Browse Month: October 2017

Masih Ingat Cerita Seorang “Makcik” Di TBS, Kali Ini Jemaah masjid pula jadi mangsa ‘kencing’ makcik puaka ini

Sila baca karangan panjang saya. Tolonglah kongsikan pos saya ini supaya tidak ramai yang terus terkena.

Pada hari Rabu yang lepas, saya ada kerja rumah yang mahu disiapkan sebab due untuk berjumpa dengan penyelia saya pada hari Jumaat ini. Jadi, saya ambil keputusan untuk menyiapkan kerja saya di perpustakaan. Tetapi hari itu, hati tetiba terasa macam mahu buat kerja di Masjid Jalan Duta sebab terletak berdekatan dengan pejabat suami dan boleh pergi sekali.

Setibanya di masjid dalam jam 1030 pagi, saya pun bukalah laptop saya dan jurnal untuk dibaca sebelum mula menulis. Lebih kurang dalam pukul 1130 pagi macam itu, saya nampak ada seorang makcik ini tengah berjalan ke arah saya. Nampak kelam-kabut. Dia bertanya kepada saya sama ada saf ini saf perempuan. Saya jawab, iya betul makcik.

Jadi dari sinilah bermulanya cerita. Makcik tadi beritahu yang dia datang dari Penang mahu menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Dia datang naik bas, tetapi beg bagasi dia sudah hilang dan ‘paling sedih’ bila duit semua sudah tiada.

Dia beritahu yang dia tadi menangis di balai polis, tetapi macam tidak berguna, jadi makcik ambil keputusan untuk singgah di masjid. Saya pun tanya dia, makcik datang seorang diri kah? Balas dia, iya, makcik datang seorang diri saja.

Tambah makcik itu lagi, tahun lepas dia kemalangan di Rawang, suami dan anak dia meninggal. Makcik koma sebulan.

Makcik itu kata yang dia bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Methodist Boys’ School di Pulau Pinang, tetapi sekarang tengah bercuti tanpa gaji. Alasanya tidak boleh fokus mengajar di sekolah. Dia sekarang mengajar di sekolah anak yatim.

Saya minta nombor telefon dia, dia bagi tetapi katanya telefon dia rosak dan sedang dibaiki.

Disebabkan terkesan dengan penderitaan makcik itu, saya pun tawarkan untuk menghantarnya ke HKL. Memandangkan suami saya perlu ke mahkamah di Seremban pada pukul 230 petang, jadi saya fikir sempat kot.

Saya pun Whatsapplah suami. Suami macam keberatan, tetapi dia kemudiannya izinkan saya. Dia siap pesan lagi supaya menjaga dompet, telefon dan laptop elok-elok sebab suami tahu yang saya ini jenis yang cuai.

Masa solat Zohor, makcik ini solat di sebelah saya dan masa solat itulah saya berdoa;

“Ya Allah, kalau makcik ini menipu dan membahayakan aku dan suami, tolonglah jangan izinkan kami tumpangkan dia.”

Tepat jam 215 petang suami telefon. Saya tiba-tiba terasa mahu buang air kecil dan minta suami tunggu sekejap. Tiba-tiba sebab lama sangat buang air, suami saya pun tempahlah Uber untuk makcik ini. Sayang sudah lambat, tadi ralit sangat buat kerja. Saya pun tidak membantah.

Lepas itu kami pun balik. Makcik ini pun balik. Sebelum balik saya bagi dia RM50, saya berniat;

“Ya Allah, kalau suatu hari nanti mak ayah aku ataupun mak dan ayah mentua aku susah, kau datangkanlah orang untuk membantu mereka.”

Petang itu saya call Sekolah Methodist ini mahu sahkan ada atau tidak guru yang bernama Siti Hajar mengajar di sana, kerani itu beritahu tiada. Saya bersangka baik, mungkin dia sudah cuti dari tahun lepas lagi.

Seperti biasa, saya akan cerita pada kawan saya. Dia kemudiannya bagi saya link. Ada satu makcik ini kena berhati-hati.

Jenggg. Saya sudah ditipu. Saya tidak marah pun makcik itu. Malah saya yakin Allah SWT akan bayar balik duit RM50 itu dengan cara yang lain. Tetapi, makcik, itu rumah Allah SWT. Saya dengan ini sertakan gambar swafoto saya dengan makcik itu. Saya sengaja ambil sebab tergerak hati pada masa itu.

Sumber: Norfadhlina Md Noor

 

Kongsikan!!!Hilangkan Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan Mahkluk Halus, Cuba Petua Ni

Cara ini digunakan untuk menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.

Caranya mudah sahaja.

  1. Beli 1pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut..
  2. Perahkan Limau Nipis@Limau purut dalam 4ke 5 biji dalam baldi

Sebelum Mandi Anda baca:

  1. Al-Fatihah 3x
  2. Al-Ikhlas 3x
  3. Dan Selawat 3x..
    *Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi.

Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir, mandi dulu dengan Air biasa baru mandi air limau ini. Mula Mandi Dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.

Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. badan, kepala akan menjadi ringan. Sekiranya anda sedawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.

Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin dan bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas subuh dan selepas maghrib.

Izin Allah inshaaAllah sembuh.

Semoga bermanfaat.

Orang Jepun Berkongsi Tips Bagi Menghilangkan Masalah Perut Buncit Dalam Masa 2 Minit. Bantu Sebarkan!!!

Miki Ryosuke menemui satu kaedah yang menarik yang membantu beliau untuk kehilangan 13 kg dan 12 cm (4.7 “) dari pinggang ke dalam hanya beberapa minggu. Keputusan ini adalah kesan sampingan daripada latihan sakit belakang yang ditetapkan oleh doktor kepadanya , dan latihan ini mengambil masa hanya 2 minit sehari.

Admin menjemput korang untuk mencuba teknik ini dan memahami dengan baik bagaimana teknik dapat membantu korang menurunkan berat badan.

Bagaimana ia berfungsi

Ryosuke meletakkan nama latihan tersebut sebagai diet penafasan. Teknik ini mengambil kedudukan yang tertentu, mengambil nafas selama tiga saat, dan kemudian pelepasan nafas yang kuat selama tujuh saat.

Kebanyakan doktor di Eropah menyokong penggunaan senaman pernafasan untuk penurunan berat badan dan menerangkan keberkesanannya seperti berikut: lemak terdiri daripada oksigen, karbon, dan hidrogen. Apabila oksigen yang kita sedut dalam mencapai sel-sel lemak, ia berpecah akan ke dalam komponen (karbon dan air). Oleh itu, oksigen dalam badan kita menggunakan lebih banyak lemak yang kita bakar.

Apa langkah yang perlu dilakukan

Melakukan senaman setiap hari untuk 2-10 minit.

Berdiri, dan tolak satu kaki ke hadapan dan kebelakang. tak kisah lah mana-mana kaki pon boleh.
Sekarang anda perlu tegangkan punggung anda dan pindahkan berat badan anda ke kaki belakang anda.

Mula dengan tarik nafas perlahan-lahan selama 3 saat, mengangkat tangan anda di atas kepala anda.
Kemudian menghembus nafas dengan kuat selama 7 saat, meneran otot semua badan anda dan yang paling penting adalah kosisten yang sangat diperlukan.

Di samping itu, pakar berkata, teknik ini akan menguatkan otot badan dan meningkatkan metabolisme.

Selamat mencuba;)

Kongsikan!!! Cara Kekalkan Kesegaran Daun Herba Agar Kekal Segar Walau Lebih Dari Sebulan

Daun-daunan herba seperti daun limau purut, daun selasih, daun bay, daun kari dan sebagainya pasti menjadi stok di dalam peti ais bukan? Jika ada stok di rumah, memang mudahkan kerja-kerja memasak. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.

Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering.

Kemudian simpan di dalam bekas kedap Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba.

Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering. Kemudian simpan di dalam bekas kedap

Awas Kepada Pemakai Tudung!!! Jauhilah 18 Kesalahan Bertudung Ini Yang SERIUS!

Kesalahan bertudung

Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.

Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.

Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.

Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.

Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.

Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.

Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.

Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.

Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).

Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]

Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !

Bantu Sebarkan…5 amalan ibadah ini kunci untuk kulit kelihatan lebih tegang dan berseri..amalkan, InsyaAllah berkesan

Kita hidup di dunia ini tidaklah sendirian, kerana ada selalu banyak orang di sekeliling kita yang selalu memperhatikan dan merenung penampilan diri kita. Maka dari itu, tanpa disedari kita selalu berdiri berlama-lama di depan cermin hanya untuk melihat apakah diri kita sudah cukup sempurna atau belum.

Tidak hanya wanita, lelaki mesti melakukan hal yang sama untuk masalah penampilan. Serta wajah dan kulit sering menjadi perkara utama dalam penampilan untuk menjadi lebih awet muda. Berbicara mengenai awet muda tentunya semua orang pasti menginginkannya. Tapi, bagaimanakah caranya untuk menjadi awet muda yang sesuai dengan pandangan islam? Berikut ulasannya:

Ubat awet muda menurut pandangan Islam

Dalam urusan penampilan terkadang kita tak lokek dalam mengeluarkan duit untuk produk-produk yang mahal dan rawatan wajah, facial ultrasonik, dan sebagainya. Tiada masalah dalam menjaga penampilan selagi tidak melampaui batas dan mengubah Sunatullah yang Allah s.w.t ciptakan. sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla:

“Dialah yang telah menciptakan untukmu apa yang ada dibumi ini.”(QS. Al Baqarah: 29)

Air Wuduk

Dalam hal penampilan memang ada banyak cara yang dapat di lakukan selagi tidak memudaratkan. Tapi dalam islam sesungguhnya banyak perkara ibadah yang memberi kesan kepada fizikal dan rohani secara lansung tanpa disedari. Air Wuduk seperti yang sudah kita ketahui, air wuduk itu memiliki banyak keutamaan seperti salah satu keutamaannya ialah anggota tubuh yang terkena wuduk akan bercahaya pada hari kiamat nanti dan ternyata air wuduk juga membuat kita bercahaya di dunia. Maka dari itulah air wuduk termasuk dalam tips awet muda.

Lantas mengapa air wuduk menjadi salah satu ubat awet muda. Menurut penelitian, kulit merupakan organ paling besar pada tubuh kita yang fungsi utamanya adalah meliputi tubuh serta melindungi tubuh dari kuman, racun, dan radiasi. Dengan kita bersuci maka akan terjadi proses keremajaan dan pembersihan kulit, selaput lendir dan membersihkan lubang-lubang tubuh yang berhubungan dengan keadaan luar seperti pori-pori kulit, rongga mulut, hidung, dan telinga. Maka dari itu air wuduk merupakan cara mudah untuk membuat orang menjadi lebih awet muda.

Senyum

Selain air wuduk senyum pun menjadi salah satu cara untuk meremajakan kulit. Menurut pakar kesihatan, ketika seseorang senyum dia hanya menggunakan 17 otot wajah. Sedangkan ketika seseorang berkerut maka dia menggunakan 43 otot wajah. Dimana otot yang banyak itu akan tertarik sehingga dapat menimbulkan kerutan di wajah. Disamping itu, dengan tersenyum otot wajah kita akan tetap terjaga ketegangannya.

Tersenyum juga dapat memberikan kesan ketenangan pada hati, menjadikan kita semangat, dan selalu berhusnudzan. Selain itu, ketika kita tersenyum kepada orang lain, tanpa terasa kita sedang memberi kebahagiaan pada orang tersebut.

Solat Tahajud

Sebagai seorang muslim melaksanakan solat merupakan hal yang wajib dan solat malam seperti tahajud meskipun hukumnya sunah, ternyata itu merupakan ubat awet muda menurut islam. Dalam hal ini Rasulullah bersabda:

“Barang siapa yang banyak menunaikan solat malam, maka wajahnya akan terlihat tampan/cantik di siang hari.” (HR. Ibnu Majah)

Melihat dari sabda Rasulullah tersirat bahawa solat malam akan membuat wajah kita terlihat bersinar dan bercahaya disiang harinya. Kenapa? menurut penelitian dari Prof.Dr. Muhammad Soleh dari Universiti ternama di Surabaya. Solat tahajud merupakan solat yang dilakukan di penghujung malam yang sunyi. Dimana hal tersebut dapat mendatangkan ketenangan, dimana ketenangan itu sendiri terbukti mampu meningkatkan ketahanan tubuh imunilogi, mengurangi risiko terkena penyakit jantung dan meningkatkan usia .

Puasa

Puasa merupakan salah satu ubat awet muda. Hal ini terbukti dari penelitian Alan Chot seorang ahli dari Amerika. Dia adalah seorang penulis buku Why Fast? yang telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian ilmuan dari berbagai negara.

Mengenai hikmah puasa, dimana salah satu himahnya yaitu dapat memperlambat proses penuaan. Hal tersebut diperkuat oleh Albenia M. Furkon direktur lembaga makanan sehat di Amerika Serikat. Ia menyatakan bahwa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara alami. Puasa menghasilkan pesona diri dan ketenangan serta menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh.

Menahan Amarah

Orang yang sering marah-marah atau mengumbar rasa marah tanpa ada keinginan untuk mengawalnya. Maka ia akan memiliki wajah yang lebih cepat mengalami proses penuaan . Kenapa? Kerana kemarahan merupakan jenis emosi yang mempu membuat otot-otot pada wajah menegang, ketegangan yang tidak terkawal akan menyebabkan kulit lebih cepat berkedut dan lebih matang.

Tidak hanya itu, perasaan marah mendorong menyebarnya hormon kortisol yang mengakibatkan produksi kolagen pada kulit berkurang. Dimana sebenarnya kolagen adalah bahan utama untuk membuat kulit awet muda, tegang dan kenyal.

Oleh karena itu Rasulullah salalahualaihiwasalam menganjurkan ummatnya untuk menahan amarah beliau pun bersabda:

“Barangsiapa yang menahan kemarahannya padahal dia mampu untuk melampiaskannya maka Allah Azza wa Jalla akan memanggilnya (membanggakannya) pada hari kiamat di hadapan semua manusia sampai (kemudian) Allah membiarkannya memilih bidadari bermata jeli yang disukainya.” (HR. Abu dawud (no. 4777). Hasan)

Itulah tips awet muda menurut pandangan Islam. Ternyata hal-hal kecil yang tidak kita sedari dapat membuat kita menjadi awet muda. Tidak perlu mengeluarkan modal yang besar ataupun datang ketempat kecantikan untuk membuat kulit tidak terlihat berkedut.

Semoga informasi ini dapat kita menghargai tubuh sendiri. Serta bersyukur atas apa yang Allah berikan kepada kita. Kerana sesungguhnya kecantikan alami dan abadi hanyalah terletak pada hati iman dan takwa. Aamiin

Awas!!! Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat

Perasan atau tidak ketika sujud dalam solat ada bermacam cara meletak atau menyusun jari kaki kita di lantai. Ada yang letak di hujung kuku, ada yang bersilang dan bermacam-macam lagi.Pada kali ini jom kita tengok bagaimana kedudukan sebenar jari kaki kita ketika sujud.

Kedudukan yang betul ialah dengan melipat hujung jari kaki sehingga perut jari kaki itu dirasa menyentuh ke bumi. Sekurang-kurangnya ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya( pada kedua-dua belah kaki). Jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh menjadi batal kerana ia merupakan anggota wajib yang 7. Justeru bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.

Soalan: Kalau macam ini cara sebenarnya jadi selama ini tak sah lah solat saya?
Jawapan: Menurut Imam al-Nawawi Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan perut hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka tidak sah solatnya. Tetapi jika dia melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima.

Amalkan Campuran Dua Gabungan Mujarab Ini Untuk Atasi Bersin Dan Resdung Teruk, Kena Cuba!

Mungkin bagi mereka yang tidak mengalami masalah resdung tidak merasa betapa sengsaranya setiap pagi. Bagi yang mengalami masalah ini, kegatalan muka dan kepala ditambah dengan bersin bertubi-tubi serta tidak terkawal buat kita rasa resah dan tertekan.

Akibat daripada ini mata akan menjadi bengkak dan sembab lebih-lebih lagi ketika hendak pergi kerja. Itu belum masuk lagi rasa gatal di seluruh muka terutama kening dan hidung. Inilah kesusahan yang terpaksa di lalui oleh mereka yang mengalami masalah resdung teruk.

Ada yang mengamalkan bedak resdung yang dibacakan beberapa ayat namun petua ini boleh juga anda cuba. Jika bersesuaian dengan kulit muka anda, insyaallah masalah resdung akan semakin berkurangan. Jadi kena cuba.

BAHAN-BAHAN:

8 biji limau nipis

10 helai daun pandan

Caranya ikuti langkah yang diberikan ini.

  1. Hiris daun pandan halus seperti bunga bunga rampai.
  2. Kemudian perahkan limau nipis ke dalamnya. Gaulkan hingga rata dan sebati.
  3. Sapukan pada keseluruhan muka terutama pada kawasan muka yang gatal. Biarkan seketika.

Apa yang anda perlu tahu, jika petua ini bersesuaian dengan anda, tak sampai lima minit, ulat resdung akan keluar melalui kulit muka. Kawasan paling banyak adalah melalui kening dan juga hidung.

Jangan terus berhenti sebaliknya lakukan petua ini berkali-kali. Disyorkan buat tiga kali seminggu supaya nampak cepat hasilnya. Antara waktu yang paling mustajab untuk melakukan rawatan ini adalah antara jam 10 pagi hingga 3 petang. Anggaran waktu ini dikatakan adalah waktu virus sedang aktif. Jadi usahakan buat sekitar jam ini.

Namun kalau tak ada masa, boleh juga melakukannya di malam hari. Malah yang anda nak tahu, campuran dua bahan ini juga boleh disimpan di dalam peti ais tetapi keberkesanannya sedikit kurang berbanding yang masih baru.

Selamat mencuba!

SUBHANALLAH…SESIAPA YANG MEMBACA DOA INI SELEPAS AZAN, MAKA HALAL BAGINYA SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW DI HARI KIAMAT NANTI. BACA DAN SEBARKAN..

PENTING: SESIAPA YANG MEMBACA DOA INI SELEPAS AZAN, MAKA HALAL BAGINYA SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW DI HARI KIAMAT NANTI!!! SEBARKAN UNTUK MANFAAT SEMUA!!!

Azan adalah kalimat yang sentiasa berkumandang di negara kita. Sebagai Muslim, seruan azan ini amat penting kerana ia menjadi tanda masuknya waktu solat fardu lima kali sehari semalam. Mereka yang me­nunggu-nunggu waktu solat dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan di akhirat kelak.

Gambaran tentang keadaan di mahsyar sudah banyak kita dengar dan baca. Umumnya ia adalah keadaan yang amat sulit dan sukar diluahkan dengan kata-kata. Bagi menggambarkan suasana itu, Allah berfirman yang bermaksud:

“Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, daripada ibu bapanya, daripada isteri dan anak-anaknya. Setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya”. (Abasa: 34-37)

Di mahsyar, jutaan manusia berkumpul, tingkah lakunya tidak keruan, merasakan sangat lapar dan dahaga, panas terik kerana matahari berada sejengkal di atas kepala. Masing-masing sangat susah sehingga badannya panas, otaknya mendidih, menangis dengan keluh kesah dan menyesal. Menyesali perbuatannya ketika di dunia.

Keadaan yang sangat panas menyebabkan peluh mengalir deras persis diperah. Peluh orang sekian banyak memenuhi mahsyar sehingga seperti air bah. Semua orang tenggelam oleh banjir peluh.

Ada yang sampai buku lali, ada yang sampai ke betis, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke paha dan ada yang tenggelam terus dalam peluh. Semua itu menurut dosa masing-masing ketika di dunia.

Setelah manusia merasakan kesusahan yang tidak ter­hingga beribu tahun lamanya, dan kesudahan yang mencapai puncaknya, maka mereka mencari syafaat (pertolong­an) para nabi supaya memohon syafaat kepada Allah.

Justeru amat penting bagi kita berusaha melakukan amalan yang mana akan menjamin Rasulullah SAW memberi syafaat dalam saat-saat yang sangat genting di mahsyar. Antara amalan yang mudah tetapi mampu memberi syafaat adalah membaca doa selepas azan. Sayangnya masih ramai yang tidak mengambil serius bab ini.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;

“Siapa yang mengucapkan selepas mendengar azan: Allaahumma Rabba hadzihi al-da’wati al-taammati wa al-solati al-qa-imah, Aati Muhammadan al-wasilata wa al-fadhilah, wab’atshu Maqaman Mahmudan alladzi wa’adtah” (Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang didirikan, berilah kepada Muhammad al-wasilah dan kelebihan, dan bangkitkan baginda di kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan baginya); maka halal baginya syafaatku pada hari kiamat. (Riwayat Bukhari)

Secara umum, syafaat bererti perantara seseorang de­ngan yang lain; sama ada antara manusia dengan manusia, atau dalam isu ini antara hamba dengan Allah, demi mendapat maslahat atau menolak mudarat. Syafaat Nabi SAW bermaksud Rasulullah SAW menjadi perantara antara umat baginda dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW dikurniakan syafaat Al-Uzhma (yang paling besar) seperti yang disebut dalam hadis di mana semua nabi menolak memberi syafaat sehingga akhirnya manusia pergi kepada Nabi Muhammad SAW.

Kedua, syafaat kepada ahli syurga untuk masuk syurga. Rasulullah akan menjadi penghulu bagi seluruh ahli syurga.

Ketiga, syafaat untuk pak cik baginda, Abu Talib. Walaupun mati dalam kekufuran, disebabkan beliau menjaga nabi daripada gangguan kafir Quraisy, Allah mengizinkan Rasulullah memberi syafaat kepadanya dengan dikurangkan azab neraka ke atasnya. Azab paling minimum itu di mana api neraka hanya sampai di pergelangan kakinya pun begitu, ia menggelegakkan otak.

Keempat, syafaat untuk mengeluarkan pelaku dosa besar atau kecil dari neraka dan dimasukkan ke syurga, dan kepada orang yang masuk neraka untuk tidak masuk neraka.

Bersabar Dan Bertawakkallah, Allah SWT Memberi 5 Jenis Ujian Kesusahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa-dosa Manusia.

Dalam hidupnya, manusia tidak pernah luput dari kesusahan. Tidak selamanya hal-hal yang menyenangkan akan terus berlaku dalam kehidupan manusia. Sebab ada kalanya manusia perlu merasakan hal-hal yang tidak menyenangkan dalam hidupnya sebagai pembelajaran.

Bahkan para Nabi pun diuji dengan berbagai macam cobaan. Dari banyaknya kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT, terdapat 5 jenis ujian yang boleh mneghapuskan dosa-dosa yang dilakukan manusia.

Apa 5 jenis kesusahan tersebut?

Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan menimpa muslim sakit, keletihan, kebimbangan, gangguan, kesedihan dan duka hingga duri yang mengenai dirinya. Kecuali Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. ”

Berikut ini 5 kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT untuk menghapuskan dosa manusia:

  1. Keletihan

Keletihan adalah kesusahan yang pertama yang akan diberikan oleh Allah SWT. Keletihan ini biasanya terjadi pada seseorang yang bekerja tanpa berehat. Dia akan merasakan keletihan yang berat. Kerana merasa lelah, dia sukar untuk melakukan aktiviti yang lain.

Tetapi percayalah bahawa Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu jika seorang hamba dapat mengatasi keletihan yang dihadapinya. Setiap keringat yang dikeluarkan akan bernilai ibadah bagi Allah SWT.

  1. Sakit

Kesusahan lain iaitu merasakan sakit. Setiap manusia pasti pernah merasakan sakit dalam hidupnya walaupun hanya sekali. Rasa sakit yang dianugerahkan oleh Allah SWT terasa amat menyeksa.

Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda, “Setiap muslim yang terkena musibah penyakit atau yang lain, pasti akan hapuskan kesalahannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya” (HR. Al-Bukhari no. 5661 dan Muslim no. 651)

Dalam hadis yang lain, Nabi

shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau sesuatu perkara yang lebih berat dari itu melainkan diangkat darjatnya dan dihapuskan dosanya kerananya.” (HR. Muslim no. 2572)

Bergembiralah saudaraku, bagaimana tidak, hanya kerana sakit tertusuk duri saja dosa-dosa kita terhapus. Kerana boleh jadi dengan penyakit ini kita akan bersih dari dosa bahkan tidak mempunyai dosa sama sekali, kita tidak punya timbangan dosa, kita menjadi suci sebagaimana anak yang baru lahir.

Rasulullah SAW juga bersabda, “Cubaan akan sentiasa menimpa seorang mukmin dan mukminah, baik pada dirinya, pada anaknya atau pada hartanya, sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa dosa sedikitpun.” (HR. Ahmad)

Hadits ini sangat sesuai bagi orang yang mempunyai penyakit kronik yang tidak boleh diharapkan kesembuhannya dan vonis doktor mengatakan umurnya tinggal hitungan minggu, hari bahkan jam. Ia bimbang penyakit ini menjadi sebab kematiannya. Hendaknya ia bergembira, kerana boleh jadi ia menghadap Allah suci tanpa dosa. Ertinya syurga telah menunggunya.

Jadi bersabarlah dan jangan mengeluh dengan penyakit yang diberikan Allah, kerana sakit adalah ujian dan dosa-dosa kita akan digugurkan olehNya. Kerana itu, tetap tabah ketika sakit dan terus mencari penawarnya.

  1. Kebimbangan

Kesusahan selanjutnya adalah rasa bimbang. Kebimbangan tersebut perlu diatasi dengan baik. Jika tidak, akibatnya fatal. Serahkanlah semua urusan kepada Allah SWT. Sebagai manusia, kita perlu berusaha dan berdoa. Hasilnya biarlah Allah SWT yang menetapkan. Jadi, hati manusia menjadi lebih tenang kerana segala yang diberikan oleh Allah SWT adalah yang terbaik.

  1. Gangguan

Kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT lain iaitu muncul gangguan-gangguan dalam kehidupan. Gangguan ini boleh datang dari pelbagai sisi. Di saat kita melakukan perkara yang baik, ada saja gangguan yang menghalang. Jika kita boleh yakin dan bersabar, dosa-dosa kita akan gugur.

  1. Kesedihan

Setiap manusia tentunya mendambakan kehidupan yang menyenangkan, penuh ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan. Tidak ada satu orang manusia pun yang ingin merasakan kesusahan di dalam hidupnya.

Tetapi mustahil hidup manusia penuh dengan kesenangan. Dan Allah SWT memberikan kesedihan kepada manusia untuk menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu. Jika kesedihan ini ditangani dengan bijak dan kesabaran maka dosa-dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT.