Browse Month: August 2017

Sakit Gigi Disebabkan Oleh Pelbagai Masalah Pada Gigi Dan Rahang. Ini 5 Petua Untuk Meredakan Sakit Gigi Untuk Info Bersama.

Sakit gigi adalah rasa sakit pada gigi. Sakit gigi disebabkan oleh pelbagai masalah pada gigi dan rahang, seperti karies gigi, gingivitis atau penyakit rahang, dan masih banyak lagi. Sakit gigi juga merupakan gejala penyakit jantung, seperti angina. Sakit gigi boleh mengakibatkan penyakit jantung dan stroke.

Sakit gigi biasanya merujuk kepada rasa sakit di sekitar gigi atau rahang terutama sebagai akibat dari keadaan gigi. Dalam banyak kes, sakit gigi disebabkan oleh masalah gigi, seperti rongga gigi, gigi retak, suatu akar gigi terdedah kepada, atau penyakit gusi.

Namun, gangguan dari (bersama Temporo-mandibula) sendi rahang juga boleh menyebabkan sakit yang disebut sebagai “sakit gigi”. Tahap keparahan sakit gigi boleh menjadi kronik, tajam dan menyeksakan. Rasa sakit boleh diburukkan lagi dengan mengunyah atau sejuk atau panas. Sebuah ujian lisan menyeluruh, yang merangkumi gigi X-ray, boleh membantu menentukan apakah sakit gigi datang dari masalah gigi atau rahang dan penyebabnya.

  1. Bawang Putih
    Hancurkan bawang putih dan campurkan dengan garam. Letakkan pada bahagian gigi yang sakit beberapa minit.
  2. Cengkih
    a. Rebus cengkih, lebih kurang 2 cengkih untuk segelas air.
    b. Buat minyak cengkih. Ambil beberapa biji cengkih, minyak dalam 5 sudu, panaskan beberapa minit. Kemudian jadikan minyak sapu untuk gigi yang sakit.
  3. Bawang Merah
    Kunyah bawang merah mentah beberapa kali. Tertakluk pada keadaan kesakitan, kalau terlalu sakit, kunyah banyak biji di antara 6 hingga 8 biji sehari.
  4. Garam
    Kumur air garam ketika sakit gigi. Anda juga letak sedikit garam halus pada ubat gigi. Ia boleh meredakan sakit gigi serta menguatkan gigi anda.
  5. Serbuk Lada
    Campurkan serbuk lada dengan garam. Seterusnya, gosok pada gigi yang sakit. Ia juga baik untuk anda yang memiliki gigi sensitif.

 

Sains Membuktikan Memakan Garam Sebelum Dan Selepas Makan Amat Bagus Untuk Kesihatan

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam.”

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

  1. Penyakit Ghout – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
  2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
  3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
  4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
  5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.
  6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

 

Inilah 5 Dosa Anak Kepada Ibu Yang Suka Dianggap Biasa, No. 5 Hampir Semua Pernah Melakukannya. Kongsikan….

Selama 9 bulan 10 hari ibu mengandungkan kita, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan selalu menjaga kita disaat sakit maupun sihat. Sebagai seorang anak, sudah seharusnya kita menghormati ibu kerana tanpa dia kita tidak akan ada di dunia ini.

Namun kadang-kadang, kita suka menyakiti perasaan seorang ibu tanpa kita sedari. Meskipun ibu tidak menghiraukannya, tetapi tetap saja apa yang kita perbuat telah menyakiti perasaan ibu. Parahnya lagi, kita menganggap hal itu biasa.

Ketahui beberapa dosa anak kepada ibu yang suka dianggap biasa. Sesudah mengetahuinya, semoga kita bisa memperbaikinya dan menjadi seorang anak yang benar-benar berbakti kepada ibunya.

  1. Menunjukkan ekspresi wajah tidak senang di depan ibu
    Ketika Anda punya masalah di luar rumah, kadang-kadang Anda suka membawanya ke rumah dengan ekspresi wajah yang tidak sedap dipandang. Bahkan, Anda berani menunjukkan ekspresi wajah tak sedap itu kepada ibu Anda sendiri. Tahukah Anda apa yang ada dalam hati ibu? Dia berkata, ‘kenapa anakku apakah dia tidak senang melihatku atau dia sedang dalam masalah’

Secara tidak langsung, Anda telah membuat ibu sendiri jadi khuatir dan memikirkan Anda sepanjang waktu.

  1. Tidak menjawab pertanyaan ibu
    Pernahkah Anda ditanya ibu seperti ini, dari mana saja atau mau pergi ke mana? Dan pernahkah Anda tidak menjawabnya atau menjawabnya secara tidak detail. Itu pun juga sudah menyakiti perasaan seorang ibu.
  2. Berbohong kecil
    Di sini maksudnya Anda suka berbohong kepada ibu dalam hal kecil. Misalnya saja banyak anak sekolah yang meminta wang untuk beli buku seharga Rm 50, padahal harga asli bukunya hanya Rm 50. Meskipun tidak seberapa, tapi itu tetap saja dikategorikan berbohong. Secara tidak langsung Anda telah membohongi ibu dan diri Anda sendiri.
  3. Memerintah ibu
    Setiap anak pasti pernah menyuruh ibunya untuk melakukan ini itu. Walaupun ibu Anda tidak marah ketika disuruh, tapi jangan salah dulu, itu termasuk dosa besar. Secara tidak sedar, Anda telah berani memerintah ibu. Padahal kita yang harus mematuhi perintah ibu bukan ibu yang harus mematuhi perintah kita.
  4. Bilang “Ah”
    Kalian pasti sering mengatakan satu patah kata ini ketika disuruh ibu. Meskipun biasa, tapi mengatakan “Ah” saja itu sebenarnya sudah menyakiti perasaan seorang ibu. Bahkan agama saja melarang kita untuk mengatakan “Ah” ketika disuruh orang tua meskipun pada akhirnya kita menuruti perintahnya.

 

Kaum Wanita….Elakkan Makan 6 Makanan Ini Semasa Datang Bulan

Kalau boleh jangan main bedal semua benda, kena tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Menerusi Facebook Rahsia Hawa, ini antara 6 senarai makanan yang tidak digalakkan untuk diambil wanita semasa datang bulan.

  1. Daging

Daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan pada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam ataupun ikan.

  1. Ais Krim

Siapa yang tak sukakan ais krim, walau sakit macam manapun pasti ais krim dicarinya. Untuk pengetahuan anda, produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa nak makan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.

  1. Snek/Kerepek

Snek seperti kerepek mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembang.

  1. Coklat/Biskut/Kek

Makanan bergula dikatakan boleh meningkakan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut jadi lebih teruk.

  1. Kopi

Anda pencinta kopi yang tegar? Mungkin sukar untuk meninggalkannya. Walaubagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut. Untuk menggantikan kafein, anda boleh bertukar kepada teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

  1. Minuman Tenaga

Minuman tenaga juga mengandungi kafein dan ianya tidak bagus bagi wanita yang sedang datang bulan. Selain itu, ia mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut.

 

Kesibukan Menyebabkan Anda Menahan Kencing. Ini 5 Kesan Bahaya Bagi Yang Suka Menahan Kencing

Kadang kala sewaktu sedang berkerja, sedang memandu ataupun sedang melakukan sebarang aktiviti kita selalunya mempunya tabiat suka menahan kencing, tabiat ini berpunca daripada malas hendak ke tandas, tidak cukup masa, dan suka mengambil mudah.

Tahukah anda tabiat ini mempunyai banyak kesan buruk terhadap kesihatan kita.

Antaranya masalah paling biasa yang sering terjadi adalah jangkitan saluran kencing. jangkitan saluran kencing terjadi kerana adanya bakteria yang terdapat di saluran kencing. Urin yang terlalu lama disimpan di saluran kencingakan menyebabkan munculnya bakteria, yang akhirnya menyebabkan jangkitan.

Ia Juga boleh juga berpunca dari titisan urin (air kencing ) yang keluar membasahi pakaian dalam, akibat menahan kencing terlalu lama, air kencing yang menitis keluar juga mengakibatkan jangkitan bakteria dan kuman.

 

Jadi, bagaimana pula jika anda terpaksa menahan kencing kerana keadaan yang tidak mengizinkan untuk anda buang air kecil, contohnya di dalam kenderaan dan teperangkap dalam kesesakkan lalu lintas, ataupun tempat di mana tidak ada tandas awam?

Penjelasan Kenapa Bahaya Menahan Kencing

Menurut Vemale sebenarnya kemampuan tubuh seseorang untuk menyimpan air kencing dipengaruhi oleh masa tertentu, untuk seorang wanita, biasanya mereka boleh menyimpan urin di saluran kencingnya selama tiga hingga enam jam. pekara ini juga bergantung dengan usia mereka masing-masing.

Selain bergantung dengan faktor usia masing-masing, ukuran pundi kencing juga mempengaruhi seberapa lama seseorang bolehtahan untuk menahan buang air kecil. ada orang yang memiliki pundi kencing yang besar, bolehmenampung air kencing yang lebih banyak dan automatik lebih lama.

tetapi, sebaiknya anda harus membuang air kecil secepat mungkin, kerana ia jauh lebih baik. kalau boleh tinggalkan kerja anda seketika untuk membuang air kecil, untuk mengelakkan masalah jangkitan saluran kencing. Bukan saja masalah jangkitan saluran , Anda juga mudah merasa sakit, pada bahagian perut pundi ataupun pada alat kelamin Anda.

Cara rawatan

Untuk mengatasi jangkitan saluran kencing, doktor akan memberikan anda antibiotik, untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan bakteria. pengjagaan rapi khususnya untuk wanita hamil dan kanak-kanak, bakteria dan sebarang jangkitan dapat dihindari dengan selalu menjaga kebersihan bahagian organ intim, menjaga kelembapan organ intim, dan mengelakkan penggunaan pembersih organ intim yang mengandungi bahan pewangi dan melakukan pemeriksaan diri segera ketika Anda mengalami masalah keputihan, termasuk juga menghindari diri dari tabiat menahan kencing.

Jika Anda memiliki tabiat menahan kencing, sekali dua kali mungkin masih boleh dimaafkan. Namun, jika memang ianya sering Anda lakukan, cuba lihat apa puncanya dan ubah kebiasaannya.

Apakah Fungsi sebenar Buang Air kecil Pada Tubuh kita??

Proses buang air kecil ini menunjukkan bahawa sistem pencernaan yang ada di dalam tubuh sedang bekerja dengan baik dan normal. Semua kotoran dan sisa sisa pencernaan yang sudah ditapis dan dibersihkan oleh tubuh akan keluar melalui urin.

Selain itu, proses buang air kecil juga memiliki tanda tanda tertentu yang boleh kita jadikan sebagai panduan mengenai tahap kesihatan kita. pekara ini boleh dilihat dari warna urin yang keluar dari tubuh kita. Apabila memiliki warna yang jernih, Ianya bermaksud tubuh anda mengalami dehidrasi dan pencernaan yang berjalan dengan sangat baik. Tetapi, apabila urin berwarna kuning pekat, mungkin terdapat masalah di bahagian pencernaan, seperti dehidrasi (kekurangan air) . Selain itu urin yang keluar Bersama darah juga menunjukkan adanya jangkitan pada bahagian bahagian organ dalam tertentu.

Berikut adalah 5 fakta dan kesan bahaya menahan kencing

  1. Menahan kencing bermaksud menahan pembuangan kotoran dalam badan

Bahaya menahan air kencingterlalu lama yang pertama adalah membiarkan kotoran berada di dalam badanlebih lama. Apabila anda menahan untuk membuang air kecil, maksudnyaanda menunda dan menyimpan sisa kotoran dan sisapencernaan di dalam tubuh anda. kotoran yang sepatutnya di proses keluar akhirnya menjadi racun dn bakteria pada tubuh kita.

  1. Ganggu proses pencernaan

Apabila menahan buang air kecil, jadi secara tak langsung anda akan mengganggu dan merosakkan proses pencernaan yang terjadi di dalam diri anda. ketika proses pencernaan belum selesai, jadi perkara tersebut akan mengganggu proses pencernaan berikutnya. Proses pencernaan berikutnya akan tertunda kerana anda belum membuang sisa pencernaan sebelum ini,

  1. Ganggu organ organ pencernaan

Dengan terganggunya proses pencernaan, maka organ organ yang bertugas untuk melancarkan proses dan sistem pencernaan pun akan berubah dan terganggu. Beberapa organ seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran kencing akan terganggu fungsinya.

  1. Penyakit penyakit dan jangkitan pada organ pencernaan

Dengan menahan kencing, penyakit-penyakit akn mudah menyerang organ-organ pencernaan anda ini terjadi ketika anda menahan untuk membuang air kecil:

Jangkitan pada buah pinggang:
jangkitan pada buah pinggang boleh berlaku disebabkan anda menyimpan urin yang seharusnya dikeluarkan dari pada bahagian buah pinggang, kesan jangkitan buah pinggang adalah seperti berikut:

  • Gagal Pembuangan Urin
  • Pendarahan Ketika Melakukan pembuangan urin
  • Terjadinya kegagalan buah pinggang

Jangkitan pada buah pinggang masih dapat disembuhkan dengan cara hentikan kebiasaan menahan buang air kecil dan rajin minum air mineral.

Kegagalan buah pinggang Dengan menyimpan kotoran yang berasal dari urin yang seharusnya dikeluarkan, jadi buah pinggang kan mengalami kerosakkan yang serius, apabila kegagalan buah pinggang sudah terjadi:

  • Buah pinggang tidak mampu menyaring dan membuang kotoran kotoran sisa pencernaan
  • Sistem pencernaan akan menjadi semakin buruk

Kegagalan buah pinggang merupakan tahap yang sudah teruk dan tidak boleh disembuhkan. kecuali dengan pertukaran atau permindahan buah pinggang,

Batu Karang Batu Pada Saluran Kencing akan terbentuk ketika urin yang disimpan pada bahagian buah pinggang mula menggumpal dan mengalami pengerasan. Pengerasan ini boleh terjadi, kerana urin memiliki kandungan Kristal Kristal garam, yang akan menggumpal dan mengeras ketika semakin bertambah banyak. kesan batu karang ialah:

  • Jangkitan pada buah pinggang
  • Rasa sakit dan pedih pada saat buang air kecil
  • Sukar buang air kecil
  • Rasa sakit pada bahagian ulu hati

Untuk mengubati masalah batu karang, caranya ialanh melakukan pembedahan/laser untuk membuang dan memecahkan batu karang,

Jangkitan pundi kencing

jangkitan ini disebabkan oleh bakteria bakteria yang melekatpada bahagian pundi kencing. jangkitan pada kandung kemih pundi kencing dapat dirasakan ketika :

  • Rasa sakit pada perut bahagian bawah
  • Rasa sakit saat buang air kecil
  • Buang air kecil lebih kerap dengan jumlah air yang sedikit
  • Buang air kecil dan wujudnya pendarahan

Jangkitan Saluran Kencing

Lebih kurang sama degan jangkitan pundi kencing, jangkitan pada saluran kencing juga dapat terjadi kerana bakteria dan kotoran yang ada pada bahagian tersebut. jangkitan pada saluran kencing juga memiliki gejala gejala yang sama dengan jangkitan pundi kencing

Ketika anda mengalami gejala gejala seperti di atas, maka anda wajib melakukan pemeriksaan segera,

  1. Apakah Menahan kencing boleh mengakibatkan kanser

Mungkin akan muncul satu pertanyaan penting dari anda, apakah dengan menahan buang air kecil akan mengakibatkan kanser? Pada dasarnya, proses menahan buang air kecil saja tidak akan menimbulkan kanser. Namun demikian, beberapa penyakit yang ditimbulkan kerana kekerapan menahan kencing memiliki potensi untuk menimbulkan gejala gejala pertumbuhan kanser pada tubuh anda.

Menahan kencing dapat berpengaruh pada jangkitan saluran kencing, jangkitan pundi kencing dan jangkitan buah pinggang. Dengan terjadinya jangkitan tersebut, maka bakteria dan kuman dapat merebak, sehingga mungkin dapat berkembang menjadi sel kanser, jika tidak dirawat.

Beberapa kanser di bawah ini dapat terbentuk karana jangkitayang terjadi pada saluran pencernaan :

  • Kanser Prostat
  • Kanser Serviks
  • Kanser Rahim
  • Kanser Kelenjar Getah Bening

Bagaimana Mencegah Semua itu Terjadi?

  • Jangan pernah menahan buang air kecil.
  • Selalu minum air putih atau air mineral yang cukup.
  • Makan makanan yang menandung serat tinggi
  • Selalu lakukan pemeriksaan ke doktor apabila mengalami gejala gejala yang dirasa pelik pada bahagian perut dan pencernaan.

Itulah beberapa bahaya yang dapat ditumbulkan ketika anda suka menahan kencing dalam waktu yang lama, Semoga bermanfaat. Jagalah kesihatan anda!

Masakan Ibu Paling Sedap Di Dunia..Inilah 11 Amalan Yang Boleh Dilakukan Sewaktu Memasak Untuk Lembutkan Hati Anak Dan Suami

Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap.

Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?

Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya.

Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.

Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.
Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan).

Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.

Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak.

Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.

  1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

8.Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

 

Kongsikan!!! Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Tak Perlu Tunggu Pencen

“DUIT DALAM KWSP TU BOLEH KE KITA KELUARKAN MASA MASIH MUDA NI?”

“BOLEH BRO….”

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Ada 2 jenis pengeluaran:

  • Pengeluaran Penuh Akaun 2
  • Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

  • Kesemua Simpanan
  • Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

 

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

  • Kesemua Simpanan
  • Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

 

Cara-caranya:

Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAUPenyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability).

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta)
  • Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:

  • Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
  • bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia

 

Cara-caranya:

  • Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja
  • Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta)
  • Bawa Surat Tawaran Belajar
  • Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
  • Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
  • Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
  • Bawa Borang Temuduga
  • Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
  • Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
  • Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
  • Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#9. Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Cara-caranya:

Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)

#10. Pengeluaran Membina/Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
  • Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual/pemilik tanah
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAUPenyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

*Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.

#13. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama/wasi/pentadbir pusaka/waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya:

  • Bawa Sijil Kematian Ahli
  • Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli/membina rumah.

 

#15. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan/atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
  • Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
  • Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
  • Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  • Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar/Discaj Wad (Final Bill) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

 

#16. Pengeluaran Haji

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

Nota: Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.

 

Awas!!! Wanita Jangan Abaikan Diri Selepas Bersalin, Jangan Sampai Tombong Terkeluar.

Pernah dengar atau baca tentang tombong? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara yang melibatkan golongan wanita bagi yang sudah pernah bersalin. Walau bagaimanapun, ada pentingnya juga golongan suami mengambil tahu tentang tombong ini.

Jika si isteri tidak menjaga pantangnya, si suami wajiblah membantunya. Sama-sama menjaga dan bantu membantu agar perkara ini tidak berlaku pada isteri tercinta. Jika tidak dijaga dan tombong terpaksa dipotong, mungkin itulah kali terakhir si isteri mengandungkan zuriat keturunan suaminya.

Kisah keluar tombong (rahim). Semoga menjadi pengajaran kepada semua.

Dulu saya tak pernah tahu ‘tombong’ itu apa. Bila sebut tombong, saya bayangkan serombong kapal. Rupa-rupanya salah.

KISAH 1

Pertama kali saya mendengarnya dari mak mentua yang selalu cerita di zaman kanak-kanaknya dia pernah ternampak seorang nenek yang membasuh pakaian di tepi sungai sambil mencangkung, akan ternampak tombongnya keluar. Sambil tertanya-tanya apa yang dilihatnya itu, sambil itu juga tombong itu berayun ke sana sini seperti buai.

Balik ke rumah, arwah nenek suami memberitahu mak mentua bahawa itu adalah tombong. Orang perempuan yang tak menjaga pantang dan yang main-main dalam pantang, itulah hasilnya.

Sehingga sekarang mak mentua memang selalu ingatkan tentang keluar tombong ini. Bagi orang tua dulu, sekali dah keluar tombong, memang tamatlah fungsi sebagai seorang wanita. Dah tak boleh buat apa. Pergi hospital, potong saja.

KISAH 2

Boleh kongsi bagaimana anda berpantang? Apa pendapat mak dan orang sekeliling anda tentang berpantang selepas bersalin? Wajib atau mengada-ngada atau kolot?

Kisahnya, ada seorang sahabat baik arwah ayah yang merangkap sahabat baik keluarga adalah seorang pakar urut saraf. Pakcik Hassan namanya, menetap di Gombak. Pakcik Hassan buka tempat urutan saraf. Arwah mak kepada Pakcik Hassan pula memang seorang bidan tersohor. Jadi secara tidak langsung, Pakcik Hassan cerita yang dia banyak juga belajar dari mak dia tentang orang perempuan.

Untuk pengetahuan, Pakcik Hassan tak buat urutan bersalin. Hanya mengurut bagi mereka yang terkena slipdisc, jatuh, lumpuh dan kes-kes kritikal yang lain sahaja.

Satu hari, dari biliknya rumah sewanya yang sederet dengan pelajar UIA lain, Pakcik Hassan terhidu bau sesuatu. Makin lama makin kuat, kembang kempis hidung dia menahan bau itu. Sangat kuat, baunya seperti bangkai seperti membuatkan dia mengalami pening kepala.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk awal. Biasanya Pakcik Hassan akan menunggu isteri datang menemankan dia mengurut sampai malam. Waktu mengurut belum bermula lagi ketika waktu pintu diketuk.

Dibuka pintu, tengok ada seorang perempuan muda dan ibunya datang. Perempuan itu menangis-nangis menahan kesakitan. Bau busuk pada ketika itu memang sangat tajam dan teruk! Dah tak terkata apa, cuma perkataan minta tolong sahaja dari perempuan muda ini yang berusia 21 tahun.

Menurut ibunya, anaknya sudah tidak mampu menangis sakit dan menangis kerana keluar tombong. Bau tadi rupanya hasil dari tombong terkeluar tadi. Bayangkan betapa busuknya bau sampai dari jauh pun boleh terhidu.

“Pantang macam mana?” soal Pakcik Hassan.

“Dia memang tak hirau cara berpantang yang betul. Bagi dia, berpantang itu sangat kolot, old fashion dan mengada-ngada. Jadi disebabkan mahu menyenangkan dia, malas jaga anak ketika dalam pantang, dia beli saja makanan di kedai luar. Mi goreng, nasi goreng, sup sayur, ayam goreng dan pelbagai lagi. Bagi dia, asalkan anak kenyang, bayi cukup susu, sudah,” kata ibunya.

“Suaminya mana?” soal Pakcik Hassan lagi.

“Suaminya sudah keluar dari rumah sebab tak tahan bau bangkai. nak tolong isteri, jauh sekali. Yelah, sama-sama muda, isteri tak boleh pakai, keluarlah rumah,” jelas si ibu.

Dalam keadaan serba salah, Pakcik Hassan menjelaskan bahawa isteri dia belum datang. Tetapi ibu perempuan itu merayu-rayu agar anaknya dibantu. Sudah pergi ke hospital tetapi hendak dipotongnya tombong itu. Entah dan tidak pasti sama ada itu memang jalan terakhir atau tidak.

Pakcik Hassan pun pergi ke farmasi untuk membeli sarung tangan dan beberapa perkakasan lain. Kemudian balik semula ke biliknya untuk memulakan rawatan (rawatan pertama dan terakhir kes sebegini yang Pakcik Hassan buat atas sebab belas kasihan).

Selesai menyiapkan diri, Pakcik Hassan tolak tombong itu masuk ke dalam! Akibat terlampau sakit, perempuan muda itu pengsan. Selepas diurut, ditungku dan disapu ubat, 30 minit kemudian barulah perempuan itu sedarkan diri.

Tahu apa perkataan pertama yang keluar dari mulut dia?

“Nak nasi, pakcik.”

Rupa-rupanya sebab tak tertanggung sakit keluar tombong, jadi sampai tak lalu makan beberapa hari. Kasihan betul.

Bila dengar cerita Pakcik Hassan, memang boleh naik bulu roma menahan ngeri. Bersalin pun sakit, ini pula tombong ditolak masuk ke dalam semula dengan cara paksa. Tidaaakkk!! Tiba-tiba rasa jelly-jelly kaki.

Apa kisahnya selepas itu? Saya pun tak tahu, tak tanya pula Pakcik Hassan sama ada dia ada bertemu semula dengan perempuan muda itu atau tidak. Saya harap ibunya sedar betapa pentingnya yang ‘kolot’ ini.

KISAH 3

Jagalah diri dan kesihatan dalaman baik-baik. Saya pernah rasa sakit rahim jatuh (belum sampai tahap tombong), sakit urat yang teruk, meroyan hampir hilang akal.

Walaupun ada mak dan mak mentua yang banyak berpesan, tetapi sebagai orang muda, kita ada waktu sombong kita juga.

Banyak jamu dan ubat yang dijual di pasaran. Boleh pilih mana yang terbaik. Saya sendiri pun sudah mencuba pelbagai jenama sebelum kena bising dengan mak. Ada yang serasi, ada yang tidak. Tetapi yang penting dah tahu perbezaan dan kesan pada badan.

Antara jamu yang pernah digunakan:

Saya suka Jamu Susuk Dara sebab saya beli, makan mengikut nasihat yang diberikan oleh seller yang peramah orangnya dan baik.

NR pun saya pernah cuba. Dapat hadiah dari sepupu abang ipar. Saya serasi dengan produk tersebut. Consultation pun saya dapat dengan betul.

Ambar Kenanga juga pernah dimakan tetapi tidak serasi. Tak pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya.

Mak Dara juga pernah dimakan. Terlampau panas dan sentiasa dahaga. Kesibukan bekerja pada waktu itu membuatkan saya selalu terlupa minum air. Juga tidak pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya.

Makjun homemade paling serasi dan berkesan dengan saya adalah dari Terengganu. Makcik abang ipar yang buat. Tapi sekarang dah tak buat. Sayangnya.

Makjun Mekah pun saya pernah makan. Serasi juga tetapi selalu lupa simpat, jadinya naik berkulat. Tetapi sekarang saya lebih selesa bercemu..

Sila Kongsikan!!! 10 Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat dengan Cepat

Jerawat oh jerawat. Masa jerawat datang, susah sangat nak hilangkan. Bila hilang, dia tak pulak betul-betul hilang. Ada pulak meninggalkan parut. Di sini ada 10 tips yang saya kompilasikan untuk kita sama-sama hilangkan parut jerawat yang mengacau tu.

  1. Aloe Vera atau Lidah Buaya
    Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur.

Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun, sikit cukup. Lidah Buaya boleh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh.

Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

  1. Baking Soda
    Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut jerawat.

Khasiatnya: Baking soda ini menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.

Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling banyak parut.

Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

  1. Minyak kelapa dara
    Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba.

Caranya: titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat.

Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa

  1. Timun
    Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium – semua yang terbaik untuk kulit anda.

Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

  1. Madu
    Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi.

Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!

  1. Lemon
    Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.

Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.
Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

  1. Ubi Kentang
    Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Caranya: hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

  1. Bedak sejuk
    Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat.

Caranya: tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

  1. Air tebu
    Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Caranya: campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

  1. Vitamin E
    Yang ini paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit.
    Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.

 

Panau Merupakan Salah Satu Penyakit Kulit. Ini 10 Petua Hilangkan Panau Dengan Berkesan.

Panau merupakan salah satu penyakit kulit yang merimaskan pandangan walaupun tidaklah menyakitkan tetapi kadang-kadang agak mengatalkan. Panau yang berpunca dari peluh dan badan yang kotor sememangnya memudahkan lagi jangkitan panau. Jadi persoalannya bagaimana cara mengubati dan mengatasi masalah panau kan?

Jangkitan ini boleh kelihatan di lapisan luar kulit seperti di muka, belakang badan, kulit kepala dan bahagian dada.

Panau tidak menyakitkan tetapi kulit yang berpanau akan terasa gatal, kemerahan dan bersisik bila digaru. Tompok-tompok panau yang bercantum akan lebih jelas kelihatan.

Individu yang kerap berpeluh dan kurang zat pemakanan akan lebih mudah terkena jangkitan kulat yang menyebabkan panau. Untuk anda yang mempunyai masalah panau, di bawah ini kami kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan panau.

Berikut adalah 10 petua hilangkan panau dengan berkesan dan mudah di samping menjimatkan kos.

  1. Daun pinang
    – Tumbuk daun pinang hingga lumat dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

 

  1. Buah pinang
    – Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

 

  1. Daun belimbing
    – Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

 

  1. Daun kesum dan minyak tanah
    – Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.

 

  1. Daun gelenggang
    – Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

 

  1. Halia
    – Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

 

  1. Pucuk lada
    – Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

 

  1. Bawang putih dan halia
    – Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

 

  1. Lengkuas
    – Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

 

  1. Daun lengkuas
    – Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas. Amalkan selalu.

 

Hebat kan dengan 10 petua hilangkan panau dengan berkesan hanya dengan mengunakan bahan-bahan semulajadi dari alam sekitar. Itulah nikmat dan rahsia khazanah alam sekitar yang tak terhingga pada kita. Semoga petua hilangkan panau ini dapat membantu anda. Selamat mencuba.