Browse Month: November 2017

Kongsikan!!! Makanlah Banyak Buah Prun Kalau Nak Dapat 5 Faedah Ni

Siapa kat sini tak suka buah prun? Jangan risau sebab anda tak keseorangan.

Menurut kajian, wanita yang berumur 25 hingga 54 tahun mempunyai reaksi yang negatif terhadap buah prun atau lebih dikenali dengan gelaran ‘plum kering’.

Fizikalnya kelihatan seperti kurma namun isinya lebih kenyal dan lembab manakala rasanya pula adalah berdasarkan gabungan masam dan manis.

Selain kandungan anti-oksida yang tinggi serta baik untuk melancarkan sistem penghadaman apa lagi agaknya faedah yang boleh dikecap apabila mengamal memakan buah prun ini?

#1 Menjauhi Penyakit Kardiovaskular (Jantung) Serta Penyakit Kronik

Ternyata buah plum dan prun banyak persamaannya. Kedua-dua buah tersebut mengandungi nilai khasiat phytonutrien yang digelar phenols. Banyak kajian menunjukkan bahawa phytonutrien akan bantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tindak balas lemak tepu dalam saluran tubuh.

Oleh kerana semua sel dalam badan kita termasuklah sel otak mengandugi lemak, adalah penting untuk tubuh manusia mempunyai nutrisi phytonutrien secukupnya agar tubuh bebas daripada segala jenis penyakit termasuk penyakit kronik seperti serangan jantung.

#2 Mengelak Diabetes & Obesiti

Prun tinggi dengan serat yang akan mengekalkan kadar gula dalam darah agar sentiasa stabil (berada pada tahap baik).

Serat jenis larut ini kemudiannya akan memperlahankan proses perkumuhan secara baik agar proses penyerapan gula ke dalam darah tergendala. Serat itu tadi akan bertindak meningkatkan sesitiviti tubuh terhadap insulin.

Bukan tu je, serat jenis larut adalah kunci bagaimana untuk membuat seseorang individu kekal kenyang sepanjang hari tanpa perlu kerap berasa lapar. Kalau hendak kurus, bolehlah cuba amalkan diet buah prun okay?

#3 Merendahkan Kadar Kolesterol

Selain membuatkan perut berasa kenyang, serat jenis larut yang dibincangkan tadi mampu bantu menurunkan kolesterol dengan menyerap empedu yang terdapat dalam usus sebelum menyahkannya dalam bentuk perkumuhan. Empedu adalah kolesterol yang terkumpul dalam hati.

Prun juga terkenal sebagai penyembuh sembelit tahu?

#4 Tingkatkan Kekuatan Tulang & Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kajian pada 2011 mendapati prun dan plum adalah buah yang paling efektif sebagai pencegah kerapuhan tulang kerana sumber nutriennya yang kaya dengan fenolik dan gabungan flavonoid.

#5 Sumber Utama Untuk Vitamin K & Beta Karoten

Pengambilan beta karoten ynag secukupnya bisa membuatkan seseorang lebih gembira. Selain itu, ia juga berfungsi untuk melindungi dan memulih kerosakan redikal bebas pada sel tubuh manusia sebagai contoh, melambatkan penuaan dan membaiki sel kulit rosak.

Vitamin K yang terkandung dalam prun pula hebat dalam memerangi faktor penuaan dengan mengembalikan kekuatan tulang serta melancarkan peredaran darah.

Untuk dapat 5 faedah ni, ambil beberapa biji buah prun setiap hari! tak dapat yang segar, yang kering pun boleh juga…

RAHSIA DAUN JAMBU BATU UNTUK KESIHATAN RAMBUT ANDA. KONGSIKAN UNTUK MANFAAT BERSAMA

Apakah daun jambu batu dapat mencegah rambut gugur? Rambut gugur lebih sering terjadi atau dialami oleh lelaki. Namun wanita juga boleh mengalami penipisan rambut dan akhirnya rambut gugur. Rambut yang gugur boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin. Penyelesaian untuk mengatasi rambut yang gugur biasanya bergantung dari apa yang menjadi punca rambut gugur.

Banyak orang yang putus asa dan melakukan segala-galanya untuk menyelesaikan masalah yang tidak menyenangkan ini dengan menggunakan pelbagai rawatan dan produk kosmetik mahal.Salah satu cara yang digunakan untuk mencegah penipisan dan keguguran rambut iaitu dengan menggunakan daun jambu batu. Jambu batu mungkin yang paling terkenal diantara berbagai macam tumbuh-tumbuhan dedaun herba lain.

Banyak pengeluar pada bidang farmasi yang menggunakan ekstrak daun ini untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Jambu batu atau yang mempunyai nama latin Psidium guajava merupakan buah asli dari tanah tropika seperti Malaysia dan Indonesia. Manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada tanaman buah yang satu ini tidak hanya terbatas pada buahnya saja, tetapi juga pada daun dan batang tanaman.

Para ilmuwan menyebutkan bahawa penggunaan daun jaambu secara teratur setiap hari akan membantu untuk melawan penipisan dan keguguran rambut. Daun jambu batu banyak mengandungi vitamin B yang merupakan vitamin yang paling signifikan untuk kesuburan rambut dan perlindungan kesihatan.

Cara menggunakan daun jambu batu untuk mencegah keguguran rambut:

Ambil satu tangan penuh daun jambu batu lalu letakkan dalam satu liter air bersih.
Rebus daun tersebut selama kurang lebih 20 minit.
Setelah itu diamkan pada suhu bilik selama 15 minit
Siap untuk digunakan.

Cara pemakaian:

Urut secara lembut kulit kepala anda dengan daun jambu tersebut, lalu biarkan selama beberapa jam selepas itu dibilas.
Untuk hasil terbaik letakkan beberapa daun jambu tersebut di rambut anda lalu bungkus dengan tuala dan biarkan semalaman.
Cucilah rambut anda di pagi hari.
Daun jambu batu ini akan mengukuhkan folikel dan akar rambut anda..

SELAMAT MENCUBA!!!!!!

Penginapan Berkonsepkan Rumah Tradisional Orang Asli Di Cameron Highlands. Baca Dan Sebarkan…

Tak ada masa nak ‘mengeteh’? Cameron Highlands sentiasa ada masa untuk anda! Tempat cool yang terkenal dengan kehijau ladang teh ini memang tak pernah menghampakan. Memilih Cameron Highlands sebagai destinasi percutian keluarga merupakan idea yang sungguh bernas. Banyak aktiviti santai yang boleh dilakukan di sini. Contohnya, melawat ladang teh BOH, petik strawberi fresh dari ladang atau menari di taman rama-rama.

Kalau anda juga terfikir aktiviti yang sama di Cameron Highlands, jangan berhenti baca lagi sebab kami ada lagi perkara yang lebih ‘sejuk’ anda boleh cuba bila datang ke Cameron Highlands. Buat anda yang sudah bosan dengan rutin hotel check in, tidur dan check out setiap kali bercuti, kami syorkan anda cuba pula penginapan yang ditawarkan oleh Rain Forest Inn yang ada di Cameron Highland ini.

Uniknya penginapan ini berbanding yang lain, ini adalah satu-satunya hotel yang menawarkan penginapan berkonsepkan rumah tradisonal Orang Asli. Idea membagunkan tempat unik dari bekas askar ini pastinya tidak akan menghampakan anda.

Rain Forest Inn bakal memberikan anda pengalaman seolah hidup di dalam perkampungan Orang Asli. Suasana damai yang segar terletak dalam hutan berhampiran Lembah Bertam ini turut memiliki air terjun semula jadi serta sungai untuk anda berendam puas-puas. Bukan itu sahaja, malah anda turut ditawarkan untuk merasai pengalaman adventure bersama masyarakat Asli di sini seperti mendaki bukit, bermain sukan air dan aktiviti outdoor yang lain.

Seperti penginapan yang lain, Rain Forest Inn turut dilengkapi dengan kemudahan seperti kafe, tempat letak kereta, perkhidmatan sewa kereta dan pelbagai pilihan bilik bermula dari bilik tidur biasa hinggalah ke bilik tidur keluarga. Inilah peluang untuk anda rasa tidur di dalam bilik yang diperbuat daripada buluh. Tak perlu ke luar negara, di Malaysia pun ada tempat hebat sebegini.

 

Bantu Sebarkan!!!6 Bukti Bangun Awal Pagi Boleh Membuka Pintu Rezeki

Sahabat Ummi, mengapa bangun pagi selalu dikaitkan dengan terbukanya pintu rezeki? Berikut ini adalah beberapa bukti bahwa bangun pagi memang dapat membuka pintu rezeki lebih lebar lagi.

  1. Antara Terbit Fajar dengan Terbit Matahari adalah Saat Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ahmad dan al-Baihaqi, diceritakan bahawa ketika Rasulullah pulang dari solat Subuh di Masjid Nabawi, beliau mendapati puterinya, Fatimah, masih tidur.
Dengan penuh kasih sayang lantas beliau menggerakkan badan puterinya itu lalu berkata, ”Wahai anakku, bangunlah, saksikan rezeki Tuhanmu dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai kerana Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya, antara terbit fajar dengan terbit matahari.”

  1. Doa keberkahan dari Rasulullah untuk Umatnya yang senang bangun Shubuh

“Ya Allah berkahilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.” (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

Siapa yang tidak meyakini doa Rasulullah? Doa ini menunjukkan bahwa keberkahan akan didapatkan oleh orang-orang yang senang bangun Shubuh. Bagi yang merasa punya penghasilan banyak, tapi tidak pernah cukup, barangkali karena penghasilan yang diperoleh belum mengandung keberkahan! Coba praktekkan bangun lebih pagi!

  1. Bangun pagi membuat mood lebih baik

Peneliti dari Roehampton University di Inggris menyimpulkan kalau bangun pagi membuat tubuh lebih sehat, mood yang baik, dan membuat orang memiliki indeks massa tubuh ideal. “Mereka yang bangun pagi cenderung lebih sehat dan lebih bahagia,” ungkap peneliti Dr Joerg Huber, yang dikutip melalui Medicmagic.

Mereka yang bangun lebih pagi umumnya punya mood yang lebih ceria dan bahagia ketimbang orang-orang yang bangun terlambat. Studi ini juga dilaporkan dalam jurnal Emotion tahun 2012 di mana ternyata sistem syaraf dipengaruhi kebiasaan bangun pagi ini.
Mood yang lebih baik dan keceriaan ini tentu saja berpengaruh pada semangat kita dalam mencari rezeki di hari itu.

  1. Bangun pagi lebih sehat

Analisa para ilmuwan dari Universitas Toronto Kanada pun menyimpulkan, mereka yang bangun lebih pagi secara umum memiliki kondisi kesehatan yang lebih baik. Orang yang bangun lebih pagi juga merasa lebih bahagia hidupnya dibandingkan yang bangun siang karena mereka lebih mudah beradaptasi dengan jadwal aktivitas sehari-hari. Efek terhadap pendapatan rezeki? Sudah tentu lebih kencang ketimbang orang yang kondisi kesehatannya buruk dan sulit beradaptasi dengan jadwal sehari-hari.

  1. Bangun pagi membuat badan lebih aktif dan berenergi

Bangun lebih pagi bukan bikin badan jadi lemas, malah justru lebih aktif dan terasa penuh energi. Apalagi jika disertai dengan senam-senam singkat atau sekedar pemanasan. Hal ini dibalas lebih dalam di Journal of Applied Psychology Sosial tahun 2009.
Tidak hanya itu, bangun pagi pun disinyalir dapat melangsingkan tubuh. Tentu saja orang yang lebih aktif dan berenergi akan lebih semangat dalam pencapaian target pekerjaan, ujungnya juga berpengaruh pada pendapatan rezeki.

  1. Bangun pagi membuat tingkat depresi lebih rendah

Penelitian di Jerman pada tahun 2013 menemukan hubungan antara depresi yang lebih tinggi dengan kecenderungan tidur larut malam. Mereka yang tidur cukup dan bisa bangun lebih pagi memiliki tingkat depresi rendah.

Tingkat depresi dan stres yang lebih rendah bisa dipastikan dapat mempengaruhi kinerja kita menjadi lebih produktif.

“Jika (orang Islam) mengambil (mengislamkan) seorang perempuan Hindu, kami akan mengambil (menghindukan) 100 perempuan Muslim”Yogi Adityanath

“Jika (orang Islam) mengambil (mengislamkan) seorang perempuan Hindu, kami akan mengambil (menghindukan) 100 perempuan Muslim”

Putrajaya: Ajay Singh Bisht seorang sami Hindu yang juga dikenali sebagai Yogi Adityanath merangkap Menteri Besar Uttar Pradesh, dituduh sebagai dalang yang menyebarkan kebencian terhadap umat Islam.

Menteri Besar kepada negeri yang mempunyai lebih 200 juta penduduk itu sering dilihat membuat provokasi kepada penyokongnya untuk menentang dan menindas umat Islam di negara itu.

Yogi Adityanath juga telah diberi gelaran ‘Sami Militan’ kerana hasutan-hasutan yang dibuat ke atas penduduk bukan Hindu di India. Pada tahun 2014, Adityanath telah menghasut penyokongnya untuk menghindukan wanita-wanita Muslim sekiranya terdapat wanita Hindu yang diislamkan.

Pada tahun 2015 pula, Adityanath dalam satu ceramah berkata, jika diberi peluang, beliau akan meletakkan patung tuhan-tuhan Hindu dalam setiap masjid. “Jika (orang Islam) mengambil (mengislamkan) seorang perempuan Hindu, kami akan mengambil (menghindukan) 100 perempuan Muslim,” tegas Adityanath.

Sebelum itu pula, seorang penyokong Adityanath yang berkongsi pentas dengan beliau berikrar untuk mengubah setiap masjid yang ada untuk menjadi kuil serta mengubah laungan azan kepada laungan “Har Har Mahadev” dari masjid. Penyokong-penyokong Yogi Adityanath, juga mendesak tuntutan untuk menggali kubur-kubur wanita Islam dan merogol mayat mereka.

Adityanath yang juga merupakan seorang ahli parti nasionalis Hindu iaitu Bharatiya Janata Party (BJP) telah dikritik ramai kerana telah menyukarkan kehidupan penganut-penganut Islam di India.

Apabila disorot semula tragedi pada tahun 1992, lebih 2,000 nyawa yang tidak bersalah telah menjadi mangsa korban pelampau Hindu yang menyaksikan Masjid Babri di Ayodhya dirobohkan oleh sekumpulan pelampau Hindu yang juga terdiri daripada ahli-ahli parti nasionalis Hindu, BJP.

Tahun ini genap 25 tahun semenjak BJP, sebuah parti ekstremis Hindu, berjanji untuk membina Kuil Dewa Rama di tapak masjid yang telah dirobohkan itu.

Menurut akhbar Washington Post, Adityanath merupakan ‘senjata’ terakhir Narendra Modi untuk melaksanakan hegemoni Hindu di India.

AWAS!!! Ini Hadis- Hadis Palsu Yang Tersebar Dalam Group Whatapss. Baca Takut Anda “Ter” SHARE ke Group Sebelah !!

Beberapa Hadis Palsu yang tersebar dalam masyarakat

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد :

Al-Hamdulillah kita bersyukur kepada Allah swt kerana kita merupakan umat yang terpimpin. Hidup kita terpimpin dengan al-quran dan hadis nabi saw. Jika keadaan ini berterusan, Insyaallah kita akan selamat dan tidak akan sesat selama-lamanya.

Namun akhir-akhir ini kedapatan hadis-hadis nabi saw disebarkan dalam masyarakat kita sedangkan sebenarnya ia bukan hadis atau hadis tersebut dipertikaikan statusnya. Dalam kesempatan ini saya ingin mengingatkan beberapa hadis nabi yang dipertikaikan telah disebar secara meluas dalam masyarakat kita. Semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini saudara dan saudari dapat mengetahui status hadis-hadis yang disebarkan.

Berikut adalah contoh-contoh hadis maudhu’ (palsu) yang tersebar dalam masyarakat kita.

1-

أطلبوا العلم ولو بالصين

Maksudnya: “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”.(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak menghukumkannya maudu’)

Lihat Al-Samhudi. Al-Ghummaz min al-Lummaz.

2- أنا مدينة العلم وعلى بابها

Maksudnya: “Saya adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya”.(Ulamak menghukumkannya maudu’, walaupun ada sebahagian mereka menghukumkan doef)

Al-Bani. 2001. Silsilat al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdu’ah; Al-A’jluni. 1997. Kasyfu al-Khafa’ ; al-Suyuti. Al-Laali’ al-Masnua’h fi al-Ahadith al-Mauduah..

3- Hadith bermaksud: “Jika isteri berkata kepada suami belum pernah aku dapat merasa kebaikan darimu maka bererti gugur amalnya”.

Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhua’h.

4- Hadith bermaksud: “Apabila masuk bulan Syaa’ban perbaikilah niat kamu kerana bulan Syaa’ban atas bulan lain seperti kelebihanku atas para nabi”.

Ibn H.ajar mengatakan bahawa Hadis ini mawdu’ kerana al-Saqt.-i, salah seorang perawinya terkenal sebagai pemalsu hadis dan pereka sanad (تركيب الأسانيد). Perawi-perawi lain dalam sanad ini sama sekali tidak pernah meriwayatkan hadis ini. Jadi jelaslah bahawasanad dan hadis ini adalah rekaan al-Saqt.-i. (Ibn Hajar. Abu Fadl Ahmad Bin Ali al-Asqalani. 1988. Tabyin al-a’jaib bima wurid fi fadl Rajab. Dar al-Kutub Ilmiah Bairut.).

5- Hadith bermaksud: “Dinamakan Syaa’ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak”.

Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhuah. Jil 7

6- Hadis: “Barang siapa meringan-ringankan dan melalaikan akan sembahyang lima waktu yang difardhukan, disiksa oleh Allah dengan lima belas macam siksa. Enam siksa sewaktu di dunia ( semasa hayat ), tiga siksa sewaktu hampir ajalnya (matinya), tiga selama di kuburnya dan tiga siksa sewaktu berjumpa kelak dengan Tuhannya di hari berbangkit. Para Sahabat bertanya , apakah siksa yang didapatinya semasa di dunia, kata Nabi S.A.W.

Hilang berkat umurnya.

Hilang berkat rezekinya.

Dihilangkan Allah tanda orang soleh pada mukanya.

Tidak diakui ia masuk golongan Islam.

Segala amal baiknya yang dikerjakannya tidak ia memperoleh pahala.

Doanya tertolak.

Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al-Halabi Kaherah.

7- Kitab Dosa-dosa besar oleh Haji Abu Bakar Ya’qub, hlm 7. Poster-poster yang tergantung di dinding masjid.

  1. حب الوطن من الإيمان

 

Maksudnya: “Cintakan negara separuh daripada Iman”

Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al- Halabi Kaherah.

  1. من جلس فى طلب العلم حر آباءه وأمه وجدهفى القبر

 

Maksudnya: “Sesiapa yang duduk menuntut ilmu seolah-olah dia membebaskan ibu bapa dan datuknya dari siksaan kubur”.

Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. Jil 1

  1. Hadith bermaksud “Anak seorang yang hafiz boleh memberi syafaat 40 orang”.

 

Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. .

  1. الفكرة نصف العبادة

 

Maksudnya: “Berfikir satu perdua daripada ibadah”.

  1. Hadith bermaksud “Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suaminya dikutuk oleh malaikat di langit dan apa saja yang dilaluinya selain manusia dan jin sehingga kembali ke rumah”.

 

Hadis ini dihukumkan palsu oleh beberapa ulama seperti Ibn Arra-q, Ibn T.a-hir al-Maqdis-i dan al-Muna-w-i. Sebabnya adalah kerana dalam sanadnya terdapat Ibra- h-im b. Hudbah, dia dituduh pendusta oleh Ibn Ma’in, Al-i b. Tha- bit dan al-Dhahab-i.(al-Kannani. 1981.Tanzi-h al-shari-ah. ; al-Muna-wi-. Abd Rauf Bin Taj al-A’rifin. 1972. Fayd. al-Qadi-r. Dar al-Ma’rifah Bairut.)

  1. Hadith bermaksud “Barang siapa yang memenuhi hajat dari peminum arak, tak ubahnya ia meruntuhkan agama Islam”.

 

Hadith ini tidak ada asalnya, ternyata ia adalah mawdu’ kerana terdapat unsur-unsur mubalaghah.

  1. Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W tentang fadhilat (kelebihan)sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:

 

Malam 1 : keluar dosa-dosaOrang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitil Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf) serta batu-batu dan tanah- tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan nabi Musa serta menolong nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 : Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : keluar ia daripada dunia ( mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : datang ia pada hari Qiamat dalam muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : datang malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakanya supaya Allah mengampunkannya.

Malam16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam 18 : Seru malaikat :Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau ( yang masih hidup atau mati)

Malam 19 :Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-taip dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar).

Malam 23: `Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.

Malam 24 : ` Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian siratol mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali ,lalu ber Firman: “Hai hambaku : makanlah segala jenis buah–buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al- Kauthar”.

Terdapat tanda-tanda mubalaghah dalam hadith ini yang menunjukkan hadith mawdu’.

15.

من زار عالما فكانما زار بيت المقدس محتسبا وحرام لحمه وجسده على النار ومن أدرك مجلس عالم فليس عليه فى القيامة شدة ولاحساب

Maksudnya: “Sesiapa menziarahi orang alim seolah-olah ia menziarahi Baitul Maqdis hal keadaan mengira-ngira (untuk dapatkan pahala) ia dan mengharam oleh Allah akan dagingnya dan tubuhnya atas api neraka dan barang siapa mendapat ia akan majlis orang alim maka tiada atasnya kesengsaraan huru hara pada hari kiamat dan tidak dihisab”.[1]

  1. Hadith bermaksud “Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadan bulan umatku”

 

Dalam sanad Hadis ini terdapat Al-i b. Abd Allah b. Jahdam al-Suda-’-i yang lebih dikenali dengan nama Ibn Jahdam, dia dituduh pendusta. Sedangkan beberapa perawi lainnya dalam sanad ini tidak dikenali, bahkan beberapa ulama Hadis mengatakan bahawa barangkali mereka belum lagi dilahirkan (لعلهم لم يخلقوا). Hadis ini telah dihukumkan palsu oleh Ibn al-Jawz-i, Ibn Qayyim, Ibn H.ajar, al-Suyu-t.-i dan lain-lain. (Ibn al-Jawzi-. al-Mawd.u-a-t; Ibn Qayyim. al-Mana-r al-muni-f. ; Ibn H.ajar. Tabyi-n al-a’jaib; al-Suyu-t.i-. al-La’a-li’).

17- Hadith bermaksud “Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga Firdaus. Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajjal di hari Qiamat. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka padanya lapan pintu syurga”.

Dalam sanad al-Bayhaq-i terdapat beberapa perawi yang dhoe’f, amat dhoe’f dan seorang yang dituduh meriwayatkan hadith palsu daripada perawi thiqah. Antaranya adalah Uthman b. Mat.ar, dia dhoe’f menurut Abu- Hatim, al-Nasa-’-i, al-Dhahab-i dan Ibn H.ajar. Abu- Salih. Abd al-Ghafu-r al-Wa-sit.-i, menurut al-Bukha-r-i mereka meninggalkannya dan hadithnya munkar (تركوه وهو منكر الحديث). Ibn A’diy berkata: Dia dhoe’f dan hadithnya munkar (ضعيف منكر الحديث). Al-Nasa’i berpendapat dia متروك الحديث. Ibn H.ibba-n pula menyatakan bahawa dia meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi thiqah(كان يروي الموضوعات عن الثقات). Al-Bayhaq-i yang meriwayatkan hadith ini hanya mengatakan bahawa sanadnya dhoe’f, akan tetapi Ibn H.ajar yang kemudian diikuti oleh al-Kannani menghukumkannya dengan palsu. (al-Bayhaqi-. Abu Bakar Ahmad Bin al-Husayn Bin A’li al-Naisaburi. 1990. Fadh.a-’il al-awqa-t. Maktabah al-Manarah Makkah.; al-Haythami-. Nur al-Din Ali Bin Abi Bakar. 1982. Majma’ al-zawa-’id. Dar al-Kutub al-A’rabi Bairut; Ibn H.ajar.Tabyi-n al-a’jab; Al-Kannani. Tanzi-h al-shari-a’h; al-Dhahabi-Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman. T. Tarikh.Mi-za-n al-I’tida-l. Dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabi Mesir; Ibn H.ibba-n. Muhammad Bin Hibban Bin Abi Hatim al-Busti. 1975. al-Majru-h.i-n minal-Muhaddithin wa al-dhua’fa’ wa al-matrukin. Dar al-Wa’yi Halab.

18

أيما إمرأة كلحت فى وجه زوجها فهى فى سخطالله الى أن تضا حكمه وتسترضيه

Maksud “Siapa saja seorang isteri bermuka muram di muka suaminya, maka dia di dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang dan gembira kepada suaminya dan mohon kerelaannya”.

Hadith ini dihukumkan palsu kerana ia tidak terdapat di dalam sumber kitab-kitab hadith dan sanadnya tidak dijumpai.

Demikianlah beberapa hadis yang dipertikaikan telah tersebar dalam masyarakat kita. Semoga kita semua terselamat daripada memperkatakan sesuatu hadis yang tidak disebut oleh Rasulullah SAW.

Sekian Wallahu A’lam.

Rahsia Nak Murah Rezeki? “Gemukkan” Dulu Hati Isteri

Apakah kaitannya rezeki dengan isteri? Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia.

Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang senantiasa bersyukur.

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang kaitan murah rezeki dengan isteri.
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?

Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak…

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..

Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita.

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena…

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan mentaati suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami walau dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar.

Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami agar sentiasa memiliki energi positif untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri.

 

Kongsikan…Doa untuk Mudah Berhenti Merokok. Suami Kena Amalkan Kalau betul Sayang Anak Isteri !!

 

Anda berhajat untuk berhenti merokok? Amalkan doa untuk berhenti merokok seperti berikut:

Baca kombinasi doa-doa berikut:

  1. Baca Surah al-Fatihah
    2. Selawat Nabi sebanyak 100 kali
    3. Ayat Kursi 100 kali
    4. Surah al-Ikhlas 100 kali
    5. Baca Surah al-Maidah ayat 90-92 sebanyak 70 kali

Insya-Allah, masalah tersebut boleh dihentikan dengan usaha dan istiqamah.

 

BAKAL IBU, WAJIB BACA!!! 6 DOA INI JIKA DIBACA SEMASA MENGANDUNG SAMPAI MELAHIRKAN, INSYAALLAH ANAK DENGAR KATA, TAK MERAGAM KETIKA MEMBESAR

Waktu hamil ibu bukan saja perlu jaga makan. Emosi dan kerohanian juga perlu dipertingkatkan agar bayi yang dikandungkan boleh membesar dalam perut dengan tenang dan sihat emosinya. Pesanan yang dikongsikan oleh Puan Tohirah Sufi, Pengasas Rumah Anak Yatim & Miskin Dynasti ini boleh dijadikan panduan buat ibu yang sedang hamil.

Ada jiran datang nak hantar anak tuisyen di rumah saya. Dan dia tanya, waktu mengajar baby tak meragam ke. Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi Alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung.

6 Tip Yang Diamalkan Ketika Mengandung/Selepas Melahirkan/Sepanjang Membesarkan Anak

1. Amal Bacaan Ruqyah

Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah (semasa mengandung lagi perlu baca, moga Allah lindungi kandungan)

2. Zikir Nama Allah

Ya Badi’ Ya Jamil (Semoga Allah anugerahkan kecantikan dan keindahan anak).
Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjukNya dan kelembutan).
Ya Kholiq Ya Bari’ Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa)
Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikn anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji)
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak)

3.Selepas Dilahirkan

Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian, susukan, bacalah:

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma faqqiha fid din, wa’alimha fit takwil (untuk anak perempuan).
Maknanya: Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil. Aameen..

4. Sambil Usap Rambut Dan Kepala, Bacalah

Sambil-sambil usap rambut dan kepala anak, baca juga surah Al Fatihah, surah Toha, Al Insyirah untuk anak lembut hatinya.

5. Bacakan Doa Ketenangan

Bacakan juga surah Yassin untuk ketenangannya, surah al Nahl (anak yang berdisiplin), At Taubah, Yusof, Al Luqman. Moga jiwa anak terpelihara, cantik akhlak dan mendengar kata.

6. Meriahkan Susu Ibu Dengan Surah Al Hujurat

InshaAllah, meriahkan susu ibu dengan amalan surah al Hujurat.

Sedikit perkongsian dari hamba Allah yang kerdil. Semoga dimanfaatkan bersama.

Bantu Sebarkan…4 Amal Soleh Manusia Menjadi Pemberat Semasa Timbangan Amal (Mizan) Di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Timbangan amal (mizan) adalah tempat penentuan seseorang hamba Allah itu samaada akan ditempatkan disyurga atau neraka. Jika berat pahala/ kebaikannya maka syurgalah balasannya begitu juga jika berat dosa/ amalan buruknya maka nerakalah balasan yang akan diterima.

Untuk menyelamatkan kita dengan mendapat berat amal kebaikannya maka perlulah berusaha mencari jenis-jenis amalan yang boleh menjadikan amal kebaikan kita menjadi berat semasa ditimbang.

Terdapat empat amalan yang boleh menambahkan berat timbangan amal seseorang di hari akhirat iaitu :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Ketiga : Akhlak yang baik.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Huraiannya :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Puasa yang dikerjakan dengan ikhlas mengikut tuntutan syarak akan menerima ganjaran pahala yang amat besar (dengan rahmatNya), hanya Allah Subhanahu Wa Taalah yang mengetahuinya.

Menurut alim ulamak, di akhirat kelak, jika kita telah ketandusan pahala kerana membayar hutang kepada penuntut-penuntut hutang pahala di atas dosa-dosa yang kita lakukan terhadap seseorang semasa di dunia, pahala puasa tidak akan diberi sebagai membayar hutang. Pahala puasa akan hanya digunakan apabila kita menghadapi timbangan amal (mizan) untuk menimbang dosa dan pahala di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala kelak. Dengan rahmatNya, Allah Subhanahu Wa Taala akan membayarnya dengan pahala puasa kita (hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui nilai tersebut).

Status orang yang berpuasa dengan ikhlas dan taat (berkualiti) begitu istimewa disisi Allah Subhanahu Wa Taalah. Puasa yang ikhlas adalah ibarat perisai, pendinding dan benteng dari kelemahan rohani dan jasmani sekali gus menghindarkan kita dari dosa-dosa besar dan kecil.

Firman Allah SWT maksudnya : “Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah kepunyaanKu, dan Akulah yang akan membalasnya. Dan bagi orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Satu kegembiraan ketika berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika menemui Tuhannya (menerima balasan yang telah dijanjikanNya). Dan sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada kasturi.” (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani dalam al Kabir dari Ibnu Mas’ud dan lain-lain)

Di dalam satu lagi Hadis Qudsi Allah Subhanahu Wa Taalah berfirman maksudnya: “Puasa itu dinding atau perisai dari api neraka dan ia adalah untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (yang berpuasa) meninggalkan nafsu syahwat, meninggalkan makan dan minum kerana Aku. Sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi”. (Hadis Qudsi Riwayat Baghawi, Tabrani dan ‘Abdan bin Basyir dari Ibnu Khasasiah).

Dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud : “Di syurga terdapat lapan pintu, diantaranya ada pintu bernama Ar-Royyaan. Tidak diperkenankan masuk melaluinya kecuali orang-orang yang berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Sahl bin Sa’d).

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Nabi SAW ada memberi pesanan bahawa ada terdapat sebuah zikir yang mudah diulangkan setiap saat, namun berat di timbangan amalan. Zikir tersebut adalah bacaan “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

“Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (Hadis Riwayat Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

Ketiga : Akhlak yang baik.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ الْفَمُ وَالْفَرْجُ

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab, “Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” Dan baginda juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, maka baginda menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat. At-Tirmizi no. 2004)

Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَةَ الصَّائِمِ الْقَائِمِ

Maksudnya : “Sesungguhnya seorang mukmin betul-betul akan mendapatkan kedudukan ahli puasa dan solat dengan akhlak baiknya.” (Hadis Riwayat. Abu Daud no. 4798 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dlm Shahih Al-Jami’ no. 1932)

Apakah yang dimaksudkan akhlak yang baik?

1. Membuangkan semua sifat-sifat mazmumah seperi riak, sombong, bongkak, takbur, iri hati, hasad dengki, suka mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan suka memutuskan silaturahim, suka dedahkan aib orang lain dan sebagainya.

2. Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, amanah, sabar , zuhud, qanaah, syukur, reda dengan takdir Allah dan lain-lain lagi.

3. Istiqamah dengan amal Islam, amal ibadah dan amal-amal soleh seperti suka bersedekah, suka membantu orang lain, berdakwah, amal makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, “Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, ‘Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).’ Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;’ Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar’. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: ‘Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,’ lalu ia bertanya:’ Apakah itu’. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.’ ”

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW.bersabda maksudnya : “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita pertingkatkan amal-amal soleh kita dan lakukanlah semata-mata kerana Allah SWT. Pertingkatkan empat amalan kebaikan seperti di atas sebagai usaha-usaha kita untuk memberatkan timbangan amal pahala kita ketika menghadapi hisab (mizan) di hari akhirat nanti. Jadikanlah puasa Ramadan kita sebagai amalan pertama yang akan mendapat kurniaan Allah SWT, berat timbangan amal dan dimasukkan-Nya kita kesyurga dengan rahmat -Nya. Wauallahualam.