Browse Month: August 2017

Keluhan Seorang Wanita… “Kecewa Tengok Wanita Hamil Buat Semua Benda Seperti Sebelum Hamil”

Diana Daniele bersuara apabila beliau kecewa melihat wanita hamil dianggap boleh buat semua benda sama seperti sebelum mereka hamil. Jom baca keluhannya!

Pahit Getir Kehamilan

Kehamilan adalah satu fasa yang sangat mencabar buat wanita. Sama ada dari segi emosional mahupun fizikal.

Itu juga yang diluahkan oleh seorang artis tempatan, Diana Danielle yang kecewa apabila melihat wanita hamil diharapkan melakukan kerja-kerja rutin seperti normal.

Masyarakat menganggap wanita hamil boleh buat semua benda sama seperti dulu!

Di dalam perkongsian melalui akaun instragram miliknya itu, artis ini telah mengongsikan gambar anatomi seorang wanita hamil.

Gambar tersebut juga menunjukan bagaimana kehamilan memberi kesan pada fizikal seorang wanita. Beliau juga menjelaskan secara ringkas apa kepayahanyang dilalui oleh seorang wanita hamil.

Suami Haruslah Membantu Isteri

Bukan itu sahaja, di dalam perkongsiannya itu juga, Diana menegaskan bagaimana seorang suami harus membantu isterinya.

Bukan sekadar mempunyai badan yang sado, tetapi mereka (suami) nak membantu membasuh pinggan juga tidak mampu! Kerja rumah tidak akan hilang begitu sahaja ketika wanita hamil, ia tetap di sana dan tidak akan selesai jika tiada bantuan.

Melalui perkongsian Diana juga, beliau menyatakan yang tugas wanita tidak habis setelah melahirkan zuriat. Malah tanggungjawab bertambah dengan menjaga dan menyusukan anak pula.

Beliau juga berpesan kepada wanita, jika sudah rasa tidak mampu, belajar meminta bantuan.

Betul apa yang dikongsikan oleh Diana. Fasa wanita hamil dan proses menjadi ibu adalah fasa yang kritikal. Wanita akan menjadi sangat sensitif secara fizikal dan emosional hingga boleh memberi kesan yang berkekalan terhadap mereka.

Perubahan Yang Dilalui Wanita Hamil

Mari kita lihat dari sudut fizikal terlebih dahulu. Anda pernah membaca artikel ini?

Melalui artikel di atas, anda dapat lihat betapa banyak sebenarnya perubahan fizikal yang dialami oleh wanita hamil.

Bukan sekadar luaran yang semakin ketara, malah organ dalaman juga terkesan. Lihat saja bagaimana organ dalaman terpaksa dihimpit demi memberi ruang kepada si kecil.

Memang hormon memainkan peranan yang besar dalam menyebabkan seorang wanita hamil menjadi lebih emosional.

Tetapi bayangkan, anda terpaksa bertahan hingga 40 minggu segala perubahan fizikal ini, tentu sahaja emosi juga terkesan. Orang lain tidak akan faham apa yang dilalui anda kecuali anda.

Orang lain tidak akan faham apa yang dilalui anda kecuali diri anda sendiri.

Disebabkan itulah, seperti nasihat Diana Daniele, jika sudah hingga ke tahan anda tidak tahan, suarakanminta bantuan.

Kerana hanya diri kita yang tahu tahap limitasi badan kita. Dan sebagai orang luar, hulurkan bantuan walaupun tidak di minta, kerana percayalah, huluran anda amat dihargai.

Sumber rujukan: Instagram Diana Daniele

 

Resepi Cucur Lobak Merah

Bahan2 :

2 cawan tepung gandum

Lobak merah (diparut @ di hiris nipis2)

Bawang besar (didadu halus)

Ikan bilis

Lada besar

Udang

1 sudu serbuk penaik, garam, kunyit

Cara2 :

1) satukan semua bahan2

2 goreng garing (pastikan minyak betul2 panas)

3) siap..di hidang kan dgn sos cili

Lelaki dilahirkan dengan kaki kiri terbalik dan terangkat ke atas

(Nigeria): Seorang lelaki yang dilahirkan dengan kaki kiri terbalik dan terangkat ke atas kini mendapat bantuan kerajaan selepas gambarnya tular di media sosial.

Gambar lelaki yang tidak dinamakan itu dirakam seorang wanita, Petra Akinti Onyegbule di sebuah kampung berhampiran Ugbamaka, Olomaboro di negeri Kogi.

Petra kemudiannya memuat naik gambar itu di media sosial dan merayu orang ramai untuk membantu lelaki berkenaan.

“Hati saya tersentuh ketika bertemu lelaki ini. Bolehkah dunia perubatan lakukan sesuatu untuk keadaan seperti ini?” soal Petra.

Gambar yang dirakam Petra dikongsi oleh ribuan pengguna media sosial sehingga lelaki itu mendapat perhatian kerajaan negeri Kogi.

Pembantu khas kesihatan Kogi, Ahmed Attah J memberitahu, lelaki itu mendapat bantuan kerajaan negeri dengan semua kos ditanggung.

“Lelaki ini akan dibawa ke sebuah hospital di Lokoja untuk bertemu seorang doktor pakar tulang.

“Doktor pakar berpendapat kecacatan lelaki ini mungkin boleh diperbaiki.

“Saya yakin selepas ini lelaki ini bakal menjalani kehidupan yang lebih baik,” jelasnya