

Terpulang kepada kita sama ada dapat melihat hikmah disebaliknya.
Dan Allah menguji hamba yang Dia sayang untuk menguatkan dan menyediakan hamba tersebut untuk perkara-perkara yang akan mendatang.
Ramlah binti Abi Sufyan (Ummu Habiba) semasa berhijrah ke Habsyah, suaminya telah murtad dan memeluk agama Nasrani.
Apabila terpaksa memilih diantara suaminya atau tetap dengan Islam, dia memilih Allah. Jadi mereka telah bercerai.

Tinggal di negara asing tanpa mempunyai saudara terdekat meninggalkan Ummu Habiba tanpa banyak pilihan, tetapi dia tetap mengambil keputusan untuk meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Allah, dan hidupnya adalah semata-mata untuk Allah.
SubhanaaAllah, tidak lama kemudian Allah telah menggantikan suaminya dengan lelaki yang terbaik pernah berjalan di muka bumi. Ummu Habiba telah dikahwini oleh Rasulullah SAW.
Apa yang boleh kita belajar dari kisah ini?

Penceraian adalah bukan satu pengakhiran.
Ia bukan sesuatu yang melunturkan nilai dan harga diri seseorang.
Kadangkala, apabila sesuatu perhubungan tidak berjalan seperti apa yang dirancang, kita juga harus ingat bahawa apabila kita mati kelak, kita juga akan berseorangan.
Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.
Ya, memang luluh memikirkan kita kehilangan orang yang kita sangka akan menghabiskan hayatnya bersama kita.

Tetapi walau apa pun yang terjadi, kita tidak akan pernah kehilangan Allah. Dia akan sentiasa ada untuk kita.
Oleh itu, jangan jadikan kisah penceraian kita sebagai titik kelemahan kita.
Gunakan peluang ini sebagai permulaan dan pemangkin kepada kita agar lebih dekat dengan Allah SWT.
Dan saya janji, semakin dekat anda dengan Allah, anda akan menjadi insan yang semakin kuat. InsyaaAllah.

 

Hukum Perkawinan Perempuan dengan Kehamilan Yang Ditutup Oleh Pihak Perempuan Tanpa Pengetahuan Pihak Lelaki

Assalamu ’alaikum wr. wb.

Saya ingin bertanya mengenai pernikahan yang dilaksanakan dengan mempelai wanita sudah dalam keadaan hamil, sedangkan hal tersebut ditutupi pihak keluarga (tidak jujur) terhadap sang naib.

Apakah pernikahan tersebut sah sedangkan ada unsur kebohongan di dalamnya? Apabila tidak sah, apakah dosa bagi sang naib yang telah menyatukan mereka dalam kubangan zina? Kemudian apakah perlu diadakan ijab-qabul ulang setelah sang bayi lahir?

Jawapan

Assalamu ’alaikum wr. wb.

Penanya yang budiman, semoga selalu dirahmati Allah SWT. Dalam kesempatan ini kami mencoba menjawab pertanyaan di atas. Kami akan memulai dengan kebohongan. Kalau informasi yang ditutup-tutupi hanya soal status kehamilan, ini tidak masalah dalam perkawinan. Karena kebohongannya tidak berkaitan dengan akad pernikahan.

Lain halnya bila pihak keluarga menyembunyikan status iddah atau status perkawinan calon mempelai wanita. Karena perkawinan perempunan yang tengah mengalami masa iddah atau masih dalam status perkawinan dengan seseorang-menurut agama-tidak sah. Hal ini disinggung oleh Imam Al-Ghazali sebagai berikut.

الركن الثاني المحل وهي المرأة الخلية من الموانع مثل أن تكون منكوحة الغير أو مرتدة أو معتدة أو مجوسية أو زنديقة أو كتابية بعد المبعث أو رقيقة والناكح قادر على حرة أو مملوكة الناكح بعضها أو كلها أو من المحارم أو بعد الأربعة أو تحته من لا يجمع بينهما أو مطلقة ثلاثا ولم يطأها زوج آخر أو ملاعنة أو محرمة بحج أو عمرة أو ثيبا صغيرة أو يتيمة أو زوجة رسول الله صلى الله عليه وسلم

Artinya, “Rukun kedua nikah adalah calon istri. Ia adalah perempuan yang terlepas dari larangan-larangan (untuk dinikahi) seperti (ia bukan) (1) istri orang lain (2) murtad (3) dalam masa iddah (4) penganut Majusi (5) zindiq (6) ahli kitab setelah Nabi Muhammad SAW diutus (7) budak milik orang lain di mana calon suami mampu mengawini perempuan merdeka (8) budak milik calon suami itu sendiri baik separuh atau sepenuhnya dalam kepemilikan (9) salah satu dari mahram (10) calon istri kelima darinya (11) perempuan yang tak lain saudara (kandung, susu, atau bibi) dari istri calon suami (yang ingin poligami) di mana dilarang menghimpun dua perempuan bersaudara dalam satu perkawinan (12) istri talak tiga yang belum dinikahi (harus dijimak) laki-laki lain (13) istri yang dili’an (14) perempuan yang sedang ihram haji atau umrah (15) janda di bawah umur (16) bocah perempuan status yatim (17) salah satu istri Rasulullah SAW,” (Lihat Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali, Al-Wajiz fi Fiqhil Imamis Syafi‘i, Beirut, Darul Arqam, tahun 1997 M/1418 H, juz II, halaman 10).

Adapun akad perkawinan itu sendiri sejauh syarat dan rukun perkawinan terpenuhi sah sekalipun calon mempelai wanitanya dalam kondisi hamil. Karena kehamilan bukanlah faktor yang menghalangi keabsahan akad nikah. Hal ini dijelaskan oleh Syekh M Nawawi Al-Bantani sebagai berikut dalam karyanya Qutul Habibil Gharib, Tausyih ala Fathil Qaribil Mujib.

ولو نكح حاملا من زنا، صح نكاحه قطعا، وجاز له وطؤها قبل وضعه على الأصح

Artinya, “Kalau seorang pria menikahi perempuan yang tengah hamil karena zina, maka akad nikahnya secara qath’i sah. Menurut pendapat yang lebih shahih, ia juga tetap boleh menyetubuhi istrinya selama masa kehamilan,” (Lihat Syekh M Nawawi Al-Bantani, Qutul Habibil Gharib, Tausyih ala Fathil Qaribil Mujib, Beirut, Darul Fikr).

Karena sudah sah, maka mereka tidak perlu mengulang kembali akad perkawinan itu setelah janinnya terlahir. Sementara naib tidak bisa dipersalahkan (dosa) karena ia telah bekerja sesuai prosedur, bahkan mendapat pahala karena telah membantu dua hamba Allah memasuki pintu ridha-Nya.

Saran kami, orang tua perlu mengajak anak-anak mereka yang telah beranjak dewasa untuk hadir dalam majelis taklim agar mengerti mana halal dan haram. Di samping itu para orang tua juga perlu mengawasi pergaulan anak-anaknya agar terhindar dari perzinaan, bahaya narkoba, dan keburukan lainnya.

Demikian jawaban dapat kami kemukakan. Semoga bisa dipahami dengan baik. Kami terbuka dalam menerima saran dan kritik dari para pembaca.

Wallahul muwaffiq ila aqwamith thariq,

Wassalamu ‘alaikum wr. wb.

 

Subhanallah!!! Rahsia Surah Yasin Yang Perlu Diketahui Oleh Umat Islam

Membongkar Rahsia Surah Yasin

Sebahagian umat Islam di negara kita hari ini apabila membaca al-Quran, kebiasaannya mereka akan lebih sinonim, kenal dan rapat dengan surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya. Sehingga ada hari-hari khusus bagi membaca dan mengamalkan surah Yasin ini.

Surah Yasin juga sinonim dengan malam Jumaat, sehingga dengannya diadakan majlis-majlis bacaan berjemaah dari rumah ke rumah dan kenduri makan-makan.

Persoalannya, kenapa tidak surah lain dan hanya surah Yasin? Kenapa tidak surah al-Baqarah, atau Ali ‘Imran, atau al-Mu’minuun, atau ar-Rahman, atau rangkaian surah-surah dalam Juz ‘Amma seperti an-Naba’, al-Fajr, atau al-Ikhlas misalnya?

Selain itu, surah Yasin turut sering dikaitkan dengan pelbagai misteri lainnya. Seperti untuk mencari barang yang hilang, untuk mengiringi orang mati, untuk membuat “air Yasin”, bacaan ketika masuk rumah baru, untuk memudahkan jodoh, untuk mengirimkan pahala kepada orang mati, untuk sambutan majlis-majlis tertentu seperti nisfu Syaaban dan seumpamanya yang selainnya.

Malah surah Yasin turut dibukukan dan diterjemahkan secara berasingan menjadi buku-buku khusus seperti buku bersaiz poket, buku cenderamata, buku zikir dan turut dimasukkan ke dalam pakej tahlilan.

Tidak pernahkah kita terfikir, dari mana datangnya ketetapan bagi surah Yasin seperti ini? Dari al-Quran? Dari sunnah Rasulullah SAW, atau dari amalan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in?

Anjuran membaca al-Quran

Jika yang dimaksudkan adalah galakan dalam membaca al-Quran, maka di sana terdapat anjuran yang banyak tanpa ditentukan surah mana dan tidak juga dikhususkan dengan hari yang mana. Antaranya sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

“Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi 10 kali, aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Persoalannya, kenapa ramai yang mengkhususkan hanya surah Yasin dan tidak surah yang lain?

Fadilat Yasin

Sebenarnya surah Yasin adalah sama pentingnya sebagaimana surah-surah yang lainnya. Ia mengandungi ayat-ayat ALLAH sebagaimana surah-surah lain. Membacanya termasuk ke dalam keumuman dalil-dalil anjuran membaca al-Quran sebagaimana membaca surah-surah yang lain juga.

Tiada fadilat khusus bagi surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya. Para ulama hadis menjelaskan, hadis-hadis berkaitan fadilat Yasin tidak terlepas, sama ada dhaif (lemah) atau maudhu’ (palsu). Maksudnya, tiada dalil yang sahih menetapkan fadilat surah Yasin secara khusus.

Sebagai contoh, di antara hadis yang popular tentang surah Yasin ini ialah hadis Qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran). Riwayat hadis tersebut adalah sebagaimana berikut,

“Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Quran itu adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka ALLAH akan memberi pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca al-Quran sepuluh kali.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan ad-Darimi.

Setelah Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) membawakan hadis ini, beliau pun berkata, “Hadis ini gharib (asing, tidak dikenali). Pada sanadnya terdapat Harun Abi Muhammad, beliau seorang yang majhul (tidak dikenali). Juga diriwayatkan oleh ad-Darimi, dan pada sanadnya dhaif.” (Sunan at-Tirmidzi, 10/121)

Kalaupun sahih hadis ini, maka ia tetap bukan dalil untuk mengkhususkan surah Yasin dengan pengkhususan-pengkhususan tertentu seperti bacaan khas malam Jumaat, untuk menjampi air dan sebagainya.

Bukan untuk orang mati

Surah Yasin juga sering dikaitkan dengan kematian. Dalam perkara ini terdapat beberapa hadis dan ia tidak lepas daripada kelemahan atau kepalsuan (maudhu’). Di antara hadisnya adalah sebagaimana yang datang dari jalan (sanad) Sulaiman at-Taimi, daripada Abu ‘Utsman, daripada ayahnya, daripada Ma’qil bin Yasar, beliau mengatakan, Rasulullah SAW bersabda:

“Bacakanlah ke atas mereka yang mati surah Yasin.” Atau, “Bacakanlah Yasin ke atas mereka yang mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan al-Hakim. Lihat: Talkhis al-Habir oleh al-Hafiz Ibnu Hajar, 2/244)

Hadis ini lemah (dhaif) antaranya kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu ‘Utsman dan ayahnya yang merupakan seorang majhul (tidak dikenali). Hadis ini juga dikategorikan sebagai hadis mudhtharib, iaitu tidak kukuh sanadnya.

Di antara ulama hadis yang menegaskan kelemahan hadis ini ialah Imam ad-Daruquthni (Wafat: 285H), Abu Bakar Ibnul ‘Arabi (Wafat: 543H), an-Nawawi (Wafat: 676H), Ibnul Qaththan (Wafat: 813H), al-Hafiz Ibnu Hajar (Wafat: 852H), al-Albani dan ramai lagi selainnya. (lihat: Talkhis al-Habir, 2/244. al-Adzkar, m/s. 122. Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal-Maudhu’ah, 12/783)

Imam ad-Daruquthni rahimahullah mengatakan, “Tiada satu hadis pun yang sahih dalam bab ini.” Iaitu tiada hadis yang menganjurkan membaca Yasin kepada orang mati.

Begitu juga dengan hadis, “… Surah Yasin adalah qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan ALLAH dan negeri akhirat (syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni, al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Al-Quran untuk yang hidup

Masyarakat Melayu terkenal membacakan Surah Yasin untuk orang mati atau yang sedang nazak menghadapi sakaratul maut. Tetapi ironinya, selama kita membaca atau menghafal surah Yasin, pernahkah kita memahami dan menghayati apa yang terkandung dalam ayat-ayatnya? Bukankah dalam surah Yasin terdapat ayat:

“Al-Quran itu tidak lain adalah peringatan dan kitab yang memberi penjelasan. Supaya ia menjadi peringatan untuk orang-orang yang hidup dan sebagai perkataan yang haq ke atas orang-orang kafir.” (Surah Yasin, 36: 69-70)

Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H), “Maksudnya supaya peringatan al-Quran ini menjadi bukti yang nyata bagi setiap yang hidup di atas muka bumi ini.” Beliau juga mengatakan, “Orang yang dapat mengambil manfaat peringatan daripada al-Quran adalah orang-orang yang hidup hatinya dan yang terang pandangannya. Sebagaimana kata Qotadah, “Hati yang hidup adalah dengan hidupnya pandangan.” Juga sebagaimana kata adh-Dhahhak, “Iaitu orang yang berakal.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/592)

Ini menegaskan bahawa al-Quran ini adalah untuk orang-orang yang hidup, iaitu untuk orang-orang beriman dan mereka yang mahu mengambil pelajaran. Bukan untuk orang telah mati. Termasuklah surah Yasin, ia pelajaran untuk orang yang hidup.

Sekiranya setiap surah atau ayat-ayat al-Quran tertentu itu mahu dikhususkan dengan kelebihan-kelebihan khusus, maka kita perlu mengkhususkannya berdasarkan dalil dan petunjuk Rasulullah SAW. Kita tidak boleh menetapkan atau mengkhususkannya dengan akal, sangkaan, atau hawa nafsu. Agama kita ini tidak sampai kepada kita secara misteri, sebaliknya datang dengan hujah dan dalil yang jelas.

Walaupun surah Yasin ini tiada dalil sahih tentang fadilatnya secara khusus, ini bukan bermakna ia tidak boleh dibaca pada hari Jumaat dan hari-hari lainnya. Surah Yasin tetap dibaca sebagaimana surah-surah yang lain, cuma tidaklah perlu dikhususkan pada hari-hari tertentu atau dengan kaedah-kaedah khusus tertentu.

Adapun bacaan surah secara khusus pada hari Jumaat yang padanya disebutkan kelebihannya dari sunnah adalah Surah al-Kahfi, namun ia sering dilupakan masyarakat kita. Ini sebagaimana Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, ALLAH akan meneranginya daripada cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i dan al-Baihaqi. Dinilai sahih oleh al-Albani) – Wallahualam.