Browse Month: July 2017

“Jangan Potong Kuku Waktu Malam Nanti…..” Selalu Dengar Tapi Korang Tahukah Maksud Sebenar Pantang Larang Ini !!!

“Jangan Potong Kuku Waktu Malam Nanti…..” Selalu Dengar Tapi Korang Tahukah Maksud Sebenar Pantang Larang Ini !!! | Menjadi turun temurun masyarakat Melayu untuk ikut pantang larang nenek moyang kita. Macam-macam pantang larang yang diajar, tapi sebenarnya bila fikir logik tak ada kena mengena pun kan. Yela, tak boleh menyanyi kalau kat dapur. Kenapa?

Haa, sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik pantang larang yang orang-orang tua selalu ingatkan.

  1. Jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul

Maksudnya: Bantal kan tempatnya di kepala, jadi tak elok dan sopan kalau letak bantal di sebagai alas punggung.

  1. Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng

Bahagian leher ayam kan ada satu, jadi tak elok kalau berebut-rebut.

  1. Perempuan jangan menyanyi kalau tengah masak di dapur nanti dapat suami tua

Sebenarnya orang tua-tua taknak kita hilang fokus nanti asyik sangat menyanyi terpotong tangan ke apa kan.

  1. Jangan biarkan pinggan kering lepas makan, nanti rezeki tak masuk

Tapi sebenarnya nak memudahkan basuh pinggan nanti. Kalau dah kering kan susah nak rendam dulu baru cuci.

  1. Jangan potong kuku waktu malam nanti kuku mati

Orang dulu potong kuku guna pisau, jadi kalau potong malam khuatir akan tercedera.

  1. Masuk rumah sebelum maghrib kalau kena sorok dengan hantu 

Waktu maghrib kan singkat. Jadi kalau lambat takut terlepas pula solat maghrib.

  1. Suka angkat kedua-dua kaki ketika baring meniarap nanti mak cepat mati

Kan tak sopan kalau tiba-tiba ada orang datang atau orang luar lihat anak-anak macam tu kan.

  1. Jangan makan pindah-pindah tempat nanti banyak suami

Tak sopan kalau asyik berpindah randah makan. Tambahan pula taknak nanti berselerak atau makanan tertumpah ke.

INILAH PERKARA YANG HARAM DILAKUKAN KETIKA MENCUKUR BULU KEMALUAN

Perkara Yang Haram Ketika Mencukur Bulu kemaluan -Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan menjadi punca kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Bermaknanya  paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.

Sumber: Superkiram.com

 

AYAM PEDAGING DISUNTIK HORMON BABI??..INI JAWAPAN DOKTOR VETERINAR

Saya sebenarnya berada di luar negara beberapa hari lepas, baru turun kapal terbang, pening pening lalat lagi ini. Biasanya saya mengambil masa beberapa hari untuk pulihkan mood dan kembali kepada sedia kala. Kebetulan ramai pula kawan kawan, makcik-makcik termasuk ibu bapa sendiri yang bertanya dan minta komen isu hangat berkenaan artikel surat khabar bertajuk “Awas! Lima bahagian ayam beracun”. Sebenarnya saya malas nak komen, nak abaikan sahaja sebab kepala pun masih serabut dengan banyak hal sendiri yang belum selesai.

 

Mula-mula saya rasa “Arghhh biarlah Doktor Vet lain yang jawab. Lagipun aku bukan Doktor Ayam. Apa benefit yang aku dapat? Dah la tengah letih, malasnya nak menaip dan menulis. Nak kena writing scientific paper lagi. ” Hmmm…

Tiba-tiba hati kecil aku berbisik “ Eh, Man tapi kan kau Doktor Haiwan! Ayam itu pun kan sejenis haiwan. Apa guna kalau kau tak kongsi ilmu yang pensyarah dan kawan-kawan kau bagi? Apa guna kawan-kawan kau bawa kau tidur dan melawat dalam kawasan ladang ayam. Why be so selfish? Kau kata kau tak nak jadi orang selfish. Orang nak baca atau tak percaya itu terpulanglah. Yang penting sekurang kurangnya kau dah menyampaikan”. Hmmmm….

Saya rasa hal ini Fardu Kifayah untuk saya berkongsi maka saya rasa terpanggil untuk komen juga lah. Harap tidak terlambat. Mudah mudahan mendapat pahala dariNYA.

Macam mana nak mula ea. Hmmm..pertama, penulis mengatakan terdapat 5 bahagian ayam beracun. Saya rasa pun penulis itu yang sebenarnya beracun, menyebarkan dakyah yang tidak berasas sama sekali. Saya rasa beliau harus hentikan.

Doktrin-doktrin negatif yang mengatakan ayam dicucuk hormon babi untuk membesar sebenarnya sudah lama. Saya pun hairan, kenapa ye, budaya kita kalau makanan itu sedap je, orang tuduh mesti ada kandungan babi. Kenapa ye, kalau binatang itu gemuk, contohnya lembu or kambing, orang akan tuduh mesti ada kacukan dengan babi. Kenapa ye, kalau manusia/ orang tu gemuk, ada orang akan kutuk dan sakitkan hati dengan kata “ kau ni gemuk macam babi lah”. Kenapa ye, kalau orang itu jadi Doktor Haiwan, orang akan kata “Oh nanti peluk babilah ea?”

Kesian babi. Kenapa babi? Sedangkan ada beratus-ratus spesis haiwan di muka bumi ini. Ada banyak haiwan lain yang lebih gemuk daripada babi. Mana boleh lembu kacuk dengan babi. Berlainanan spesis. Kandungan genetic juga berbeza. Sama juga macam, manusia dengan monyet. Tak boleh dapat zuriat jika hidup bersama. Jika kita boleh menolak “Darwins Law of Evolution” atau Hukum Darwin. Kenapa kita nak menerima cerita babi boleh kacuk itulah inilah. Ke korang setuju kita ni daripada keturunan monyet yang berevolusi?

Tak ada kerja Doktor Vet nak suntik beratas ratus ribu ekor ayam dengan suntikan hormon semata mata nak cepat besar. Kalau pekerja buat pula, berapa banyak pula kos upah pekerja nak cucuk ayam sedangkan kalau boleh pemilik ladang nak kurangkan kos pekerja.

Cucuk/ injection pula ni perlukan kemahiran. Salah cucuk, cedera/mati ayam itu.Rugi syarikat ayam. Kalau wujud pun hormon itu pun pastilah harga ayam yang dijual sangat mahal. Mencanak canak harga. Cuma saya nak tanya juga, mana nak dapat hormon babi?Sepanjang saya hidup tak pernah nampak Kalau ada boleh tunjuk? Nak tengok juga.
Habis itu, macam mana ayam boleh gemuk dan cepat besar?

Ayam cepat besar sebab beberapa faktor utama iaitu:


1. Pemilihan baka

Ayam pedaging di Malaysia adalah majoriti daripada baka ayam Ross atau Cobb. Ia adalah baka ayam pedaging berasal daripada Amerika Syarikat dengan kebolehan tumbesaran yang pantas. Serupa macam manusia jugalah, cuba bandingkan tubuh badan rakyat Amerika/UK dengan Malaysia? Siapa lagi besar?Hmmm….

2. Pemakanan

Ayam diberi makan secara berterusan “ad libitum” dengan makanan yang “well formulated”. Hidupnya hanya untuk makan. Ayam diternak secara intensif dalam ‘open/close house’, ayam tak banyak bergerak . Jadi tidak banyak energy loss. Feed conversion ratio (FCR) ayam yang rendah. Macam saya FCR tidak bagus, sebab makan banyak tetapi tidak membesar dengan jayanya. Orang tuduh saya ada Saka. Astagfirullah, berdosa tau. Bukan sebab itu, sebab baka keturunan saya memang tak besar la. Dah la rakyat Malaysia, keturunan campuran Melayu-Jawa pula tu.Hmmm..memang kecillah, tapi takpelah at least ada juga darah kacukan

 

  1. Amalan penternakan baikPengurusan kesihatan ternakan yang baik. Mencegah sesungguhnya memang lebih baik daripada mengubati. Ayam-ayam ini diberikan vaksin imunisasi sejak dari anak ayam lagi, macam bayi juga. Vaksin ini selamat, bukan agent yahudi ye. Kalau nak cerita bab vaksin ni boleh another chapter.Panjang. Vaksin dekat ayam ni biasanya titik dekat mata, titik dekat mulut, atau letak dekat bekas minuman. Adoi, tak larat nak inject/cucuk seekor seekor. Biosekuriti ladang yang ketat. Kawalan sisa ladang dan pencemaran serta amalan kebajikan haiwan yang baik juga faktor penyumbang ayam cepat membesar. Kalau ayam didera, ‘environment’ yang tidak kondusif memang kurus, stress la.Gabungan antara kesemua elemen itu antara sebab ayam boleh gemuk dan besar dengan cepat dan boleh mencapai berat 2.2kg dalam jangka masa 35-40 hari. Tidak mustahil, dengan kemajuan pembiakbakaan, makanan dan kesihatan, mungkin ayam boleh membesar dalam masa 25-30 hari sahaja.Baguslah sebenarnya ayam cepat besar sebab mulut yang nak makannya ramai. This is good for food security. Janganlah boikot melulu atau cuba menjatuhkan industri ayam di Malaysia.
    Habis tu kenapa ada kes ayam lebam?Kesan ayam lebam biasanya disebabkan kekasaran mengendali ayam sebelum disembelih atau ketika pemprosesan ayam selepas disembelih.

    Ada juga bertanya kenapa ayam ni bila masak cepat basi?

    Kalau kes ayam basi, ia adalah disebabkan proses menyimpanan dan pengendalian makanan yang tidak elok. Jangan salahkan ayam. Ayam tidak bersalah.

    Yang bersalah adalah bakteria dan mungkin sebab kita juga puncanya. Contohnya,ayam diletak pada suhu yang tidak sesuai. Ambil daging ayam menggunakan tangan. Bercampur-campur senduk pula. Apabila berlaku kecuaian ketika penyimpanan dan pengendalian makanan, makanan mudah basi disebabkan dijangkiti bakteria. Bakteria ada toksin. Ia boleh menyebabkan makanan rosak dan kemudian keracunan makanan kepada pengguna pula.

    Orang kita ini biasanya sensitif dengan isu babi, yahudi, wahabi. Jadi kalau hendak menjatuhkan sesuatu barang atau menjatuhkan reputasi seseorang mereka suka melabel/ tabur racun dan fitnah.Lain sikit pandangan agama dituduh wahabi.Makanan kalo sedap je,dituduh mengandungi ramuan babi. Petah bercakap je dituduh nak jadi YB. Kalau orang itu hebat “ Eh, dia itu, agent yahudi”.

    Sebenarnya kita tidak boleh juga salahkan netizen. Saya pun sebelum belajar dan menjadi Doktor Veterinar, jujur saya pun tak tahu kisah sebenar. Keluarga saya memang makan ayam yang di ‘claim organik’ .

    Selepas belajar dan pernah pergi ke ladang ayam dan tengok dengan mata sendiri, kemudian baru saya tahu cerita sebenar. Jangan tipulah kalau kita lahir-lahir terus pandai kan. Jadi jangan percaya mitos mengatakan ayam di cucuk sana sini. Jangan percaya dengan Mr Google. Tidak semua tepat. Habis, kawan-kawan saya dekat ladang ayam majoriti melenting dengan isu ini. Mereka sudah angkat sumpah sebelum menjadi Doktor Veterinar dan mereka tidak akan mungkir.

    Ikhrar berbunyi :

    “Dengan diterimanya saya ke dalam Ikhtisas Kedoktoran Veterinar, saya bertekad akan menyumbang segenapnya daya dan pengetahuan saya bagi kebajikan masyarakat, mengekalkan sumber ternakan dan mengelakkan penderitaan kepada haiwan.Ikrar ini saya buat dengan penuh keazaman dan kerelaan semoga direstui Tuhan.”

    Kalau mereka terluka, siapa yang nak pujuk? Aiyooo saya tak tahu
    p/s: Baru ambil sample beberapa ekor najis ayam pun muka dah pucat lesu.Cuba bayangkan kalau kena cucuk beratus ratus ribu ekor ayam. Agak-agak, saya jadi apa?

    Oleh : Muhammad Luqman Nordin

    Sumber : Mediahub

  • 1
  • 2