AMALKAN 6 JENIS MAKANAN INI UNTUK MENGEMPISKAN PERUT ANDA

Makanan Berkhasiat.Mahu memiliki tubuh sihat dengan perut yang rata serta otot menawan?

Kalau mahu, anda perlu berusaha sedikit untuk mendapatkan tubuh segar seperti ini.

Biarpun semua orang boleh melakukannya, tetapi diperlukan senaman yang berpanjangan serta menjaga pola makan yang baik. Makanan berkhasiat perlu diambil bagi mendapatkan tubuh segar dan berotot sepertimana yang anda impikan.

Bagi meningkatkan masa otot menjadi lebih padat, makanan berkhasiat tinggi amat diperlukan. Jadi, anda perlu memilih makanan yang banyak mengandungi protein.

Di samping itu, jangan lupa sertakan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna bagi keperluaan serat tubuh.

Antara makanan berkhasiat yang perlu anda ambil untuk mendapatkan perut rata serta boleh membesarkan otot anda selain daripada bersenam:

  1. Daging Ayam

Sepotong daging ayam setara dengan 93% protein daripada jumlah kalori yang disarnkaan dalam sehari. Selain mengandungi protein daging ayam juga ada turut mempunyai seleniu dan Omega-6.

  1. Ikan

Ikan merupakan protein yang mampu meningkatkan gerak kerja jantung. Pilihlah makanan berkhasiat seperti ikan salmon dan ikan tuna kerana ia memiliki kandungan asid lemak Omega-3.

  1. Putih Telur

Putih teluar termasuk makanan berkhasiat yang mudah didapati. Menurut hasil kajian, kandungan protein daripada putih telur dikatakan mencapai 99%.

  1. Daging Merah Tanpa Lemak

Sepotong daging merah mengandungi vitamin B12, protein dan fostor.

  1. Brokoli

Brokoli mengandungi ‘fitonutrien’ uantuk mencegah timbulknya penyakit kronik. Bahkan sayuran ini juga dikatakan merupakan 10 makanan kesihatan yang terbaik.

  1. Kacang Soya

Beberapa kandungan protein dalam kacang soya mengandungi asid amino yang diperlukan oleh otot tubuh iaitu ‘glutamin’ dan ‘arginin’.

Tips Ekstra!

Senaman untuk membesarkan otot agak berbeza dengan jenis senaman bagi mereka yang sedang berdiet.

Push Up
Lakukan push up dengan betul iaitu lebarkan lebih sedikit posisi kedua belah tangan anda. Tujuannya agar posisi otot dada lebih ditarik. Push up juga akan membentuk punggung dan otot perut. Lakukan 15 kali setiap set, dan ulangi kembali setelah anda beristirahat seketika.

Dumbbell Fly
Tujuan senaman ini adalah untuk membesarkan otot dada. Senaman ini terbukti efektif juga untuk otot tangan sehingga kelihatan lebih jelas.Senaman ini dilakukan dalam posisi tidur menggunakan barbell sebagai alat sokongan. Naik dan turunkan tangan secara berulangkali. Variasikan dengan gerakan melebarkan tangan.

Berenang
Merupakan aktiviti sihat yang paling disarankan dalam apa juga keadaan.Ketika anda berenang, semua otot dan tulang meregang dengan perlahan. Selain menimbulkan ketenangan fikiran, renang gaya kupu-kuku dan kuak dada sangat cepat membentuk tubuh bahagian atas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *