Browse Month: August 2017

Kongsikan!!! Benarkah Kalau Lelaki Pakai Cincin Dapat Pahala Setiap Hari?

Walaupun bersusah payah dan berhabis duit membelinya sebagai salah satu hantaran kahwin tapi selepas beberapa tahun berkahwin biasanya cincin ini entah ke mana.

Jarang cincin ini melekat di jari mereka sedangkan bagi isteri ia sangatlah istimewa. Bukan sekadar pemberian di hari perkahwinan tapi lebih dari itu. Ramai lelaki tak tahu tapi suami bernama Bijen Mohd ini dapat mengungkap hikmah di sebaliknya.

Tak lama lagi, insyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Saya lihat di jari, masih tersemat cincin perkahwinan kami. Romantik bukan? (Err…)

Bagi orang perempuan, pakai cincin kahwin itu biasa. Tapi orang lelaki, cukuplah pakai sebulan atau setahun dua saja. Bukan apa, tugas harian orang lelaki membuatkannya tak berapa relevan untuk dipakai sentiasa.

Tak percaya cubalah check tangan mereka, berapa kerat saja yang masih ada cincin kahwin di jari? Boleh kira dengan jari.

Saya sebenarnya pun sama, rasa geli.

Kisah cincin Nabi

Hinggalah pada satu hari, ketika daurah kitab Syamail Muhammadiah, tuan guru mensyarahkan bab cincin Nabi.

Beliau beritahu cukup seseorang itu memakai cincin pinjam walau seketika, dia sudah pun mendapat pahala.

Maksudnya di sini, Ali jumpa Abu. Ali cakap pada Abu nak pinjam cincin dia.

Abu melurut keluar cincin dari jarinya dan memberikan kepada Ali. Ali menyambut cincin tersebut lalu menyarungkan ke jari manisnya.

Selepas beberapa saat, Ali pun menanggalkan dan memulangkannya kepada Abu dengan ucapan terima kasih.

Itupun sudah dikira mendapat pahala Sunnah. Wahh! Mudah sangat nak dapat pahala.

Pahala gembirakan hati isteri

Lepas dengar saja perkara itu, saya terus bersemangat nak beramal. Bila balik rumah, saya pun carilah apa cincin yang ada sehinggalah terjumpa cincin kahwin dulu kala.

Saya tabahkan hati memakainya. Niat nak amal Sunnah semata-mata.

Nak dijadikan cerita, isteri bila tengok kita pakai cincin kahwin yang dia bagi dulu, hatinya pun mula berbunga-bunga. Amboi!

Rupanya orang perempuan ni bahagia bila kita memakainya. Mungkin dia rasa kita akan sentiasa ingat padanya. Ataupun sebagai petanda kepada makwe-makwe di luar sana bahawa lelaki tersebut sudahpun berpunya.

Kurang-kurang kalau lelaki dia nak pergi karaoke waktu dia tengah berpantang, tengok cincin teringatlah juga. Eh!

Tapi seriuslah. Bila pakai cincin kahwin ni rasa macam cinta tu segar-bugar saja. Rasa macam baru kahwin pun ada. Sudahlah amal Sunnah dapat pahala berganda, gembirakan isteri pun ada pahalanya.

Orang perempuan, setujukah anda?

Bijen M.

Pengantin Baru Anak Dah Dua

P/s: Ini heart beat cinta kanda bila teringatkan dinda.

Segelintir Masyarakat Beranggapan Terseliuh Boleh Sembuh Dengan Mengurut Tetapi Sebenarnya Tidak Semua Kecederaan Lutut Boleh Sembuh Dengan Cara Tersebut

Sepertinya segelintir masyarakat kita telah terbiasa dengan tanggapan bahawa sekiranya kita tercedera atau terseliuh, kecederaan tersebut boleh dipulihkan dengan hanya ‘mengurut’.

Sering kali kita lihat sekiranya seseorang itu mengalami kecederaan yang melibatkan urat lutut disebabkan bermain bola atau futsal dan pasti mereka akan mencari rawatan urut atau menyapu sebarang minyak sapu, gel atau spray yang kononnya boleh menyembuh pelbagai jenis luka.

Bagaimanapun, sejauh mana kah kebenaran bahawa setiap kecederaan seperti terseliuh itu mampu disembuhkan dengan urutan.

Menurut perkongsian dari laman Facebook Dr. Mahyuddin Mohamed, dapat dijelaskan bahawa tidak semua kecederaan mampu disembuhkan dengan mengurut terutamanya Anterior Cruciate Ligamen atau urat lutut yang paling kerap koyak.

Mari kita baca serba sedikit mengenai perkara ini.

Anterior Cruciate Ligamen atau ACL adalah antara urat lutut (ligamen) yang paling kerap koyak. Ia boleh berlaku akibat kemalangan jalanraya atau terjatuh. Di klinik saya, ia paling kerap disebabkan akibat permainan bola sepak dan futsal.

Sebagaimana Meniscus atau pelapik lutut, ACL yang koyak tidak akan sembuh dengan mengurut. Apatah lagi jika anda hanya sapu dengan pelbagai minyak sapu, gel atau spray yang banyak dipromosi di Facebook dan media sosial yang lain (saya tak perlu sebut nama produk2 tersebut di sini kerana saya pasti anda sedia maklum). Jika produk tersebut kata ia boleh menyembuhkan ACL yang putus, maka bersaksilah bahawa dia adalah seorang PENIPU!

Oleh kerana rakyat Malaysia sangat suka kepada testimoni, saya nak ceritakan testimoni terkini saya.

Ini Farizal. Beliau telah menjalani pembedahan ACL Reconstruction hampir setahun yang lalu di HOSHAS dan kini telah sembuh sepenuhnya. ACL Reconstruction ialah pembedahan penggantian ligamen ACL yang putus melalui beberapa luka kecil di lutut menggunakan teknologi arthroscopy (teropong lutut & kamera).

“Saya dah boleh berlari dah doktor, AlhamdulilLah. Dulu memang longgar sangat lutut saya ni. Syukur sangat saya buat operation saya dengan doktor dulu,” ujar beliau.

“Memang ramai yang promote macam-macam produk kat saya ni, yang sapu, yang spray. Tapi bila saya fikir logik sekali pun, mana boleh spray kat luar, urat kat dalam boleh bersambung balik. Betul tak doktor?”

“Kalau semua rakyat kita ni cerdik dan berfikir macam awak ni kan bagus Farizal. Tapi kat luar sana tu ramai sangat yang takut nak jumpa doktor. Sanggup lagi dengar macam-macam ‘kata orang’, jumpa tukang urut sana, jumpa tukang ketuk sini. Penjual produk dan supplemen memang mudah ambil kesempatan.” balas saya.

“Kami doktor-doktor ni Farizal tidak rugi apa-apa pun. Bukan berkurang pun gaji kami. Kalau betul menjadi bagus la. Kami tumpang gembira, boleh la kurangkan pesakit di hospital.”

Ada yang kata kami takut kehilangan pesakit. Takut kepada perubatan tradisional dan alternatif. Hek eleehh… TAKDE MAKNANYA. Bagi yang suka sangat perubatan alternatif tu, dipersilakanlah pergi beramai-ramai (Nanti datang balik jugak ke hospital)!

#DrMahyuddin
#ACL
#OrtopedikHOSHAS
Dr. Ahmad Mahyuddin Dato’ Mohamed
Pakar Ortopedik HOSHAS

PS
1. Gambar dan video digunakan dgn kebenaran pesakit saya.
2. Dilarang copy&paste atau mengubahsuai apa yang saya tuliskan di sini tanpa kebenaran daripada saya. Nak share dipersilakan.
3. Video: Anterior Drawer Test iaitu pemeriksaan lutut. Jika boleh ditarik melebihi 5mm berbanding lutut sebelah bermakna Ligamen ACL putus.

Awas!!! Anda Suka Panaskan Makanan Semalam Guna Microwave? Baca Ni

Selalunya kita akan beli makanan berlebihan dan menyimpan baki makanan tersebut di dalam peti ais. Kemudian akan dipanaskan semula dengan microwave apabila kita nak makan keesokkan harinya. Selalu tak buat macam ni?

Haaa… sebenarnya menggunakan microwave akan memberikan kesan sampingan.

Jom kita lihat 9 jenis makan yang tidak boleh dipanaskan semula kerana akan menyebabkan kehadiran toksik, mahu pun menyebabkan permasalahan sistem penghadaman.

  1. Kentang

Memanaskan semula kentang boleh menggalakkan pertumbuhan, ‘botulism’, iaitu satu bentuk keracunan makan yang disebabkan oleh, bakteria C. botulinum.

Memanaskan mereka begitu sahaja, atau dengan membalut menggunakan aluminium foil adalah antara cara yang tidak sepatutnya. Haba yang terhasil dari proses pemanasan semula makanan akan memberi tempat untuk terhasilnya pertumbuhan bakteria, dan bukan membunuh bakteria tersebut.

  1. Ayam

Apabila anda ingin menikmati semula masakan ayam, anda sama ada memakannya secara sejuk, atau memanaskan semula dengan suhu yang rendah dalam jangka masa yang panjang.

Protein yang telah membeku setelah berada lama dalam peti sejuk, akan berubah setelah dipanaskan semula. Ini akan menjadi faktor utama sakit perut. Mikrowave juga tidak membantu dalam proses yang betul.

  1. Cendawan

Seperti juga ayam, cendawan mempunyai protein tertentu yang boleh menyebabkan masalah usus atau hati, jika ianya dipanaskan semula selepas sehari disimpan.

Mungkin anda harus memakannya pada hari yang sama. Bagi lebihan makanan, sebaiknya makan ketika masih sejuk, kerana dapat menghalang dari permasalahan tersebut.

  1. Nasi

Nasi adalah makan ruji bagi kebanyakan penduduk di dunia, dan ianya juga mempunyai risiko tinggi untuk tercemar. Ia mungkin mengandungi spora berbahaya yang ada sebelum dimasak lagi, dan tidak akan hilang ketika proses memasak.

Perkara terburuk yang mungkin anda sering lakukan adalah dengan membiarkan pada suhu bilik, yang menyebabkan bakteria untuk terus membiak. Cara terbaik adalah dengan menyimpannya di dalam peti sejuk selama beberapa jam, sebelum boleh memanaskannnya semula.

  1. Minyak

Minyak boleh menjadi tengik atau bertukar menjadi lemak apabila dikenakan haba yang tinggi. Ini termasuk juga kacang hazel, avokado, walnut, atau biji anggur. Gunakan mereka pada suhu bilik adalah lebih baik.

  1. Ubi Bit

Ubi bit mengandungi sejumlah besar nitrat yang bermanfaat, terutama apabila dimakan mentah atau dibuat jus. Apabila dimasak dan dipanaskan semula, ianya akan bertukar menjadi toksik. Cuba untuk memakan ubi bit pada hari yang sama.

  1. Lobak Bulat

Seperti ubi bit, lobak adalah sayur berakar yang terdedah kepada nitrat di dalam tanah.Masak dan makan pada hari yang sama untuk mengelakkan akan risiko ‘carcinogenic’(potensi untuk menyebabkan kanser), atau, buang lebihan lobak putih dalam masakan anda, sebelum memasaknya kembali.

  1. Saderi

Bahan yang sering digunakan jika membuat sup, saderi juga turut mempunyai nitrat apabila dipanaskan. Nitrat adalah toksik yang menghubungkan kepada risiko carcinogenic, dan dicadangkan untuk mengeluarkan saderi dari masakan, sebelum dipanaskan semula.

  1. Telur

Telur rebus atau telur hancur apabila dipanaskan semula, mempunyai potensi untuk membuatkan anda jatuh sakit. Khususnya jika ianya dipaskan berulang kali, kerana haba boleh menyebabkan toksin terhasil di dalam telur tersebut.

Menurut USDA, dan Agensi Piawaian Makanan, proses penyimpanan dan penyejukan makanan yang betul adalah kunci untuk mencegah penyakit bawaan atau kematian.

Dicadangkan bahawa, makanan perlu disimpan dalam peti sejuk dalam masa 2 hingga 4 jam, dan makan di antara sehari atau dua hari. Jika disimpan lebih dari masa tersebut, anda mungkin boleh jatuh sakit.

Pasti Ramai Yang Tak Tahu Telur Rebus Merupakan Salah Satu Diet Sihat. Ayuh!!! Hilang 10kg Dalam 2 Minggu Dengan Telur Rebus

Ramai tak tahu telur rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.

Ya, memang penurunan yang banyak tapi kena ikut kaedah yang betul. Menurut pakar diet Jill Corlene telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan.

Telur mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat. Selain itu diet telur rebus sendiri boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat.

Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.

Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;

Isnin

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
  • Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang

Selasa

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam
  • Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus

Rabu

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
  • Malam: Salad dan ayam panggang

Khamis

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / anggur)
  • Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
  • Malam: Salad dan ayam stim

Jumaat

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
  • Malam: Salad dan ikan panggang

Sabtu

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: Buah-buahan
  • Malam: Sayur dan ayam stim

Ahad

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
  • Malam: Sayur stim

 

Do and Don’ts

Namun begitu, anda haruslah menitikberatkan perkara lain dan mengikuti pantang ketika menjalani diet ini iaitu

  • Minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
  • Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi.
  • Tidak makan makanan segera.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula.

Selamat mencuba

 

Cara Masak Nasi Sebegini Boleh Mengurangkan Masalah Kegemukan. Kongsikan….

Malaysia sudah masuk dalam statistik antara negara yang mempunyai penduduk dalam golongan obesiti paling ramai di Asia. Ini kerana amalan pemakanan dari kecil yang lebih kepada makanan segera dan wujudnya lambakan kedai fast food memudahkan kerja ibu bapa. Anak-anak yang tidak dikawal pemakanan mereka bakal menyumbang ke arah peningkatan statistik golongan obesiti di Malaysia.

Ditambah pula dengan rakyat Malaysia yang umumnya menjadikan nasi sebagai makanan harian, tidak kira dalam bentuk nasi putih, nasi goreng mahupun bubur. Nasi merupakan satu keperluan bagi rakyat Malaysia mungkin disebabkan kita juga pengeluar beras untuk kegunaan dalam negeri.

Ramai yang bersetuju bahawa mengambil nasi berlebihan boleh menyebabkan berat badan meningkat dan terjadinya kegemukan kerana karbohidrat yang berlebihan akan bertukar menjadi gula dan seterusnya lemak.

Kebiasaannya semangkuk nasi mempunyai kalori sebanyak 206Kcal dan sehari mesti anda akan mengambil lebih daripada semangkuk nasi kerana ia merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Kalori bagi nasi goreng lebih tinggi dari nasi putih biasa dan kebiasaannya ramai memilih untuk makan nasi goreng sebagai sarapan pagi.

Walau bagaimanapun cara memasak nasi turut mempengaruhi jumlah kalori bagi nasi yang dimasak seperti kajian yang dijalankan oleh The College of Chemical Sciences of Sri Lanka. Kajian ini telah dilaporkan oleh Times Of India dan mungkin menjadi khabar gembira bagi mereka yang ingin berdiet.

Pertamanya, anda boleh tambah satu teh minyak kelapa ke dlm air yang sedang mendidih. Kemudiannya barulah masukkan beras dan tunggu sehingga masak.

Cara keduanya anda perlu sejukkan nasi yang sudah dimasak ke dalam peti ais selama 12 jam. Dikatakan dengan cara seperti ini boleh meningkatkan kandungan serat dalam nasi sebanyak 10 kali ganda berbanding nasi yang dimasak seperti biasa.

Kedua-dua cara ini boleh mengurangkan kadar kalori nasi sehingga 60 peratus namun ia tidak bermaksud anda boleh memakan nasi sesuka hati. Anda masih perlu menjaga kadar pengambilan nasi supaya kesihatan badan anda terjaga. Dua cara ini nampak sangat pelik bagi kita namun tak salah pun kalau ingin mencuba.

Rawat Kencing Tak Lawas Dengan Minum Jus Nanas Madu

Ramai wanita yang mengalami masalah kencing tak lawas. Hal ini pasti ada hubungkaitnya dengan permasalahan daripada punci kencing. Begitu juga risiko kepada masalah batu karang. Nenas antara yang disyorkan untuk membantu mengatasi masalah ini. Dan amalan mengambil jus nenas antara yang disarankan kepada semua, untuk diamalkan.

Jadi, siapa tak makan nanas rasanya anda memang orang yang paling rugi. Bukan sebab apa, selain baik untuk melawaskan kencing dan mencegah batu karang, nenas ni sebenarnya cukup banyak khasiatnya. Nenas yang manis dan enak rasanya ini punya banyak kelebihannya. Jangan hanya ingat ia sebagai buah yang tajam dan kurang sesuai dimakan, apa lagi diamalkan sebagai jus setiap hari.

Apa yang anda perlu tahu, nanas sebenarnya kaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi, vitamin B1, Potasium dan juga manganese. Selain itu, ia turut mengandungi khasiat lain seperti bahan antioksidan yang membantu mencegah pembentukan penyakit.

Nenas sebagai ubat untuk mengatasi masalah batuk berpanjangan memang diyakini. Gabungkan nenas bersama madu dan amalkan minum jus ini setiap hari. Itu petua yang dikongsikan Puan Norashikin Bt Hasan di facebook miliknya. Bagaimana nak buat jus ini? Di sini disediakan bahan dan langkah membuatnya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas madu
  • Sedikit madu
  • Air secukupnya

 

CARA-CARA:

  1. Buang kulit nanas dan bersihkan keseluruhannya.
  2. Potong dadu nanas dan paling penting buang dibahagian tengahnya.
  3. Tuangkan air secukupnya ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  4. Tapiskan jus ini sebayak dua kali supaya kesemua hampas dan lebihan hampas yang kecil dan halus dapat diasingkan.
  5. Masukkan dalam botol kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk.
  6. Apabila hendak minum, barulah dimasukkan sesudu madu dan kacau rata.
  7. Amalkan minum jus ini setiap hari hingga batuk semakin reda.

 

Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada ubat batuk biasa yang di beli di kedai. Hebat bukan?

Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nenas dan ubat batuk dalam merawat batuk. Ternyata pesakit yang mengambil jus nenas, 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa. Terbukti bukan?

Tapi rasanya jangan pula memberanikan diri memberi jus nenas ini kepada bayi kecil kita. Mungkin sifat nenas yang tajam kurang sesuai untuk diberikan kepada bayi. Mulakan percubaan untuk anda terlebih dahulu.

Khasiat Lain Daripada Sebiji Buah Nanas

 

Atasi Sembelit
Nenas yang tinggi serat juga cukup baik untuk mengatasi masalah sembelit. Amalan mengambil jus ini pasti membantu anda yang sukar hendak buang air besar. Amalkan jus setiap hari. Pilih nenas yang sedikit muda dan masam!

 

Tingkatkan Gula Dalam Darah
Bagi mereka yang mengalami masalah gula rendah dalam darah, pengambilan jus nenas adalah sangat disyorkan. Nenas mempunyai kadar gula semulajadi yang tinggi malah dapat membantu meningkatkan kadar gula dalam darah. Tapi jangan pula berlebih-lebihan!

 

Kuatkan Tulang
Nenas dapat menguatkan tulang kerana ia mempunyai mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang dan tisu penghubung.!

 

 

 

Buah Mahkota Dewa Bantu Buang Toksik Punca Sakit Kronik. Baca Dan Kongsikan Untuk Manfaat Bersama.

Kehebatan Khasiat Buah Mahkota Dewa: Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa).

Tanaman ini berasal dari Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema)

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun. Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.

 

Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).

Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

Kaedah Menggunakan Buah Mahkota Dewa

 

  1. Teknik Rebusan
    Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan berwarna merah .

 

Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh diguna.

Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.

  1. Teknik Rendam
    Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas. Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.

 

Panduan Penggunaan

Waktu Minum – Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah sebelah malam sebelum makan.

Kekerapan Meminum – Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.

Cara menyimpanan – Air rebusan boleh ditapis untuk disimpan sejuk di dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya.

Penggunaan Mahkota Dewa Secara Khusus

Berikut adalah penggunaan Mahkota Dewa mengikut pengkhususan jenis penyakit:

Diabetes Mellitus
Kaedah:
Ambil 5-6 buah mahkota dewa, iris dan cuci bersih.
Rebus bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
Saring air rebusan, minum 3 kali sehari (masing-masing 1 gelas)

 

Kanser dan Tumor
Kaedah:
Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram temu putih, 10 gram sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gr cakar ayam kering, cuci bersih semua bahan
Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan

 

Hepatitis
Kaedah:
Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram pegaga, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering dan 15 gram daun dewa, cuci bersih semua bahan
Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas.

 

Rheumatik dan Asam urat (gout)
Kaedah:
Campur 5 gram daging buah mahkota dewa dengan 15 gram akar sidaguri, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering, cuci bersih semua bahan
Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan

 

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.

Tindakan Yang Perlu Diambil Jika keadaan Luar Biasa

  • Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.
  • Minum susu segar
  • Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.
  • Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalo rasa tak leh tahan.

 

Peringatan

  • Wanita mengandung ditegah daripada meminum air rebusan mahkota dewa.
  • Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak direkomen untuk minum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.
  • Wanita dalam pantang dan haid, kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah boleh melambatkan kering darah.
  • Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan. Kena sabar la.

Ini Cara Bersihkan Belakang Kuali Yang Hitam Berkerak Jadi Seperti Baru

Ingat tak cerita nujum pak belalang membancuh kopi dengan arang dari belakang kuali? Setiap kali melihat belakang kuali yang hitam memang sentiasa teringat pada cerita tersebut. Nak pula kalau kita mengantung kuali teserlah kehitaman belakang kuali tu.

Teringat masa awal-awal beli takdelah hitam macam tu kan. Tapi kekerapan menggunakannya memang tidak dapat lari dari masalah belakang kuali hitam. Kalau mak mertua datang umah..alamak malunya..!

Biasanya bahagian belakang kuali paling susah nak cuci kan? Berkerak hitam sampai tak tahu nak sental guna apa. Jangan risau, kami ada jalan penyelesaian untuk korang semua. Sebenarnya, belakang kuali yang hitam akan lebih senang dan cepat meresap haba dan akan menyebabkan kuali tersebut jadi cepat panas.

Tetapi, kalau dah terlalu berkerak, korang kena cuba cara mudah ini untuk hilangkan jelaga hitam tersebut. Tips yang dikongsi kami dapat daripada seorang pengguna Facebook iaitu, Kalaivani Vj. Katanya memang berkesan, boleh cuba balik rumah nanti okay.

  1. Rebus 8 asam keping didalam periuk yg besar ( supaya senang nk rendam kuali @periuk)
  2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.
  3. Masukkan kuali@periuk didalam air asam tersebut selama 4-5minit.
  4. Angkat kuali@periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.
  5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.

Cara Mudah Buat Tauhu ‘Homemade’ Dengan Menggunakan 3 Bahan Ini Je

Selalunya kalau nak masak apa-apa, kita mesti beli bahan dekat pasaraya yang mana ia akan jadi rutin kita setiap minggu, untuk menambah barang-barang yang berkurang dekat dapur.

Bagi yang suka masak sayur lemak atau pun berniat petang-petang nak makan tauhu sumbat dengan famili biasanya tauhu dibeli sehari sebelum tu.

Bukan apa tauhu biasanya tidak elok disimpan lama kerana cara penyediaannya tidak menggunakan pengawet jadi bahan makanan ini tidak seharusnya kita beli dan simpan. Sangat digalakkan untuk beli sehari sebelum nak masak.

Sememangnya bahan-bahan basah semuanya mempunya tempoh jangka hayat yang pendek. Sama juga dengan tauhu yang mana kita selalunya beli yang dah siap dekat pasar basah atau pasaraya, dan selalunya beli beberapa paket dan selebihnya akan simpan. Kadang kala kita terlupa nak guna tengok semula tauhu dah ada bau yang kurang menyenangkan sebab kita pun tak tau bila tarikh sebenar tauhu tu dibuat.

Kalau boleh buat sendiri mungkin lebih mudah, mana tahu berniat untuk berniaga tauhu sumbat atau tauhu bakar ke. Resepi dan cara telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin, apa yang tinggal nak buat saja. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.

 

Alhamdulillah.. jadi juga tauhu keras kali ini. Buat sebelum ini tak jadi.. hahaha.. gembiranya hari ni!..

BAHAN-BAHAN:

  • 3kg kacang soya
  • 18 liter air
  • 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

 

CARA MEMASAK:

  1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
  2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
  3. Masak susu soya hingga mendidih.

 

  1. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
  2. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit

 

  1. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak

 

  1. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.

 

  1. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
  2. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

Tip Tambahan

Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.

Kalau ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak bila diperah.

 

 

 

Ibu Yang Hamil Memerlukan Tidur Yang Cukup. Tahukah Anda Apakah Posisi Tidur Yang Terbaik Ketika Hamil?

Ibu hamil memerlukan tidur yang banyak dan berkualiti. Namun, rasa tidak selesa kerap menjadi masalah. Berikut adalah posisi tidur terbaik ketika hamil yang kami sarankan.

Semasa hamil, terutamanya pada trimester terakhir, ibu-ibu mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mencari posisi tidur yang selesa.

Selalunya pada waktu ini, posisi tidur yang kita gemarkan tidak lagi membuatkan kita tidur lena.

Ada beberapa sebab mengapa ketidakselesaan ini berlaku, tapi ada beberapa posisi tidur terbaik ketika hamil yang boleh ibu semua cuba untuk mendapatkan masa rehat yang berkualiti!

Posisi tidur terbaik ketika hamil

Ketika hamil, tubuh kita mengalami pelbagai perubahan, yang selalunya boleh mengganggu tidur nyenyak yang kita selalu nikmati.

Antara sebab ketidakselesaan tersebut adalah disebabkan oleh peningkatan ukuran perut, sakit punggung, perut memulas, sesak nafas, dan insomnia.

Untuk mengatasinya, posisi tidur terbaik ketika hamil adalah dengan berbaring dalam posisi mengiring.

 

Posisi tidur terbaik ketika hamil adalah posisi mengiring ke kiri. Kredit gambar: APA

Bahkan, ia adalah lebih baik jika anda tidur dalam posisi mengiring menghadap ke sebelah kiri.

Tidur mengiring di sisi kiri dapat meningkatkan aliran darah dan nutrisi ke plasenta malah juga bayi ibu.

Selain itu, posisi ini juga dapat menghindari hati kita dari ditekan oleh perut yang semakin membesar.

Beberapa tips posisi tidur terbaik ketika hamil adalah:

  • Untuk tekanan yang baik pada perut dan punggung ketika berbaring pada posisi mengiring,letakkan bantal di bawah perut dan/atau di antara lutut.
  • Posisi bantal juga dapat mengelak tubuh kita dari bertukar posisi ke arah meniarap atau terlentang.
  • Jika ibu mengalami heartburnatau memulas pada waktu malam, cuba tempatkan bantal di bawah dada, dalam posisi terlentang.
  • Jika mengalami sesak nafas, berbaringlah secara mengiringdengan disokong oleh bantal

Jangan panik jika ibu berpusing dari posisi mengiring ke posisi meniarap ketika tidur.

Adalah lebih baik untuk anda membiarkan tubuh anda bergerak mencari posisi yang selesa ketika tidur berbanding terpaksa berjaga setiap kali berganti posisi.

Ini kerana, ibu yang sedang hamil memerlukan tidur yang sebanyak mungkin.

Selain itu, tubuh anda juga akan dengan sendirinya memberi signal jika ada yang salah dengan posisi tidur anda.

Semoga informasi ini berguna, ibu semua!